Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

02 October 2014

Hari Tadek Mood se-Mesia.

Assalam kesayangan,

Time mood takde ni lah rajin pulak aku nak hupdate belog. Paswed pun tetiba boleh ingat. Ajaib. Fuh fuh fuh *sapu sawang sket. Kisahnye, semalam memang sesuatu sangat. TRAGEDI OKTOBER kau! Orang Mesia konpem semua dah tahu yang semalam ramai orang naik minyak pasal MINYAK NAIK!!!! Seharian suntuk kat FB troll pasal isu ni. Kat group wassap banyak dapat troll gambar kakmah dan jibby setat dari petang semalam lagik. Tak memasal full storage henpon aku dengan gambor dorang plak dah. Haih!

Aku malas nak komen pepanjang. Masing-masing dah besar dah tahu buruk baik kesan kenaikan minyak tu. Dengar macham HANYA minyak yang naik tapi yang tersirat adalah otomatik semua benda sekali lah yang naik. Macam tadi aku bace kat FB, yang tak minyak sangat pun awal-awal lagik dah kompang servis dan product dorang naik harga dah tadi. SYABAS! Kak Su oangkaya yang laki arkitek tu pun boleh bising pasal minyak naik, orang yang tak berapa nak kaya plak wat lex wat peace macham takde pape *atau pasal dorang sebenarnya tadek pilihan.kalo bising sama naik lagik teruk kena bash so buat-buat redha je la ye dak? Dari semalam aku perati status FB memasing diam je. Karang skrip barangkali. Tapi kawan aku cakap dorang bukan karang skrip tapi dorang pun sibuk beratur tadah tangki minyak kereta masing-masing kat petrol pump. Aih, malas nak bagi lelebih kang isu plak kat sini. 

Yang pasti, tak bermakna hari aku sehari suntuk arini. Group wassap arini semua sunyi. Kat FB pun semua starus garang-garang. Hari tadek mood se-Mesia aku syak. Takpelah, dah itu yang ko pilih, tanggung lah dunia dan akhirat. Aku marah pasal aku tak pernah plak pangkah orang-orang berkenaan sekali bila time minyak naik, elok je aku pun kena tempias. Bagi je lah kat kroni-kroni angguk tu je yang tanggung semua ni. Time BRIM tak semua pun dapat. Time minyak naik, eh elok plak semua kena tanggung! Banyak cantik! 

Yang marah dan takde mood,
Yna Dona.

No comments:

Post a Comment