Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

04 March 2014

Nak Cotton Nak Cotton Nak Cotton!

Salam kesayangan,

Apekehal nye bangun tetengah malam lepastu meroyan kisah kain pulak? Haha. Sebab semalam sebelom tido hint kat encik asben. Cakap lah kat dia, pose dah dekat. Bulan 6 kan? Lepas tu sekarang kan dah bulan 3. Bulan 4 tailor  cakap dah tutup tempahan raya *tailor aku lah ni. orang len aku tak sure Pergh nak saiko aku suh tempah cecepat mementang baju aku sekali tempah soploh pasang - padahal manjang yang siapnye 2 pasang je sokmo kan kan kan? aptb!

Encik asben pun nampak macham terhantuk baru terngadah. Eh, maksudnye? Tak, aku nak cakap yang encik asben pun macham mengiyakan jugaklah yang masa dah terlalu cepat sekarang. Dah dekat nak pose bagai dah. Dah nak kena beli baju raya dah. Walaupun ganti pose terhegeh-hegeh je lagi *itu aku lah. Nasib asben tak terhingat nak jotos tadi.

So, plan nak kena beli kain raya cepat-cepat ni. Tapi bajet takde lagik, acane? 
Takpe, kita berangan dulu. Free je pun. 

Tahun ni kekonon tanak kain manik-manik bling-bling sangat. Tanak baju yang stetail metail sangat yang selalu kekonon bak gadis tu. Ohok! Takde, sebab nye tahun ni nak simple yet modern. Nak cotton tanak iron. Sebab nak bersiap cecepat lepastu sehari jimat masa bersiap, boleh lah round beraya sampai soploh buah rumah sehari. Mampu? Aku kan emak-emak. Dah malas nak penat berpeluh iron baju setengah jam, tetibe kendong Aira, macham sia-sia je kerja iron mengiron daku tadi. 

Lepas tu nak pastel colour. Nak kaler yang soft-soft je. Blocking kaler dah abis season okey.

So, kerja rumah untuk korang, ada link FB yang jual cotton cecantik tak? Aku tanak English cotton sebab still kena iron kan? Pastu mahal pulak tu kan? Haha, tanak mahal okeh. Please, memang nak cari kain yang simple dan murah je. Ingat, cotton+tayah iron+softcolour+murah. Ada ke?

Nak jimat sangat apekehal aku nih. Nak mati ke? tetiba.





Aira membesar dengan jayanya, Aku jugak yang melidi. 


1 comment: