Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 October 2014

Takde Tajuk Lagi.


Ghayer kedua. Anak-anak pun dah tak sedap badan sebab kena hujan masa keluar ber-ghayer semalam. Nak buat camno, dah memang musim tengkujuh onthewey katanye. Ko keluar malam ke subuh ke petang ke, hujan tetap hujan. Tak boleh nak elak dah.

Semalam menu aku - tetap dan berpencen sampai bebila memang menu soto lah manjang. Nak kate terer buat ? Tak pun. Nak kata senang buat? Pun tak jugak. Aku syak orang len request sbb malas buat so aku jadik mangsa keadaan. Orang lain tu adalah mak dan adik-adik aku. Dan adik ipar jugak.*dia request time ghayer pose, ghayer nih baru siap. Haih...

Aira sangat tak suka ghayer kot. Setiap pagi ghayer dia akan buat peel jebon. Tanak pakai baju ghayer. Tanak sikat rambut. Tanak breastfeed. Dia hanya tahu nak melalak je sampai mood pagi aku kelaut. Silap-silap aku melalak sama baru dia diam. Areil behave. Dah abang-abang sangat kan.Siap-siap berbaju melayu, pakai kopiah, bagi milk sebotol, diam je dia tunggu mama sesah adik nye tu. Kadang-kadang aku tengok Areil pun macham dah fedap tengok drama Aira. Sabar ye bang. Kita kuatkan iman kita dua beranak.


Menangis depan pintu. Melalak-lalak depan tangga sebab aku tak siap lagi nak keluar ikut dia. Aku boleh bayang, kalo budak ni jadik flowergirl sesape, memang menangis sama lah pengantin tu dapat flower girl cengeng nih.



anak sedara-anak-adik-anak

Ni je pict ghayer kami. Aku singgah rumah ma aku antor soto lepas tu terus gerak balik rumah mak mertua kat Paka. Dari awal kawen sampai sekarang, kami laki bini memang tak balik rumah sape-sape time ghayer haji. Kitorang gerak balik pagi ghayer tu je. Sebab aku nak jugak feel pagi ghayer kat rumah sendirik. Ala dekat je pun. Orang kata nak berak tak sempat abis, dah sampai.


Pict budak demam -pagi tadi. Letak dalam ig dan fb, orang cakap budak ni tengah tengok hantu. Haha. Dia lah kot hantu tu. Hantu makan!

No comments:

Post a Comment