Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 August 2013

Cerai Susu - Berjaya ke tak? (Part 3)


Salam,

Orang sibuk beraya, yang aku tak habis-habis dengan isu nih lagi. Dah 2 minggu mencuba. Dah cuba guna belacan, belimbing buluh, garam, asam boi....result masih tetap sama. Gagal. Memang dah tak tahu dah nak guna kaedah ape lagi. Malam-malam pun sebelum tido, memang tak lupa slow talk dengan Areil bitau dia siap-siap yang dia dah supposed to wean off. Hope sangat cepat-cepat berjaya sebab aku ni merana tengok dia nak kena kecap macham-macham rasa yang tak best yang aku sapu kat cik N.

Ada yang suggest suruh letak kiwi kasut. Ada suruh letak sos. Macham Areil ni, kalau setakat tengok, macham takde maknanya dia nak ngeri, takut atau geli. So andai kata aku letak kiwi kasut, still Areil akan nyonyot then nanti lepas dah tahu rasa tak best baru lah dia stop. So, memang tak berani lah aku nak letak kiwi kang tak pasal-pasal poisoning ke ape pulak. Macham sos pulak, pedas kan? Mama si Areil sah-sah tak tergamak oii. Dah macham aniaya anak pulak. Hukhuk.

Pikir punye pikir, aku decide nak try sapu akar rajawali. Yang pahit gile nak mamps tu. Tahu? So dengan lafaz bismillah aku potong sket akar tu bagi keluar getah dia lepas tu sapu kat cik N. Areil datang nak nyonyot tadi, ngapppp sekali terasa pahit tu.Terus muntah. 3 kali muntah keluar abis susu dia minum sebelum tu. Sobsss....!!! Kesian sangat sebab i know akar tu rasa pahit - kalah pahit hempedu okeh. Areil still muke relaks je aku tengok. Tapi lepas tu langsung tanak bf okeh!!!! 

So sampai malam ni, Areil still tak bf. Nak tido tadi, dia just xoxo then minum milk dia sambil mintak aku nyanyi-nyanyi. Tengok-tengok dah lena. Huuuu...but still risau kot-kot esok Areil dah lupa atau immune dengan rasa pahit tu. Sama machamana percubaan yang sebelum-sebelum ni jugak - gagal. Huhu.

So kita tunggu keputusannya esok. Doakan ye!



 gasaklah nak oiii. janji bahagia!

1 comment:

  1. ank ak try sirap.trus stop sbb kt tetek berdarah.yg sulong dulu nk stop puting kosong.gune batang rajawali pn die blh wt bodo je isap.

    ReplyDelete