Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

19 November 2014

Ubi Rebus Part ll *pun ada?

Assallamualaikum....

Ni agaknye lah, mengkalau kentut bau ubi rebus sah-sah satu dunia tuduh kentut aku laki bini. Tapi aku jamah lite-lite je. Tukang masak selalu nya dah kenyang hidu bau je *eh ye ke?.

Semalam kan cerita part rebus ubi. Ingat kan dah settle. Rupanya bangun pagi ni ada lagi belen ubi tu kat bawah saji. Kesian pulak tengok orang tu ratah ubi rebus kosong je. So nampak gaya nye nak tanak kena lah buat sambal bilis tu jugak. Kang kalo malas kang gelap pulak masa depan nak lobi samsung Note 4.  So setakat kena masak sambal bilis, apelah sangat kot. Kan kan kan?

Meh sini nak share resipi sambal bilis simple dimple kapadia punyer.

Bahan-bahan:
Sesudu minyak masak
Segengam bilis halus/sederhana (rendam bagi hilang masin)
4 bijik bawang merah kisar
Sebijik bawang putih kisar
Sesudu besar cili boh/cili kering kisat
Lada jarum *optional
Air asam jawa
Nisang/ Gula melaka
Gula
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara:
Panaskan minyak. Masukkan bawang kisar dan goreng sampai garing. Gunakan api perlahan. Kemudian masukkan cili boh/cili kering kisar dan lada jarum. Goreng sampai garing menggunakan api perlahan. Kemudian tambah air asam jawa dan nisang/gula melaka Masukkan bilis dan gaul sekata. Tambah gula, garam dan perasa secukup rasa. Korang boleh pilih nak sambal korang tu kering atau basah-basah macham sambal nasik lemak tu. Siap.

Senang je kan? ES siap ratah sambal bilis tu tau. Pedas-pedas manis je rasa nye. Pastu cakap, kalo tambah petai mesti bertambah sedap. Hemoh hemoh hemoh sungguh laki aku ni. Nak ada petai lah pulekssssss!!!!


Nota kaki: sebenarnya Nisang tu aku tak tahu orang KL panggil ape. Eja pun tak sure nisang ke ape. Sebab takkan la nisan kot? 



18 November 2014

Ubi Rebus Je Pun

Assalamualaikum....

Awak, awak.... kita tak tido lagi nih sebab kita tengah masak. Janganlah terkejut sangat. Ye kita tahu sekarang dah dekat pukul 12 tengah malam tapi nak buat acaner ada orang tu kens lapar ubi kayu rebus katanya. Memang aku tengah rebus ubi kayu lah ni. Sementara tunggu empuk, aku godek lah belog kejap. Aira dah tido. Areil plak check in rumah nenek. Line clear baq hang - so sempat layan belog kejap. Hewhewhew!

Kalo kat belah Terengganu ni memang gila makan ubi rebus time-time musim tengkujuh nih. Ubi kayu atau ubi rebus memang peberet all time lepas tu geng dengan kopi O. Kalo air lain macham tak ngam-ngam ho agaknye. Tambah sedap kalo ubi tu nanti cicah dengan sambal bilis atau kelapa parut yang di-gaul dengan gula. Dah malam camni mana nak cekau kelapa parut lagi oiii so kejap lagi dah siap rebus tu, aku tos ubi tu siap-siap dan tabur gula je kat atas ubi tu sementara ubi tengah panas berasap. Nanti gula tu melting dan meresap dalam ubi yang dah ada rasa lemak-lemak masin tu (sebab masa rebus letak garam sikit dalam periuk tu). Lepas tu makan pun time panas, baru heaven - kata si penggemar ubi kayu rebus abadi.

Ada orang tak boleh makan banyak sangat ubi kayu. Angin katanye. Macham aku preggy kali ni memang banyak masalah angin ni. Selalu je rasa senak dada dan perut lepas makan. Tak pun kalau makan petai ke, minum teh tarik ke, konpem lepas tu tak sedap satu badan. Duduk tak kena, bangun tak kena, mengcangkung takut ter-beranak! Sampailah end up nanti muntah. So kebetulan aku takde lah hantu ubi sangat, makan lite-lite je jamah pun sipi-sipi. 

Okeylah sekian sahaja kisah ubi kayu rebus. Bye.


Ihsan gugel. Ubi kayu rebus aku belom siap.

Nota kaki: Orang tu kan...dia beli sampai 3 ketul ubi kayu. Dahlah setiap ketul tu sama saiz dengan peha beliau. Malam ni dah rebus satu ketul. So aku tengah pikir esok nak masak menu ape lagi guna ubi kayu tu. Okey kita buat pengat. Lusa aku buat masak stim limau pulak kehkehkeh. Nak sangat dia makan ubi kensssss?

11 November 2014

Orang Nak Bagi No Tel Dia Plak Jual Mahal.

Assalamualaikum...

Tadi tiba-tiba teringat. 3,4 hari lepas aku ada hantar skirt untuk repair zip yang rosak. Aku hantor kat satu kedai cina sebab pernah dengar kawan-kawan cakap kat situ elok. Sebenarnya tak kesah lah  elok ke tak sebab nak repair zip je pun - bukan kebaya ke hape kan. Janji cepat siap.

Masa aku antor tu ada auntie yang keluar. Lepas bagitahu nak repair ape, auntie tu cakap esok boleh datang ambik lepas tu terus simpan skirt aku antor tu. Aku terpinga-pinga itik kejap. Auntie ni tak tanya pun nama dan no tel aku. Lupa kot. So aku pun tanya, 'auntie, tanak ambik no fon saya ke?' Auntie tu jawab takpe takpe,tak payah. Okey - walaupun aku tak puas hati jugak la dengan jawapan auntie tu. Nak jugak suruh auntie tu ambik no fon sebenarnya. Atleast tanya nama aku je pun okey.Yelah, buat nye ada mamat prevert datang ngaku tu skirt bini dia lepas tu auntie tu plak main bagi je tak ke haru? Tambah pulak mamat tu nanti balik buat selimut ke towel ke guna skirt aku tu acane? Eh skirt je pun. Macham lah ada orang nak prevert kat ko pun? Hahahassan!

Okey lepas tu, aku lupa lah pulak nak pergi ambik skirt tu ke - esokan hari nye tu. So the next day aku pun pergilah. Tapi rupanye tak siap pun lagi! Haih, aku dahla nak pakai skirt tu esok. Bukan takde pun skirt lain tapi sebab aku dah rindu sangat nak pakai skirt yang dah lama rosak tu. Tak boleh ke? Auntie tu suruh aku ambik the next day. Konpem siap katanye. Hurmmmm, hari memula hantor tu pun cenggitu lah jugak percent konpidem auntie tu.

Dan sewaktu entry ni di-taip, dah berhari-hari sebenarnya daripada tarikh auntie suruh aku pergi ambik skirt. Yelah, aritu aku tergesa-gesa nak ambik tu sebab nak guna. Sekarang dah tanak guna so rasa kalo pergi ambik laju-laju pun dah tak guna! Lagipun kan, aku nak bagi auntie tu ambik pengajaran sikit  *alaa sikit je pun. First, lepas ni auntie tu sila lah concern sikit. Sila ambik details customer contoh nya nama, no telefon lepas tu tarikh siap sebab in case macham kisah aku ni, andai kata aku dah lupa atau saje buat-buat lupa nak ambik skirt tu, auntie nak contact sape? mane dia nak carik details aku kat skirt tu? Mustahil lah kot auntie tu pergi guna-guna kan skirt tu semata-mata nak cari sape tuan punye skirt kot. Mahal lagi bayar kos mak esah daripada upah repair zip. Saya ni nak memudahkan kerja auntie je. Dan kedua, lain kali auntie jangan hanya pandai bermain kata kelak nanti diri sendiri merana *tu lirik lagu dangdut yang aku petik. Masa orang tengah rindu nak pakai, dia plak jahit tmain-main. Now perut dah voncet, kalo pakai pun dah tak boleh nak zip, tak ke sia-sia je pergi repair zip tu auntie oiiii? Eiii, biasa tau auntie ni!

Auntie je lah pakai skirt tu!
                           

10 November 2014

Kejap-kejap Basah.Camne ek?

Assallamualaikum....

Aku start toilet train Areil masa umur dia 2 tahun 10 bulan. If tak salah aku lah sebab time tu dia tak sambut besday pun lagi. ES punye idea lettew. Aku time tu macham tak ready lagi nak train - atau erti kata malas nak urut dada tiap kali Areil ter-berry or ter-kucil dalam tempoh training tu. Plus ES pun takde kat rumah kan so macham ini tak adil tak adil tak adil nak bagi aku hadap sensorang. Masa memula train, menjerit-jerit aku. Kejap kejap tanya, 'Yeye nok kencing? nok berok dok?' Lepas tu kejap-kejap tuduh, 'Yeye  bakpe pegang bebird tu? Nak kencing ke?' Dalam 3-4 hari aku macham tu tau. Dalam tempoh training tu, sehari berhelai-helai jugak kena tukar seluar Areil. Dia macham dah sampai masa nak kencing baru sibuk berlari pergi toilet lepas tu tak sempat! Bayang kan lagi sejengkal je pun nak langkah masuk toilet, tapi dia dah terlepas. Huwaaaa!!! Pernah sekali masa dia tengah syok main kat toys box dia, pastu berlari-lari bagitahu aku ada 'benda kotor' kat tempat main dia. Aku kemain laju pergi tengok kot lah bangkai tikus ke ape sekali tengok ada dua ketul sisa buangan dia kat tepi tu. Blerghhh, nasib baik tekstur pejal. Kalo macham type cherry berry tu, sambil basuh sambil lap airmata lah aku!

Tiap kali ES balik rumah, aku mengadu tak leh handle sensorang. Letih mental emosi. Lepas tu ES suruh stop train, tunggu sampai dia ada kat rumah nanti sama-sama train dan pikul tanggungjawab cuci taik dan kencing tu. Haha cengeng punye mak kan. Tapi Areil pulak dah tanak pakai diapers sebab dia rasa lagi freedom camtu kot. Amboi laju je dia feeling dewasa. Start dari tu jugak aku tekan kan kat Areil kalo tanak pakai diapers, kena kencing dan berry kat toilet betul-betul. Kalo tak, nanti mama dia yang pemalas ni bagi dia pakai diapers balik. Tau pun dia tanak. Memang unexpected jugak lah unplanning train tu dalam masa seminggu je dah berjaya. Terus lah sampai ke hari ni dia dah reti pergi toilet sendiri. Melainkan ada hari-hari yang dia tengah layan kartun ke toys ke ape, lepas tu tahan sampai dah nak terkeluar baru hegeh-hegeh berlari ke toilet. Kadang tak sempat, depan pintu tu jugak tempatnye.

Tapi tapi tapi, langit tak selalu cerah kan? Ni petang ni hujan gamaknye tengok langit pun gelap je dari tadi. Paham tak? Nak cakap nih sebenarnya. Malam-malam Areil memang tak pakai diapers jugak. Tapi lately ni dia suka ter-kencing time tido. Pasal dia tido lama sangat. Dalam erti kata lebih senang, Areil ni suka bangun lewat. Kalo tak dikejutkan, pukul 11 tengahari pun belum tentu dia bangun. Mama ngan papa dah risau sebab tahun depan plan nak hantar playschool. Orang lain dah sibuk  nak balik dia baru hegeh-hegeh nak bangun, apekehal? So bila dah lama sangat tido terkadang dia memang tak sedar pun terkencing *tapi mama syak Areil memang malas nak bangun sebab nanti kena paksa mandi pagi. Kalo dulu sebab air-cond kot sejuknya, tapi sekarang kebetulan dah nak masuk musim hujan, malam-malam kan sejuk so bertambah lah kerap si Areil ni terkencing. Selalunye malam-malam dia nak je tido berkepit sebelah mama. Dah lena, ES pun angkat dan letak dia kat tilam sebelah katil kitorang. Kadang-kadang kalo dia dah lena sangat, ES pakaikan diapers kat Areil. Esoknye, bila dia bangun, ko tahan je lah telinga dengar Areil membebel marah sebab pakaikan dia diapers. Dia cakap macham budak kecik je pakai diapers lepas tu point kat Aira kekonon nak cakap yang Aira tu je budak kecik. Eleh. Tapi kan, ada jugak time subuh tu Areil merangkak naik balik kat katil. Tengok-tengok ter-kecing atas tilam kitorang!!! Itu yang mak tensen tu. Tilam kot. Dahlah nanti bau kepam. Haih, mak-mak yang bace, mintak tips sikit boleh? Camne nak elak hah? Selalu before tido Areil memang minum sebotol milk. Lepas tu sebelum tido tu kitorang memang dah ajar suruh dia ke toilet siap-siap. Tapi tu la, dah buat semua tu pun tetap jugak berlaku kejadian yang tak diingini tu. Pernah sekali tu, aku terpaksa basuh 4 helai comforter dan toto gara-gara Areil. Dah lah kebetulan pulak masa tu cuaca mendung, kejap-kejap hujan. Termenung mak ko ni anak!

So helpppppp......!!!!




padan muka mama saya!


06 November 2014

Aku Mengandung Ko Yang Panas

Okey tajuk havoc sebab cerita pun havoc.

Bismillahirahmanirahim...

Niat di hati nak start update semua setori untuk 3rd (eceli 4th) pregnancy ni tapi memandang kan aku alahan agak teruk, maka dah masuk trimister ke dua ni baru back to normal. Alhamdulillah, dah almost 20 weeks usia baby. Aku hingat baby baru je nak masuk 13w ++ rupanya ramalan silap semata-mata dan bukan nye silap mata. Dah dua kali scan dan dua kali tengok baby ku ber-gerak aktif tendang sana sini (mama saspek awak otomen jugak) dan dah dua kali ES tak sempat tengok time scan tu. Haha, kesian dia. Kita sorokkan awak dulu ye baby!

The worst part bermula masa memula booking buat kad pink/merah.Kisah nye bila nurse tanya ada ambik perancang tak dan aku jawab no. Then di tanya lagi, memang tak merancang ke? Then bila aku jawab kami merancang sdn bhd je tapi jawapan tu tak memuaskan hati nurse tu nampaknya. Dia boleh membebel dan cakap kat aku, awak sepatutnye merancang selama dua tahun tiga tahun then baru boleh preggy balik. Sebab awak ada history keguguran, baby prem, kencing manis time preggy so baik awak sembuhkan dulu penyakit kecing manis awak tu - kata nurse. Aku pun pelik. Tadi masa memula dia cek aku dah bitahu aku memang takde kencing manis. Tapi dia ada cakap even aku sihat tanpa diabetis pun, once dah ada history kencing manis time preggy, tak mustahil untuk next pregnancy aku akan ada diabetis balik during pregnancy. So conclusion nye aku sihat camne sekalipun masa tak preggy , keadaan tu akan jadik sebaliknya bila preggy. So motif nurse nak suruh aku tayah pregnant till 2-3 tahun alasan nak treat diabetis dulu before mengandung? (aku takde kencing manis so nak rawat ape ye?) Tapi sebab aku hanyalah insan yang lemah aku senyum je dalam-dalam. Malas nak layan sebab masa tu aku nampak misi tu pun dah macham ubat perancang yang sepatutnye biar dia tu je yang aku telan. Lagi senang nanti bagi dia je aturkan proses pembiakkan aku. Voley????

Tapi takpe. Mak 3 anak ni tak boleh emo-emo lagi dah. Tarik napas,hembus pelan-pelan. Baik aku kesahkan berat badan aku ni. Memang kesilapan lah, time booking kad pink/merah masa tu aku tengah mabuk. Berat statik je. Settle booking kad, mabuk pun hilang. Sekarang makan je keje aku. Lapor manjang. Dulu tengok makanan boleh pitam. Sekarang takde makanan depan mata, pitam! Berat pulak nak kena naik setengah kilo/bulan. Kalo ingkar, sah-sah saspek diabetis, kena minum air gula pastu kalo sangkut kena pulak buat BSP 4 kali sehari. Kira time tu nanti dah takde beza dah aku ni patient ngan misi sebab sama je kami kena pergi klinik hari-hari. 

BLERGHHHHHH!!!!

Nota kaki: mintak maap la kawan-kawan misi. Entri ni aku tak tuju kat semua misi except yang consult aku tu je. Ye aku paham niat tu nak bagi aku sihat luar dalam sebelum conceive next pregnancy tapi dengan reason yang misi kat atas bagi, aku yang tak misi ni memang tak boleh nak hadam. And lagi satu, tak semua manusia dalam dunia ni bersedia nak ikut rules dan merancang sejibik sejebon macham yang misi tu suruh. Ada orang memang plan untuk kurangkan jumlah anak atau jarakkan usia anak, tapi dalam Islam sendiri tak menggalakan family planning tanpa sebab yang kukuh. Sekarang sementara aku rasa sihat, ekonomi stabil, so aku somi isteri plan inilah masa nya nak tambah anak. Sok lusa dah masuk 3series, risiko nak dapat penyakit lagi senang, aku risau tak larat nak carry dua benda dalam satu masa. Mana nak treat penyakit aku, mana nak jaga kandungan. Ntah-ntah time tu misi bising plak cakap dah tua bangka banyak penyakit pun gigih jugak nak mengandung perhal? Aku paling pantang orang membebel kat aku. Tampor jugak misi tu kang.




05 November 2014

I is rindu belog!

Assalamualaikum.....

Lamaaaaaaaaa sangat kan tak berbelog. Dia ni memang. Kejap je rajin nye, sebab lagi banyak yang tak rajin. Kot? Tapi camne eh nak cakap. Aku takde lah bizi mane pun. Hari-hari duk rumah lebarkan vontot je. Bangun pagi buat brekpes pastu kemas dapur kemas rumah. Selang sehari dua basuh kain baju-jemur (itu pun kekakdang ES tolong jemur sebab dia tahu aku malas nak bersiap bertudung tukar baju semua keluar rumah jemur baju) Tengahari kadang-kadang masak tapi banyak tak masak sebab time ES kerja jauh, tak balik makan tengahari. So masak ape yang ada untuk tekak aku 3 beranak ni, simple je. Janji ada kuah dan sejenis lauk tak pedas untuk anak-anak. Lepas tu malam, anak-anak tido awal je. Tapi for sure leptop memang empunya badan yang kongker belah malam. Urusan kerja jawabnya. Aku yang jobless ni ter-paksa lah tunduk mengalah. Tayah verangan nak ber-belog bagai. Huwahuwahuwa!

Kesimpulannya, aku tak ber-belog sebab mood yang takde sebenarnya. Atau kekadang kontang idea tetiba. Pernah, time dalam bilik kecik, time tengah sapu pondesen kat muka, time tengah basuh pinggan mangkuk, time tu lah idea nak tulis ape kat belog datang ber-koyan koyan. Banyak sangat sampai siap boleh draf 2-3 entri time-time tu. Tapi sayang, semua draft tu aku save dalam memori kepala ni je. Ko ingat permanent ke? Harus lah tak noks. Lepas je tutup paip air sinki, terus draft tadi pun sama-sama lost sama macam air paip sinki tu stop. I is tensi yu!

Respek aku blogger yang kental buat entry. Lagi-lagi KakSu. Kalo KakSu lama sangat tak buat entry, aku plak meroyan sebab dah takde bahan bacaan yang menarik. Paling suke entry makan yang kaksu buat. Kaksu, kalo Yna ada power, Yna suruh Kaksu jadik host JJCM sampai bila-bila and ever sebab rating TV konpem mencanak naik sebab Kaksu punyer follower kan lagik ramai - kalah Mat Yo bola sepak tu kan, kan, kan Kaksu? Okey buat lagi next enri plish Kaksu..........!!!!

Eh Kaksu, sume entry blog Kaksu Yna bace even yang part by part (yang Kaksu suruh sedia baldi muntah tu semua Yna buat) tapi bila Kaksu buat entry cucuk-cucuk Shein tu Yna tak bace sebab Kaksu punyer ayat dah macham doktor-doktor dalam ER. Kenkadang terasa macham tengah bace pamplet dan flyers kat sepital pun adaa. Tau lah berkawan dengan Doktor je dia nih. Kan Doktor Suraya Sulatin? 




Dah nak masuk 5 bulan. Dah besar kan - mak nye. Huhu!

10 October 2014

Menu Tampal Tampal

Assallam....

Edisi makan tanpa rasa bersalah. Bangun pagi tadi, tadek idea nak masak ape. Hujung minggu, ektibiti masak memasak dah lame ter-kubur since alah bisa tegal biasa nih - eh alahan. Bukan hujung minggu je pun sebab sebenarnye tetiap hari pun mabuk masuk dapur sampai jalan nak pergi dapur pun aku dah tak kenal. Okey dah start melampau ceghita aku.

So sambil basuh pinggan sambil otak pikir menu. Nak goreng jemput bilis yang korang panggil cucur tu tapi bilis tadek, daun kucai lama pun tadek eh tu kan nama jalan. Pastu pikir lagi, teringat belen sup daging ada sikit lagi dalam peti. Panaskan lepastu rendam belen nasik impit segera yang dah rebus dalam peti ais tu dalam air panas bagi hilang sejuk dia tu. Pastu goreng begedil soploh doploh bijik cadang nak ratah sekali. ES masuk dapur cakap nak makan sup daging tu dengan roti. Ok boleh sebab roti Gardenia ada je. Eh teringat semalam ada beli keropok rebus kat pasar malam. Dah jom hiris nipis-nipis pastu goreng garing-garing. 



Sekali bila dah hidang, tu dia! Penuh satu meja. ES cakap tak tahu nak makan mane satu. Muahaha. Telan je la mana-mana pun b. Janji kenyang kan?


Lepas makan ni dah boleh bersenang lenang tayah pikir lunch nak kena masak ape. Makan free je sebab jiran depan rumah buat kenduri doa selamat tengahari ni. Yang bestnya dari semalam lagi meriah dengan ektibiti rewang merewang. Memang feel sangat sebab kalo tengok dah macham nak kenduri kawen. Pepagi lagi dah riuh rendah buat kerja. Haih, rindu zaman rewang time kawen dulu. 

Masa makan tadi ES tanye apesal begedil aku lain dari yang pernah dia makan? Aku tanya lah kenapa, ape yang lain dan kurang? ES cakap, bergedil aku lagi best dan sedap. Ke sebab dia yang gentel?

 Eh memang lah bergedil ayang lagi best dan sedappppppppp b....!
 Okey dah. Bai.

09 October 2014

Koleksi Pandora Iolls

Assalam....

Tora datang lagik. Aku kang, tajuk nak melotop je. Mengkalo suram-suram kang, korang nak ke bace? 

Jap nak tunjuk koleksi Pandora Gold iolls. Sori kalo peminat Pandora White terasa ye. Aku memang tak layan Pandora White tu. Time beli je macham mahal giles. Once dah boring ke sesak ke nak jual balik ada nilai ke? Oh memang tak lah ye. ES sah-sah takkan layan nak belikan even soploh kali aku campak diri sendiri dalam sungai Nil sekalipun. Lemas lah aku sensorang dalam tu asalkan beliau tak payah kena belikan Pandora White tu.  








Serius cantik giles sume design Pandora Gold ni. Pakai pulak kat tangan putih gebu iolls kesan minum Perla Coffee berkotak-kotak. Harga toksah dok ceghita la noh. Yang ada 2 ketul charms tu pun dah 3k bak ang. Mengkalo yang penuh dari timur ke barat tu buleh darab kali bahagi campur sendiri la. Pendek kata, bila ber-pandora ni, makin penuh charms ko makin ko nampak kaya berduit berharta. Gheti? Tapi kalo dah dapat seutas *ke seurat? bangle Pandora Gold tu pun dah kira - sikit lagi nak kaya dah tu. Tambah dua ketul charms pun dah okey. Tak sarat sangat mata memandang. Macham aku, beli banyak-banyak charms tapi pakai je gilir-gilir. Boleh buat hilang boring asyik tengok charms yang sama. Lagi satu design-design charms ni jugak orang kata simbolik sesuatu moment. Tapi charms Eiffel Towel yang kat atas tu takde lah pulak simbolik moment aku pernah sampai kat Paris ke ape. Pedulik hape janji charms aku banyak. Aira pun sama. Aku saje belikan sampai penuh charms. Duit ghayer dia aritu banyak sangat sampai dah tak tahu nak beli ape kot.


PRANGGGGGGGGGGGG!!!!
 Perghh sekali petir sambar jari haku! Nauzubillah! 
Dah lah mem-bohong, me-riak pulak tuh! Muahahahahaha....
Tu semua gambar kat atas tu koleksi gambar yang aku kumpul semata-semata. Setiap kali ada je design baru yang keluar dan kawan-kawan upload, aku simpan sebab nanti boleh pikir siap-siap nak yang machamane. Prevert jugak lah aku ni kens? Agak nye bila impian tu nak jadik kenyataan? Yang tu belum dapat di-pasti kan sesahih-sahih nye tapi setakat ni semua design dah di-propose melalu whatsapp kat Yang Amat Berhormat ES dan alhamdulilah tiada rejection setakat nih. Ni pun kalo ikutkan, entry ni aku tribute kan utk beliau. Macham soft reminder jugak lah nih. Nanti aku up banyak-banyak kali kat wall aku bagi mata dia semak sebab frens ES kat FB ada patpuluh orang je - tu pun yang aktif kat newsfeed beliau hanya aku ngan mak mertua beliau yang sehari patploh kali request tiket games.  

B bace ke dok ni b?

07 October 2014

Takbir dan Taik Hidung.

Assallam....

Kali ni citer pasal ghayer will never end gamaknye aku nih. Tapi korang perasan tak yang tiap kali ghayer haji, lagi banyak kali dapat dengar takbir compared time ghayer puasa. Macham hari ni. Lepas je azan Zohor, terus dengar takbir dari masjid dekat rumah ma. So, selagi dengar takbir tu selagi tu jugak feel syahdu syahdan hamdan raye tu ada. Itu aku lah. Tapi rasanye bukan salah raye puasa tu kalo aku tak dengar takbir. Salahkan lagu ghayer yang berkumandang dan jugak juadah ghayer yang terhidang tu lah kot. Kan kan kan? 

Dari cerita ghayer terus lompat part taik hidung. Keji sket isu nye nih. Aira kan demam. Pastu selsema. Bila selsema, nampak lah macham ada kuping hingus yang kering kat tepi-tepi hidung dia yang tak sempat aku lap. Bukan tak sempat tapi dia tak bagi  lap. Memula selsema baik je dia. Setiap kali hacchoom, dia sua hidung bagi aku lap. Dah lama sikit, dah rasa macham tak selesa orang asyik-asyik lap kan. Bila kering, aku macham tak boleh tengok tau kuping tu. Nak tarik buang. Geram tengok. Kalo ES lagi dasat aku ghaser. Dulu Areil selalu sangat demam selsema. ES siap tunggu penuh taik hidung *eceli itu hingus kering yang budak tu tak reti nak hembus buang so lama-lama kering kan? Dah penuh dalam hidung budak tu, berebut plak beliau ngan aku pakat nak tarik buang. Areil dulu memula mengamuk marah sebab tak selesa orang sibuk korek-korek hidung dia last-last redha kan aje. Agak nye pikir, marah pun tak guna kalo dapat mak pak gian taik idung camnih. Miahahaha! Eh tu jelah nak cerita nye. Untunglah lah kalo terbaca entry ni masa tengah suap nasik tengahari. Kot-kot lah lagi berselera kan? Haha.

06 October 2014

Takde Tajuk Lagi.


Ghayer kedua. Anak-anak pun dah tak sedap badan sebab kena hujan masa keluar ber-ghayer semalam. Nak buat camno, dah memang musim tengkujuh onthewey katanye. Ko keluar malam ke subuh ke petang ke, hujan tetap hujan. Tak boleh nak elak dah.

Semalam menu aku - tetap dan berpencen sampai bebila memang menu soto lah manjang. Nak kate terer buat ? Tak pun. Nak kata senang buat? Pun tak jugak. Aku syak orang len request sbb malas buat so aku jadik mangsa keadaan. Orang lain tu adalah mak dan adik-adik aku. Dan adik ipar jugak.*dia request time ghayer pose, ghayer nih baru siap. Haih...

Aira sangat tak suka ghayer kot. Setiap pagi ghayer dia akan buat peel jebon. Tanak pakai baju ghayer. Tanak sikat rambut. Tanak breastfeed. Dia hanya tahu nak melalak je sampai mood pagi aku kelaut. Silap-silap aku melalak sama baru dia diam. Areil behave. Dah abang-abang sangat kan.Siap-siap berbaju melayu, pakai kopiah, bagi milk sebotol, diam je dia tunggu mama sesah adik nye tu. Kadang-kadang aku tengok Areil pun macham dah fedap tengok drama Aira. Sabar ye bang. Kita kuatkan iman kita dua beranak.


Menangis depan pintu. Melalak-lalak depan tangga sebab aku tak siap lagi nak keluar ikut dia. Aku boleh bayang, kalo budak ni jadik flowergirl sesape, memang menangis sama lah pengantin tu dapat flower girl cengeng nih.



anak sedara-anak-adik-anak

Ni je pict ghayer kami. Aku singgah rumah ma aku antor soto lepas tu terus gerak balik rumah mak mertua kat Paka. Dari awal kawen sampai sekarang, kami laki bini memang tak balik rumah sape-sape time ghayer haji. Kitorang gerak balik pagi ghayer tu je. Sebab aku nak jugak feel pagi ghayer kat rumah sendirik. Ala dekat je pun. Orang kata nak berak tak sempat abis, dah sampai.


Pict budak demam -pagi tadi. Letak dalam ig dan fb, orang cakap budak ni tengah tengok hantu. Haha. Dia lah kot hantu tu. Hantu makan!

02 October 2014

Hari Tadek Mood se-Mesia.

Assalam kesayangan,

Time mood takde ni lah rajin pulak aku nak hupdate belog. Paswed pun tetiba boleh ingat. Ajaib. Fuh fuh fuh *sapu sawang sket. Kisahnye, semalam memang sesuatu sangat. TRAGEDI OKTOBER kau! Orang Mesia konpem semua dah tahu yang semalam ramai orang naik minyak pasal MINYAK NAIK!!!! Seharian suntuk kat FB troll pasal isu ni. Kat group wassap banyak dapat troll gambar kakmah dan jibby setat dari petang semalam lagik. Tak memasal full storage henpon aku dengan gambor dorang plak dah. Haih!

Aku malas nak komen pepanjang. Masing-masing dah besar dah tahu buruk baik kesan kenaikan minyak tu. Dengar macham HANYA minyak yang naik tapi yang tersirat adalah otomatik semua benda sekali lah yang naik. Macam tadi aku bace kat FB, yang tak minyak sangat pun awal-awal lagik dah kompang servis dan product dorang naik harga dah tadi. SYABAS! Kak Su oangkaya yang laki arkitek tu pun boleh bising pasal minyak naik, orang yang tak berapa nak kaya plak wat lex wat peace macham takde pape *atau pasal dorang sebenarnya tadek pilihan.kalo bising sama naik lagik teruk kena bash so buat-buat redha je la ye dak? Dari semalam aku perati status FB memasing diam je. Karang skrip barangkali. Tapi kawan aku cakap dorang bukan karang skrip tapi dorang pun sibuk beratur tadah tangki minyak kereta masing-masing kat petrol pump. Aih, malas nak bagi lelebih kang isu plak kat sini. 

Yang pasti, tak bermakna hari aku sehari suntuk arini. Group wassap arini semua sunyi. Kat FB pun semua starus garang-garang. Hari tadek mood se-Mesia aku syak. Takpelah, dah itu yang ko pilih, tanggung lah dunia dan akhirat. Aku marah pasal aku tak pernah plak pangkah orang-orang berkenaan sekali bila time minyak naik, elok je aku pun kena tempias. Bagi je lah kat kroni-kroni angguk tu je yang tanggung semua ni. Time BRIM tak semua pun dapat. Time minyak naik, eh elok plak semua kena tanggung! Banyak cantik! 

Yang marah dan takde mood,
Yna Dona.

23 July 2014

Dah Dekat Nak Ghayer.

Salam kesayangan,

Lepas sahur dah tak boleh nak tido. Dapat lah bukak belog kejap. Hewhewhew!

Persiapan raya camno? Aku punyer almost done utk diri sendiri. Yang anak-anak alhamdulillah dah settle walaupun hakikat kemain hazab nak settle kan misi mencari baju ghayer anak-anak. Pasaipa hazab? Pasai ES bizi yang amat sepanjang Ramadhan ni. Bayang kan plan dari sebelum puasa kekonon nak shopping kat KL lepastu tunda kekonon nak pergi Kelantan, lepas tu tunda lagik dah berubah nak ke Kuantan plak. Makin lame makin dekat. Semua nya sebab masa! Haha, kekangan masa yang amat katanye. Tapi takpelah, semua dah settle. Nak merungut pun tabaik gak sebab ES bukan sesaje excuse. Dah Allah bagi rezeki lebih time ni, terpaksa lah korbankan masa tu sket. Nak beraya ni banyak pakai ongkos ya buk. So, redha....!

Tema kaler asal kitorang kekonon omputih sangat - nak teal kaler. Tahun ni aku syak pastel colour yang tengah in. So, bebajet up to date lah ni. Terjah punyer terjah, namharom nak jumpa baju melayu kanak-kanak dan bapak kaler tersebut itu. So, switch to next plan. Ambik je lah kaler hape-hape asal bukan hitam. Sebab aku dah syak tahun ni baju raya aku takkan siap sebab ES bukan jenis manusia yang suka bagi jawapan cecepat bila aku tanya nak tema kaler ape. Jalan selamat aku tempah je abaya hitam sesiap. Nanti bila dah jumpe tema kaler, aku just sarung je lah tudung ikut tema kaler. Settle. Aira pun sama, aku tempah abaya hitam gak untuk dia. Dan sebab tu jugak tanak ES ngan Areil pilih hitam sebab nanti rimas pulak aku tengok 4-4 beranak berbondong-bondong hitam. 

Tahun ni beraye umah mak mertua. Raye ke dua umah aku. Raye ke tiga insyallah dah start mekap kastemer. Gigih nau aku keje awal-awal padahal zaman keje gomen dulu cuti raya WAJIB SEMINGGU. 

Lupa nak cerita, Ramadhan kali ni aku bisnes jual Premium Beautiful. Jangan nak terkejut pulak. Aku tolong jual kan utk kengkawan yang dah malas nak jual, dan nak clearkan stok dorang je pun. Memang laku sangat sebab murah yang amat memasing jual. Rasanya dah almost belas-belas set dah laku. Alhamdulillah, komisen jual PB tu bolehlah buat aku bayar down payment X6 nanti. Miahahaha!

Okeylah, bye.






berbuka di Padang MPK Kuantan. Ektibiti wajib.


yang ni time iftar di KT. Last minit carik parking kat taman Syahbandar takde, so pergi lepak kat mane ntah * lupe nama tempat. Nanti nak tanye ES.


13 July 2014

TERJAGA DARI MIMPI....

Salam kesayangan...


Hahahahahaha. Tetiba aku baru nak hingat belog balik. Well, well, well! live yang super duper hectic.Jadi mak dua anak, serius sibuk yang amat.

Yang rindu-dendam aku, jom cuci mata *macham tak biasa.haha.

pict latest laki bini. 


anak bongsu lagi. 
belom ada cadangan tambahan ahli baru - eh, cadangan ditutup!



anak sulong. anak ensem mama! *puji anak sendiri kot takkan itupun nak cebek?


bonding time = selpie time

roti john utk ifftar. nyums!


olololololo, mama bile mekap terus hilang muke bibik 365 hari kens? haha. kongajar mulut sendiri!

Semua pict saiz kecik. Nak large kan tak dapet lah, nanti pixel pecah. Ko nak ganti? *macham tak kelakar je kan? Semua pict aku cilok dalam i,g - sebab itu medium terpaling aku aktif bangkali. Macham biasa, follow mollow aku di i.g Yna Dona dan kalo nak membeli belah rajin-rajin lah search pages 'KEDAI YNA DONA - K.Y.D'. Kat situ semua aku jual. Gas memasak je takde. Takut meletop masa postage.

Okeylah nak off. Nak sahur. Lepas sahur dah takle sambung sebab ES *encik suami akan take over lappy sampai subuh. Aku plak tak kose nak melayan lappy balik lepas subuh. Kesian nanti takde sape-sape nak ternak taimata kalo bukan aku yang buat. Reti kan? 

Bye.

20 March 2014

Wordless Tajuknye

Salam,

Pukul 4.15 pagi,
Mata terbeliak lagi.
Inilah penangan kalo aku start consume Luver9 semula.
Memang energetik sampai ke siang membawak pulak ke malam.
Tapi sayang seribu kali sayang...
Energetik sensorang nak buat apa,
Kalo berdua barulah berpasangan.
Baru lah ada ektibiti perlawanan kan.
Ohoi melalut!

Ok bertenang.
Saje je hiburkan hati sendiri yang lara.
Sendiri taip sendiri bace sendiri gelak.
Pasrah menyerah pikir dan tengok muke sendiri terbakar.
Sape suruh mandi sungai time kemarau cenggini.
Berendam berejam-jam macam sungai tu aku yang punye.
Lantak lah, sebab bukan jugak ahmad albab yang punya *bajet orang gelak ke? lempang nak?.
Sudahnya, hidung dah macham serupa hidung badut.
Merah pedih tak tahan hokeyy!
Serius ini fakta weh so jangan muntah bajet aku gedik manje ke ape sebab ini hakikat!
Muka aku tak pernah se-sunburn ini - yakni tahap merah menggelupas sampai letak pondesen pun still nampak merah-merah melati iteww lagi!

Tapi, dengar cerita lagi 3 minggu plan nak pergi  mandi sungai lagi.
Kali ni pergi awal pagi siap BBQ kat sane. 
Perghhh, kena cari sunblock bagai jugak ke ni???
Relaks ah, kata kampunggirl dot com dot my.

*lepastu melalak kat fb mengadu muka sunburn.pigidaaaahhhh!



itu buaya yang bomoh pemes tu carik. nak tampor katanye! takut kan? Dah, pergi tido cepat sebelom kena tampor.

04 March 2014

Nak Cotton Nak Cotton Nak Cotton!

Salam kesayangan,

Apekehal nye bangun tetengah malam lepastu meroyan kisah kain pulak? Haha. Sebab semalam sebelom tido hint kat encik asben. Cakap lah kat dia, pose dah dekat. Bulan 6 kan? Lepas tu sekarang kan dah bulan 3. Bulan 4 tailor  cakap dah tutup tempahan raya *tailor aku lah ni. orang len aku tak sure Pergh nak saiko aku suh tempah cecepat mementang baju aku sekali tempah soploh pasang - padahal manjang yang siapnye 2 pasang je sokmo kan kan kan? aptb!

Encik asben pun nampak macham terhantuk baru terngadah. Eh, maksudnye? Tak, aku nak cakap yang encik asben pun macham mengiyakan jugaklah yang masa dah terlalu cepat sekarang. Dah dekat nak pose bagai dah. Dah nak kena beli baju raya dah. Walaupun ganti pose terhegeh-hegeh je lagi *itu aku lah. Nasib asben tak terhingat nak jotos tadi.

So, plan nak kena beli kain raya cepat-cepat ni. Tapi bajet takde lagik, acane? 
Takpe, kita berangan dulu. Free je pun. 

Tahun ni kekonon tanak kain manik-manik bling-bling sangat. Tanak baju yang stetail metail sangat yang selalu kekonon bak gadis tu. Ohok! Takde, sebab nye tahun ni nak simple yet modern. Nak cotton tanak iron. Sebab nak bersiap cecepat lepastu sehari jimat masa bersiap, boleh lah round beraya sampai soploh buah rumah sehari. Mampu? Aku kan emak-emak. Dah malas nak penat berpeluh iron baju setengah jam, tetibe kendong Aira, macham sia-sia je kerja iron mengiron daku tadi. 

Lepas tu nak pastel colour. Nak kaler yang soft-soft je. Blocking kaler dah abis season okey.

So, kerja rumah untuk korang, ada link FB yang jual cotton cecantik tak? Aku tanak English cotton sebab still kena iron kan? Pastu mahal pulak tu kan? Haha, tanak mahal okeh. Please, memang nak cari kain yang simple dan murah je. Ingat, cotton+tayah iron+softcolour+murah. Ada ke?

Nak jimat sangat apekehal aku nih. Nak mati ke? tetiba.





Aira membesar dengan jayanya, Aku jugak yang melidi. 


24 February 2014

Phythosciene Double Stemcell

Salam subuh,

Tak payah susah-susah nak introduce product sekarang. Sebut je Phythosciene Double Stemcell, semua dah master pasal DSC. Sonang koje i. haha.


So, alang-alang dah involved dengan DSC, khas untuk warga Kemaman dan yang berdekatan - Dungun, Paka,Kerteh, Kuantan. Korang berminat nak tahu lebih lanjut tentang bisnes long term terpaksa kaya kaching? Nak tahu bagaimana kami dan team Richm5 bertindak menjana income disamping bagaimana produk DSC dapat membantu masalah kesihatan? Nak kenal produk DSCdengan lebih dekat? Jom, lock date dan seat anda pada 1 Mac 2014. Masuk adalah PERCUMA. So ini peluang anda. . 
Ramai yang berminat nak cuba tapi malu-malu, ragu-ragu, dan takut-takut. Sampai bila aagk-agak nye nak kekal dengan 'rasa' macham tu? Ramai yang dah berjaya buat hanya dengan langkah yang sangat mudah. Seriosly, bisnes kaching ada pelan yang sangat hebat. Sangat mudah dan sangat best. Semua dah disediakan dengan pelbagai tips bagaimana nak mencapai kejayaan dengan bijak dan mudah. Jom, kita pakat sedut aura kejayaan dan ilmu daripada Top Leader. Downline-downline serta bakal ahli baru jugak sangat lah dialu-alaukan. Kita bakar semangat masing-masing yok!

Anything nak tanya pasal bisnes kaching, boleh pm je terus atau whatsapp 013-9525876/017-9125876. Next entry ada setori lagi best!

20 February 2014

Hello 2014!

Agak-agak tajuk macham mintak maki tak?

Bulan Febuari kot.
Baru terhegeh-hegeh nak muncul.
Itu pun dah pun panik kejap - search belog sendiri tak jumpa.
Ingat blogger pun dah tak sudi terima blogger malas macham aku ni.

Okey malas aku dalam erti kata 'tak rajin nak berbelog'
Tapi insyallah tahun 2014 tahun makin rajin kerja dengan kuat.
Eh tanak kerja kuat, nak kerja lebih smart.
Kerja sikit, income banyak.
Ada ke?
Eh ada le. Aku memang dah buat pun.
Syukur alhamdulillah.
Permulaan yang baik dan unexpected di tahun baru.
Agak lambat berbanding orang lain tapi takpe, still sempat what.
Dari duduk tunggu tengok sampai bila kot.
Target laki bini tahun 2014 - misi free debt.
Tahun lepas tahun kumpul aset sikit-sikit.
Insyallah, settle segala debt, barulah misi mem-bangunkan aset.
Mohon dipermudahkan.
Meroket....
Eh eh.