Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 November 2014

Aku Mengandung Ko Yang Panas

Okey tajuk havoc sebab cerita pun havoc.

Bismillahirahmanirahim...

Niat di hati nak start update semua setori untuk 3rd (eceli 4th) pregnancy ni tapi memandang kan aku alahan agak teruk, maka dah masuk trimister ke dua ni baru back to normal. Alhamdulillah, dah almost 20 weeks usia baby. Aku hingat baby baru je nak masuk 13w ++ rupanya ramalan silap semata-mata dan bukan nye silap mata. Dah dua kali scan dan dua kali tengok baby ku ber-gerak aktif tendang sana sini (mama saspek awak otomen jugak) dan dah dua kali ES tak sempat tengok time scan tu. Haha, kesian dia. Kita sorokkan awak dulu ye baby!

The worst part bermula masa memula booking buat kad pink/merah.Kisah nye bila nurse tanya ada ambik perancang tak dan aku jawab no. Then di tanya lagi, memang tak merancang ke? Then bila aku jawab kami merancang sdn bhd je tapi jawapan tu tak memuaskan hati nurse tu nampaknya. Dia boleh membebel dan cakap kat aku, awak sepatutnye merancang selama dua tahun tiga tahun then baru boleh preggy balik. Sebab awak ada history keguguran, baby prem, kencing manis time preggy so baik awak sembuhkan dulu penyakit kecing manis awak tu - kata nurse. Aku pun pelik. Tadi masa memula dia cek aku dah bitahu aku memang takde kencing manis. Tapi dia ada cakap even aku sihat tanpa diabetis pun, once dah ada history kencing manis time preggy, tak mustahil untuk next pregnancy aku akan ada diabetis balik during pregnancy. So conclusion nye aku sihat camne sekalipun masa tak preggy , keadaan tu akan jadik sebaliknya bila preggy. So motif nurse nak suruh aku tayah pregnant till 2-3 tahun alasan nak treat diabetis dulu before mengandung? (aku takde kencing manis so nak rawat ape ye?) Tapi sebab aku hanyalah insan yang lemah aku senyum je dalam-dalam. Malas nak layan sebab masa tu aku nampak misi tu pun dah macham ubat perancang yang sepatutnye biar dia tu je yang aku telan. Lagi senang nanti bagi dia je aturkan proses pembiakkan aku. Voley????

Tapi takpe. Mak 3 anak ni tak boleh emo-emo lagi dah. Tarik napas,hembus pelan-pelan. Baik aku kesahkan berat badan aku ni. Memang kesilapan lah, time booking kad pink/merah masa tu aku tengah mabuk. Berat statik je. Settle booking kad, mabuk pun hilang. Sekarang makan je keje aku. Lapor manjang. Dulu tengok makanan boleh pitam. Sekarang takde makanan depan mata, pitam! Berat pulak nak kena naik setengah kilo/bulan. Kalo ingkar, sah-sah saspek diabetis, kena minum air gula pastu kalo sangkut kena pulak buat BSP 4 kali sehari. Kira time tu nanti dah takde beza dah aku ni patient ngan misi sebab sama je kami kena pergi klinik hari-hari. 

BLERGHHHHHH!!!!

Nota kaki: mintak maap la kawan-kawan misi. Entri ni aku tak tuju kat semua misi except yang consult aku tu je. Ye aku paham niat tu nak bagi aku sihat luar dalam sebelum conceive next pregnancy tapi dengan reason yang misi kat atas bagi, aku yang tak misi ni memang tak boleh nak hadam. And lagi satu, tak semua manusia dalam dunia ni bersedia nak ikut rules dan merancang sejibik sejebon macham yang misi tu suruh. Ada orang memang plan untuk kurangkan jumlah anak atau jarakkan usia anak, tapi dalam Islam sendiri tak menggalakan family planning tanpa sebab yang kukuh. Sekarang sementara aku rasa sihat, ekonomi stabil, so aku somi isteri plan inilah masa nya nak tambah anak. Sok lusa dah masuk 3series, risiko nak dapat penyakit lagi senang, aku risau tak larat nak carry dua benda dalam satu masa. Mana nak treat penyakit aku, mana nak jaga kandungan. Ntah-ntah time tu misi bising plak cakap dah tua bangka banyak penyakit pun gigih jugak nak mengandung perhal? Aku paling pantang orang membebel kat aku. Tampor jugak misi tu kang.




No comments:

Post a Comment