Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

18 March 2012

Skin Care Review. Tadaaaa!

Salam korangs, *yeah, aku tahu inilah entry yang korangs nanti-natikan. kennsss?


Sebelum tu aku pernah tulis kot-kot ada yang terlupa aku dah janji akan reveal kan skincare ini sekiranya ia memberikan kesan yang baik kepada kulit wajah aku. Dan ini adelah testimonial dari aku selepas 3 minggu penggunaan skincare tersebut. 

sori. ni je la gambar paling latest  yang aku sempat snap. 
Sengaja guna tudung sama sebab tanak nanti korangs tuduh kaler tudung penyebab kulit aku nampak ber-beza beza. Huhuhu!

Antaranya kesan yang aku nampak:


1. Warna kulit aku dah semakin sekata. Takdelah kat hidung nak kena tempek bedak kod no 1, kat pipi bedak no 3 kat dagu bedak no 2. Sekarang dah boleh pakai kod sama je semua. *itu aku bagi contoh je.bukan aku guna kod campur-campur macham tu pun sebelum ni.sebab nak bagi lebih mendalam paham nye. hehehe


2. Kulit terasa anjal dan licin sangat. Kalau lepas cuci muka, for sure mana-mana produk pun buat kulit terasa licin dan halus kan? Tapi dengan produk ni, kesan halus tu bukan setakat bile lepas cuci muka, tapi bila bangun tido, kulit terasa lembut, lembap dan halusssss sangat. Sama macham baru lepas cuci muka. I loikkeeee!


3. Aku paling suke kesan ni - mengurangkan blackhead di hidung aku. Aku kan ada resdung, so memang tayah cakap lah, blackhead kat hidung lah part paling menyakitkan hati aku. Kalau boleh memang aku nak sental scrub hari-hari sebab benci giler dah macham ada duri-duri halus je kat atas hidung ni. Tapi, betapa awesome nye produk ni sebab buat blackhead aku hilang tanpa sental-sental scrub macham selalu. Walaupun belum hilang sepenuhnya tapi blackhead dah makin berkurangan dan sambil taip entry ni pun aku boleh lagik sentuh-sentuh hidung aku sebab suke sangat bila dah licin. Huhuhuu!


4. Arini jugak dah genap 3 minggu aku stop tempek foundation! Just pakai bedak bila pergi kerja dan bila keluar mana-mana, aku memang dah tak tempek apa-apa kat muke! Dan paling best nya, walau tak tempek apa-apa kat muka, aku mampu rasa confident sama macham tempek bedak dan foundation sebelum ni. *lagi memudahkan kerja bila nak singgah solat. Tak payah nak sental muka lama-lama pastu nak kena topup balik bedak foundtion bagai lepas solat. Now dah tak perlu dah semua tu.


5. Kalau selama ni aku ter-cari cari produk yang boleh bagi kulit nampak sihat dan glow, akhirnya kali ni aku dah temui jawapanya. Selain encik asben, dah ramai yang tegur kulit aku nampak fresh dan glowing sangat. Auuuwwww malus aiii!


Dan kalau korangs nak tahu, selama 3 minggu ni aku telah menggunakan produk Everlynn Kalau aku cakap sape distributor produk ni, korangs si blogger tegar sume konpem kenal dengan cik puan Lyna ni, blogger comel lote dari Kelantan nih. Dan alhamdulillah jugak, hasil permerhatian dan pemantauan encik asben, dia sendiri pun berpuas hati setelah tengok dengan jelas kesan kat kulit aku setiap hari, dan sanggup keluarkan modal dan sangat-sangat menggalakkan aku untuk sama-sama menjadi salah seorang dealer produk ni. TQ sayang! Insyallah, bila aku sendiri yang mencuba dan merasai kesan nya, senang sikit aku nak bercerita bila ada yang bertanya. Bukan takat guna testimonial orang lain. Kens?


tak sabar nak tunggu kulit aku secantik kulit model Everlynn ni!

Kepada yang belum pernah tahu tentang produk ni, produk Everlynn ni terdiri daripada set skincare iaitu mengandungi:

Deep Cleans Foam (35ml) 
Toner (35ml)
Day Solution (6g)
Multifunction Cream (6g)

setiap set Everlynn adalah berharga rm120/set (tahan 1-2 bulan) dan setiap satu produk di atas boleh di beli berasingan dengan harga rm32.90 setiap satu. 

Selain set di atas, terdapat juga produk Everlynn yang lain iaitu:

Sheet Mask Collagen ( 1 pcs rm13.90)

 Collagen Serum  (1 set/8pcs RM120) 
 *collagen serum ni boleh dibeli secara loose iaitu rm20 sebotol (tahan 3 minggu)

Korangs jangan ragu-ragu kalau nak try sebab produk ni tak mengakibatkan proses penggelupasan sepertimana produk yang lain sebab produk Everlynn ni merupakan produk kosmetik yang diformulasikan dari negara france dan diperbuat daripada buah-buahan dan tumbuhan semulajadi yang mempunyai nutrien dan vitamin yang tinggi. Aku pun tanak guna kalo menggelupas sebab sah-sah nanti muka pedih tiap kali kena air. Tsk! 


Kepada pengguna yang baru, aku cadangkan korangs ambik set asas (rm 120) kerana set tu pun dah mencukupi sebagai rutin penjagaan kulit harian korangs. Tapi kalau korangs rasa nak bagi kesan tu lebih superb, korangs boleh jugak order collagen serum atau sheet mask collagen tu. Aku just guna kan satu set skin care kemudian aku guna jugak serum tu dan alhamdulillah, memang aku ter-sangat lah suke kesan produk Everlynn ni kat kulit aku. 


Kepada sesape yang berminat nak try produk Everlynn ni, jangan malu-malu nak tanya apa-apa saje soalan kat aku.  Dan kepada sesape yang nak order, korangs boleh hubungi aku di no 013-9525876 (Yna). 5 pembeli bertuah akan menerima free gift daripada aku. So, jom order!


nota kaki: Langsai hutang aku kat korangs. Theheheh!

No comments:

Post a Comment