Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 December 2013

Cendawan Satu Kak!


Salam kesayangan,

Ni nak mengadu ni. Ingat tak aku pernah cerita pasal masalah rambut gugur aritu? So kali ni nekad nak gunting je lah rambut. Serabut! Makin panjang makin banyak lak yang gugur. Nasib baik rambut banyak. Kalo tak, kenyang Yun Nam!

Padahal kan, asalnye encik asben yang nak pergi gunting rambut, tapi last-last aku yang dapat pergi gunting. Sampai tertido-tido asben dengan Areil tunggu mama nya siap. Pomfuans kens?

Sebab targaet nak selesaikan masalah rambut gugur, maka tak daya lah aku nak stylo mylo-kan pesen rambut aku. Biar lah tak urban pun, janji senang handle. Nak request yang macham-macham pun, ape lah sangat style yang ada untuk rambut pendek. Takkan nak mintak potong panjang pulak kan? okey gelak sendiri.

Zup zap sup zap zup zap!!!! 
Maka terhasil-lah rambut baru aku. Aku suka. Pesen rambut cendawan kata nye akak tukang gunting tu. Cendawan pun cendawan lah kak. Lapor-lapor nanti boleh gak gigit makan sikit-sikit. Bukan luak pun. Rambut aku kan banyak. 

Balik rumah kemain si isteri ni esaited nak tayang kat encik asben. Beliau kan men-tunggu aku kat dalam kereta je, mane lah nak nampak masa tengah gunting tu. So sampai je rumah, tadaaa....!!! Okey encik asben cakap lulus. Suka. Fuhh, senang hati. Tapi, kalo beliau cakap tak suka pun, takkan lah boleh aku nak gostan balik kejadian gunting rambut tadi tu? Hape ingat terlajak kata je yang tak boleh di undur? 

Alang-alang dah beliau pun cakap cantik, selang 5 minit aku ngadap cermin. Kejap buat pesen belah tepi la. Kejap buat pesen belah tengah pulak. Haha, kemahin eksen. Rambut baru lah katakan.

So berlalu lah hari-hari yang ceria aku - dengan rambut cendawan ku.



Serius memang sebijik sejebon akak tu buatkan rambut aku. Itu yang mak suke sangat tewwww!


Sehinggalah, beberapa hari selepas itu....

 Encik asben cakap sakit ati tengok rambut aku bangun pagi-pagi, kembang! Dah penat  agak nye beliau terkejut 2,3 hari ni, itu yang ter-bitahu aku jugak tu. Pulak dah! Hades, masalah baru lah pulak. Tanak bagi kembang, kena lah ikat. Dah kalo pendek cam cendawan ni, nak ikat celah bedah mana pulak? 

Adui, ingat dah settle masalah, ni keluar pulak masalah baru! Hape yang banyak benor masalah rambut yang aku ada ni? 

Panjang = Gugur
Pendek = Kembang

Arghhhhh!!!! Stress lagi! 

*stress = rambut gugur balik.


Kan protes buat rambut camni kang. 
nak? nak? nak?



Nasib baik ada cekak rambut. Huh!

No comments:

Post a Comment