Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 December 2011

Entry last 2011 kot.

Hujung-hujung tahun ni memang syok sangatlah kan kalo dapat spend masa bersama family. Kalau ade rezeki lebih, boleh jugak keluar jalan-jalan bercuti bawak anak-anak dan isteri. Pergi obersea ke eh?Macham aku, memang cuti kali ni terhad sangat. Time aku free dan available, asben sibuk dengan kerja, dengan cuaca nye, dan macham-macham hal lagi lah. Plan nak jenjalan ke Melaka pun terpaksa di postpone. Insyallah, bulan 3 tahun depan kalo keadaan mengizinkan, dapatlah aku jejak ke sane buat kali ke berapa ntah. Teringin nak jalan-jalan ngan family pulak kat sane. Paling penting, nanti bawak bb zafreil sekali. Konpem syok!

Minggu lepas, after dah tak tahu nak pergi mane, kitorang decide nak lepak kat Kuantan sajork menghabiskan baki-baki cuti aku. Dekat pun dekat. Tayah susah-susah nak pikir cuti panjang bagai. Dan sempat lah jugak mengempiskan poket laki bini. Wawawawa! Paling best bile part shopping barang-barang bb Zafreil! Memang syok sampaikan last-last bile balik, baru perasan barang si kecik tu pulak yang ter-lebih banyak daripada barang mama papa. Penuh boot kereta mama. Hahaha. Walaupun kali ni kitorang tak pergi jalan jauh-jauh, tak spent cuti banyak-banyak hari, tapi kualiti masa yang kitorang ade bersame yang paling penting. Love my family!


rasmi katil dulu!



redha  je mama parking dia kat mane-mane pun.


Btw bb Zafreil pun makin aktif meniarap. So bila 4mth ++ meniarap, then mama target 6 mth bb Zafreil start crawling, 8 mth start duduk, 10 mth start bangun berdiri dan bertatih then 12mth dah boleh jalan. Haha boleh tak mama target camtu? Tapi even nanti over target pun takpe sebenarnya, sbb stage of development babies ni tak same. Mama accept je mane-mane. Sooner, dah nak start bagi solid food untuk dia. And paling penting, insyallah nanti akan reward diri sendiri for 6 month fully breast feed bb Zafreil. So, tahniah untuk diri sendiri. Hehehe. 






Oh btw timbang bebbaru ni, bb Zafreil dah 7kg. Mak aiiiii! Patutlah kejung tangan mama dukung anak mama sekarang. Hahaha!

nota kaki: Selamat Tahun Baru 2012. Ade azam baru tak?

21 December 2011

Anak Aku Yang Nangis, Tapi Kenapa Muka Kau Yang Ketat, Sehtan????



Ni kemarahan semalam tapi nak bawak ke arini. Boleh? Sebelum tu kepada sesape yang ade sedare mare atau adek beradek seperut ke jiran tetangga yang kerje kat Black Canyon Coffea Restaurant kat ECM Kuantan, jangan sentap la kalo aku ter-maki dan ter-caruts sesorang yang kerja kat situ dalam entry ni. Amarah nye aku!


Ceritanya petang semalam, aku sekeluraga pergi makan kat BC ni. Memula masuk, aku dah aimed nak makan kat dalam je. Senang, kalo makan kat luar nanti sibuk pulak nak kena halau asap-asap rokok sesat papanye dan asap-asap orang-orang lain. Kesian bb Zafreil. So, tayah pilih smoking area! Tapi kat dalam tu, space nye memang muat-muat saje nak parking kan stroller bb. Bb Zafreil lak time tu nak tido so nak letak kat dalam stroller. Tapi yang tak best nye, kenape muka waitress yang datang amik order tu kemain memerut time datang table aku. Salah aku ke kalo ruang tu sempit sangat? Nak cakap sempit sampai tak muat dia nak celah amik order, aku rasa asben dah ejas cantik punyer parking stroller tu. Bukannye gemuk pun, elok je slim shady aku tengok. Tapi takpe, aku diam kan aje dulu sorang-sorang. Lepas je settle order sume, tup-tup bb Zafreil ek ek. Bagi nyonyot tamo. Baringkan tamo. Agah-agah pun tamo. Kesejukan rupenye. Kebetulan order sume dah sampai so aku bagi asben makan dulu sementara aku dukung bb Zafreil kat luar. Terpaksa jugak bawak bb Zafreil keluar sebab takut bising sangat suara bb Zafreil nangis kat dalam tu. Dah settle asben makan, turn aku plak masuk makan. Tapi kejap-kejap je diam, pastu bb Zafreil sambung nangis lagi. Kata pun sejuk kan? Lagi pun baby okeh, lain lah kalo aku yang melalak camtu, boleh jugak ko silakan datang nak sekeh aku ke ape. Kens? Time tu pompuan waitress tu dah jeling-jeling semacham dah aku tengok. Mulut pun cam kumat kamit apentah. Maki anak aku ke dik? Dia ingat aku tak berhempas pulas ke pujuk nak diam kan bb Zafreil? 


Lepas makan, asben nak gi solat. So turn aku plak dukung bb Zafreil sambil abiskan makanan. Dah elok bb Zafreil lelap, tup-tup terjaga sebab terkejut bunyi dorang blend minuman. Apelagi, loudspeaker la balik anak aku. Makcik-makcik kat table sebelah pandang tapi dorang senyum dan angguk tanda paham. Lepas tu datang la sorang budak waitress tu kesian agaknye tengok aku tak sempat nak minum, dia nak tolong dukung kan anak aku, tapi sebab tengok bb Zafreil dah lali-lali nak tido, so dia just sembang-sembang ngan aku. Elok je dia tanye aku, 'bb sejuk ke kak? Aircond dalam ni memang kuat pun' Aku pun angguk sambil senyum. Sejuk ati ade orang yang paham. Dah memang tu kenyataan nye. Aku yang tua bangka ni pun terasa menyengat sejuknye. Kat luar mendung, kat dalam aircond, lagi la terasa sejuk nye. Mane tak nangis budak tu. Muke waitress tadi kemain ketat nye kat depan kaunter tu. Macham annoying sangat suara bb akak ni ke dik? Paling sakit ati, time dia lalu depan aku, dia jeling aku okeh! Yang tu memang sumpah aku nampak terang-terang. Nak kate jeling orang belakang? Belakang aku wall okeh. 


Tak lame, asben sampai terus aku cerita. Asben cakap memang patern muke dia memerut camtu kot. Arghh, tak kire. Aku yakin memang jelingan tadi khas untuk aku dan anak aku. Lepas je settlekan bil, aku tak sabor-sabor nak lalu kat depan muke budak pompuan tu. Nak caruts dia. Budak pompuan yang tegur aku tadi elok je senyum ucap terima kasih datang lagi semua. Yang pompuan tu? Usahkan nak senyum, pandang pun tak. Buat-buat kira duit. Aku tak kesah dia tanak senyum pun tapi kenapa jeling aku syaiiiitan??? Muke tak cantik takde hal, asal kan ati tu baik. Bertudung pulak tu. Haih, mendidih aku. Rasa macham nak maki kuat-kuat tapi mengenangkan aku ni dah berstatus emak-emak, caruts pun dalam ati je la pun. Lepastu lepas kat belog. Boleh? 



cap papa dan anak.



time ni bb Zafreil stabil je lagi. Tapi tk lame lepas tu, dengan emosi mama nye sekali jadik tak stabil! Huh!!!




Nasib baik makanan sedap!  


nota kaki: Sakit ati kat budak tu punyer pasal, tertinggal kalendar free yang team kitar semula bagi kat aku kat situ. Btw budak tu nama Rina. Kot-kot korang nak carik ye. Sekian.