Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

19 November 2014

Ubi Rebus Part ll *pun ada?

Assallamualaikum....

Ni agaknye lah, mengkalau kentut bau ubi rebus sah-sah satu dunia tuduh kentut aku laki bini. Tapi aku jamah lite-lite je. Tukang masak selalu nya dah kenyang hidu bau je *eh ye ke?.

Semalam kan cerita part rebus ubi. Ingat kan dah settle. Rupanya bangun pagi ni ada lagi belen ubi tu kat bawah saji. Kesian pulak tengok orang tu ratah ubi rebus kosong je. So nampak gaya nye nak tanak kena lah buat sambal bilis tu jugak. Kang kalo malas kang gelap pulak masa depan nak lobi samsung Note 4.  So setakat kena masak sambal bilis, apelah sangat kot. Kan kan kan?

Meh sini nak share resipi sambal bilis simple dimple kapadia punyer.

Bahan-bahan:
Sesudu minyak masak
Segengam bilis halus/sederhana (rendam bagi hilang masin)
4 bijik bawang merah kisar
Sebijik bawang putih kisar
Sesudu besar cili boh/cili kering kisat
Lada jarum *optional
Air asam jawa
Nisang/ Gula melaka
Gula
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara:
Panaskan minyak. Masukkan bawang kisar dan goreng sampai garing. Gunakan api perlahan. Kemudian masukkan cili boh/cili kering kisar dan lada jarum. Goreng sampai garing menggunakan api perlahan. Kemudian tambah air asam jawa dan nisang/gula melaka Masukkan bilis dan gaul sekata. Tambah gula, garam dan perasa secukup rasa. Korang boleh pilih nak sambal korang tu kering atau basah-basah macham sambal nasik lemak tu. Siap.

Senang je kan? ES siap ratah sambal bilis tu tau. Pedas-pedas manis je rasa nye. Pastu cakap, kalo tambah petai mesti bertambah sedap. Hemoh hemoh hemoh sungguh laki aku ni. Nak ada petai lah pulekssssss!!!!


Nota kaki: sebenarnya Nisang tu aku tak tahu orang KL panggil ape. Eja pun tak sure nisang ke ape. Sebab takkan la nisan kot? 



No comments:

Post a Comment