Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

21 July 2013

Saya Dah Resign Pun.

Ya Allah,

Lamenya tak update belog. Sejak abis pantang sampai dah nak dekat 100 hari si bb Aira dah nak masuk 3bulan, tak berhupdate sangat pun belog nih. Terabai je engkau kan belog. Mementang la aku dah balik rumah sendirik, mementang lah sibuk jaga anak-anak, mementang jugaklah dah berenti koje. Eh? Ramai yang dah tahu kot....hihihi.

Sebenarnya banyak sangat yang aku dah missed nak share dengan korangs. Lagi-lagi pasal berenti kerja. Kalo ikutkan hari-hari sangats nak hupdate belog, sebab sempat je pun tapi aku je yang malas huawawawa!

Okey aku setori lah sikit-sikit ye. Aku dah officially resign. Submit resign letter pada 2 Julai 2013 aritu, dengan notis 30 hari. Sepatutnya 2 Ogos ni cuti bersalin aku dah tamat tapi memandangkan aku dah nekad nak resign, tak payah nak tangguh-tangguh so aku bagi notis ngam-ngam sampai last day aku cuti bersalin. Terus cuti sampai ke sudah la maknanya. Hiphip horey. Bila ada yang tanya, kenapa sampai berenti kerja? Goverment kot. Tak sayang ke? Jawapan aku.....

1. Minat. Dah tiba masa nya aku nak serius buat apa yang aku minat! Dah tiba masanya aku betul-betul fokus dengan skill dan kecintaan aku kat dunia mekap nih. Kalau dulu aku as a freelancer MUA je tapi insyallah sekarang aku bergerak sepenuh masa sebagai Jurusolek/ Mak Andam. Kalau orang tanya, okey ke income jadik MUA nih compare dengan gaji lama aku dulu, jawapan aku, gaji dah jatuh no 4 dalam ranking keutamaan aku.

2. Masa. Dulu memang aku mampu jadik freelancer MUA, buat job time weekend je dan weekdays bekerja macham biasa. Masa tu anak aku sorang. Weekdays aku anto Areil bagi ma aku jaga time aku kerja dan weekend time ada job mekap, aku anto lagik Areil kat rumah ma aku. Syukur aku ada ma yang sanggup jaga tak berkira. Kalau aku anto nurseri, celah mane aku nak anto anak aku time weekend kot. Masa tu hati ni dah macham tak berapa nak best sebab kesian jugak dah susahkan ma aku. Mane lah tahu kot-kot time weekend tu ma aku nak berehat ke nak pergi kenduri kendara ke kan, tentiba aku plak sibuk selit anak aku sekali. Tapi masa tu hati tak berapa nak yakin sangat nak resign. Macham angan-angan je. Tapi now dah ada bb Aira, aku kena pikir betul-betul. Takkan 5 hari bekerja dah anto ma aku jaga kedua-dua anak aku lepas tu weekend nak anto lagi. Kesian kot kat ma aku. Even aku tambah duit belanja sekali pun, even ma aku cakap tak ape sekali pun, aku ni anak takkan takde ati perot dan akal kot nak pikir. Kesian ma aku. Dia nak rehat jugak. Nak dating ngan abah jugak. Huhuhu. So, sekarang anak-anak 24 jam depan mata aku. Time aku keluar mekap, jumpa kastemer, time tu je lah aku anto anak aku kat ma aku. So might be okey lah berbanding dulu. Buat ape aku bersusah payah nak pikir nak carik pengasuh lah ape la lepas tu pikir lagi nak bayar pengasuh la ape la, sedangkan itu kan anak aku, biarlah aku yang jaga pesal kena pikir nak bagi sape yang jaga. Kenapa aku kena pikir nak bagi orang jaga anak aku lepas tu gaji bagi kat pengasuh, so aku kerja demi anak-anak ke demi pengasuh? Lepas tu bile time gaji mula lah nak pikir, kerja kemain tapi gaji macham tak tahu hilang kemana asal hujung bulan gaji pun nak hujung-hujung jugak. Takkan itu je kot yang aku dapat lepas kerja penat-penat, tinggalkan anak-anak kat orang sehari suntuk. Berbaloi ke? Huhuhu.

3. Ketenangan. Aku tanak tua sebelum usia. Hahaha. Kerja dalam tekanan, hari-hari balik rumah serabut otak sebab kita buat kerja dalam environment yang tak kondusif, dikelilingi aura-aura yang negatif. Bila kerja terikat dengan bos-bos dan manusia yang terlampau cerdik kadang-kadang boleh buat kita rasa segala kerja buat kita tak pernah dipandang elok. Ada je yang tak kena dan ada je cacat cela. Dari elok-elok kita ikhlas bekerja sampailah timbul rasa yang dah tak berapa nak enjoy lagi dah. Dan aku sangat menyampah bila orang terlalu sibuk nak ambik tahu pasal aku, nak tahu mana aku dapat duit beli itu ini dengan gaji yang seciput, nak tahu berapa sen harga semua benda yang aku ada, berapa sen gaji laki aku dan kalau boleh buku akaun aku pun dorang nak update supaya senang dorang kira kewangan aku bulanan kot.

4. Income. Macham aku cakap jugaklah, aku bekerja bagai nak rak, korban masa dengan anak-anak, korban masa dengan keluarga. Keluar subuh balik petang, badan dah letih giler dengan otak lagi stress, tapi gaji aku tetap setakat tu. Bila time gaji, tolak bayar itu ini semua, berapa kupang je lagik yang tinggal untuk aku? So untuk ape aku kerja sampai kena korban macham-macham tapi aku tak sempat nak nikmati usaha titik peluh aku tu. Bukan nye aku tak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan sepanjang 8 tahun sebagai penjawat awam malah dengan rezeki itu jugak lah aku dapat bagi ma abah aku merasa, cuma sampai bila aku nak selesa di takuk yang sama? Rutin yang tak berubah selama 8 tahun? So aku pilih untuk bekerja sendiri. Biarlah aku sendiri yang corakkan masa kerja aku, masa aku dengan keluarga. As long as aku enjoy buat kerja yang aku minat, still boleh buat income dan dalam masa yang sama anak-anak ada depan mata aku dan sempat masak untuk encik suami aku, itu adalah kejayaan besar bagi aku yang tak semua orang berpeluang dapat rasa. Bak kata encik asben, lepas ni aku lah bos dan aku jugak kuli. So dekat situ secara tak langsung aku mampu motivasikan diri aku untuk lebih berusaha dan hargai setiap rezeki yang aku perolehi takdelah nak shopping merapu je.Hihihi. Dan insyallah, aku yakin aku aku dah buat pilihan yang terbaik. Walaupun terpaksa telan dan pekakkan saje telinga mendengar suara-suara yang tak bersetuju dengan keputusan, tapi aku jugak yakin masih ada ramai kawan dan keluarga yang menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk aku. Bak kata seseorang, aku tak mati dikeji dan tak hidup dipuji. 

Okeylah.Macham dah terpanjang je pulak entry aku. Ikutkan hati panjang lagik nak menceceh tapi kang nanti macham nak tarbiah suruh semua orang berenti kerja la pulak aku nih. Hahaha. Tak kisah lah mane-mane pun pilihan kita, masing-masing ada matlamat dan alasan masing-masing. Orang cakap ikut hati mati tapi aku percaya hati aku tak pernah tipu tuan. Rezeki ada dimana-mana. Janji Allah itu pasti. Engkau doa, usaha, yakin dan tawakal, insyallah adalah bahagian untuk engkau tu nanti. Jangan ingat rezeki itu hanya duit. Anak, suami dan keluarga pun rezeki. Bahagia pun rezeki. So luas sangat pengertian rezeki tu. Tepuk dada, tanya lah hati sendiri. Voleyyy?


nota kaki: Pun ada yang cakap aku berenti sebab laki aku senang, sebab laki aku paksa jaga anak, sebab aku dah beranak dua, lepastu seksok kena tinggal baru menyesal. hey hey hey hello....boleh tak pikir di luar kotak. Aku hanya berenti kerja makan gaji, bukannya berenti kerja. Aku still jana income aku bukan semata-mata tadah poket mintak duit ringgit laki aku (kalau iye pun, ape salahnya, bukan mintak duit laki ko), pepandailah aku manage kewangan, saving dan future aku. Takkan semua nak kena isytihar kat ko kot? Lepastu nak salahkan aku sebab beranak? Kalau tak kerana anak-anak, sampai bila-bila jugak lah aku takkan dapat kekuatan untuk buat keputusan besar cenggini. Kau hader?





Yang penting aku lebih tenang dan double bahagia begini.....


Okey dahlah. Bai.

4 comments:

  1. yna keja apa sbnrnya ek? cikgu ke?

    ReplyDelete
  2. yna keja apa sbnrnya ek? cikgu ke?

    ReplyDelete
  3. yea setuju.
    kite pon dah benti kerja makan gaji.
    tapi dok rumah buat macam2 sambil jaga anak 2 orang ..lagi seronok x stress pikir pasal opis.
    yg penting jgn giveup.insyaallah rezeki tu ada dimana. rajin atau malas je kan

    :D

    ReplyDelete
  4. masa berenti keje gomen bulan 2 aritu pun ada yg duk mengata..berenti sbb dah tak larat pjj ngn hubby so pindah ikut hubby.ada yg mengata buat apa berenti gomen.rugi.kena tinggal dgn laki br padan muka..sungguh takde insurans mulut mereka kan??hehehe..

    ReplyDelete