Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 January 2012

Info Breast Feeding

Salam,


Utk mommies out there yang BF anak-anak uolls, aku nak share satu info yang selama ni aku tak berapa nak tahu pun sebelom nih. Blerghhh!


Sebelum ni aku suke sangat guna kan sebelah je Cik B untuk df-kan *direct feeding Bb Zafreil dan sebelah lagi Cik B aku simpan sampai bengkak dan tak larat bawak hahaha kemudian cepat-cepat pam supaya setiap kali pam takde lah dapat 1oz-2oz je. Sebab bile buat cara aku ni, totally aku akan dapat sampai 9 oz-12 oz per session. Kekonon tayah bazir storage palstik untuk simpan sikit-sikit je susu dan tayah nak banyak-banyak kali basuh pam bagai. haih mama ape malas sangat ni ek? Aku buat cara ni 2x iaitu simpan sampai bengkak start from pagi sampai petang (around 5pm camtu dan memang ter-sangatlah bengkak time tu okeh) dan kemudian after dan pam, aku bagi anak aku df belah yang dah di pam pulak then aku simpan yang sebelah lagik plak sampai lah malam atau terus sampai pagi esok sebelum pergi kerja aku akan pam (depends on cik B bengkak ke tak time tu baru pam) 


Aku dah start buat method ni  since 1st period aritu dan since cik N aku melecet teruk. Almost sebulan lepas lah jugak. Time tu, production susu aku memang drop gile-gile. Tsk. So konon nak buat stok serta merta banyak, aku try guna kekdah yang aku pikir betul ni. But tadi, aku ter-detik nak tanye kat KIM salah ke tidak cara yang aku guna tu dan rupenye SALAH ok.  Ini jawapan yang aku dapat dari mommies kat situ;



"Pam setiap 2 atau 3 jam utk bg signal kat otak yg bb perlu susu. Memang bila biar breast bengkak pastu pam akan dpt byk tp lama kelamaan susu akan merudum sbb demand makin kurang maka otak kata tak payah supply"


So now aku dah regret giler tau. Ingat dah betul sangatlah tu aku buat BUT hakikatnye salah okey. Membunuh production susu rupenye cara aku nih! So lepas ni, aku akan pastikan every 2-3 jam, aku akan pam susu tak kisahlah hasilnya tak semeriah cara yang salah tu pun. Asalkan bekalan untuk anak aku sentiasa ada. Orang kan selalu cakap, 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Paling penting, mommies yang BF ni perlu sabar+jangan mudah putus asa+kuat semangat! Insyallah Allah akan kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk anak kite. So gambate okeh!



budak kuat nyonyot nih!

suke buat muke berlagak depan camera nih!



nota kaki: tapi takut pulak kalo simpan susu sikit-sikit, lama-lama susu jadi bukit? Anak aku nak minum ape nanti? ok tak kelakar.

1 comment:

  1. hehehe baby pun makin bam bam dan sihat alhamdulilah moga kak yna hepi slaloo yaaa ^___^

    ReplyDelete