Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 May 2013

Berpantang - Part 2.


Tiap kali plan nak buat entry, aku kena bukak lappy. Sebab mentaip guna hp sangat lah hazab bagi aku. Iye aku tahu aku selalu sebut dalam entry lepas. Masalahnya, tiapkali on lappy, aku akan habis kan hampir setengah bar batery lappy dengan meronda-ronda ke blog kawan-kawan - dan end up idea nak mentaip entry sendiri dah slowly lost atau dalam mudah kata nya, dah malas terus nak buat entry. So off lappy, dan layan fb balik kat henpon. Kahkahkah. 

Dah 19 hari berpantang. Lama sangat nak tunggu hujung 44 hari. Kaki aku ni hah, dah putih pucat kesan tak jejak tanah 19 hari. Kalah efek telan Aurawhite kau! 30 hari berpantang, kena bawak anak injek kat klinik kan? Lepastu mak pun nak kena check jugak kan? Check luka bersalin sekali kalo tak silap. Gulppp. Okey abaikan yang tu kejap sebab keterujaan nak bawak bb pergi klinik mengatasi ape yang bakal diperiksa pada hari yang tersebut itu nanti. Ceh, bukan teruja nak bawak bb sangat tapi teruja nak keluar rumah. Sangap kata orang. Dalam kepala dah plan, nak pakai baju ape pergi klinik nanti, lepas tu nak pakai bedak liptik sume ke tak sebab dalam pantang orang tua larang lah berbedak bagai nanti somi gewam kahkahkah sebenarnya haktu aku lagi suke. suke seksa perasaan suami. Takpelah, tunggu je lah lagi 11 hari. 

Dah selesai jugak 3 hari berurut. Lazat yang amat ko. Mak bidan urut+bertungku kan aku 2-3 jam setiap hari. Time bertungku posisi meniarap, aku wajib tertido. Meleleh air liur basi siap. Slrpppppp! Dan misi pun dah tak payah datang check aku dan bb setiap hari sebab bb pun dah stop jaundis. So rutin pun dah tak seketat masa 2 minggu pertama berpantang. Makan pun dah slowly yang sedap-sedap. Daripada ikan panggang, ma dah masakkan ikan kembung masak tomato la, ikan goreng la, ayam panggang, ayam percik, dan lain-lain yang ma rasa reasonable. Janji yang sejuk-sejuk, bisa-bisa, pulut-pulut, sayur menjalar-menjalar tu still big no no no. Dan aku dah bedal beger mc chicken sebijik. Teringin sangat. Ma cakap takpe, takde yang bisa pun kat dalam tu, once luka bersalin aku dah recover. Wahahaha. Syok okey.

Lain-lain, aku still mandi air herba yang encin somi belikan. Mandian herba TYT. Senang je. Rendam air panas bagi kembang uncang herba tu lepas tu tambah air mandian suam-suam, then nanti ko sental je lah badan guna uncang tuh. Agak horror tengok bilik air penuh berhabuk sebab uncang tu normally pecah bila lasak-lasak sket. Nasib lah. Tapi lepas mandi, perghh segar giler. Badan pun bau best, bau herba which is bau yang buat encik somi menyampah nak datang dekat. Haha.

Bb sangat lah behave. Mengalah dengan Areil kalau time bf. Bagi abang Areil bf dulu kenyang-kenyang then baru turn bb plak. Pukul 10, 11 malam, dua-dua beradik dah terbungkam tido kekenyangan. Malam-malam paling kerap pun aku akan bangun 3 kali je untuk susukan bb after dia dah takde jaundis nih. Takpun bangun mengepam. Sebab tido budak berdua ni nyenyak sangat. Siang pun sama, bb banyak tido daripada berjaga. Hope nanti sampai abis pantang pun bb still behave macham ni. Senang mama jaga awak sayang.

Okeylah, macham dah malas pulak nak mentaip. Layan pict anak-anak je lah pulak ye...


ini abang Areil, bukan bb. 
Tak tahu lah lagik 2 tahun kot-kot muka bb ada lah sepotostet macham ni jugeks.


lupa nak kenalkan nama bb.
Official nama, Aira Zafrein bt Abu Zarrein.
Papa yang pilih, mama proceed je.



Abang beriye-iye nak riba adik.
Adik melalak tanak.
Drama betul 2 beradik nih.




Anak dara saya.

Eceli banyak benda aku nak share kat sini dan ramai yang pm mintak aku share kan pengalaman bf time preggy dulu. Yeah, my pleasure to share with tapi, aku jenis kalo tak berada dalam mood yang selesa, memang tak tahu camane nak start kan ayat. Tak tahu camane nak mulakan entry yang serius-serius ni. Lainlah entry merapu. Yang tu petik jari je pun. Muahahahaha. So kawan-kawan, sila tunggu ye. Mebi next next next entry. Huhuhu.

No comments:

Post a Comment