Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 October 2014

Menu Tampal Tampal

Assallam....

Edisi makan tanpa rasa bersalah. Bangun pagi tadi, tadek idea nak masak ape. Hujung minggu, ektibiti masak memasak dah lame ter-kubur since alah bisa tegal biasa nih - eh alahan. Bukan hujung minggu je pun sebab sebenarnye tetiap hari pun mabuk masuk dapur sampai jalan nak pergi dapur pun aku dah tak kenal. Okey dah start melampau ceghita aku.

So sambil basuh pinggan sambil otak pikir menu. Nak goreng jemput bilis yang korang panggil cucur tu tapi bilis tadek, daun kucai lama pun tadek eh tu kan nama jalan. Pastu pikir lagi, teringat belen sup daging ada sikit lagi dalam peti. Panaskan lepastu rendam belen nasik impit segera yang dah rebus dalam peti ais tu dalam air panas bagi hilang sejuk dia tu. Pastu goreng begedil soploh doploh bijik cadang nak ratah sekali. ES masuk dapur cakap nak makan sup daging tu dengan roti. Ok boleh sebab roti Gardenia ada je. Eh teringat semalam ada beli keropok rebus kat pasar malam. Dah jom hiris nipis-nipis pastu goreng garing-garing. 



Sekali bila dah hidang, tu dia! Penuh satu meja. ES cakap tak tahu nak makan mane satu. Muahaha. Telan je la mana-mana pun b. Janji kenyang kan?


Lepas makan ni dah boleh bersenang lenang tayah pikir lunch nak kena masak ape. Makan free je sebab jiran depan rumah buat kenduri doa selamat tengahari ni. Yang bestnya dari semalam lagi meriah dengan ektibiti rewang merewang. Memang feel sangat sebab kalo tengok dah macham nak kenduri kawen. Pepagi lagi dah riuh rendah buat kerja. Haih, rindu zaman rewang time kawen dulu. 

Masa makan tadi ES tanye apesal begedil aku lain dari yang pernah dia makan? Aku tanya lah kenapa, ape yang lain dan kurang? ES cakap, bergedil aku lagi best dan sedap. Ke sebab dia yang gentel?

 Eh memang lah bergedil ayang lagi best dan sedappppppppp b....!
 Okey dah. Bai.

No comments:

Post a Comment