Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 July 2014

Dah Dekat Nak Ghayer.

Salam kesayangan,

Lepas sahur dah tak boleh nak tido. Dapat lah bukak belog kejap. Hewhewhew!

Persiapan raya camno? Aku punyer almost done utk diri sendiri. Yang anak-anak alhamdulillah dah settle walaupun hakikat kemain hazab nak settle kan misi mencari baju ghayer anak-anak. Pasaipa hazab? Pasai ES bizi yang amat sepanjang Ramadhan ni. Bayang kan plan dari sebelum puasa kekonon nak shopping kat KL lepastu tunda kekonon nak pergi Kelantan, lepas tu tunda lagik dah berubah nak ke Kuantan plak. Makin lame makin dekat. Semua nya sebab masa! Haha, kekangan masa yang amat katanye. Tapi takpelah, semua dah settle. Nak merungut pun tabaik gak sebab ES bukan sesaje excuse. Dah Allah bagi rezeki lebih time ni, terpaksa lah korbankan masa tu sket. Nak beraya ni banyak pakai ongkos ya buk. So, redha....!

Tema kaler asal kitorang kekonon omputih sangat - nak teal kaler. Tahun ni aku syak pastel colour yang tengah in. So, bebajet up to date lah ni. Terjah punyer terjah, namharom nak jumpa baju melayu kanak-kanak dan bapak kaler tersebut itu. So, switch to next plan. Ambik je lah kaler hape-hape asal bukan hitam. Sebab aku dah syak tahun ni baju raya aku takkan siap sebab ES bukan jenis manusia yang suka bagi jawapan cecepat bila aku tanya nak tema kaler ape. Jalan selamat aku tempah je abaya hitam sesiap. Nanti bila dah jumpe tema kaler, aku just sarung je lah tudung ikut tema kaler. Settle. Aira pun sama, aku tempah abaya hitam gak untuk dia. Dan sebab tu jugak tanak ES ngan Areil pilih hitam sebab nanti rimas pulak aku tengok 4-4 beranak berbondong-bondong hitam. 

Tahun ni beraye umah mak mertua. Raye ke dua umah aku. Raye ke tiga insyallah dah start mekap kastemer. Gigih nau aku keje awal-awal padahal zaman keje gomen dulu cuti raya WAJIB SEMINGGU. 

Lupa nak cerita, Ramadhan kali ni aku bisnes jual Premium Beautiful. Jangan nak terkejut pulak. Aku tolong jual kan utk kengkawan yang dah malas nak jual, dan nak clearkan stok dorang je pun. Memang laku sangat sebab murah yang amat memasing jual. Rasanya dah almost belas-belas set dah laku. Alhamdulillah, komisen jual PB tu bolehlah buat aku bayar down payment X6 nanti. Miahahaha!

Okeylah, bye.






berbuka di Padang MPK Kuantan. Ektibiti wajib.


yang ni time iftar di KT. Last minit carik parking kat taman Syahbandar takde, so pergi lepak kat mane ntah * lupe nama tempat. Nanti nak tanye ES.


No comments:

Post a Comment