Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 October 2013

Kurus Ke?

Salam kesayangan,

Hujan ke kat tempat korangs? Belah Terengganu memang dah start musim hujan kot. Setiap malam adalah malam hujan. Eh ayat apekah camni? Haha, abaikan.

Sebenarnya nak share ngan korangs pasal kurus. Ini bukan entry perasan mahupun perasaan. Tapi sebab nak menjawab bila ada yang bertanya. Tanye yang biasa-biasa aje takpe. Tapi ini untuk yang tak habis-habis tanye kenapa aku makin kurus lepas deliver kan bb Aira. Penat ke jaga 2 anak? Penat ke duk rumah masak? Penat ke layan laki? Tak cukup duit ke nak beli makanan lepas benti keje? Hohoi takde takde takde. Yang last belom ada sape-sape berani tanye lagi kot. Melampau sangat soklan tu. Berani ko nak tanye?

Jawapannye ialah....

Haku pun tak tahu weh. Sebab sejak lepas sekolah badan aku makin kurus makin kurus. Paling dasat aku pernah seberat 43kg je time bujang senang dulu. Dah macham skeleton masa tu.


nampak tak tangan skeleton aku?




Ni semua pict zaman anak dare. Zaman xs. Zaman bahagia. Zaman belum beranak 2. Zaman belom penat masak kata ko. Zaman belum penat jaga anak kata ko. Zaman belum penat jaga laki kata ko. Haih!








Yang ni semua pict latest aku since lepas raya puasa dulu kot. Dah gemuk sket berbanding zaman anak dares but still kurus la kot - bagi encik somi. Berat sekarang around 48kg-51kg. Dah memang tak boleh nak up dah even tabiat pemakanan aku super duper dahsat. Dah macham ada hantu dalam badan. Aku jenis tak layan sangat junk food bagai sebab aku akan makan heavy food at least 4-5 kali sehari. Lapor siot jadi bf mom nih. Kalau sebelum nih lagi lah time susukan 2 orang kanak-kanak tu, but alhamdulillah since Areil dan wean off, aku dah slowly kurang lapor. Kenapa aku still tak naik badan even makan banyak? Maybe aku punye metabolisme still bekerja dengan pantas dan bakar semua lemak badan dengan pantas dan rakus sekali. Aku pernah jugak dengar bf mom lagi cepat membakar kalori beribu kali lebih cepat berbanding aktiviti jogging. So no wonder la kot. Hehe.

Bila ada yang tanye aku memang jaga badan ke, seriously memang aku jaga. Tapi aku bukan jenis yang obses nak kurus macham patung lilin tu pun. Cukup la berat sekitar 48-50kg camnih ha. Cukup lah muat dengan baju-baju yang aku ada sekarang. Kalau gems sikit, nanti nak kena beli banyak pulak baju lain. Kalau tanye supplement ape yang aku makan untuk bagi kurus, memang aku takde sampai tahap nak kena guna kekdah ubat-ubatan atau yang sewaktunye lagi untuk lost weight. Macham aku cakap, aku kuat makan, tapi badan aku susah nak naik. Plus aku bf mom so maybe itu yang balance kan berat aku kot. Aku just monitor je supaya tak terlalu kurus sangat. As long as sesuai dengan ketinggian aku yang katik tak katik nih haha. Eh tapi nak cakap aku control camano ek sebab aku jenis makan tak ber-control pun. 

Cuma untuk maintainkan energy dalaman aku consume Luver9 collagen supaya badan tak lesu dan bertenaga. Seriously aku suka Luver9 nih sebab aku boleh nampak bila aku skip ambik almost 1,2 minggu, bila aku start consume balik, aku perasan akan keluar lendir-lendir time membuang. Macham detox kan toksin-toksin dalam badan yang terkumpul selama aku skip consume tu. Lepas 3,4 hari baru lah back to normal. Yelah, kurus tak bermakna aku sihat kan? Lagi-lagi usia dan berganjak nih. So, memang supposed to amalkan jugak supplement untuk badan ni. *yang Luver9 collagen ni nanti aku bukak entry lain kalao nak tahu details. Tapi aku tak jual.  

Jangan terkejut aku pernah lalui fasa gems jugak. Masa aku form 1, mak bapak aku hantor aku ke SBP Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa, Kedah. Aku lepak kat sane 3 minggu je lepas tu aku angkut semua kain baju balik sekolah lama. Homesick kata kau. Tapi yang pelik badan gemuk gedempol masa duduk kat kedah tu even sekejap je. Lepastu masa form 4 dan form 5 aku sekolah kat sekolah teknik. Tinggal kat asrama so kerja makan tido makan tido study malas kuikuikui. Memang gems jugak time tu. Sebab tu zaman sekolah aku takde pakwe kot. Selekeh. Berat pun around 56kg camtu - dah nak same dengan berat time buat kad pegnen kan dua kanak-kanak nih. Haha. Lepas tu aku sambung pulak study kat Politeknik. Badan aku pun start naik balik sebab sem 1 aku stay hostel. Memang aku bangsa tak boleh tinggal kat asrama gamaknya. Ibaratnya Hostel = Gems. Itu aku lah. Orang lain aku tak tahu. 

So lepas ni janganlah ada pulak mulut-mulut nak men-joyah kan aku cakap aku kurus sebab tak bahagia, sebab penat jaga anak, sebab anak kecik-kecik lagik, sebab laki tak bagi cukup makan, sebab penat layan laki dan macam-macam lagik. Sekarang hidup aku tersangat bahagia dan tenang - malah siap berganda double bahagia lagik dengan suami dan anak-anak semenjak bekerja sdn bhd ni. Bahagia yang tak dapat nak dibeli dengan duit ringgit . Insyallah, amin.

1 comment:

  1. aku pun bf mom jugak...
    Aku pun keje sdn bhd jugak...
    Aku pun ada 2 anak sorang husband jugak...
    Apasal aku x kurus2?..


    Eeiiii!....

    ReplyDelete