Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 October 2013

Review/Testimoni : Magic Skincare


Salam kesayangan semua,

Lame dah sebenarnya nak buat entry ni. Asik tertangguh je manjang. Ok straight to the point aku nak introduce Skincare yang sedang melets kat FB aku sekarang ni. Eceli dah almost 5 bulan jugak lah aku kenalkan produk ni kat FB dan regular kastemer pun dah ramaiiii sangat. Memang selling fast okeyh!

Pertama sekali, aku adalah pengguna terawal dan paling setia dengan Magic Skincare ni. Almost 5 bulan dah kami ketawa bersama, menangis bersama, eh... *ketuk kepala sendiri laju-laju



dulu dan sekarang.


Cis nak cover bagai padahal muka sendiri jugak. haha. Yang ni eceli testimoni aku untuk supplier Magic Skincare. Itu yang cover bagai. Sebab memula tu macham baru test produk, so aku memang dengan berani mati nya cuba Magic Skincare ni. Dah putus asa dengan produk-produk lain sebab kulit aku maha mengada sangats. Tapi itu dulu punyer cerita la.





Hambik kau besar gedabak aku tunjuk testimoni muka sendiri. Sebab kebetulan aku memang pencinta Magic Skincare nih. Semua nya tanpa bedak mekap dan editing okey. Diulang, tanpa bedak mekap atau editing okey. Kamera 360 pun bukan!  

 Kalau dulu kulit aku kusam, kering, freckless dekat area pipi *kekonon kalo simpan freckless boleh nampak macham Nora Danish ke? lepas tu open pores lagik, warna kulit tak sekata dan kulit pun kasar. Okey nampak tak betapa ber-masalah nye kulit aku sebelum ni. Tapi lepas je seminggu aku guna, aku dah start nampak perubahan kat kulit aku. Memula aku macham syok sendiri sensorang je bajet kulit dah cantik kahkahkah tapi sebelum sempat aku war-war kan tetiba encik asben dulu yang tegur kulit aku nampak bersih dan glow katanya. Bangun tido pun muka dah tak kepam sangat - tapi dah macham lepas cuci muka, sebab kulit nampak lembap dan fresh. Lepas tu adik ipar pun tegur, pergi klinik jumpa kawan-kawan kat klinik pun ada yang tegur. Huhu, serius memang superb lah bagi aku. Sebab kesannya pun cepat lepas tu kulit aku takde pulak menggelupas ke, merah ke, nipis ke atau pedih-pedih sebab Magic Skincare ni tidak mengandungi sebarang kandungan berbahaya. Walaupun tidak menggelupas, tidak menipiskan dan tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya  tapi kesan nnya setanding dengan produk mahal dan porduk-produk penggelupasan yang lain.Now kalau di telek muka aku sekarang, memang liang-liang roma pun dah tak nampak, freckless dah slowly hilang *dah tak Nora Danish dah warna kulit sekata dan best nya kulit muka makin cerah dan glowing. Walaupun tak sehebat kulit Aaron Ajis perhal plak? tapi still syukur sebab bukan senang aku nak dapatkan kulit sampai ke tahap nih. Gile sape yang tak suke bila semua tegur cakap kulit nampak sihat je lepas tu bila aku cakap kulit tu tak pakai mekap dan bedak dah sekarang, semua macham, WOW!!!!! Haha, percaya atau tidak tapi itu lah kesan Magic Skincare. Sebab tu kalau ada kastemer yang nak COD dan nak tengok sendiri kulit aku depan-depan, aku alu-alukan. Sape-sape yang pernah jumpa aku depan-depan memang tanpa sorok-sorok nye aku tunjuk je kulit sebenar aku sekarang. Benda baik, why not dikongsi-kongsi kan? Now aku bermekap berbedak time -time tertentu je. Sebab mekap still adalah minat aku. So memang tetap jugak gian kalau lama-lama sangat tak conteng muka sendiri. Tapi yang pasti after 5 bulan aku memang sayang sangat-sangat nak sesaje cemar-kan kulit dengan bedak dan mekap. Sebab aku dah lalui betapa payah nye nak jumpa set Skincare yang betul-betul sesuperb magic Skincare ni. 








Ini pulaks testimoni daripda pengguna-pengguna Magic Skincare. Semuanye fresh testimoni daripada pelanggan aku sendirik.

Kepada yang berminat nak beli, jangan ragu-ragu kerana ramai yang dah cuba dan akui keberkesanan Magic Skincare ni. Produk yang berasas kan mutiara ini berasal dari Sabah,Malaysia. Ianya selamat digunakan oleh semua jenis kulit serta sesuai juga untuk-untuk ibu mengandung kerana tidak mengandungi sebarang kandungan yang merbahaya. Tiada kesan penggelupasan dan penipisan kulit tapi mampu bertindak menghilangkan jerawat, jeragat, parut serta menutup liang-liang roma yang terbuka, melembapkan serta mencerahkan kulit. Selain kebaikan itu juga, kulit akan kelihatan lebih glow selepas 3-5hari penggunaan set lengkap Magic Skincare. 


Harga nya pun tersangat lah affordable. RM90 *add pos rm7 untuk 3 item - sabun, krim siang dan krim malam. Satu set ni bertahan sehingga sebulan ++ bergantung kepada penggunaan masing-masing. Ramai yang bila tengok set ni mesti pikir cepat habis. Tapi kalau betul-betul ikut aturan penggunaan nya, memang jimat. Contoh nya penggunaan krim malam tu, sapu pada kulit yang lembap hanya dengan sapuan yang nipis untuk penyerapan yang berkesan. Tak perlu nak sapu sampai setengah botol setiap kali- kekonon nak cepat cantik. Tak guna derr sebab kulit kita hanya mampu menyerap sapuan paling awal tu je. So memang membazir lah sangat kalau ko sapu banyak-banyak pun. Begitu jugak krim siang tu nampak je cinonet tapi aku guna dah hampir 3 bulan baru habis. Kalau satu-satu barang je yang habis, korang still boleh beli loose. So takde masalah kan?

So sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai Magic Skincare boleh terjah ke FB aku untuk tengok lebih banyak testimoni bergambar dan bertulis daripada pengguna-pengguna Magic Skincare. Tak mampu oii aku nak kopipes kat sini semua sebab banyak sangat. Atau kalau rasa nak beramah tamah tanya tentang produk ni, pun boleh je direct sms/whatssap aku di nombor 013-9525876. Yang pasti sape cepat dia dapat sebab Magic Skincare nih memang terlajak HOT SELLING!!!

nota kaki: semua produk bergantung kepada penerimaan kulit individu. Selagi produk itu selamat, aku tak akan blame sesuatu produk itu tak ok Ada yang serasi ada yang tak. So nak tahu serasi ke tidak,okey ke tidak, kena lah cuba dulu kan? Ibarat 10 orang yang makan kat kedai Nasik Kandar Beratur, mesti ade sorang yang cakap tak sedap kan? Penipulah sangat kalo 10-10 orang cakap sedap. Eh kenapa contoh nak kena Nasik Kandar nih? Macham ter-bau-bau je Penang. Hoho! 

No comments:

Post a Comment