Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

09 October 2014

Koleksi Pandora Iolls

Assalam....

Tora datang lagik. Aku kang, tajuk nak melotop je. Mengkalo suram-suram kang, korang nak ke bace? 

Jap nak tunjuk koleksi Pandora Gold iolls. Sori kalo peminat Pandora White terasa ye. Aku memang tak layan Pandora White tu. Time beli je macham mahal giles. Once dah boring ke sesak ke nak jual balik ada nilai ke? Oh memang tak lah ye. ES sah-sah takkan layan nak belikan even soploh kali aku campak diri sendiri dalam sungai Nil sekalipun. Lemas lah aku sensorang dalam tu asalkan beliau tak payah kena belikan Pandora White tu.  








Serius cantik giles sume design Pandora Gold ni. Pakai pulak kat tangan putih gebu iolls kesan minum Perla Coffee berkotak-kotak. Harga toksah dok ceghita la noh. Yang ada 2 ketul charms tu pun dah 3k bak ang. Mengkalo yang penuh dari timur ke barat tu buleh darab kali bahagi campur sendiri la. Pendek kata, bila ber-pandora ni, makin penuh charms ko makin ko nampak kaya berduit berharta. Gheti? Tapi kalo dah dapat seutas *ke seurat? bangle Pandora Gold tu pun dah kira - sikit lagi nak kaya dah tu. Tambah dua ketul charms pun dah okey. Tak sarat sangat mata memandang. Macham aku, beli banyak-banyak charms tapi pakai je gilir-gilir. Boleh buat hilang boring asyik tengok charms yang sama. Lagi satu design-design charms ni jugak orang kata simbolik sesuatu moment. Tapi charms Eiffel Towel yang kat atas tu takde lah pulak simbolik moment aku pernah sampai kat Paris ke ape. Pedulik hape janji charms aku banyak. Aira pun sama. Aku saje belikan sampai penuh charms. Duit ghayer dia aritu banyak sangat sampai dah tak tahu nak beli ape kot.


PRANGGGGGGGGGGGG!!!!
 Perghh sekali petir sambar jari haku! Nauzubillah! 
Dah lah mem-bohong, me-riak pulak tuh! Muahahahahaha....
Tu semua gambar kat atas tu koleksi gambar yang aku kumpul semata-semata. Setiap kali ada je design baru yang keluar dan kawan-kawan upload, aku simpan sebab nanti boleh pikir siap-siap nak yang machamane. Prevert jugak lah aku ni kens? Agak nye bila impian tu nak jadik kenyataan? Yang tu belum dapat di-pasti kan sesahih-sahih nye tapi setakat ni semua design dah di-propose melalu whatsapp kat Yang Amat Berhormat ES dan alhamdulilah tiada rejection setakat nih. Ni pun kalo ikutkan, entry ni aku tribute kan utk beliau. Macham soft reminder jugak lah nih. Nanti aku up banyak-banyak kali kat wall aku bagi mata dia semak sebab frens ES kat FB ada patpuluh orang je - tu pun yang aktif kat newsfeed beliau hanya aku ngan mak mertua beliau yang sehari patploh kali request tiket games.  

B bace ke dok ni b?

No comments:

Post a Comment