Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 March 2013

Teran Jangan Tak Teran

Tadi aku jumpa info nih kat FB. So boleh lah share dengan kawan-kawan yang sama-sama tengah preggy. Ramai kot geng aku tahun ni. Meriah. Hehehe...

Cara-cara meneran semasa bersalin.

1. angkat kepala dagu cecah dada  *yang ni dulu aku tak buat pun. tak tahu. huhuhu.

2. mata pandang perut  
*yang ni dulu aku tak buat jugak. lagi lah pewot kecik. mane nak nampak pewot sendirik.

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali) 
*pun aku tak buat. blur+tak tahu.

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat  *aku tak nangis. tapi aku sibuk keluarkan bunyik erghhhhh, erghhhh....hahaha. gile tak senonoh.

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina *yang ni aku tau sebab pernah tengok citer ape ntah Erra Fazira berlakon cakap tayah angkat punggung nanti koyak. seram woi terus ingat je yang ni.

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali... time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td.. xde kontraksi, relax...*ma aku dah pesan kalo tak sakit jangan teran nanti luka pecah-pecah kat situ. wuwuwuu, ngeri.

7. baca bismilah, selawat *paling aku ingat dan buat. sampaikan time jahit,time tolak masuk ward pun mulut kumat kamit bace laillahaillaanta subhana ka inni kuntuminnalzolimin.


8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat) *hehehe.aku sendirik pun blur time tu.Plus memang asben takde pun time bersalin dulu. sobssss....!



Aku pun dah start belajar teknik pernafasan macham yang nurse ajar. Tarik napas...hembus guna mulut. Ulang lagik sekali. Lepas tu tarik dalam-dalam, tahan 10 saat, then hembus pelan-pelan guna mulut. Tanak dah fail macham bersalin kan Areil aritu, even baby kecik tapi mama pulak tak pandai nak push, hayohhhhh!  Tapi itu pun semua bergantung dengan izin Allah la. Kalo-kalo lah kali ni diizinkan Allah bersalin secara normal sekali lagik. Huuu, nebes-nebes....

nota kaki: Erk, sape kat sini pernah tengok video orang bersalin kat youtube? Aku kemain semangat bukak video kekonon nak belajar la. Cettt, bukak tak sampai 5 saat, rasa macham nak pitam pun ada. Semua darah-darah je nampak. Hahaha, kenot go weh. Lepas deliver je la tengok. Boleh? Huhu...

2 comments:

  1. dlu lin pun tak pandai teran.. huhuhuuh punya la semangat push.. sampai baby kuar pun tak sedar tau. bnyk kali try push la katakan...

    ReplyDelete
  2. eiii bila baca mula rasa takut sebab anak 1st czer..teringin nak pregnant lagi tapi bila memikir bab nie jadi down ehhehe...btw salam perkenalan yna~

    ReplyDelete