Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

10 October 2014

Menu Tampal Tampal

Assallam....

Edisi makan tanpa rasa bersalah. Bangun pagi tadi, tadek idea nak masak ape. Hujung minggu, ektibiti masak memasak dah lame ter-kubur since alah bisa tegal biasa nih - eh alahan. Bukan hujung minggu je pun sebab sebenarnye tetiap hari pun mabuk masuk dapur sampai jalan nak pergi dapur pun aku dah tak kenal. Okey dah start melampau ceghita aku.

So sambil basuh pinggan sambil otak pikir menu. Nak goreng jemput bilis yang korang panggil cucur tu tapi bilis tadek, daun kucai lama pun tadek eh tu kan nama jalan. Pastu pikir lagi, teringat belen sup daging ada sikit lagi dalam peti. Panaskan lepastu rendam belen nasik impit segera yang dah rebus dalam peti ais tu dalam air panas bagi hilang sejuk dia tu. Pastu goreng begedil soploh doploh bijik cadang nak ratah sekali. ES masuk dapur cakap nak makan sup daging tu dengan roti. Ok boleh sebab roti Gardenia ada je. Eh teringat semalam ada beli keropok rebus kat pasar malam. Dah jom hiris nipis-nipis pastu goreng garing-garing. 



Sekali bila dah hidang, tu dia! Penuh satu meja. ES cakap tak tahu nak makan mane satu. Muahaha. Telan je la mana-mana pun b. Janji kenyang kan?


Lepas makan ni dah boleh bersenang lenang tayah pikir lunch nak kena masak ape. Makan free je sebab jiran depan rumah buat kenduri doa selamat tengahari ni. Yang bestnya dari semalam lagi meriah dengan ektibiti rewang merewang. Memang feel sangat sebab kalo tengok dah macham nak kenduri kawen. Pepagi lagi dah riuh rendah buat kerja. Haih, rindu zaman rewang time kawen dulu. 

Masa makan tadi ES tanye apesal begedil aku lain dari yang pernah dia makan? Aku tanya lah kenapa, ape yang lain dan kurang? ES cakap, bergedil aku lagi best dan sedap. Ke sebab dia yang gentel?

 Eh memang lah bergedil ayang lagi best dan sedappppppppp b....!
 Okey dah. Bai.

09 October 2014

Koleksi Pandora Iolls

Assalam....

Tora datang lagik. Aku kang, tajuk nak melotop je. Mengkalo suram-suram kang, korang nak ke bace? 

Jap nak tunjuk koleksi Pandora Gold iolls. Sori kalo peminat Pandora White terasa ye. Aku memang tak layan Pandora White tu. Time beli je macham mahal giles. Once dah boring ke sesak ke nak jual balik ada nilai ke? Oh memang tak lah ye. ES sah-sah takkan layan nak belikan even soploh kali aku campak diri sendiri dalam sungai Nil sekalipun. Lemas lah aku sensorang dalam tu asalkan beliau tak payah kena belikan Pandora White tu.  








Serius cantik giles sume design Pandora Gold ni. Pakai pulak kat tangan putih gebu iolls kesan minum Perla Coffee berkotak-kotak. Harga toksah dok ceghita la noh. Yang ada 2 ketul charms tu pun dah 3k bak ang. Mengkalo yang penuh dari timur ke barat tu buleh darab kali bahagi campur sendiri la. Pendek kata, bila ber-pandora ni, makin penuh charms ko makin ko nampak kaya berduit berharta. Gheti? Tapi kalo dah dapat seutas *ke seurat? bangle Pandora Gold tu pun dah kira - sikit lagi nak kaya dah tu. Tambah dua ketul charms pun dah okey. Tak sarat sangat mata memandang. Macham aku, beli banyak-banyak charms tapi pakai je gilir-gilir. Boleh buat hilang boring asyik tengok charms yang sama. Lagi satu design-design charms ni jugak orang kata simbolik sesuatu moment. Tapi charms Eiffel Towel yang kat atas tu takde lah pulak simbolik moment aku pernah sampai kat Paris ke ape. Pedulik hape janji charms aku banyak. Aira pun sama. Aku saje belikan sampai penuh charms. Duit ghayer dia aritu banyak sangat sampai dah tak tahu nak beli ape kot.


PRANGGGGGGGGGGGG!!!!
 Perghh sekali petir sambar jari haku! Nauzubillah! 
Dah lah mem-bohong, me-riak pulak tuh! Muahahahahaha....
Tu semua gambar kat atas tu koleksi gambar yang aku kumpul semata-semata. Setiap kali ada je design baru yang keluar dan kawan-kawan upload, aku simpan sebab nanti boleh pikir siap-siap nak yang machamane. Prevert jugak lah aku ni kens? Agak nye bila impian tu nak jadik kenyataan? Yang tu belum dapat di-pasti kan sesahih-sahih nye tapi setakat ni semua design dah di-propose melalu whatsapp kat Yang Amat Berhormat ES dan alhamdulilah tiada rejection setakat nih. Ni pun kalo ikutkan, entry ni aku tribute kan utk beliau. Macham soft reminder jugak lah nih. Nanti aku up banyak-banyak kali kat wall aku bagi mata dia semak sebab frens ES kat FB ada patpuluh orang je - tu pun yang aktif kat newsfeed beliau hanya aku ngan mak mertua beliau yang sehari patploh kali request tiket games.  

B bace ke dok ni b?

07 October 2014

Takbir dan Taik Hidung.

Assallam....

Kali ni citer pasal ghayer will never end gamaknye aku nih. Tapi korang perasan tak yang tiap kali ghayer haji, lagi banyak kali dapat dengar takbir compared time ghayer puasa. Macham hari ni. Lepas je azan Zohor, terus dengar takbir dari masjid dekat rumah ma. So, selagi dengar takbir tu selagi tu jugak feel syahdu syahdan hamdan raye tu ada. Itu aku lah. Tapi rasanye bukan salah raye puasa tu kalo aku tak dengar takbir. Salahkan lagu ghayer yang berkumandang dan jugak juadah ghayer yang terhidang tu lah kot. Kan kan kan? 

Dari cerita ghayer terus lompat part taik hidung. Keji sket isu nye nih. Aira kan demam. Pastu selsema. Bila selsema, nampak lah macham ada kuping hingus yang kering kat tepi-tepi hidung dia yang tak sempat aku lap. Bukan tak sempat tapi dia tak bagi  lap. Memula selsema baik je dia. Setiap kali hacchoom, dia sua hidung bagi aku lap. Dah lama sikit, dah rasa macham tak selesa orang asyik-asyik lap kan. Bila kering, aku macham tak boleh tengok tau kuping tu. Nak tarik buang. Geram tengok. Kalo ES lagi dasat aku ghaser. Dulu Areil selalu sangat demam selsema. ES siap tunggu penuh taik hidung *eceli itu hingus kering yang budak tu tak reti nak hembus buang so lama-lama kering kan? Dah penuh dalam hidung budak tu, berebut plak beliau ngan aku pakat nak tarik buang. Areil dulu memula mengamuk marah sebab tak selesa orang sibuk korek-korek hidung dia last-last redha kan aje. Agak nye pikir, marah pun tak guna kalo dapat mak pak gian taik idung camnih. Miahahaha! Eh tu jelah nak cerita nye. Untunglah lah kalo terbaca entry ni masa tengah suap nasik tengahari. Kot-kot lah lagi berselera kan? Haha.

06 October 2014

Takde Tajuk Lagi.


Ghayer kedua. Anak-anak pun dah tak sedap badan sebab kena hujan masa keluar ber-ghayer semalam. Nak buat camno, dah memang musim tengkujuh onthewey katanye. Ko keluar malam ke subuh ke petang ke, hujan tetap hujan. Tak boleh nak elak dah.

Semalam menu aku - tetap dan berpencen sampai bebila memang menu soto lah manjang. Nak kate terer buat ? Tak pun. Nak kata senang buat? Pun tak jugak. Aku syak orang len request sbb malas buat so aku jadik mangsa keadaan. Orang lain tu adalah mak dan adik-adik aku. Dan adik ipar jugak.*dia request time ghayer pose, ghayer nih baru siap. Haih...

Aira sangat tak suka ghayer kot. Setiap pagi ghayer dia akan buat peel jebon. Tanak pakai baju ghayer. Tanak sikat rambut. Tanak breastfeed. Dia hanya tahu nak melalak je sampai mood pagi aku kelaut. Silap-silap aku melalak sama baru dia diam. Areil behave. Dah abang-abang sangat kan.Siap-siap berbaju melayu, pakai kopiah, bagi milk sebotol, diam je dia tunggu mama sesah adik nye tu. Kadang-kadang aku tengok Areil pun macham dah fedap tengok drama Aira. Sabar ye bang. Kita kuatkan iman kita dua beranak.


Menangis depan pintu. Melalak-lalak depan tangga sebab aku tak siap lagi nak keluar ikut dia. Aku boleh bayang, kalo budak ni jadik flowergirl sesape, memang menangis sama lah pengantin tu dapat flower girl cengeng nih.



anak sedara-anak-adik-anak

Ni je pict ghayer kami. Aku singgah rumah ma aku antor soto lepas tu terus gerak balik rumah mak mertua kat Paka. Dari awal kawen sampai sekarang, kami laki bini memang tak balik rumah sape-sape time ghayer haji. Kitorang gerak balik pagi ghayer tu je. Sebab aku nak jugak feel pagi ghayer kat rumah sendirik. Ala dekat je pun. Orang kata nak berak tak sempat abis, dah sampai.


Pict budak demam -pagi tadi. Letak dalam ig dan fb, orang cakap budak ni tengah tengok hantu. Haha. Dia lah kot hantu tu. Hantu makan!

02 October 2014

Hari Tadek Mood se-Mesia.

Assalam kesayangan,

Time mood takde ni lah rajin pulak aku nak hupdate belog. Paswed pun tetiba boleh ingat. Ajaib. Fuh fuh fuh *sapu sawang sket. Kisahnye, semalam memang sesuatu sangat. TRAGEDI OKTOBER kau! Orang Mesia konpem semua dah tahu yang semalam ramai orang naik minyak pasal MINYAK NAIK!!!! Seharian suntuk kat FB troll pasal isu ni. Kat group wassap banyak dapat troll gambar kakmah dan jibby setat dari petang semalam lagik. Tak memasal full storage henpon aku dengan gambor dorang plak dah. Haih!

Aku malas nak komen pepanjang. Masing-masing dah besar dah tahu buruk baik kesan kenaikan minyak tu. Dengar macham HANYA minyak yang naik tapi yang tersirat adalah otomatik semua benda sekali lah yang naik. Macam tadi aku bace kat FB, yang tak minyak sangat pun awal-awal lagik dah kompang servis dan product dorang naik harga dah tadi. SYABAS! Kak Su oangkaya yang laki arkitek tu pun boleh bising pasal minyak naik, orang yang tak berapa nak kaya plak wat lex wat peace macham takde pape *atau pasal dorang sebenarnya tadek pilihan.kalo bising sama naik lagik teruk kena bash so buat-buat redha je la ye dak? Dari semalam aku perati status FB memasing diam je. Karang skrip barangkali. Tapi kawan aku cakap dorang bukan karang skrip tapi dorang pun sibuk beratur tadah tangki minyak kereta masing-masing kat petrol pump. Aih, malas nak bagi lelebih kang isu plak kat sini. 

Yang pasti, tak bermakna hari aku sehari suntuk arini. Group wassap arini semua sunyi. Kat FB pun semua starus garang-garang. Hari tadek mood se-Mesia aku syak. Takpelah, dah itu yang ko pilih, tanggung lah dunia dan akhirat. Aku marah pasal aku tak pernah plak pangkah orang-orang berkenaan sekali bila time minyak naik, elok je aku pun kena tempias. Bagi je lah kat kroni-kroni angguk tu je yang tanggung semua ni. Time BRIM tak semua pun dapat. Time minyak naik, eh elok plak semua kena tanggung! Banyak cantik! 

Yang marah dan takde mood,
Yna Dona.