Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

11 November 2014

Orang Nak Bagi No Tel Dia Plak Jual Mahal.

Assalamualaikum...

Tadi tiba-tiba teringat. 3,4 hari lepas aku ada hantar skirt untuk repair zip yang rosak. Aku hantor kat satu kedai cina sebab pernah dengar kawan-kawan cakap kat situ elok. Sebenarnya tak kesah lah  elok ke tak sebab nak repair zip je pun - bukan kebaya ke hape kan. Janji cepat siap.

Masa aku antor tu ada auntie yang keluar. Lepas bagitahu nak repair ape, auntie tu cakap esok boleh datang ambik lepas tu terus simpan skirt aku antor tu. Aku terpinga-pinga itik kejap. Auntie ni tak tanya pun nama dan no tel aku. Lupa kot. So aku pun tanya, 'auntie, tanak ambik no fon saya ke?' Auntie tu jawab takpe takpe,tak payah. Okey - walaupun aku tak puas hati jugak la dengan jawapan auntie tu. Nak jugak suruh auntie tu ambik no fon sebenarnya. Atleast tanya nama aku je pun okey.Yelah, buat nye ada mamat prevert datang ngaku tu skirt bini dia lepas tu auntie tu plak main bagi je tak ke haru? Tambah pulak mamat tu nanti balik buat selimut ke towel ke guna skirt aku tu acane? Eh skirt je pun. Macham lah ada orang nak prevert kat ko pun? Hahahassan!

Okey lepas tu, aku lupa lah pulak nak pergi ambik skirt tu ke - esokan hari nye tu. So the next day aku pun pergilah. Tapi rupanye tak siap pun lagi! Haih, aku dahla nak pakai skirt tu esok. Bukan takde pun skirt lain tapi sebab aku dah rindu sangat nak pakai skirt yang dah lama rosak tu. Tak boleh ke? Auntie tu suruh aku ambik the next day. Konpem siap katanye. Hurmmmm, hari memula hantor tu pun cenggitu lah jugak percent konpidem auntie tu.

Dan sewaktu entry ni di-taip, dah berhari-hari sebenarnya daripada tarikh auntie suruh aku pergi ambik skirt. Yelah, aritu aku tergesa-gesa nak ambik tu sebab nak guna. Sekarang dah tanak guna so rasa kalo pergi ambik laju-laju pun dah tak guna! Lagipun kan, aku nak bagi auntie tu ambik pengajaran sikit  *alaa sikit je pun. First, lepas ni auntie tu sila lah concern sikit. Sila ambik details customer contoh nya nama, no telefon lepas tu tarikh siap sebab in case macham kisah aku ni, andai kata aku dah lupa atau saje buat-buat lupa nak ambik skirt tu, auntie nak contact sape? mane dia nak carik details aku kat skirt tu? Mustahil lah kot auntie tu pergi guna-guna kan skirt tu semata-mata nak cari sape tuan punye skirt kot. Mahal lagi bayar kos mak esah daripada upah repair zip. Saya ni nak memudahkan kerja auntie je. Dan kedua, lain kali auntie jangan hanya pandai bermain kata kelak nanti diri sendiri merana *tu lirik lagu dangdut yang aku petik. Masa orang tengah rindu nak pakai, dia plak jahit tmain-main. Now perut dah voncet, kalo pakai pun dah tak boleh nak zip, tak ke sia-sia je pergi repair zip tu auntie oiiii? Eiii, biasa tau auntie ni!

Auntie je lah pakai skirt tu!
                           

2 comments:

  1. cntik skirt atas tu.... uhuhuh.. skrg malas nak pakai yang berzip. pakai yang getah je... ihihih

    ReplyDelete
  2. Haha.takde lah bukan sekewrt kat atas tu pun...kita punye denim sekewrt...

    ReplyDelete