Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

08 September 2011

Sila Jangan Buat Kalo Anda Sedang Berpantang

Salam,


Semua orang kat bawah tengah layan citer Santau. Aku tengok kejap je lepas tu malas. Benci sangat citer yang suke meng-terkejut kan orang nih. Part antu tu takde lah real mane tapi part sergah menyergah jerit menjerit tu terlebih sangat. Lemah semangat aku. Dahla dalam pantang camnih. Kang kalo aku pengsan terkejut semalaman, sape lak nak netek kan BB Zafreil? Heh.


Ok dah intro. Sekarang aku sesaje nak share pasal pantang ngan korangs. Tau tak banyak benda sangats yang tak boleh di buat sepanjang berpantang nih. Yang tak boleh dibuat tapi aku kalo nak buat aku buat jugak. Bangsa degil kata asben aku. Kehkehkeh. Ok dah. Lets cekedaut bebeyh!


1. Jalan pelan-pelan. Tayah turun naik panjat bendul tangga bagai. Kalo umah ko ade lift alhamdulillah. Cam aku ade tangga je, memang terpaksa jugak panjat. Asben asik bising. Kalah mak nenek. Hehehe. Tapi itu sume sebab tanak luka lama berdarah kembali. Dah kalo lasak sangat panjat sane panjat sini, nanti bila luka tu nak tangkup? Kata nak pantang 44 hari je? Muahaha.


2. Jangan duduk tercongok tu lama-lama sangat. Mak-mak cakap nanti takut peranakan senget. Sebab tetau je lah orang baru lepas bersalin ni duduk pun ala-ala gadis melayu terakhir - simpuh-simpuh, kepit-kepit giteww. Takde nak duduk bersila nya. Tapi bila dah simpuh-simpuh camgitu, nescaya posisi tu senget ke kanan, condong ke kiri, nak elak tindih luka la kate kan. Tau-tau nanti peranakan senget sebelah. Kesan peranakan senget? Yang tu sila tanya mak bidan. Lagi satu takut kita rebah tergolek sebab pitam. Naya tak?


3. Memalam time netek kan anak posisi baring, make sure korang gilir-gilir side posisi tu. Kalo semalam menyenget ke kanan, esok menyenget ke kiri pulak. Kenape? Pun sebab takut peranakan senget.


4. Jaga ibu jari kaki tu macham ko jaga laki kau. Eh? Ha betullah. Jaga laki camane? Ketat ketat kan? Dalam pantang kena jaga ibu jari kaki tu ketat-ketat jugak. Orang tua cakap jangan bagi sesape langgar ibu jari kaki kita dan jangan sesekali ter-sepak ape-ape kat ibu jari kaki tu. Takut bentan. Bentan tu ape? Bentan tu maknanya kalo tak silap aku sakit yang amat kat peranakan dan akan turun darah yang banyak balik same macham masa memula pantang. So bila dah bentan, orang tua selalu nya suruh repeat balik 44 hari pantang. Ohemji. Ko sanggup? So kalo tanak, sila selalu pakai setokin time pantang. Hihi.


5. Bila dah orang cakap berpantang tu, sila lah ber-pantang bebetol. Mak dan anak sekali. Tayah sibuk nak menyengeh keluar jejalan pergi mall, pasar malam semua tu. Lagik lagik maghrib. Usung anak siap. Orang tua takut ade bebenda yang tak elok dari luar tu ikut same melekat kat kita atau baby, kang tak memasal ko lemah semangat ke ape, anak melalak tanak netek ke ape sebab terkejut tengok benda-benda tak elok kat luar tu. Sebab time tu badan kita tengah kotor, badan pun tengah lemah. Sebab tu selalu dengar orang tua cakap, kalo tanak anak nangis, jaga bebetol time pantang. Insyallah sampai kesudah lah akan elok je budak tu takkan buat perangai.


6. Jangan la melawa bersiap pasang badan sesangat time pantang. Lepas 44 hari takpelah. 100 hari lagik bagus kot. Kesian la sikit kat laki kita tu. Macham tak sensitip langsung la korangs nih. Pepaham sudah la ye. Muahahah!


Lelain nanti aku tambah lagik. BB Zafreil dah ek ek tu. Okei bye!



Hari ke 35 baru aku start pakai gincu sikit-sikit pergi klinik. Tupun sebab tanak bagi misi ingat aku pucat tak sihat-sihat lagik - even dah nak cukup 44 hari. Boleh guna tak alasan ni? Hihihi.


nota kaki: ade yang tanya aku pakai losyen mustajab botol kaler ape. Eceli aku bukan pakai yang tu tapi aku pakai yusmira pati mujarab yang tube kaler kuning oren tu. Keluaran Yusmira. Aku dah pernah try guna Pati Mustajab keluaran Dunia Herbs tu, guna yang extra hot lagi, tapi yang tu hot so so je. So aku lagik suke yang Yusmira nih. baru pecah lemah segala. 


p/s: so iklan nora danish tu kencing je bagi aku laa.

4 comments:

  1. kecik baby akak kalo tuh takut jer nak dukung

    ReplyDelete
  2. hahaah point no 6 tu terbaik.eh cikasamjeruk blom kawen..hover lak..hikhik

    ReplyDelete
  3. tu dah besar banyak dah tu nor...dah 2.7kg dia time tu....hehehe

    caj: lajuuu jek dia kang....hahaha

    ReplyDelete
  4. masa aku g klinik nak cucuk sebulan si kenit tu pun ritu, aku still ikat rambut tinggi, pakai kain batik, dahi berpilis lagi tau..

    semua orang kat klinik tengok aku..memang kampung sangat kan?

    hahhaha..

    klinik putrajaya tu..

    ReplyDelete