Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 August 2013

Keguguran.

Salam,

Alkisahnya, hari-hari kerja aku kutip rambut, sapu rambut. Arini vacum lantai, esok dah bersepah balik. Kalau kat getah rambut, bergumpal-gumpal lah jugak rambut lekat kat situ. Itu belom lagi time mandi, belom lagi time sikat rambut. Nasib baik lah jugak aku ni bangsa berambut ramai. Setakat segengam penumbuk jantan rambut gugur tu, takde nampak kesan botak pun lagik kat kepala aku. Tak perlu pergi Yun Nam tanam rambut bagai. Huahuahua.

Tapi jangan lah ingat aku tak tensi. Si Aira dah pandai pegang-pegang baju, tudung, rambut aku. Kadang-kadang tak perasan dah masuk mulut anak rupanya rambut mama. Si Areil pulak jenis suka jatuhkan makanan kat lantai lepas tu kutip ngapppp....Haiyohhhh! Menggelupur manjang aku tengok. Mana nak cekau anak, mana nak cekau rambut. Sabor je lah. Orang tua cakap bila baby dah start main air liur, rambut mak akan gugur. Kalau ikut logik orang sekarang sekarang, sebab time ni sebenarnya hormon mak-mak macham berubah sikit. Berubah nak jadik makin tua sebab tu rambut nak makin kurang. Sobs. Masa ni, ko telan lah ibu segala kolagen pun tak jalan punyer. Luruh tetap luruh. Redho kan jelah. So tak tahu lah sampai bila aku nak kena sapu dan kutip rambut hari-hari. Kalau rajin, boleh jugak gam-gam tampal buat wig kenssss? Hohoho, tak kelakar.



Aira makin galoks!!! Pantang ada orang tepi tepi dia, sibuk la dia nak menegur. Sampai tersembur-sembur air liur.
Haih, itu lah punca nya rambut mama gugur kan dik? Tsk!


Tarik tudung, tarik loket, tarik napkin, tarik segala benda  yang boleh di-tarik masuk dalam mulut. Tidak-tidak pun, masukkan jari sendiri pun voley.
Sabor je la.


Hero mama makin besor. Dah boleh ikut bawak pergi site teman kan papa. Pastu mengamuk tanak balik sebab nak tengok lori. Sekali, papa pun janji nak beli lori bulan depan. Okey kita tunggu. Sebab kali ni papa janji nak beli real lori punyer.

Areil dah pandai buat ayat pendek-pendek. Kalau dulu, suke bagi point je. Contoh 'mama, asikkk (nasik)' so pepandai lah aku teka dan menang ayat anak aku tu. Kalo betul, dapat hadiah. Eh tipu. Tapi sekarang, dah boleh buat ayat-ayat sikit. Macham tadi time nak tido, tiba-tiba dia teringat kot yang dia main ball dengan anak jiran sebelah. Bersungguh bercerita, 'mama, yeye epak (sepak) ball. Main kawan. Yeye, ariiiii (lari). Kira okey lah tu sebab mama paham nak. Good boy!

Itu je lah kot. Aku kan anti klimaks. Haha. Dan macham biasa, pict tuan tanah haruslah ada jugak. Kot-kot lah ada yang rindu.
Sila lah muntah lagik. Mihmihmih!

21 August 2013

Short Update - Makan



Salam,

Tengah-tengahari cenggini baru free sikit. Boleh lah update sikit-sikit. Sikit je tau.
Aku ni kan, keje nya makan makan makan. Bila adik tegur aku gemuk macham pegnen sibuk je pulak nak sentap. Tapi memang logik jugak kalau ada cakap aku gemuk pun. Makan nonstop lagi mau kurus ka? Haiyooooh!


 goreng nasik belen semalam. 
letak mix vege+sosej+telur+cili padi, sudey.



lepastu asben request goreng kopok garing-garing. makan sekali ngan nasik goreng.



tengah-tengah malam asben aku lapor.
maka terhasil lah melty cheesy sausage roll *gasaklah nama aku letak sendiri.
yang ni post kat i.g ngan fb, ramai pulak mintak resipi. Auuwww!






ko ingat nih rumah nenek ke Areil boleh meligan-ligan kusyen bantal semua?



Aritu pergi Safina Nasik Arab kat Kijal, Kemaman tu. Sebab nak feeling Arab, duduk kat ruang bersila ala-ala pak Arab isap shisha tu kekonon nya. Sekaliiii, si Areil meligan abis kusyen-kusyen kat situ. Kusss semangat. Tengok je lah pict aku anak beranak, Mama mulut tak abis-abis melarang, si Areil plak menggelupur tanak duduk. Si Aira plak...baik pulak dia tengok kamera, tengok menu. Lepas tu tido. Hahaha. Macham-macham ragam okeh.

Makan kat situ, aku bagi 8/10. Tekak melayu mana nak ngam sangat makan nasik berempah arab nih. Tapi untuk yang suke makan nasik Mandy, kebab kebab, roti pita segala tu, sila lah terjah. View pun best tepi pantai. Cosy dan harga pun affordable. 


sape-sape yang nak try Magic Skincare, boleh whatsapp aku 013-9525876.
Now aku langsung dah tak guna foundation, bedak segala. Keluar rumah sapu lipstik je sikit dengan muka togel je. Nak lagi yakin, sila lah add FB aku. Boleh view puluh-puluh testimoni daripada kastemer aku sendirik. Nak cantik tak?


Okeylah, nak layan FB pulak. Dah, bai.

20 August 2013

Kerja Rumah.


Salam,

* Kita pause kejap topik wean off Areil. Takut ada yang silap ingat ini belog keluh kesah mak esah pulak kan.

Hati ni nak sangat update belog hari-hari. Nak sangat. Tapi rupe nya jadi WAHM ni lagi bizi meng-kalahkan time koje gomen dulu. Contoh macham tadi. Si Areil dah selamat landing kat rumah nenek nya. Bese lah, rindu mok adik katanye, so papa nye pun hantor ke rumah nenek. Si bb Aira pulak elok je tido. Sambil bf kan bb Aira sambil mata aku layu layu layu dan...zapppp teringat nak update tracking number kastemer so cepat-cepat pergi on kan laptop. Sementara tunggu loading semua, masuk dapur jap kekonon nak minum Ferwhite, sekali teringat yang ikan belum lumur garam kunyit. So lumur kejap. Dah alang-alang pegang pisau tu, ape kata siang sotong sekali. Kata nak masak sotong masak merah. Settle siang sotong ikan bagai, simpan dalam peti sementara tunggu tengahari sikit baru start masak. Encik asben out stesen pergi Kuantan katanye so boleh lah masak lambat sikit. Tapi kan dah alang-alang siap semua, masak je lah terus nasik nanti senang masak lauk je. Takde lah terhegeh-hegeh nak basuh beras lah ape lah. Settle masak nasik, barulah teringat tadi nak update tracking no kastemer. Baru je nak duduk, si bb Aira pulak terjaga. Masuk bilik bf kan bb Aira kejap lepas tu tengok dah lena, keluar balik. Dahaga la pulak. Eh, baru teringat belum minum pun lagi Ferwhite. Kebetulan tadi masa masuk bilik, check henpon, ma anto sms cakap nak sikit sotong masak merah yang aku nak masak nanti. Apelagi, elok dah kat dapur, terus masak je lah. Klentung klentang kejap ber-perang dengan senduk kuali, dah pun siap masak. Lepastu terus mandi. Sedang elok siap mandi solat semua, bb Aira plak membuang. Tukar pempes siap-siap, tukar kan baju lepastu get ready nak ke rumah ma sebab dah janji dengan ma nak pergi tengok kawan ma yang eksiden. So off kan balik lappy, siap-siap terus pergi rumah ma.

Okey nanti sambung lagik. Ambik napas kejap...


Sudahnya tracking no kastemer tak sempat hupdate, Ferwhite pun aku lupe minum. Bila lah nak cantik jugak nih?





13 August 2013

Cerai Susu - Berjaya ke tak? (Part 3)


Salam,

Orang sibuk beraya, yang aku tak habis-habis dengan isu nih lagi. Dah 2 minggu mencuba. Dah cuba guna belacan, belimbing buluh, garam, asam boi....result masih tetap sama. Gagal. Memang dah tak tahu dah nak guna kaedah ape lagi. Malam-malam pun sebelum tido, memang tak lupa slow talk dengan Areil bitau dia siap-siap yang dia dah supposed to wean off. Hope sangat cepat-cepat berjaya sebab aku ni merana tengok dia nak kena kecap macham-macham rasa yang tak best yang aku sapu kat cik N.

Ada yang suggest suruh letak kiwi kasut. Ada suruh letak sos. Macham Areil ni, kalau setakat tengok, macham takde maknanya dia nak ngeri, takut atau geli. So andai kata aku letak kiwi kasut, still Areil akan nyonyot then nanti lepas dah tahu rasa tak best baru lah dia stop. So, memang tak berani lah aku nak letak kiwi kang tak pasal-pasal poisoning ke ape pulak. Macham sos pulak, pedas kan? Mama si Areil sah-sah tak tergamak oii. Dah macham aniaya anak pulak. Hukhuk.

Pikir punye pikir, aku decide nak try sapu akar rajawali. Yang pahit gile nak mamps tu. Tahu? So dengan lafaz bismillah aku potong sket akar tu bagi keluar getah dia lepas tu sapu kat cik N. Areil datang nak nyonyot tadi, ngapppp sekali terasa pahit tu.Terus muntah. 3 kali muntah keluar abis susu dia minum sebelum tu. Sobsss....!!! Kesian sangat sebab i know akar tu rasa pahit - kalah pahit hempedu okeh. Areil still muke relaks je aku tengok. Tapi lepas tu langsung tanak bf okeh!!!! 

So sampai malam ni, Areil still tak bf. Nak tido tadi, dia just xoxo then minum milk dia sambil mintak aku nyanyi-nyanyi. Tengok-tengok dah lena. Huuuu...but still risau kot-kot esok Areil dah lupa atau immune dengan rasa pahit tu. Sama machamana percubaan yang sebelum-sebelum ni jugak - gagal. Huhu.

So kita tunggu keputusannya esok. Doakan ye!



 gasaklah nak oiii. janji bahagia!

09 August 2013

Cerai Susu - Mission Incompleted (part 2)


Salam 1 Syawal semua,

Wahhhh kemain meriah FB ngan i.g dengan pict kebabommmmmm raye korangs ye. Tak menyempat-nyempat memasing snap je pict terus edit upload  kat fb/i.g. Lepas tu kejap-kejap refresh noti nak tengok dah berapa like dan komen dapat. Kot-kot lah lepas pose sebulan, ramai yang perasan body makin mantop ala-ala body Tokei Jamu Mak Dares tu. Curlasss sangats. Teknologi di hujung jari le kate kan.

Aku pun ter-masuk jugak lettew. Bukan sibuk upload pict raye *eh eh eh. adelah jugak ter-upload barang sekeping dua pict verangans tapi aku lagi sibuk duk meng-gugel tips wean off!!! Hadoi,tak abes-abes lagik isu wean off. Memang bekerja keras jugak lah. Ku sangkakan proses nak wean off ni takde lah sepayah mane, rupe-rupenya, payah yang amat! Aku dah try letak garam, letak bawang putih, takutkan dengan video konon-konon antu susu, pun gagal jugak. Memang budak Areil ni lasak gile. Dia telan je semua rasa yang aku letak kat cik N tu. Memula tu adalah jugak sebut masam la pedas la hape la,tapi kejap tu je pun. Lepas tu mencarik lagi, kemudian ngap! Hayoooohhh, bila dah macham tu takkan lah aku si mak ni nak tenyeh-tenyeh tolak pulak tanak kasik kan? Paling tak tahan, sambil bf sambil Areil cakap, 'hurmmm cedap cucucu mama...'. Tak ke sedih ko mendengar nya? Betapa nikmatnye susu mama nih bagi dia kan? Last-last aku tunduk mengalah jugak. Huwaa....mak kalah lagi.

Tolong lah mommies-mommies semua. Sila lah bagi tips atau petua yang uolls tahu camne nak wean off kan Areil ni. Kalau tak kerana si bb Aira pun sedang bf jugak, dah lama aku tenyeh je bahan-bahan yang super extreme tapi tak dapat la kot takut jugak aku nanti terlupa, tersua kat mulut si adik. Kang tak memasal adik pulak yang wean off. Haruuuuu!!!!




My big boy....  mama selalu kalah dgn awak tau!



07 August 2013

Selamat Hari Raya

Salam

Laju je update arini sebab dah tak poning-poning nak pikir menu bukak pose. Last day pose, memang menu pun cincai boncai je la selalunye. Masing-masing dah kalut prepare menu pagi raye . Cucuk sate, rebus nasik himpit, masak rendang, baking cake. Pergghh heaven kau! Lagipun semalam dah plan siap-siap bukak pose kat rumah ma petang nanti, aku masak mee bandung, ma masak nasik goreng. Cukup. Masak bagai-bagai pun nanti orang dah tak pandang lauk pauk sebab tekak dah carik menu raya katanye.

Okeh entri last before raya la ni kot. Kot? Kami anak beranak nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua rakan blogger. Terutamanya aku nih hah, menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf andai kata ada tersilap kata dan terkasar bahasa, terlawak kasar dengan readers. Semoga Aidil Fitri kali ini memberi seribu kebahagian kepada kita semua. Insyallah raya ketiga kami beraya dirumah sendiri. Kepada yang kenal rumah, jangan segan-segan datang lah ke rumah. Walaupun kuih raya tak berapa nak ada, tapi Magic Skincare ada je. eh terpromot pulak. haha vongoks.




i know these pict are not really suit for KAD RAYA cover or whatsoever haha but its so cool for us. so, who cares hah?
Ok dah. Selamat Hari Raya Semua.

 ikhlas daripada kami,

Abu Zarrein Ismail
Noraslina Nawi
Aidil Zafreil Abu Zarrein
Aira Zafrein Abu Zarrein

Cerai Susu


Salam,

3 Ogos 2013, Areil dah genap 2 tahun. 2 tahun jugak lah Areil fully bf. So aku dah plan ngan en. asben nye nak wean off kan Areil bila dah masuk 2 tahun. Takleh nak delay-delay pasal Areil tandem nursing dengan bb Aira sekarang so sangat lah susah bila time kat luar, dua-dua mengamuk nak bf, payah oiii. Kalo time jumpa nursing room okey je, tapi time kat public halahai.... meroyan jap aku nak handle.  Risau jugak kot-kot nanti terpenyek bb ke ape time bersesak-sesak bf kan dia camtu.




time mama ber-baby wearing, sekali Areil ngamuk nak bf. Huwaa, hazab mama nak kena pecat laju-laju. Dahla kadang-kadang bb Aira tengah tido kat dalam tu. Ngamuk budak besar tak same dengan time kecik-kecik dulu kan. Ade je jawapan dia bila kita pujuk. Haih.

So bermula lah perjalanan plan kami. Memula aku introduce fm kat Areil. Aritu time pergi Giant ade promoter bg Areil try Dutch Lady Honey dalam cup. Tengok elok je Areil minum so aku try beli pek kecik Dutch Lady Honey tu. Dulu-dulu pernah beli fresh milk kekonon nak bagi lah Areil bervariasi sket time snacking, minum Fresh Milk after meal tapi Areil refused. Dia punye berak pun tak macham biasa. Macham sakit perot. Try 2,3 jenis pun result same. Lepas tu try Minuman Coklat Halibs, pun same jugak. Ngengada eh perot awak ni Areil. 

Next step, aku try calit dakwat kekal kat situ.Eh i mean, calit sirap la. So expecting dia akan ngeri ke apelah kan tiap kali tengok nak bf. Bajet darah ke kot. Tapiii, nan hado okeh. Sekali dengan kaler-kaler sirap tu melekat kat mulut gigi dia semua. Huwaa...plan gagal. So next, aku try ikut idea kawan-kawan. Ada yang suruh letak nescafe. Pahit katanya. Memang bersusah payah jugak lah lagi-lagi time malam sebab aku takut silap-silap ter-sua kat bb Aira belah yang letak nescafe. Kang tak memasal si kecik tu pulak yang wean off. Haruu! So memula Areil rasa nescafe tu, dia buat muka ketat. Masam katanya. Kehkehkeh. So ingat kan plan dah succes. Tapi, still jugak kejap kejap bukak tengok lepastu tiup-tiup bagai la ape la. Sekali, ngapppp jugak. Elok je eyh dia bf sebab rasa pahit tu kang makin lama dah makin hilang. Haih, gagal lagik.



mama plak yang ngeri tengok awak.

Takpe, takpe. Ikut idea ma aku pulak. Kali ni aku sapu asam jawa segera yang brand Adabi tu. Setakat ni alhamdulillah Areil reject bf setiap kali aku sapu asam jawa tu sebab bau dan rasa tu memang tak leh blah kot bagi Areil. Hahaha. Tapi tu la, takkan doploh pat jam nak sapu kot. Dahla bb Aira tu pun bf. Silap-silap aku ter-bagi kat dia kan acane? Areil plak kaki sport check sangats. Kejap-kejap bukan nak check ada lagik tak kat situ. Pernah jugak time aku tak sapu, Areil pun cepat-cepat bf. Lepastu paling tak tahan, time bf tu Areil boleh plak cakap 'hmmmm mama, cedap cucucu mama....'. Perghhh, memang psiko gile ayat tu. Hiba pun ada. Kesian kat anak bila dengar dia cakap camtu. Betapa nikmatnya dapat bf dan susu ibu ni bagi dorang kan? Huhu, so sekarang Areil still on off bf ngan aku. Jiwa aku tak berapa nak kental sangat. Lagi lah bila aku bf kan bb Aira, si Areil pun datang sebelah buat muke kesian. Tsk. 

So secara rasminya, Areil belum lagik officially wean off. Sian jugak tengok malam-malam susah nak tido jadiknye bila tak nyonyot. Papa Areil pun ada cakap, bagi dia masa. Kesian kalau sudden je stopkan macham tu. Memang iye pun. Orang dewasa nak stop smoking pun kemain hazab, inikan budak yang tak tahu ape-ape. Kensss? Tapi itulah. I have to try jugak. End up Areil kena jugak fully stop. But how?



Macham kejam sangat tak mama nih sayang?

Menu Last Last Je.


Salam akhir Ramadhan,

Ya Allah, kejap nye masa berlalu. Dah 29 Ramadhan pun kita. Suka memang lah suka sebab esok dah nak raya, tapi hati pun tetap jugak sedih dan sayu nak tinggalkan Ramadhan - bulan yang penuh kerahmatan dan kemuliaan. Semoga nanti masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk bertemu Ramadhan yang akan datang....Amin.

Okeh berbalik kepada cerita hot. Hot ke? Hahaha, mengada nak tulis hot pasal ada yang pm tanye tanya pasal menu megi rebus berapi yang aku upload kat ig malam bila entah. Hoi, menu un-sangkarable je. Itu pun pasal tak sempat nak prepare benda-benda masak lain. Dah takpe takpe, moh nak bagi resipi.



Hoh inilah rupa paras megi rebus berapi yang aku upload kat i.g. Takdelah hebak sangat pun beliau.
*telan eliur lelaju.

Bahan-bahan.

Bawang putih 2 ulas
Sawi 2 helai
Lada jarum beberapa biji
Bebola Daging (suke ati la berapa ko nak letak. kalo nak ala-ala bakso, letak satu paket tu takpe)
Telur ayam
Perencah megi kari
Megi kari.

Cara-cara nye.

Tumis bawang putih kejap kemudian cili padi.Kemudian laju-laju masukkan perencah dan tumis *perencah ni cepat garing jadi kena cepat-cepat masukkan air segelas supaya tak hangit. Agak-agak air dah mendidih, masukkan bebola daging dan biar kejap bagi empuk. Lepas tu masukkan sawi, dan megi. Tutup api cepat-cepat, pecah kan telur dan tutup periuk. Biarkan dalam 2-3 minit baru boleh hidang dan makan.

Lepastu dah hujung-hujung puasa ni, kepala dah tak boleh nak pikir lauk pauk lagi dah. Rasa macham nak masak masakan panas je dah. So, hentam je lah ape yang ada kat dapur tu. janji sahur, daripada langsung tak. Ye tak?


Nasik goreng ayam kekdahnya. Makan panas-panas lepas tu pedas. Esok mencirit padan muka. Hahaha, takpe aku suke, janji sodap.


Kari ayam+telur dadar. Yang nih agak kontroversi pasal ma aku sibuk argue kenapa aku rajin sangat masak kari ayam pepagi bute. Lepastu ayam plak 2,3 ketul je? Inilah susahnye kalo mak sendirik suke stalk fb anak. Ma, itu kari dalam tin je pun. Tinggal panaskan dan tambah ape yang patut je. Along goreng telur dadar je. Memang anak ma ni tak rajin sangat pun nak meng-kari pepagi bute. Hahaha.



Ini yang ter-latest. Baru je selamat ke dalam perut kami laki bini. Dah katanye sahur paling last, godek aje lah ape yang ada kat dalam peti lepastu masak. So, terhasil lah mee goreng basah pepagi buta nih. Licinnnn.....

Dah tu je lah kot. Tetiba pulak katil melambai. Bai korangs.

nota kaki: ending memang agak anti klimaks. who cares?