Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

20 November 2012

Sekiranya Suamiku...



Ya Allah...

Sekiranya suamiku ini pilihan Mu di Arash...
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan tuk terus bersamanya...

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di Titian Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya...

Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu...
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya...

Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya...
Moga kasih sayang antara kami kekal hingga ke syurga... 

AMIN... AMIN... AMIN...

19 November 2012

Rojak Pun Rojak Lah


Sementara men-tunggu entry holiday part 2 settle upload pict yang hazab kalo nak men-tunggu sape suruh aku malas resize jom same-same buat entry rojak. Sebabnye tadi belek-belek folder, tengok tengok eh, banyak jugak gambor yang tak berupload kat belog. Alang-alang dah bernapsu nak hupdate nih, maka tercetus lah entry rojak keling nih. 


Nak tunjuk jugak ni ha. Surat chenta. Bukan daripada encik folis, tapi surat daripada abg JPJ. Aku kang pemandu berhemah. Drive pun speed 120km/j je, tak pandai nak laju-laju macham korang, maka surat chenta ni adelah yang pertama kali nya ditujukan ke dalam hidup aku. Nebes jugak lah. Dapat pulak pada masa yang sungguh tepat yakni masa aku drive nak pergi jawab exam ECO kau! Kacau tak kacau jiwa aku time tu, memang tahap menyampah lah. Bukan benci sebab kena saman tapi sebab 3 orang abg JPJ tu buat perangai paling palat yang aku pernah nampak. Sebab aku pompuan ke? Sebab aku student ke? Atau sebab aku yang bersalah? Yang tukang tulis surat saman, kerek nak mati. Siap perli-perli cakap 'tau lah study nak exam, takkkan sampai tak sedar lesen mati'. Kalau aku sedar, takdenye aku saje-saje nak hulur lesen mati tu dengan penuh ber-keyakinan kat engko encik! Haih, nak saman tu saman sudah lah, tayah  lah sound-sound. Nak exam nih. Tak kesian ke kat aku. Sobs.

Yang abg JPJ kecik pendek ensem tu pulak, sibuk duk pusing keliling kereta aku. Tengok rim, tengok exzos aku, tengok cermin huhu dahlah tinted gelap nak mamps lepas tu jenguk-jenguk dalam kereta siap. Cuak aku takut kena tambah saman lain plak. Lepas tu datang tanya kereta aku ke kereta sape? Bile cakap kereta aku, boleh plak kate, 'wah student pun boleh beli neo ek. hebat'. Weh, psiko betol lah. Dorang tak tahu ke students lain beli Honda pun mampu. Aku neo je pun. Haih, macham nak je jawab, 'memang mampu lah encik. saya makan rasuah' Boleh?

*aku kan part time student je. Dah ade income sendirik memang lah mampu. Kalo tak keje lagik, aku kayuh beskal je pun.





Yang ni pulak antara job yang aku buat lately nih. Pict berlambak kat fon kat kamera tapi biasalah, kalo dah dasar pemalas, memang ter-peram je lah sume pict tuh kat situ. Plus sekarang buat job mekap nih sorang-sorang je, tak macham dulu ade encik asben selaku photografer wedding so kadang-kadang boleh lah aku kidnep pict-pict dia taruk kat belog aku. Sekarang dia dah pencen, tak buat job lagi dah so harapkan kan kamera fon aku, kelam je lah pict. Sedih kens?



Okey lah, itu je pun updatenye. Penutup entry adelah muka tuan belog. Bhahahaha!


16 November 2012

Nak Anjal Lah, Nak Tegang Lah.


Yeay!!!

My Pure Marine Collagen dah sampai! 
Pestime nak try collagen ni plak. 
Sesaje nak cube =)


Sebelum ni pernah makan VCO Catalyst:
- Memang elok kalo makan secara konsisten atau sapu terus ke kulit muka untuk merawat kulit yang ada problem siyes kalo tido dalam ekon better korang sapu kat muke as moisturizer tapi bit oily la bagi aku. Kot-kot teman sekatil tak selesa nak syium lak nanti. hahahaha. Macham aku ni nak kena telan itu ini dalam bentuk kapsul+softgel bagai, aku kadang-kadang lupe nak telan mane-mane satu. Dah tua katekan. 

Instant Collagen Sendayu Tinggi (yang kunyah-kunyah macham makan chewy gum flavour nye tu)
- Pun elok bagi aku. Dahlah rasa nye sangat lah nyummeh! Macham kunyah chewy gum flavour orange gitu. Cume aku lemah sket tang kekdah makan nye, bukak je sachet tu terus tuang serbuk collagen tu ke dalam mulut. Untuk aku yang comot nih, makin comot tiapkali lepas makan collagen ni. Hmpffff!

Tremella Mushroom Sendayu Tinggi
- Sangat sedap! Rasa koko tapi tak manis sangat ala-ala milo tu. Nampak tak betapa sihat nye disitu? Kehkehkeh. Kalo ikut kan, minum sejam selepas dinner *kena bancuh dulu tapi aku kan jenis melawan arus, so aku suke bancuh dan minum sebelum breakfast. Agak-agak nak alas perot dulu sebelum jumpe makanan. memang mengenyangkan jugak la. Kesannye, kulit memang terasa fresh, dan badan pun rasa bertenaga sket daripada biasa-biasa. Sampai sekarang, aku still tak lupe ambik collagen nih. Ketagehan sudey! Huhuhu.

Vit C 1000mg.
- Yang ni konon sebab terlampau obses nak santek cepat, so sengaja la amik yang 1000mg, takmo amik yang 500mg tu. End up, aku telan sebijik je. Tak mampu dah nak ambik lepas tu sebab kapsul yang besar tu kena patahkan 2 dulu then telan, so paham-paham je la bila dah terbelah dua tu, macham terasa-rasa sangat isi dalam Vit C tu. Yuchhh, nak termuntah aku. So, selamat tinggal lah Vit C 1000mg. Rugi duit aku. Sobs!

So now, Pure Marine Collagen ni paling latest yang menambat hati aku untuk try. Tengok testi, dah ramai sangat yang cakap hasil superb, maka aku sebagai wanita yang normal, konpemlah jugak nak santek same. So malam ni, misi menjadik cantik akan bermula. Kite tunggu dan lihat hasilnye lagi 2-3 minggu! Yeaaahhhhh!

nota kaki: doakan aku tak skip consume hatta sehari  pun. Bukan mudah tu. huhuhu.

Holiday At Kuantan.

Salam Maal Hijrah....

Disebabkan sekarang adelah cuti sekolah, maka entry nih sesuai untuk korangs yang tengah plan nak bercuti ke Kuantan. Jom!

Rabu lepas sudden je decide nak pergi bawak Areil holiday. Gugel punyer gugel, teringin lak nak merasa tido di Vistana hotel atau Zenith hotel. Tanye asben, sah-sah memang dia nak Zenith. Ok, challoooo bettey!

So gerak pun dah lewat, dalam pukul 3ptg dari Dungun, sampai sane dalam pukul 5.15 camtu. Terus check in. Sebelum pergi tu dah call siap-siap kot-kot bilik full tapi okeylah, banyak lagik bilik kosong sebab aku pergi time weekdays. Boleh walk in je pun. So kitorang ambik deluxe room, RM250++ kalo tak silap include breakfast. Goverment servant dapat lah rege RM230 =)  Zenith ni betul-betul berhadapan EC mall. So strategik sangat lah untuk kaki sopim. 


bilik


tukang rasmi katil as usual.


tandas. 
pun nak kena tunjuk ke?
 sukeati aku la.heh


erk, makcik cleaner kot.



ruang bath tub dan shower.

 us

Settle check in bagai, terus turun floor 4 nak ajak Areil mandi pool tapi harap maaf, pool tutup pukul 6. Mandi kat bath tub je lah nak oiii. Haha.

Lepas maghrib, kitorang gerak ECM carik makan. Kekonon nak alas perot je dulu sebab plan nak pergi Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur, sekali kitorang melantak sushi sampai lupe diri, terus kenyang sekenyang kenyangnya..... 






Settle melantak, kitorang terus gerak pergi Telok Cempedak. Ambik angin pantai malam-malam. Well, TC memang tak pernah sunyi dengan orang ramai. Makin malam, makin ramai plak yang datang. Siap hangkut datuk nenek semua ade. Kira okeh lah cemtu. Takde lah bermaharajalela sangat kapel-kapel nak beromen kat situ. Kang tak pasal-pasal kena seligi ngan makcik makcik kat situ. Takut tak takut tak?



tengok baju Areil basah, bukan sebab main air laut tapi kadang-kadang budak nih memang nonstop airliur nye.
hentah ape lah yang mama kempunan time ngandungkan budak nih dulu. 
Jenuh duk pikir.

Balik je TC, perot laki bini yang macham perot naga nih dah start keroncong balik. So, singgah Kemaman Kopitiam kejap. Kekonon nak makan toasted bread je pun, sekali laki bini order nasik. Tak tahan tengok nasik lemak puyuh yang encik asben order, portion bapak banyak. Sampai 2 ekor puyuh okeh. Puas ati!

Time tu dah pukul 12 malam, Areil pun dah terkulai tido kat bahu aku. Kepenatan dia. Ngam-ngam sampai bilik dekat pukul 1 pagi. Terus tido. Fenattttt dowh!


view dari bilik. 
tengah bandar cemnih, memang nampak lampu je lah berkelip.






Baiklah, entri adelah bersambung......

07 November 2012

Entry Short Short je


Alhamdulillah, laku jugak tudung yang aku tempek kat sini. So now tinggal selai je lagi tersadai kat lemari buruk rumah aku tu. Kaler pink panas je yang masih available. TQ lah kepada readers yang meses dan beli tudung tu. Tak sangka mak jehmah, ade peminat jugak belog nih rupenye. Huhuhu. *pingsan.

Malam ni nak tempek picts Areil yang berlambak kat Instagram dan FB tuh *errk ramai pulak yang suke tekan like pict areil. hamboiiii.....Tapi tak semua lah aku tempek, sebab kalo tempek semua, sah-sah pict mama lagik berlambak! Blerggggghh!




sape kata saya tanak gogok gigi????




 Erkkk, kan dah kate. Ter-sesat tempek gambar mama plak.
 Larikkkk.....!

nota kaki: cuti sekolah dah coming. banyak entry akan menyusul lah nampak nye.sekian.

03 November 2012

Baru Beli Tudung Oii, Belum Lagik Beli Lamborghini.

Salam,

Malam ni tanak cerita pasal kisah Areil tapi mama Areil yang nak bikin hamukan pocong sket. Nak cerita pasal tebiat baru aku yang menyakit kan ati manusia-manusia tertentu -  yakni hobi aku mengkumpul tudung Fareeda kekdahnya.


Buat masa nih, ini je tudung yang mampu aku collect buat koleksi diri sendirik. Sikit je pun. Orang lain punye lagi dahsyat. Kaler pun takde la segojes geng-geng Fareeda yang lain. Biasa-biasa je nak oii. Susah kot nak carik kaler hot sebab aku selesa pakai saiz xl punyer. Bukan nak cakap aku warak ke lebai ke haji ke ape tapi dah itu yang aku selesa, itu lah yang aku beli. Isunye disini, semua nih aku beli hasil daripada titik peluh duit mekap yang aku kumpul, duit untung aku jual Everlynn, duit poket yang asben beri, duit gaji ku yang seciput itu... hehehe. Motif kenapa nak kena beritahu bukan guna duit laki? Sebab aku very the menyampah bila orang duk bajet aku kikis duit ringgit laki aku buat beli barang-barang aku, orang duk bajet aku menghabiskan rete laki aku untuk beli macham-macham sampai laki aku kurus kering sebab nak kerja keras sara aku yang high maintanance nih kata engko! hamboi, wadehek betul mulut camnih eh. Aku bukan bangsa menyusahkan encik asben aku. Tak pernah aku nak mintak-mintak itu ini sesuka ati sebab aku dah ter-biasa guna hasil titik peluh aku sejak dari hidup bujang dulu. Bukan nye maksud aku encik asben aku langsung tak salurkan duit ringgit nye untuk kegunaan aku tapi aku still suke guna duit sendiri. Kepuasan bagi aku. Mane yang ter-kurang tuh baru lah aku kenyit-kenyit raba-raba mintak laki topapkan. Muahaha. So kepada yang asyik nak cebik-cebik kata aku macham-macham tu, ko simpan je lah cebik ko tu jauh-jauh. Pelik betul aku bangsa-bangsa camnih. Kedengki tak bertempat. Kalo betul pun aku guna duit ringgit encik asben, ape ke salahnya. Dah aku ni kan isteri dia. Kalo dia tak berabis untuk aku, ko nak suruh dia berabis untuk ko ke? Duit asben aku tu duit engko jugak ke? haihhh, mendidih jugak aku kalo hari-hari jumpe manusia macham nih. Dahlah, bosan jugak kalo ade stalker kat FB ni. Kerja nak kedengki dan mengkeji je manjang. Sumpah jadik tudung Fareeda Ais Kacang kang, nak? Boleh buat tambah koleksi aku. Heh!!!


Daripada duk kedengki tak tentu hala, adelah lebih baik korang beli je tudung yang aku nak let go ni. Tinggal yang soft pink dan hot pink je. sume xl. yang hot pink tu preloved rm160. yang soft pink tu lak new, rm170. Nanti boleh aku rolling beli tudung lain. Takyah mintak duit laki aku. muhahahaha!

kalo nak, meses aku 0139525876.