Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

20 March 2013

Dup Dap Dup Dap.

Salam,

Tak tahu lah ni entry last before deliver atau sempat lagi up 2,3 belas ratus entry lagik. Sebab minggu ni dah masuk 32 weeks. Tadi check up, misi kemain lame consult dah pesan suruh stenbai beg nak bawak ke sepital siap-siap, suruh ready dari segi fizikal dan mental, siap pesan jangan aktif sangat takut ter-buka jalan dengan cepatnya. Hahaha, mentang-mentang lah masa nak lahirkan Areil dulu aku cakap tak sedar pun jalan dah bukak 5/6cm, kemain kali ni dapat pesanan penaja. Eceli aku okey je kalo ter-bersalin awal sama macham Areil dulu pun. Janji dipermudahkan, selamat dan sihat aku dan baby dah la.

Bila cakap bersalin, aku just berserah je bersalin kat mane-mane janji selamat kami anak beranak. Private atau gomen, aku tak kisah janji mintak dijauhkan la daripada sebarang kesulitan dan karenah doktor misi yang bukan-bukan seperti yang selalu kita dengar tu. Nauzubillah. Lagipun memandangkan pregnant kali ni pun aku berkemungkinan akan deliver before 36weeks, so memang private kat Terengganu ni takkan terima kes macham ni melainkan KTS sebab just kat sane je yang ada pakar. So, malas nak pikir sangat lah. Keputusan di tangan suami. Mane yang dirasakan baik, aku terima je. Nak beranak sok lusa dah so takle nak derhake bagai sangat. Kekekekeke.

Almost 90% dah siap persiapan baby. Lagi 10% tinggal tunggu masa bersalin je la. Yang tu aku just berserah lah kepada Allah swt. Semoga diberikan kesenangan dan yang terbaik untuk kelahiran kali ni.

Disebab kan dulu Areil prem dan jaundis sampai 42 hari, aku memang langsung tak sempat nak telan mane-mane jamu dan set berpantang. Panas kot. So kali ni, aku plan dan decide nak ambik set bersalin Shaklee. Yang tu Insyallah tak memberi kesan even anak jaundis. Tapi belum pun order lagi set tu. Just plan dan asben pun dah proceed.

Beg baju nak ke sepital pulak aku dah pack dan unpack sampai  2,3 kali. Kehkehkeh. Terasa macham banyak je nak kena bawak. Baju baby kena bawak putih, pink, biru. Hahaha, sebab unsure kot-kot nanti ter-meleset jangkaan, who knows. Kuasa Allah semua tu. Lepas tu barang kecik-kecik macham mitten, booties, barut semua tu pun tak tahu nak bawak banyak mane. Towel lagik, pempes lagik, receiving blanket lagik, napkin, toiletries. Mama punye barang plak, towel,skirt (sebab aku lebih yakin pakai skirt daripada pakai kain batik - kang tetibe terlucut mati patient lain terkejut kang asyane?) Baju time kuor sepital, setokin, pempes aku, suor kecik, maternity bra, cotton ball, akar siti fatimah, air zam-zam dan biskut biskut kering sket. Haih, macham nak kena bawak luggage bag dah gayanye aku nih.

Teringat balik time deliverkan Areil dulu. Time tu agak kelam kabut jugak sebab aku deliver hanya di tepian gantang eh tepian lorong-lorong kat luar labour room sebab labour room full. Aku plak memang dah tak tertahan-tahan lagik so doc bukak set kat tepi-tepi tu je. Bersalin pun kat atas stretcher tu jek. Kemain susah nak kangkang sebab tau ja la stretcher tu besar mane, ade palang pulak kat tepi tu. Sekali, misi suruh aku kangkang je atas besi tu. Haih, haru sungguh. Asben plak time tu tak sampai lagik. Pun sedih sebab takde sape-sape pun temankan aku time kejadian bersalin tu. Push la sdn bhd tanpa sokongan moral asben di sebelah. Sob3. Dah siap bersalin sume, baru dorang sorong aku masuk dalam bilik untuk jahit. Time tu baru sempat call asben dan bagitau, 'b, ayang beranok doh. Baby boy...' Sayu giler dengar suara asben sebab dia tak sempat temankan aku time deliver. Nak wat camane, sume pun tak sangka aku secepat itu. Huhuhu. Time misi datang tanya mane pempes dan baju anak, aku just cakap, asben saya otw. Sume beg baju anak ada dalam kereta ngan dia. Fuh, memang kesian kejap anak aku. Pakai baju gegirl sepital, misi bagi pinjam.  Lepas siap jahit sume, aku pun disorong balik kat luar bilik tu. Time tu sape je yang melintas depan aku samada misi, doc atau attendan, memang aku akan cakap, 'misi, saya nak jumpa asben saya...' mata bergenang-genang time tu. Masing-masing cakap, okey okey saya panggilkan suami awak. 1 jam aku kat situ, harem tak dapat jumpe pun even asben cakap dia ade kat luar tapi tak sure betul ke tak bilik yang dia tunggu tu. Dahla sejuk, gigil nak tengok baby, nak jumpa asben. Lepas siap tu, baru dorang anto aku ke wad. Dahla wad pun penuh, langsung tak boleh masuk bilik. GL langsung tak guna. Maka melepak la aku di katil kat lorong-lorong laluan pelawat dalam wad, jauh daripada kipas. Panas giler. Dan aku memang tak dapat rasa pun momen misi letak baby kat atas dada aku lepas deliver, momen susukan anak sebaik sahaja sejam lepas deliver. Aku just dapat jumpa baby aku keesokkan hari. Sebab Areil duk kat NICU. Time kat wad, ada attendan datang anto makanan, sampai kat bed aku, dorang nampak beg uri baby ada kat hujung katil. Dorang siap tengking-tengking marah kan aku sebab tak uruskan lagi uri tu. Macham la tak paham, aku masuk wad tu dah 2,3 pagi, asben jumpe aku tak sampai 10 minit, memang tak sempat pun dia nak ambik lagi uri tu. Kalau ye pun nak tegur, tayah la tengking aku camtu. Sentap tau. =(

Hope kali ni, semuanya baik-baik saje. Misi-misi yang temankan aku dalam ambulans dan time kat wad dulu semuanya baik. Doc pun baik. Sampai hari ni aku teringat-ingat lagi nak ucap terima kasih kat misi yang bagi pinjam bahu dia time aku tengah berjuang lawan contraction. Memang kuat giler aku cengkam bahu dia, tapi sikit pun dia tak marah. Mekasih ye misi. Jasa awak saya kenang sampai ke hari ni.



time balik check up. 
Dah membadak macham Fiona si bini Shrek aku nih. Hahaha.

2 comments:

  1. Kak Yna :)

    Moga dipermudahkan, inshaAllah. all the best!!

    ReplyDelete
  2. good luck, da tak lama tu.. uhuhuh wlpun no 2, tetap berdebar kan... hiihih

    ReplyDelete