Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 May 2013

Review Produk : Set Berpantang Shaklee

Salam,

Korangs dah makan? Dah mandi? Panas kot cuaca. Aku pun baru je lepas mandi. Dah segar camnih baru lah laju jek nak hupdate belog.

Okey malas nak melalut. Nak bayar hutang entry cepat-cepat. Banyak benor hutang entry tertunggak nih. Hutang entry set berpantang Shaklee, hutang entry BF time preggy, hutang entry selusuh la, macham-macham ada. Aku je yang tak reti-reti nak buat entry itewwww. Huhuhu.



So arini nak setori pasal Set Berpantang Shaklee. Memula aku decided nak beli Shaklee Set nih, ade lah jugak memulut yang sound pedas cakap budak-budak zaman sekarang kekonon moden sangat, dah tanak guna set berpantang ala-ala tradisional yang jamu rempah ratus bagai tu *hello aku mak budak oready okeh. Kekonon consume pil-pil suplemen camnih macham dah larik jauh daripada konsep telan set berpantang yang sepatutnya sebab set berpantang tradisional tu lengkap dengan pilis semua kot. Shaklee ada? Hohoho, jawapannya memang lah takde. Tapi yang tu boleh buat sendiri kot takat pilis-pilis tu *belah terengganu kami tak guna pun pilis-pilis bertangas tu time pantang. Dan sape cakap aku tanak beli set berpantang tradisional tu sume. Aku nak sangat beli tapi sebab pengalaman aku berpantangkan si Areil dulu lah jugak, aku terpaksa pilih Set Shaklee ni.

Kenapa? Sebab Areil dulu prolong Jaundis. 42 hari aku takleh nak telan jamu, lada hitam, air herba yang mak-mak kita rebus tu sume sebab semua tu akan efek kat jaundis Areil. Korang ingat tak terseksa ke badan aku? Sengal-sengal habis satu badan. Dahla time tu aku 2,3 kali admit kat sepital sebab jaundis Areil tinggi, merana jugaklah aku nak tunggu bila lah boleh balik sebab tak sabor nak tunggu mak bidan datang urut satu badan. Time tu encik asben lah hari-hari datang bawak tungku panas bagi aku bertungku kat sepital *yang ni memang takleh lupa sebab asben bawak tunggu panas letak kat getah alas letak kaki tu, sekali getah alas tu  hangus terbakar sebab tungku panas giler. Kereta aku kot. Huwaa...sedih sebab tak di-ganti ganti pun lagik getah alas kaki tu. Kan cuk????

So aku pilih set berpantang/bersalin Shaklee. Dalam set ni ada ESP, Vitalea, B Complex, Ostematrix, Alfafa dan Zinc. Lengkap semua yang diperlukan untuk badan ketika berpantang dan sesuai jugak untuk ibu-ibu yang bercadang nak BF kan anak. Yang bestnya, aku dah boleh start consume set ni sebaik sahaja bersalin even anak ada jaundis pun takde efek kat baby *tapi ada kawan cakap alfafa je kena start makan after seminggu selepas bersalin sebab alfafa maybe efek kat jaundis.  Tapi still ok for me sebab kena skip 1 jenis je bukan semua sekali. Tak macham set jamu-jamu yang just boleh start makan bila anak dah free jaundis. Ambik masa jugak la kan? Okey kalau korang nak aku ceritakan kebaikan setiap satu jenis tu memang tak dapatlah. Aku pun tiap kali makan tiap kali baca label kat botol. Korang boleh rujuk kat mana-mana pengedar Shaklee yang bertauliah *bukan aku ye. As example. macham Zinc, ianya bagus sebab dapat membantu sembuhkan luka bersalin korang tu dengan cepat. Macham aku, dalam tempoh seminggu lebih, luka dah kering-kering dan benang pun dah tertanggal. Hiphiphurey! Then ESP, as we know ramai yang labelkan as milk booster. Bagi aku takde lah booster sangat sebab kau makan lah segala jenis milk booster yang ada kat dunia ni tapi otak kau set susu kau sikit atau kau sedang stress time tu, memang seksa even nak dapatkan 1oz jepun. Ade orang mampu buat stok banyak tanpa consume any milk booster pun. Tengok muka anak hari-hari, direct feeding dan pam dengan kerap, minda tak stress dan minum air kosong banyak-banyak pun dah cukup nak hasilkan production susu yang mencukupi. *Wah dah macham pakar penyusuan pulak aku nih. Tak sedor diri sendiri malas nak pam buat stok banyak-banyak.kehkehkeh. Tapi ESP ni boleh bantu pekatkan susu korang. So nanti, anak korang mudah kenyang. Bila mudah kenyang, mengempeng pun tak lama. Bila dah tak ngempeng, boleh lah ko nak hupdate belog banyak-banyak time anak tido. Hahaha. Cara makan ESP pulak, korang boleh bancuh dalam minuman korang dan shake *pastikan beli beli dapat free shaker jugak muahahaha tapi aku suka bancuh dalam horlicks panas atau dalam milo panas then minum setiap kali lepas makan. Dengan cara ni je aku dapat hilangkan rasa original vanila ESP ni. Lain-lain set ni semuanya dalam bentuk pil kecuali ESP je yang kena bancuh dan dalam bentuk powder. 



So far, aku rasa memang best set Shaklee ni. Badan rasa segar, bertenaga dan takde masalah nak bangun banyak kali malam-malam. Takde nak mengagau je pegang anak malam-malam. Then belah siangnya pulak, aku just napping dalam 10-15 minit je before Asar, itu pun dah cukup. Sebab tubuh pun tak penat mane pun. Kalau bab membuang pulak, memang terasa lebih lawas tapi make sure banyakkan minum air masak dan makan sayur untuk elak sembelit. Dan produk Shaklee ni nak beli pun senang, berlambak orang jual. Tinggal ko kena pandai kowtim dan carik penjual yang best. Aku pernah jumpa seller yang boleh bagi banyak diskaun, offer macham-macham termasuk ada yang offer pulangan balik wang tunai *dah macham shopping kat courts pulak aku rasa dan pastikan dorang jugak akan consult korang bebetol cara dan fungsi set yang korang beli tu. Apa yang aku boleh cakap, supplement ni  membantu memulihkan tubuh kita dan mempercepatkan proses-proses pemulihan.  Dengan pengambilan suplemen secara teratur dan suplemen yang bersifat semulajadi seperti Shaklee, kita akan mendapati tubuh mudah menjana tenaga, daya imun lebih tinggi, otak cerdas dan sebagainya. *yang ni aku gugel je sebenarnya. bukan apa, takut fakta tersasar.kehkehkeh. 

Sekian saje sedikit sebanyak review dari aku. Maaflah aku memang tak pandai nak buat review lengkap macham blogger lain. Tau buat sesimple dan sepoyo ni je. Apa-apa pun lega jugak sebab dah berjaya tunaikan janji kat pen-request. Langsai hutang ye.

nota kaki: fuhh, berpeluh buat entry ni. Sape-sape nak copy paste aku punye review ni, silakan. tapi jangan lupa tinggalkan jejak ye. TQ.

No comments:

Post a Comment