Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 March 2013

Tanda Nak Bersalin

Salam semua,

Petang-petang yang hot and spicy nih, teringin nak share info pasal tanda-tanda awal nak bersalin. Orang cakap lain anak lain kekdahnya. Tapi secara general nye, memang akan ada salah satu tanda daripada yang aku copy paste kan nih. Jom cekedaut....


Tanda-tanda hendak bersalin 

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Kalo di flashback kan balik setori aku, tanda memula yang aku dapat adelah, turun tanda@pecah air ketuban. Memang tak sakit pun time turun air tu. Tetiba je seluar basah macham ter-kench tapi pelik kenapa tetiba aku ter-kench? Tak henti-henti air ketuban aku keluar sampai 3 helai kain batik pun tak cukup. Tapi sebab aku degil dan blur *nasib baik anak aku takde ape-ape.dont try this at home. better cepat-cepat pergi sepital. Macham aku, sebab rasa macham awal lagi, takkan nak bersalin dah kot. EDD adelah 26.9.2011, tapi pecah ketuban 03.08.2011. So aku lek-lek je petang tu. Tak jadik pergi bazaar Ramadhan, asben pergi ambik Tok Bidan. Asben panik punye pasal, pergi panggil Tok Bidan naik motor je, sekali Tok Bidan naik motor sekali ngan asben. Hahahaha, sempat bawak cikaro la puleks asben aku nih.
Tok Bidan rasa-rasa perot aku, dia cakap baby dah masuk sarang - memang dah dekat sangat la tu. Tok Bidan suapkan minyak selusuh. Lepas bukak pose, Tok Bidan balik. Aku plak selamba bangun jalan-jalan selongkar dapur. Ma dah suruh pergi sepital, pun aku tanak. Masa tu air dah slow-slow keluar, so pakai pad pun dah okeh. Dalam 8.30 camtu aku pergi toilet. Mencangkung kau! Tak masuk pun toilet duduk. Tup-tup tengok dah ada stain, brownish camtu kat pad.  Baru menggelabah. Ajak asben pergi sepital, sekali nurse check dah 5/6cm kau. Pehhh, aku dahlah mengcangkung kat toilet tadi. Nasib baik tak terasa nak berri. Kalo tak, naya je aku teran berry keluar baby. Fuhhh!

Yang pasti, lepas je keluar salah tanda yang listed kat atas tu, silalah cepat-cepat bertindak. Tayah jadik macham aku. Nasib baik takde ape-ape kat anak aku. Tak sakit tak semestinya tak sampai masa nak bersalin lagik. Bukan semua pengalaman bersalin dan kesakitan bersalin tu sama. Dah ade qada masing-masing, cume kita je yang tak tahu. Biarlah terlebih waspada daripada menyesal kemudian hari. Nauzubillah....


32 weeks ++

No comments:

Post a Comment