Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

05 April 2013

Botol Tommee Tippee - Review

Salam Jumaat kesayangans,

Sementara men-tunggu en. asben balik solat Jumaat, jom godek-godek hupdate ape yang patut. Kejap lagik nak keluar makan ekon angin kat Mesra Mall. 

Okey lets start. Haritu ada mommy to be pm kat FB, tanya pasal kenapa nak tukar brand botol TT kepada jenama lain -  lepas bace entry aku. Sebab dia pun plan nak guna TT untuk anak dia sooner. So meh kita jawab kat sini. Takde bias-bias punyer sebab aku dah start beli TT ni since niat nak fully BF kan Areil. So beli siap-siap sebelom deliver lagik. Ape yang aku bace, TT ni punya tagline dia 'Closer to Nature', so aku as a working mom memang nak kena bertindak pantas carik botol-botol yang closer to Tetep. Kekonon tanak anak refuse botol la. Sebab anak yang BF ni lagik-lagik macham aku ni 3 bulan time confinement tu, anak melekat menetep je. So bila start nak masuk kerja, takut anak buat drama tanak botol. Nak jugak yang ori mama punye. So TT ni ibarat solution nye la. Kalo bb yang memang dah diajar minum FM dari awal atau memang mak-mak dah start train guna botol dari awal, mebi takkan timbul problem nih. Dari beli sebijik yang saiz kecik 5oz sampailah beli twin pack saiz 9oz, limited blue colour sampailah yang clear bottle semua aku dah pernah beli. Memang aku terpikat sebab botol TT ni nampak cute je bila anak pegang *padahal anak aku macham gasak je pakai botol ape pun, mak dia je yang lelebih syok huhuhu. Sape tak terpikat kalo tengok design TT ni. Cute-cute je ok.




Sejak anak umur sehari jagung sampailah setahun jagung dan now dah dekat nak 2 tahun jagung, aku just realized yang TT ni ada most keburukan yang aku tak pandang pun sebelom ni. Antaranya, botol TT tak tahan lasak. Anak jantan macham anak aku ni, takde nye nak simpan atau letak leklok botol lepas guna. Main campak je ke mana-mana yang dia nak campak. So dekat permukaan luar botol tu selalunya penuh dengan kesan calar. Menggerutu semacham je bila sentuh. So, macham takde beza la dengan others brand. Membazir duit aku kat situ.

Next, teats nye tak tahan lama. Tak se-elastik puting kuning yang murah kat kedai-kedai baby tu. Yang tu anak ko gigit guna gigi kapak ke gigi geraham ke, anjal dan kenyal je lagik kan. Tapi not for TT. Over gigit atau kepit je, konpem luka teats tu. Dah kalo luka tu tak memberik efek takpe la jugak, ini tidak, makin lama makin besar lepas tu dah satu kerja jugak  nak kena lap air/susu yang menitik-nitik kat lantai. Jenuh kalo menitik-nitik kat cadar.

Dan yang ter-paling aku bencik tahap super duper impala is, teats TT sangat mudah berdaki dan berkerak! Memang jangka hayat pakai dalam 2-3minggu je lepas tu ko dah boleh tengok kerak-kerak susu berdaki lekat kat tepi-tepi teats tu. Lepas tu plak, TT ni takde pulak jual brush yang halus dan telus untuk kau jolok masuk dan cuci lubang anti colic kat belah tepi teats tu.  ke aku yang tak jumpa berus camtu? So memang takde pilihan. Aku akan buang teats tu sebab geli menengok oiii. Puas sental guna air panas pun still sama. 

Dan last reason, kat Dungun TAKDE JUAL TT pun! Hazab aku tiap kali nak carik teats baru. Takkan la sekali pergi Manjaku aku nak kena borong sampai 7,8 kotak teats dan botol sekali kot. Banyak lagik benda lain aku nak beli kat situ. 

So lepas dah almost setahun 8 bulan setia kat TT, dah tiba masa nya aku berubah angin. Ape ingat PRU je tahu ubah-ubah? Huahuhau. Aritu aku try sippy cup TT ni pun, kemain payah nak jolok straw tu nak cuci. Memang agak complicated. Dan now, aku just start with Avent pulak. Tak tahu lah kesan dia sama ke tidak. Tapi Avent macham mudah sket nak di beli kat Dungun nih. Tu setakat yang aku nampak lah. Dan jangan plak lepas ni tetibe je pakat tanak beli TT lepas bace review aku nih. Masing-masing had ur own reason. Ada yang suka dan ada yang tak suka. So, tepuk dada, tanya poket. Jangan salahkan aku cakap aku temberang pulak kalo korang pakai elok je.

1 comment:

  1. aku lak ada 4 botol TT yg dpt sekali ms beli sterilizer tu...

    ms baby dulu,qasyaf hisap je TT tp susu mcm meleleh keluar ms dia tgh mhisap...

    teats tu x sesuai kot dgn anatomi mulut qasyaf.

    maka,tsimpan je la botol TT dlm almari..

    skang br bg Qisya guna..tu pun gilir2 dgn botol murah puting kuning...heee

    ReplyDelete