Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 March 2013

Trending Cik Ta (mohon terasa)

Salam,

Baru-baru ni panas jugak lah isu Cik Ta menjawab time kena hentam dengan media dan peminat yang bising tengok pakaian Cik Ta seksai sangat dengan si Zain Saidin tu. Selamba je Cik Ta jawab, hak dia la nak pakai camane sekali pun dia tanak ambik peduli pun dengan cakap-cakap dan kritikan media mahupun peminat. Pehh, jawapan memang hazab sangat macham tak takut mati. Atau mungkin macham bila mati nanti sendirian berhad dia je mampu uruskan jenazah, kapan, gali liang lahad bagai. Hilang minat sekejap aku kat minah nih.

Dan tak lama lepas keluar statement dia tu, seorang Profesor ape ntah terpanggil nak tegur balik jawapan Cik Ta tu. Kiranya, takdelah Puan Profesor tu nak biarkan jawapan Cik Ta tu ternoktah disitu. Dan itulah sebenarnya tanggungjawab kita sebagai manusia dan sesama Islam. Kalau kita sesama Islam ni tak boleh nak tegur sesama sedara agama kita, takkan nak suruh orang yang agama lain pulak tegur? Nak ke dorang tegur? Ntah-ntah dorang tak perasan pun Islam ke tidak kita ni. 

Tapi memang betol pun sekarang dah macham trending pulak jawab macham Cik Ta tu. Mentang-mentang ler hal masing masing maka dianggap hak masing-masing lah jugak nak tergolek telanjang terlanjur sekalipun. Kita yang hadap nih cuma mampu tengok je lah sebab kalau silap tegur, banyak pulak akibat nya. Kalau tegur kawan belog, nanti kawan private kan belog. Kalau tegur kawan FB, kawan FB pulak remove,block atau paling tidak private segala apa kat wall dia. Hebat kan manusia sekarang? Aku dari dulu sampai sekarang memang sangat-sangat terpanggil nak menegur manusia yang sekejap bertudung sekejap off. Apa nawaitu yang sebenarnya? Kejap pakai, kejap tak pakai. Kejap pakai dengan sempurna, kejap ter-coet nampak jambul. Kalau niat sesaja nak suruh orang puji nampak cantik sebab bertudung ataupun sebab tudung tu memang cantik, maka nyatalah niat tu dah tersasar dan memang padan lah kalau kejap pakai kejap tidak. Rasa nya tak perlulah jugak aku nak ulang kat sini tentang kewajiban menutup aurat tu. Masing-masing dah besar panjang dah beranak pinak. Dah patut jadik contoh kat anak-anak pun. Takkan perkara wajib yang paling asas pun boleh terlepas pandang? Walau terpaksa sekalipun, tetap jugak perlu buat kerana itu perkara wajib. Dari keterpaksaan itulah nanti akan terbit keikhlasan. Insyallah.

Memang entry kali ni agak keras. Sebab aku rasa ter-panggil untuk tunaikan tanggungjawab aku sebagai sedara sesama Islam. Teguran aku umum. Bukan semata-semata nak hentam sesape. Dan aku mohon mane yang terasa tu berubahlah lepas baca entry teguran aku nih. Bukannya guna jalan buat entry lain untuk hentam aku, block aku, remove/unfriend aku dan sebagainya. Kerana manusia ni hanya ada 2 pilihan iaitu menegur atau pun tengok dan biarkan saja anda terus hanyut. Dan antara pilihan itu, hanya ada 2 tindakan sama ada abaikan atau berubah ke arah kebaikan. Bayangkan kalau kita menegur kesalahan anak-anak, dan teguran itu diabaikan atau mungkin dibalas dengan herdikan daripada mereka, ape perasaan kita? Kerana kita adalah model dan teladan kepada tingkah laku anak-anak kita nanti.




nota kaki: kubur memang masing-masing. Tapi nak menuju ke kubur masing-masing tu still memerlukan pertolongan sesama sedara Islam yang lain. Jadik jawapan ala-ala Cik Ta tu memang tak munasabah langsung. Melainkan anda memang dah doa-doa siap-siap nak mati terjatuh kat cerun bukit ke, mati terbakar sampai tak jumpa abu mayat dll yang mana nanti mayat anda tak dijumpai dan tak perlu diuruskan oleh mereka yang masih hidup ni - yakni teman-teman dan sedara sesama Islam anda nih. Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment