Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 November 2014

Kejap-kejap Basah.Camne ek?

Assallamualaikum....

Aku start toilet train Areil masa umur dia 2 tahun 10 bulan. If tak salah aku lah sebab time tu dia tak sambut besday pun lagi. ES punye idea lettew. Aku time tu macham tak ready lagi nak train - atau erti kata malas nak urut dada tiap kali Areil ter-berry or ter-kucil dalam tempoh training tu. Plus ES pun takde kat rumah kan so macham ini tak adil tak adil tak adil nak bagi aku hadap sensorang. Masa memula train, menjerit-jerit aku. Kejap kejap tanya, 'Yeye nok kencing? nok berok dok?' Lepas tu kejap-kejap tuduh, 'Yeye  bakpe pegang bebird tu? Nak kencing ke?' Dalam 3-4 hari aku macham tu tau. Dalam tempoh training tu, sehari berhelai-helai jugak kena tukar seluar Areil. Dia macham dah sampai masa nak kencing baru sibuk berlari pergi toilet lepas tu tak sempat! Bayang kan lagi sejengkal je pun nak langkah masuk toilet, tapi dia dah terlepas. Huwaaaa!!! Pernah sekali masa dia tengah syok main kat toys box dia, pastu berlari-lari bagitahu aku ada 'benda kotor' kat tempat main dia. Aku kemain laju pergi tengok kot lah bangkai tikus ke ape sekali tengok ada dua ketul sisa buangan dia kat tepi tu. Blerghhh, nasib baik tekstur pejal. Kalo macham type cherry berry tu, sambil basuh sambil lap airmata lah aku!

Tiap kali ES balik rumah, aku mengadu tak leh handle sensorang. Letih mental emosi. Lepas tu ES suruh stop train, tunggu sampai dia ada kat rumah nanti sama-sama train dan pikul tanggungjawab cuci taik dan kencing tu. Haha cengeng punye mak kan. Tapi Areil pulak dah tanak pakai diapers sebab dia rasa lagi freedom camtu kot. Amboi laju je dia feeling dewasa. Start dari tu jugak aku tekan kan kat Areil kalo tanak pakai diapers, kena kencing dan berry kat toilet betul-betul. Kalo tak, nanti mama dia yang pemalas ni bagi dia pakai diapers balik. Tau pun dia tanak. Memang unexpected jugak lah unplanning train tu dalam masa seminggu je dah berjaya. Terus lah sampai ke hari ni dia dah reti pergi toilet sendiri. Melainkan ada hari-hari yang dia tengah layan kartun ke toys ke ape, lepas tu tahan sampai dah nak terkeluar baru hegeh-hegeh berlari ke toilet. Kadang tak sempat, depan pintu tu jugak tempatnye.

Tapi tapi tapi, langit tak selalu cerah kan? Ni petang ni hujan gamaknye tengok langit pun gelap je dari tadi. Paham tak? Nak cakap nih sebenarnya. Malam-malam Areil memang tak pakai diapers jugak. Tapi lately ni dia suka ter-kencing time tido. Pasal dia tido lama sangat. Dalam erti kata lebih senang, Areil ni suka bangun lewat. Kalo tak dikejutkan, pukul 11 tengahari pun belum tentu dia bangun. Mama ngan papa dah risau sebab tahun depan plan nak hantar playschool. Orang lain dah sibuk  nak balik dia baru hegeh-hegeh nak bangun, apekehal? So bila dah lama sangat tido terkadang dia memang tak sedar pun terkencing *tapi mama syak Areil memang malas nak bangun sebab nanti kena paksa mandi pagi. Kalo dulu sebab air-cond kot sejuknya, tapi sekarang kebetulan dah nak masuk musim hujan, malam-malam kan sejuk so bertambah lah kerap si Areil ni terkencing. Selalunye malam-malam dia nak je tido berkepit sebelah mama. Dah lena, ES pun angkat dan letak dia kat tilam sebelah katil kitorang. Kadang-kadang kalo dia dah lena sangat, ES pakaikan diapers kat Areil. Esoknye, bila dia bangun, ko tahan je lah telinga dengar Areil membebel marah sebab pakaikan dia diapers. Dia cakap macham budak kecik je pakai diapers lepas tu point kat Aira kekonon nak cakap yang Aira tu je budak kecik. Eleh. Tapi kan, ada jugak time subuh tu Areil merangkak naik balik kat katil. Tengok-tengok ter-kecing atas tilam kitorang!!! Itu yang mak tensen tu. Tilam kot. Dahlah nanti bau kepam. Haih, mak-mak yang bace, mintak tips sikit boleh? Camne nak elak hah? Selalu before tido Areil memang minum sebotol milk. Lepas tu sebelum tido tu kitorang memang dah ajar suruh dia ke toilet siap-siap. Tapi tu la, dah buat semua tu pun tetap jugak berlaku kejadian yang tak diingini tu. Pernah sekali tu, aku terpaksa basuh 4 helai comforter dan toto gara-gara Areil. Dah lah kebetulan pulak masa tu cuaca mendung, kejap-kejap hujan. Termenung mak ko ni anak!

So helpppppp......!!!!




padan muka mama saya!


5 comments:

  1. Aku mmg tak ready utk tak pki kn akid diaper waktu tidur. aaaaaaa tak sanggup nak basuh tilam uols

    ReplyDelete
  2. Yeye xnak la dot...dia sokmo ckp klo pkai nt dia jd budak kecik sbb dia tgk aira j pakai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun sama cam dot. dh la sesorang mengahadap 2orang tue, tak kuasa nak berjemur tilam. Tapi Isya so far tidur malam tak minum susu dah. Cuba bagi awal sket suss, so sebelum tido kencing bladder dah kosong. huhuhu

      Delete
    2. akid susu minum awal.. tp masih minum air masak sebelom tidur.. phew.... mls nak piker.. hahaha... terok benor mak Nye.. aku nak beli alas tilam waterproof dl, baru la piker.. haha

      Delete
  3. mahal ke alas tilam tum dot?besar tilam ke?

    ReplyDelete