Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 July 2013

Makan Luar Lagi

Salam,

Raye dah dekat eh?
Belas-belas hari je lagi kan?
Aku kan, pantang sangats dengar lelagu rayer ni.
Bagi lah aku buat kerja apa pun, 
Asal buat sambil dengar lagu-lagu raye,
Kemain mencicit laju je kerja aku siap,
Nak lagi best lagu Airmata Syawal *hahaha mongok orang len sedih aku hepi je dgr lagu nih,
Semangat raye merasuk la katekan,
Terapi minda betol lah lagu raye nih untuk aku.
Fuhhh.

Okeh intro je tu.
Nih petang ni.
Kebarangkalian tak masak agak tinggi jugak.
Ajak en.asben bukak pose dekat Taman Syah Bandar petang ni,
Dan dah proceed nampak gayanya.
Tengahari ni gerak.
Gerak awal, boleh jalan-jalan dulu.
Wah gitewww katanye. 
Memang kesukaan aku lettew.
Jalan jalan bawak anak-anak sambil layan lagu raye,
Ewah seronot monot nyer....

Ok tu je. Bai.

27 July 2013

Tips Sahur Yang Cepat.

Salam,

Dah dekat nak bersahur ni.
Kalo pejam mata barang sekedip dua konpem dengan subuh-subuh sekali terbabas. 
Maka marilah merapek di belog sementara tunggu 4.30 pagi.
4.30 pagi baru boleh masuk dapur panaskan ape yang patut.
Kenapa nak kena tunggu 4.30 pagi baru sahur? Sebab? Sebab sokati je la.haha.

Dah, melawak vodos kejap pepagi camnih.
Nasib baik sahur nanti dah beli siap-siap lauk.
Simpan dalam peti, pastu kejap lagik panaskan je dalam rice cooker?
Hah terkojut ke? 
Sabar, sabar. Bace dulu.
Macham ni. 
Ini petua/tips nak cepat manelah tahu kot-kot terbangun sahur lagi 10 minit sebelum imsak ke kan? 
Untuk orang yang takde microwave je lah tapi boleh guna tips nih.
Eh, aku lettew...

Lagi pun lauk kalau beli, memang tak beli banyak. 
Takut basi - takut tak sedap - takut membaziaq.
Lepastu kalau beli sikit, nak masuk dalam periuk pulak nak panas kan, banyak pulak kerja.
Periuk lagik nak kena basuh. 
Tok bilal dah pegang mic nak azan, ko sibuk pilih periuk paling kecik je lagi. 
Nak bersahur ke tidak sebenarnya?
Ok next.....

Kalau beli, selalu lauk tu taruk dalam pelastik je kan?
Nanti lepas dah panaskan nasik, aku memang suke campak je lauk pauk tu pulak sekali ngan plastik dalam periuk nasik. *basuh dulu plastik tu bawah air paip bagi bersih sebab nanti ada nasik kat dalam tu jugak. Make sure ikat leklok la nanti lauk kat dalam plastik masuk air puleks.
Suis periuk tu tayah off lagik. 
Kiranya bagi rice cooker tu dalam mode warm barang 5,6 minit. 
Pastu pepandai lah ko angkat plastik panas-panas tu taruk la dalam mangkuk semua lepastu hidang. 
Syiap!

Kalau nak lagik hardcore, masa ko panaskan nasik, campak je lah sekali dengan lauk-lauk tu semua kat dalam periuk.
Tayah tunggu siap panaskan nasik.
Tapi AWAS. 
Aku dah pernah lah terkena sekali. 
Plastik lauk tu terlecur kena dinding periuk nasik yang tengah panas tu kan, sekali bocor lah puleks.
Tak pasal-pasal nasik siap berkuah kat dalam periuk.
So hati-hati lah ye kalo nak i follow, i follow skill pemalas aku nih.
Eh bukan pemalas pun, tapi ini orang panggil ter-lebih guna kan otak.
Kena lah kreatip sket kata orang.
Selalu aku guna teknik ni time pose tahun-tahun lepas.
Time tu bekerja lagik, haruslah jimat masa+lauk pun beli. 
Muahahaha.




Lauk berbuka. Encik suami request nak sotong masak merah+ikan goreng garing-garing. Itu je. Lain-lain aku tambah masak nasik goreng ikan masin+sotong celup tepung+pajeri nanas beli kat bazaar. Dah, kenyang perot suami, lepas tu baru lah best nak kecek ajak pergi shopping raye. Lepastu kan, shopping punyer pasal, tak pasal-pasal  dah kena beli lauk bungkus. Pasal bini dah penat sangat tawaf mall la kendong si budak demok.





Inilah budaknye. 2bulan setengah 6kg.
 Ya Rabbi. Masuk sumo nak tak?

Eh dah 4.30 lah.
Nak kena goreng ikan kering.
Encik suami request.
Yang tu takleh campak dalam rice cooker ye dek nonnnn....
Kalau tak nanti laki ko pulak campak ko luor tingkap.
Ok bai.

Penangan Dot Dot Dot...

'
Tolong lah Puan Faridah, stop keluarkan design polka dot. Selagi ada, selagi tuh jugak poket aku ni kering kontang melebur. Haih....




Nah kau sekali sampai 6 helai. Rabak poket mak jehmah okeh.
 Tahun ni duit raya budak-budak takde ler jawabnye.

nota kaki: no2 dan no5 dari depan tu macham nak letgo. Macham tak berapa nak ngam dengan muka. Sape nak sila komen atau whatssap 0139525876 ye.

24 July 2013

Singgah Menyinggah.

Salam semua,

Siang tadi pergi SSM renew lesen niaga aku yang dah kat setahun meninggal. Balik tu pergi TTC sebab kat situ ada banyak bazaar. Boleh usha baju Areil. Tahun ni tema kitorang anak beranak adalah hijau emerald, wah giteww. Kaler nak ala-ala baju sanding Ekin Mawi so misi mari mencari baju si Areil la pulak. Baju si bapak nya udah ketemu. Ntah hape hape je tahun ni preparation ala-ala koboi sket langsung takde nak tempah bagai baju, beli yang ready made je lah makanya. So pusing-pusing punye pusing almost setengah jam takde pulak jumpa kaler tu. Ok takpe, Khamis ni kite try carik kat Kuantan puleks. Dalam dok mencarik baju melayu, sempat lah beli selai seluar untuk si Areil dan si Aira. Mood Areil tak berapa nak ok sebab time tu dah ngantuk, lepas tu sibuk pulak nak beli jam la, belon Upin Ipin la hapelah. Itu lah kekadang macham benci kot kalau pergi kat jualan pakaian raya ke perabot ke barang letrik ke tetiba terselit booth jual belon lah toys la macham-macham. Tak ke terganggu perjalanan shopping mak bapak? Tak pasal-pasal mood shopping gone. heh. Tensi aku. Lepastu, sampai rumah tadi, belek-belek seluar Areil, tengok tengok....


koyak!!!!


yang kat atas tu gambar dari luar dan kat belah dalam tu gambar belah dalam seluar tu. So? Memang seller tu dah tau lah kot seluar tu koyak so cover camtu kat belah dalam, lepas tu jual macham tak bersalah? Haiyoohhh....mahal kot harga seluar tu. Dah same rege ngan Poney pants time sale. Huiii, ini dah macham beli yang reject pulak. Sakit pulak hati aku. Tengoklah camane nanti kalau rajin boleh je pergi tukar, tapi kalau malas, ko pakai je la anak oiiii. Tsk.


Yang ni pulak aku menyinggah kat kedai Eco Shop yang besar bagak kat Marang tu. Orang sini lagi senang panggil kedai 2 hengget. Yelah korang kat sane ada Daiso shop yang semua barang rm5 tu kan, so kat sini kedai Eco Shop ni kira ala-ala Daiso la jugak kot. Macham-macham benda ada kat dalam ni. Aku pun tak tau ape sangat yang best masuk kedai ni tapi tiap kali lalu konpem nak menyinggah lepas tu beli yang bukan-bukan. Ala takpelah, rm2 je kan. Kalau beli pun bukan rugi banyak sangats. Kuikuikui. Time singgah tadi kekonon nak beli bekas letak nasik tambah je sebab set pinggan yang aku guna sekarang tu besar bebenor, tak sesuai aku 2,3 beranak nak guna. Tapi kan, bila dah termasuk kedai tu, inilah hasilnye. Rak toiletries, hanger besi yang gantung kat wall tu, sudu kecik, sikat, jar untuk letak garam kunyit ajinomoto, salotep (aku kang peng-wrapping parcel tegar) lepas tu gayung pun beli jugak. Hahaha, dasar kan. Total damaged is rm38 sajork. Itu baru 10 minit kat dalam. Huiiiiih...



Yang ni pulak on the way pergi Kuala Terengganu, berenti beli kuih akok yang pemes kat KT ni. Ada satu tempat jual akok panas-panas tepi jalan. Nama kedai ni Bau Asap Ehhhh. Betol-betol kat selekoh so kalau ter-laju sket drive kerete tu memang terlajak la nak jumpe kedai ni. Memang superb best pun akok kat sini dahlah masak cara tradisional. Beli panas-panas, masuk dalam kereta hazab la perot duk sedut bau lazat akok nih. Pakcik yang jual tu jugak kalau tak silap aku ada skill mengurut dan ilmu aura-aura ni semua. So sesape yang rasa nak test boleh singgah bagi pakcik ni urut bagi keluar semua aura-aura korang tu sementara tunggu akok masak.
 Pict nih aku upload kat i.g lepas tu semua komen Areil buat duck face. Kan? Tak perasan pulak aku annoyed jugak anak aku punyer skill bergambor. Time ni bb Aira aku tinggalkan kat nenek. Badan dia suam-suam so better avoid bawak dia sekali kang tak memasal demam dekat-dekat nak raye ni. Lagipun budak kecik tu nak kena train pakai botol. Kalau tak, masak aku dekat-dekat nak keluar bekerja seksok baru nak train. Buat nye nanti dia tanak, acane?

Tu je lah kot ektibiti menyinggah aku. Encik asben memang dah masak perangai aku ni. Memula je cakap nak pergi satu tempat, end up semua tempat aku pergi. Thehehehe!

23 July 2013

Jom Sertai Kelas Mekap - Asas Solekan Anjuran Kolej Komuniti Kemaman.


*entry melekat melekit. Scroll down laju-laju ke bawah untuk entry terbaru. TQ




 Salam semua,

Kolej Komuniti Kemaman akan mengadakan satu kelas Asas Solekan pada 17 Ogos 2013 (Sabtu) bertempat di Perpustakaan Awam Kerteh. 
Kelas akan bermula pada pukul 9pagi - 2ptg. 
Yuran penyertaan adalah hanya rm15 dan terhad kepada 15 orang peserta sahaja. 
Peralatan disediakan.
Sijil penyertaan daripada kolej juga turut diberikan. 

Antara pengisian kelas tersebut ialah:

Pengenalan kepada peralatan, teknik dan solekan yang sesuai/ringkas.
Demo solekan harian (natural) dan solekan makan malam.
Praktikal peserta.

Kepada yang berminat nak menyertai, anda bolehlah sms atau whatssap nama dan ic ke no 013-9525876 (yna)

So ape tunggu lagi, ajok ah kawang-kawang tu. Jom pakat comel ramai-ramai lah awok terrr!!!!

22 July 2013

Jom Masak

Salam semua,

Sebenarnye tengah tunggu nak masak nih. Tapi sotong ngan ikan tengah berendam lagik. Kejap-kejap lagik okey lah tu kot lembut. Itu yang menyampah kalau simpan binatang-binatang kat freeze, dah jadik satu hal pulak nak kena tunggu mereka chill bagai.

Tapi nasib baik jugak aku ni bangsa yang tak suka bercinta kat dapur. Kalau bukak pose pukul 7.3o, aku suka start masak pukul 6, 6.30 camtu la kot. Kadang-kadang aku dah siang dan marinate siap-siap ikan ke, sayur semua, tinggal nanti nak masak je. So sedang elok lauk masak, tok bilal pun azan. Lauk pun panas-panas je sangats. Tapi depends jugak lah lauk apa yang aku nak masak. Mengkalau nak masak sup tulang, pukul 6.30 baru aku terhegeh-hegeh nak tenggek periuk rebus tulang, agak-agak pukul berapa lah daging tu nak empuk oi. Silap-silap aku yang kena hempuk dek laki. Dah la takde nye aku nak guna periuk tekanan tinggi ke rendah ke apa. Campak dalam periuk ala-ala vantage yang beli kat Rantau Panjang tu sudey.

Okey dahla merepek. Kuali dah memanggil. Nanti sambung lagik. Selamat berbuka semua. Bai.

Malas Pikir Tajuk Pepagi Camnih

Salam, *sori entry semalam2 lupa nak beri salam...=(

Aku rasa lah kan, aku dah boleh mula berbelog balik macham dulu. Sebab nye, aku dah jumpa rentak anak-anak. Lepas 12 malam dorang dah start berdengkur, tapi aku macham biasalah, mata tak berapa nak kenal tidor malam. Selalu time-time ni (12-2 pagi) aku suke kemas-kemas rumah, kutip toys anak masuk box, sapu-sapu lantai sket, lipat-lipat baju. Takpun wrap parcel order kastemer, tulis addres sume. Settle sume tu boleh lah melayan belog sepam dua kan. Kalo bulan-bulan pose cenggini, aku lagi suke lajakkan sekali sampai sahur dan subuh. Lepas subuh baru aku tergolek tido peluk anak-anak. Bapak budak-budak pun dah nak kuor pergi kerja.

Lagi satu, dulu aku selalu merungut payah nak taip guna henpon. Leceh. Itu yang kejap-kejap tertangguh je entry aku. Kadang-kadang je aku sempat rembat leptop encik asben, lepastu taip entry laju-laju. Bukan takde pc tapi pc dalam opis en. asben. Semak okey nak masuk dalam tu. Idea pun tak datang. Tapi encik asben dah ada pc baru. Lagi power gamaknya, maka secara tak rasminya jugak, leptop beralih tuan. Lepas ni nak carik skin protector yang pinkish-pinkish tampal. Konpem jadik hak milik kekal. Huahuahua.

Okeylah, nak ronda-ronda pergi belog kengkawan kejap. Nanti update lagik. Bai.

nota kaki: tapi semalam encik asben pesan suruh normalkan balik kitaran tidor aku macham manusia lain. susah woooo!!!!

21 July 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan La Sangats



Dah 11 hari kita pose dan Alhamdulillah as a request from encik asben jugak, setakat ni belom lagi jejak kaki berbuka kat kedai ke buffet Ramadhan ke ape. Dan segala juadah lauk pauk adalah home made by me kecuali kuih muih. Tak khoser aku nak buat kuih sedulang lepastu makan nya sesuap je lepas tu esok dah nak kuih muih lain pulak. Maka part kuih muih kita tunjuk-tunjuk sudey....


*ikan masak asam+telur asin+tempe goreng kunyit+salad dan kurma


*gulai kunyit lengkuas+paprik campur+sambal velacan ma kasik (kuih muih beli ye.malas nak taip nanti orang ingat aku buat jugak)


*sayur putih kacang panjang+ikan goreng+udang masak merah+telur bungkus. 


*ikan jebong panggang cicah air asam+ayam masak black pepper+sayur campur


*tukke panggang cicah air asam+daging masak merah ala thai+sambal velacan ma bagi+nasik goreng seafood


*cencaru sumbat sambal lada hitam+sup daging+telur dadar+kailan ikan masin.


*ikan masak stim asam boi+cendawan goreng+daging masak merah+cucur badak dan ayam masal lemak cili padi yang ma bagi.


nasik goreng seafood berapi.

Kalau dikira-kira ada 8 pict je. The rest aku berbuka puasa kat rumah mak mertua dan rumah ma aku. Setakat nih memang takde istilah campak dalam tong sampah. Semua abis licin kena bedal kami laki bini. Hahaha dasar kuat melantak. Nih lagi berapa belas hari lagik pose yang tinggal, tak tahu lah nak kena pikir menu ape lagi. Nasib baik ada FB. Boleh jugak tumpang intai-intai pict lauk korang. 

Saya Dah Resign Pun.

Ya Allah,

Lamenya tak update belog. Sejak abis pantang sampai dah nak dekat 100 hari si bb Aira dah nak masuk 3bulan, tak berhupdate sangat pun belog nih. Terabai je engkau kan belog. Mementang la aku dah balik rumah sendirik, mementang lah sibuk jaga anak-anak, mementang jugaklah dah berenti koje. Eh? Ramai yang dah tahu kot....hihihi.

Sebenarnya banyak sangat yang aku dah missed nak share dengan korangs. Lagi-lagi pasal berenti kerja. Kalo ikutkan hari-hari sangats nak hupdate belog, sebab sempat je pun tapi aku je yang malas huawawawa!

Okey aku setori lah sikit-sikit ye. Aku dah officially resign. Submit resign letter pada 2 Julai 2013 aritu, dengan notis 30 hari. Sepatutnya 2 Ogos ni cuti bersalin aku dah tamat tapi memandangkan aku dah nekad nak resign, tak payah nak tangguh-tangguh so aku bagi notis ngam-ngam sampai last day aku cuti bersalin. Terus cuti sampai ke sudah la maknanya. Hiphip horey. Bila ada yang tanya, kenapa sampai berenti kerja? Goverment kot. Tak sayang ke? Jawapan aku.....

1. Minat. Dah tiba masa nya aku nak serius buat apa yang aku minat! Dah tiba masanya aku betul-betul fokus dengan skill dan kecintaan aku kat dunia mekap nih. Kalau dulu aku as a freelancer MUA je tapi insyallah sekarang aku bergerak sepenuh masa sebagai Jurusolek/ Mak Andam. Kalau orang tanya, okey ke income jadik MUA nih compare dengan gaji lama aku dulu, jawapan aku, gaji dah jatuh no 4 dalam ranking keutamaan aku.

2. Masa. Dulu memang aku mampu jadik freelancer MUA, buat job time weekend je dan weekdays bekerja macham biasa. Masa tu anak aku sorang. Weekdays aku anto Areil bagi ma aku jaga time aku kerja dan weekend time ada job mekap, aku anto lagik Areil kat rumah ma aku. Syukur aku ada ma yang sanggup jaga tak berkira. Kalau aku anto nurseri, celah mane aku nak anto anak aku time weekend kot. Masa tu hati ni dah macham tak berapa nak best sebab kesian jugak dah susahkan ma aku. Mane lah tahu kot-kot time weekend tu ma aku nak berehat ke nak pergi kenduri kendara ke kan, tentiba aku plak sibuk selit anak aku sekali. Tapi masa tu hati tak berapa nak yakin sangat nak resign. Macham angan-angan je. Tapi now dah ada bb Aira, aku kena pikir betul-betul. Takkan 5 hari bekerja dah anto ma aku jaga kedua-dua anak aku lepas tu weekend nak anto lagi. Kesian kot kat ma aku. Even aku tambah duit belanja sekali pun, even ma aku cakap tak ape sekali pun, aku ni anak takkan takde ati perot dan akal kot nak pikir. Kesian ma aku. Dia nak rehat jugak. Nak dating ngan abah jugak. Huhuhu. So, sekarang anak-anak 24 jam depan mata aku. Time aku keluar mekap, jumpa kastemer, time tu je lah aku anto anak aku kat ma aku. So might be okey lah berbanding dulu. Buat ape aku bersusah payah nak pikir nak carik pengasuh lah ape la lepas tu pikir lagi nak bayar pengasuh la ape la, sedangkan itu kan anak aku, biarlah aku yang jaga pesal kena pikir nak bagi sape yang jaga. Kenapa aku kena pikir nak bagi orang jaga anak aku lepas tu gaji bagi kat pengasuh, so aku kerja demi anak-anak ke demi pengasuh? Lepas tu bile time gaji mula lah nak pikir, kerja kemain tapi gaji macham tak tahu hilang kemana asal hujung bulan gaji pun nak hujung-hujung jugak. Takkan itu je kot yang aku dapat lepas kerja penat-penat, tinggalkan anak-anak kat orang sehari suntuk. Berbaloi ke? Huhuhu.

3. Ketenangan. Aku tanak tua sebelum usia. Hahaha. Kerja dalam tekanan, hari-hari balik rumah serabut otak sebab kita buat kerja dalam environment yang tak kondusif, dikelilingi aura-aura yang negatif. Bila kerja terikat dengan bos-bos dan manusia yang terlampau cerdik kadang-kadang boleh buat kita rasa segala kerja buat kita tak pernah dipandang elok. Ada je yang tak kena dan ada je cacat cela. Dari elok-elok kita ikhlas bekerja sampailah timbul rasa yang dah tak berapa nak enjoy lagi dah. Dan aku sangat menyampah bila orang terlalu sibuk nak ambik tahu pasal aku, nak tahu mana aku dapat duit beli itu ini dengan gaji yang seciput, nak tahu berapa sen harga semua benda yang aku ada, berapa sen gaji laki aku dan kalau boleh buku akaun aku pun dorang nak update supaya senang dorang kira kewangan aku bulanan kot.

4. Income. Macham aku cakap jugaklah, aku bekerja bagai nak rak, korban masa dengan anak-anak, korban masa dengan keluarga. Keluar subuh balik petang, badan dah letih giler dengan otak lagi stress, tapi gaji aku tetap setakat tu. Bila time gaji, tolak bayar itu ini semua, berapa kupang je lagik yang tinggal untuk aku? So untuk ape aku kerja sampai kena korban macham-macham tapi aku tak sempat nak nikmati usaha titik peluh aku tu. Bukan nye aku tak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan sepanjang 8 tahun sebagai penjawat awam malah dengan rezeki itu jugak lah aku dapat bagi ma abah aku merasa, cuma sampai bila aku nak selesa di takuk yang sama? Rutin yang tak berubah selama 8 tahun? So aku pilih untuk bekerja sendiri. Biarlah aku sendiri yang corakkan masa kerja aku, masa aku dengan keluarga. As long as aku enjoy buat kerja yang aku minat, still boleh buat income dan dalam masa yang sama anak-anak ada depan mata aku dan sempat masak untuk encik suami aku, itu adalah kejayaan besar bagi aku yang tak semua orang berpeluang dapat rasa. Bak kata encik asben, lepas ni aku lah bos dan aku jugak kuli. So dekat situ secara tak langsung aku mampu motivasikan diri aku untuk lebih berusaha dan hargai setiap rezeki yang aku perolehi takdelah nak shopping merapu je.Hihihi. Dan insyallah, aku yakin aku aku dah buat pilihan yang terbaik. Walaupun terpaksa telan dan pekakkan saje telinga mendengar suara-suara yang tak bersetuju dengan keputusan, tapi aku jugak yakin masih ada ramai kawan dan keluarga yang menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk aku. Bak kata seseorang, aku tak mati dikeji dan tak hidup dipuji. 

Okeylah.Macham dah terpanjang je pulak entry aku. Ikutkan hati panjang lagik nak menceceh tapi kang nanti macham nak tarbiah suruh semua orang berenti kerja la pulak aku nih. Hahaha. Tak kisah lah mane-mane pun pilihan kita, masing-masing ada matlamat dan alasan masing-masing. Orang cakap ikut hati mati tapi aku percaya hati aku tak pernah tipu tuan. Rezeki ada dimana-mana. Janji Allah itu pasti. Engkau doa, usaha, yakin dan tawakal, insyallah adalah bahagian untuk engkau tu nanti. Jangan ingat rezeki itu hanya duit. Anak, suami dan keluarga pun rezeki. Bahagia pun rezeki. So luas sangat pengertian rezeki tu. Tepuk dada, tanya lah hati sendiri. Voleyyy?


nota kaki: Pun ada yang cakap aku berenti sebab laki aku senang, sebab laki aku paksa jaga anak, sebab aku dah beranak dua, lepastu seksok kena tinggal baru menyesal. hey hey hey hello....boleh tak pikir di luar kotak. Aku hanya berenti kerja makan gaji, bukannya berenti kerja. Aku still jana income aku bukan semata-mata tadah poket mintak duit ringgit laki aku (kalau iye pun, ape salahnya, bukan mintak duit laki ko), pepandailah aku manage kewangan, saving dan future aku. Takkan semua nak kena isytihar kat ko kot? Lepastu nak salahkan aku sebab beranak? Kalau tak kerana anak-anak, sampai bila-bila jugak lah aku takkan dapat kekuatan untuk buat keputusan besar cenggini. Kau hader?





Yang penting aku lebih tenang dan double bahagia begini.....


Okey dahlah. Bai.

16 July 2013

Rinduuuuuu!!!!!

Salam....
Rindu nye kat belog, tau tak. Makin tak kerja makin tak sempat pulak nak berbelog. Sad kan?
Okeylah. Taip pun guna henpon,memang tak klimaks la kot. Leptop missing in action. Tunggu nanti kita sambung setori mori bebeyh...

K bai.





Published with Blogger-droid v2.0.6