Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 May 2013

Ber-Pantang Part 1

Salam, 

Baby Ayra dan Areil tengah tido. So boleh mama layan belog jap. Normally baby yang ada jaundis memang suke tido kan? Lagik sejam wajib la nak kejut kan dia untuk bf banyak-banyak sampai ter-berry gitew. Baru cepat hilang jaundis, baru senang hati mama sebab nenek tayah angkut bb pergi klinik setiap pagi. Kesian bb kena injek. Kesian nenek kelam kabut pagi-pagi.

Ye, aku berpantang kat rumah ma. Sangat lah kelam kabut ma aku setiap pagi nak handle si kecik ni sebab kebiasaannya Areil dan adik bongsu aku bangun serentak, dah macham kembar pun ada * utk yg belom tahu, anak sulong aku sebaya dengan adik bongsu aku.dua-dua umor 2 tahun. maka pagi-pagi terkejar-kejar mandikan Areil dan Adik aku, lepas tu nak siapkan lagik si baby. Lepas tu ma nak bakarkan tungku untuk aku bertungku, rebus air mandian serum, sediakan bekpes lagik, bawak si kecik check jaundis lagik....huuu, aku tahu ma aku penat. Time encik asben keluor kerja lewat, dapatlah encik asben tolong mana-mana yang patut. Nanti time petang pun, macham tu jugak keadaannya kelam kabut. Kadang-kadang rasa macham nak cepat-cepat sembuh luka bersalin sebab nak cuba take over semua keje handle anak-anak tu sendirik. Ringankan beban ma. Syukur masih diberikan nikmat merasa kasih sayang ma. Kalau ditakdirkan lepas ni ma aku dah takde, macham mane lah kehidupan berpantang aku untuk anak-anak seterusnya. Ape aku nak buat? Semua ma aku yang settlekan untuk aku. Okeh, ter-emo sat. Sob2.

Dah masuk 9 hari berpantang, semalam dah start rotate menu pantang. Menu dari hari pertama sampai hari ke 8, ma masakkan lauk tumis sayur sawi+lobak putih+lobak, dan ikan panggang lumur  kunyit. Takde perisa-perisa bagai dan takde add on black pepper pun sebab si kecik ada jaundis lagik.

Masuk minggu kedua pantang, ma masakkan sup ayam (kulit ayam jangan makan ye) +kentang, ikan panggang berlada lite-lite gitew. So far disiplin je lagik, makan tak bertambah tapi letak super duper penuh pinggan siap-siap. Aku memang kuat makan. Dari zaman anak dares sampai jadik mak-mak, memang makan sesedap rasa sangats. Gap daripada waktu bekfes ngan lunch, aku siap makan lagik sekali menu bekfes. Gap daripada waktu lunch ke dinner, sempat la 2x bancuh milo+biskut+roti bagai. Cepat sangat lapor nye aku. Lagik-lagik sekarang aku tandem nursing. Lepas tu tengah malam hazab bengkak susu sorang-sorang, anak dua-dua terbungkam tido kekenyangan. Huahuahua...tapi bengkung memang melekat la kat badan. Yang tu tak tinggal. Makan kerap tapi make sure sapu krim mustajab pati halia tiap kali lepas mandi dan before tido lepas tu berbengkung, bertungku. Itu cara aku. Masa pantang kan Areil dulu pun sama. Motivasi aku ialah, ingat je lah kat baju-baju dalam almari, konpem kuat semangat. hahaha.

Luka pun dah slowly recover. Dalam pantang kali ni, aku tak ambik mana-mana jamu. Tunggu anak pulih dari jaundis dulu. Just consume set bersalin Shaklee. Yang tu nanti aku setori kat dalam next entry.

Dan khas untuk kawan-kawan blogger, mommies semua, selamat hari ibu untuk uolls semua. Ingat ye, ksetiap hari pun adelah hari untuk kita mengenang jasa-jasa ibu kita. Takmo just celebrate sehari lepas tu langsung lupa kat emak - setahun tak balik jenguk ibu-bapak kita. Once kita buat macham tu kat parents, secara tak langsung kita dah tunjukkan contoh yang tak baik untuk anak-anak kita. Seksok, merasa lah pulak giliran kita. Nauzubillah. Moga-moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang terbaik, soleh, solehah dan terhebat suatu hari nanti, Insyallah.



wish dari encik asben dan anak-anak ku. 
Hurm, best dapat sebut anak-anak. 
Feeling mak-mak sangats tau. Huhuhu.

Encik asben belikan kek dan coklat sempena hari ibu, erkkkk tapi tapi tapi...boleh ke aku makan semua makhluk tu?

2 comments: