Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

18 November 2014

Ubi Rebus Je Pun

Assalamualaikum....

Awak, awak.... kita tak tido lagi nih sebab kita tengah masak. Janganlah terkejut sangat. Ye kita tahu sekarang dah dekat pukul 12 tengah malam tapi nak buat acaner ada orang tu kens lapar ubi kayu rebus katanya. Memang aku tengah rebus ubi kayu lah ni. Sementara tunggu empuk, aku godek lah belog kejap. Aira dah tido. Areil plak check in rumah nenek. Line clear baq hang - so sempat layan belog kejap. Hewhewhew!

Kalo kat belah Terengganu ni memang gila makan ubi rebus time-time musim tengkujuh nih. Ubi kayu atau ubi rebus memang peberet all time lepas tu geng dengan kopi O. Kalo air lain macham tak ngam-ngam ho agaknye. Tambah sedap kalo ubi tu nanti cicah dengan sambal bilis atau kelapa parut yang di-gaul dengan gula. Dah malam camni mana nak cekau kelapa parut lagi oiii so kejap lagi dah siap rebus tu, aku tos ubi tu siap-siap dan tabur gula je kat atas ubi tu sementara ubi tengah panas berasap. Nanti gula tu melting dan meresap dalam ubi yang dah ada rasa lemak-lemak masin tu (sebab masa rebus letak garam sikit dalam periuk tu). Lepas tu makan pun time panas, baru heaven - kata si penggemar ubi kayu rebus abadi.

Ada orang tak boleh makan banyak sangat ubi kayu. Angin katanye. Macham aku preggy kali ni memang banyak masalah angin ni. Selalu je rasa senak dada dan perut lepas makan. Tak pun kalau makan petai ke, minum teh tarik ke, konpem lepas tu tak sedap satu badan. Duduk tak kena, bangun tak kena, mengcangkung takut ter-beranak! Sampailah end up nanti muntah. So kebetulan aku takde lah hantu ubi sangat, makan lite-lite je jamah pun sipi-sipi. 

Okeylah sekian sahaja kisah ubi kayu rebus. Bye.


Ihsan gugel. Ubi kayu rebus aku belom siap.

Nota kaki: Orang tu kan...dia beli sampai 3 ketul ubi kayu. Dahlah setiap ketul tu sama saiz dengan peha beliau. Malam ni dah rebus satu ketul. So aku tengah pikir esok nak masak menu ape lagi guna ubi kayu tu. Okey kita buat pengat. Lusa aku buat masak stim limau pulak kehkehkeh. Nak sangat dia makan ubi kensssss?

No comments:

Post a Comment