Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 August 2013

Keguguran.

Salam,

Alkisahnya, hari-hari kerja aku kutip rambut, sapu rambut. Arini vacum lantai, esok dah bersepah balik. Kalau kat getah rambut, bergumpal-gumpal lah jugak rambut lekat kat situ. Itu belom lagi time mandi, belom lagi time sikat rambut. Nasib baik lah jugak aku ni bangsa berambut ramai. Setakat segengam penumbuk jantan rambut gugur tu, takde nampak kesan botak pun lagik kat kepala aku. Tak perlu pergi Yun Nam tanam rambut bagai. Huahuahua.

Tapi jangan lah ingat aku tak tensi. Si Aira dah pandai pegang-pegang baju, tudung, rambut aku. Kadang-kadang tak perasan dah masuk mulut anak rupanya rambut mama. Si Areil pulak jenis suka jatuhkan makanan kat lantai lepas tu kutip ngapppp....Haiyohhhh! Menggelupur manjang aku tengok. Mana nak cekau anak, mana nak cekau rambut. Sabor je lah. Orang tua cakap bila baby dah start main air liur, rambut mak akan gugur. Kalau ikut logik orang sekarang sekarang, sebab time ni sebenarnya hormon mak-mak macham berubah sikit. Berubah nak jadik makin tua sebab tu rambut nak makin kurang. Sobs. Masa ni, ko telan lah ibu segala kolagen pun tak jalan punyer. Luruh tetap luruh. Redho kan jelah. So tak tahu lah sampai bila aku nak kena sapu dan kutip rambut hari-hari. Kalau rajin, boleh jugak gam-gam tampal buat wig kenssss? Hohoho, tak kelakar.



Aira makin galoks!!! Pantang ada orang tepi tepi dia, sibuk la dia nak menegur. Sampai tersembur-sembur air liur.
Haih, itu lah punca nya rambut mama gugur kan dik? Tsk!


Tarik tudung, tarik loket, tarik napkin, tarik segala benda  yang boleh di-tarik masuk dalam mulut. Tidak-tidak pun, masukkan jari sendiri pun voley.
Sabor je la.


Hero mama makin besor. Dah boleh ikut bawak pergi site teman kan papa. Pastu mengamuk tanak balik sebab nak tengok lori. Sekali, papa pun janji nak beli lori bulan depan. Okey kita tunggu. Sebab kali ni papa janji nak beli real lori punyer.

Areil dah pandai buat ayat pendek-pendek. Kalau dulu, suke bagi point je. Contoh 'mama, asikkk (nasik)' so pepandai lah aku teka dan menang ayat anak aku tu. Kalo betul, dapat hadiah. Eh tipu. Tapi sekarang, dah boleh buat ayat-ayat sikit. Macham tadi time nak tido, tiba-tiba dia teringat kot yang dia main ball dengan anak jiran sebelah. Bersungguh bercerita, 'mama, yeye epak (sepak) ball. Main kawan. Yeye, ariiiii (lari). Kira okey lah tu sebab mama paham nak. Good boy!

Itu je lah kot. Aku kan anti klimaks. Haha. Dan macham biasa, pict tuan tanah haruslah ada jugak. Kot-kot lah ada yang rindu.
Sila lah muntah lagik. Mihmihmih!

2 comments:

  1. salam perkenalan..cantik tuan umh ye..hehe

    ReplyDelete
  2. aku ingatkan keguguran apalah tadi...ingatkan ngandung pulok mek na kita nih...haih!!

    ReplyDelete