Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 July 2013

Singgah Menyinggah.

Salam semua,

Siang tadi pergi SSM renew lesen niaga aku yang dah kat setahun meninggal. Balik tu pergi TTC sebab kat situ ada banyak bazaar. Boleh usha baju Areil. Tahun ni tema kitorang anak beranak adalah hijau emerald, wah giteww. Kaler nak ala-ala baju sanding Ekin Mawi so misi mari mencari baju si Areil la pulak. Baju si bapak nya udah ketemu. Ntah hape hape je tahun ni preparation ala-ala koboi sket langsung takde nak tempah bagai baju, beli yang ready made je lah makanya. So pusing-pusing punye pusing almost setengah jam takde pulak jumpa kaler tu. Ok takpe, Khamis ni kite try carik kat Kuantan puleks. Dalam dok mencarik baju melayu, sempat lah beli selai seluar untuk si Areil dan si Aira. Mood Areil tak berapa nak ok sebab time tu dah ngantuk, lepas tu sibuk pulak nak beli jam la, belon Upin Ipin la hapelah. Itu lah kekadang macham benci kot kalau pergi kat jualan pakaian raya ke perabot ke barang letrik ke tetiba terselit booth jual belon lah toys la macham-macham. Tak ke terganggu perjalanan shopping mak bapak? Tak pasal-pasal mood shopping gone. heh. Tensi aku. Lepastu, sampai rumah tadi, belek-belek seluar Areil, tengok tengok....


koyak!!!!


yang kat atas tu gambar dari luar dan kat belah dalam tu gambar belah dalam seluar tu. So? Memang seller tu dah tau lah kot seluar tu koyak so cover camtu kat belah dalam, lepas tu jual macham tak bersalah? Haiyoohhh....mahal kot harga seluar tu. Dah same rege ngan Poney pants time sale. Huiii, ini dah macham beli yang reject pulak. Sakit pulak hati aku. Tengoklah camane nanti kalau rajin boleh je pergi tukar, tapi kalau malas, ko pakai je la anak oiiii. Tsk.


Yang ni pulak aku menyinggah kat kedai Eco Shop yang besar bagak kat Marang tu. Orang sini lagi senang panggil kedai 2 hengget. Yelah korang kat sane ada Daiso shop yang semua barang rm5 tu kan, so kat sini kedai Eco Shop ni kira ala-ala Daiso la jugak kot. Macham-macham benda ada kat dalam ni. Aku pun tak tau ape sangat yang best masuk kedai ni tapi tiap kali lalu konpem nak menyinggah lepas tu beli yang bukan-bukan. Ala takpelah, rm2 je kan. Kalau beli pun bukan rugi banyak sangats. Kuikuikui. Time singgah tadi kekonon nak beli bekas letak nasik tambah je sebab set pinggan yang aku guna sekarang tu besar bebenor, tak sesuai aku 2,3 beranak nak guna. Tapi kan, bila dah termasuk kedai tu, inilah hasilnye. Rak toiletries, hanger besi yang gantung kat wall tu, sudu kecik, sikat, jar untuk letak garam kunyit ajinomoto, salotep (aku kang peng-wrapping parcel tegar) lepas tu gayung pun beli jugak. Hahaha, dasar kan. Total damaged is rm38 sajork. Itu baru 10 minit kat dalam. Huiiiiih...



Yang ni pulak on the way pergi Kuala Terengganu, berenti beli kuih akok yang pemes kat KT ni. Ada satu tempat jual akok panas-panas tepi jalan. Nama kedai ni Bau Asap Ehhhh. Betol-betol kat selekoh so kalau ter-laju sket drive kerete tu memang terlajak la nak jumpe kedai ni. Memang superb best pun akok kat sini dahlah masak cara tradisional. Beli panas-panas, masuk dalam kereta hazab la perot duk sedut bau lazat akok nih. Pakcik yang jual tu jugak kalau tak silap aku ada skill mengurut dan ilmu aura-aura ni semua. So sesape yang rasa nak test boleh singgah bagi pakcik ni urut bagi keluar semua aura-aura korang tu sementara tunggu akok masak.
 Pict nih aku upload kat i.g lepas tu semua komen Areil buat duck face. Kan? Tak perasan pulak aku annoyed jugak anak aku punyer skill bergambor. Time ni bb Aira aku tinggalkan kat nenek. Badan dia suam-suam so better avoid bawak dia sekali kang tak memasal demam dekat-dekat nak raye ni. Lagipun budak kecik tu nak kena train pakai botol. Kalau tak, masak aku dekat-dekat nak keluar bekerja seksok baru nak train. Buat nye nanti dia tanak, acane?

Tu je lah kot ektibiti menyinggah aku. Encik asben memang dah masak perangai aku ni. Memula je cakap nak pergi satu tempat, end up semua tempat aku pergi. Thehehehe!

No comments:

Post a Comment