Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

11 December 2013

Ikut Laki Part 2


Salam kesayangan,

Kun Fayakun. Itu je yang mampu aku ungkapkan. Ingat lagi tak entri ni? Baru je sehari aku update kisah aku ke Kemaman dan Kuantan, esok nye kedua-dua tempat yang aku pergi tu dilanda musibah banjir besar. Rumah, kedai, kenderaan, tanaman, dan pelbagai lagi musnah sekelip mata. Allahuakbar, besarnya ujian dari-Mu untuk kami hamba-Mu. Kalau lah kebetulan waktu kami empat beranak kat situ berlakunya banjir besar tu, entah machamane lah agaknya.

Okey, sambungan entry lepas....

Kisah hari kedua sebenarnya takdelah best sangat eh, macham lah kisah part 1 tu best ahahaha plus tak bawak Areil pun. Kesian aku tengok dia dah macham cicak berak kapur sebab buhsan sangats ikutkan kitorang semalam, so bagi dia main-main ngan mok adik nya kat rumah nenek. So, kitorang ke KT ber-tiga je pun. Bawak si Aira - yang kerja nya adalah tido berak bf tido berak bf tido berak bf. Time encik asben siapkan landskap, aku melayan pesbuk je pun kat dalam kereta. Sejam lebih jugak lah melangut kebuhsanan. Hujan renyai-renyai time tu, memang fefeeling nak tido lah tapi disebab kan si Aira kat riba aku so bertahan je lah wahai si mata.

Siap kerja encik asben, terus pergi makan kat Giant sebab bunyi perot memasing dah macham lagu K-pop. Kebulur yang tahap nak bercakap sesama laki bini pun dah tak larat. So singgah pergi Chiken Rice Shop sudaaa. Tak kuasa nak order masakan panas bagai. Lepas makan terus gerak balik eh tipu.aku singgah beli durian crepe+ciskek leleh+pavlova+rainbow kek dulu. Ahahaha!





Lepas je 2 hari aku ikut encik asben tu, Terengganu dah start hujan lebat-selebat nya dan banjir teruk di sesetengah kawasan. Memang sangat-sangat tak terduga banjir besar berlaku lagi tahun ni dan yang paling mengejutkan, kebanyakan tempat-tempat yang dilanda banjir tu adalah tempat-tempat yang tak dijangka boleh berlaku banjir.

 Jika ia-Nya berkehendakan, bila-bila saja - dimana-mana sahaja - atau pada siapa-siapa sahaja yang di kehendaki-Nya, tiada kuasa lain yang mampu menghalang-Nya. Kuasa Allah, tiada apa pun yang mustahil kan?



1 comment: