Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

02 September 2011

30 Hari Mencari Chenta.



Takde lah. Nak cakap yang bb Zafreil dah cukup 30 hari. Kejap je dah besar kan? Badan bb Zafreil dah start melebau-lebau compared with 4 weeks ago. Syukur alhamdulillah. Muka pun dah nampak penuh, dah ada pipi chubby sket dan dah ade double chin jugak. Mama suke tau shayang! So sekarang bila malam-malam atau time dia jaga, aku ngan asben memang dah berani nak gomol dia abis-abisan sampai dia buat muka ketat atau muka perit. Okeh fine. Bb dah pandai buat muka ye! meh cekedaut ape yang bb Zafreil dah boleh buat dalam masa 30 hari nih. 


1. Sekarang aku dah reti nak bace time mane bb Zafreil jaga dan time mana dia tido lena. Bila dia jaga, bukan setakat nak nyonyot lah, tapi dia siap nak ajak kita main-main which is kena layan sembang-sembang sambil urut-urut badan dia sampai lah dia lelap balik.Bukan sekejap ye, almost 1jam++ jugak lah menahan mata layan kan dia. Okeh layannnnnnnnnn!


2. Suke bila di urut. Yeah, baby memang patut diurut untuk stimulated kan dia. Lagi-lagi prematured baby. Nak bagi dia cepat membesar, cergas dan aktif. Badan pun takdelah lembik-lembik insyallah. Walaupun aku pun baru je start jadikan urutan ni rutin, but at least it's work lah. Boleh nampak. Setiap kali lepas tukar pempes, aku akan usap dan gosok minyak baby Johnson kat whole body dia start from muka, tangan, badan dan kaki. Sambil buat mild exersice. Dan bb Zafreil akan buat muka syok gile macham nak kata 'oh yeah mama!'. Boleh?


3. Kita kena selalu bercakap dengan baby ye. Kot kalau ada lagik topik yang kita tak sempat abiskan sembang time bb dalam pewot, now boleh sambung balik cerita tu depan-depan bb plak. Hikhik. Tujuan bercakap-cakap dengan baby nih semua orang tahu kot. Dan jugak untuk tingkatkan keyakinan baby nih untuk survive. Lagi-lagi bila bb tu ade health problem contohnya, kita makin kena kerap bercakap untuk tenangkan kan dia, bagi semangat untuk dia cepat recover. Macham aku nih dah bukan setakat bercakap lagi dah, siap bagi mild lecture okeh tiap kali result jaundis nya tak memuaskan. Lecture sikit-sikit je lah. Sebab sayang, kesian tengok dia asik kena injek. Plus aku tak suke dengar misi-misi cakap 'kalo kena kuning tinggi-tinggi camnih nanti akan efek otak anak awak, hati anak awak and blah bla bla..!' Tak suke sebut contoh tu guna nama anak aku. Takut jadik doa. Hadei. Dan tiap kali bersembang dengan bb Zafreil, dia akan buat mimik macham respon ke ape ntah. Kejap macham nak senyum, kejap macham nak nanes. Kuikuikui!


4. Kaki dan tangan bb Zafreil tegap dan keras. Kalo dia bengkok kan kaki, memang berperang jugak lah aku dan asben nak bedung kan dia. Nak luruskan kaki tu kemain payah. Lagi kelakar bila dia suke sangat tendang bolster dan blanket dia. Dia tendang macham sepak bola lepas tu diam. Macham sorok-sorok perbuatan dia tuh. Kelakar sangat tengok. Rasa nak penyek-penyek dia. 


Lately aku selalu dengar papa suruh bb Zafreil belajar tendang bola dan pandai main bola. Motip nasihat tu? Ikut jejak si kembar player ek? Ke apex? 


5. Bb Zafreil dah macham abang kawasan je aku tengok. Kalo time tido, semua tempat dia nak bolot. Memula himpit aku kekonon nak nyonyot. Last-last terbungkam baik punye kat tempat aku. Tempat dia tinggal kosong camtu jek. Kesian aku terpaksa menyempit-nyempit pulak kat tepi dia. Sekarang  ni sape mak sape anak eh? Haha.


6. Bb Zafreil tersangat lah drama king. Bila time pergi cekap jaundis je, otomatik berubah jadik monyok, lemah, lesu pendek kata sesape tengok nescaya kesian. Lagik best bila misi, doc tengok nescaya lagi laju je misi nak anto admit wad. Yelah, sesape tengok pun risau dah kenapa budak ni lemah je tengok. Walhal keadaan sebelum dan selepas cekap totally berbeza. Hadoi shayang. Boleh menang award nih.


Dan yang lain-lain aku akan hupdate lagik. Tu je lah keje aku dan mak-mak nih bila dalam pantang ni. Duk perati anak je. Dahtu nak buat ape lagi kan?


Alang-alang dah bercerita pasal anak, aku ade sedikit nasihat sket untuk bloggers yang M2B nih. Sebelum deliver nih, sila lah belajar dan tengok bebetol video camane nak meneran. Pastu prektis. Jangan jadik macham aku memang tak hingat langsung nak prektis pastu bila sampai masa meneran, memang ter-sangat kelaut la skill aku. Plus takde asben support kat tepi kot. sobsob. Walaupun dalam 5,6 kali teran je bb aku dah keluar tapi di sebabkan napas aku pendek, bb keluar dan masuk dalam tempoh aku meneran tu. Yelah, kejap teran kejap stop. Haruslah bb tu tersedut masuk dalam balik. Akibatnya nanti kepala bb terbentuk tak cantik. Tapi don't wori, same jugak kalo bb keluar guna forsep, same things will happen. So dalam tempoh berpantang tu, rajin-rajin lah urut kepala baby dengan tapak tangan supaya terbentuk cantik balik. Tapi yang tak best nye kalo teran sekejap-sekejap macham aku tu, dekat kepala bb akan timbul part yang lembik lembik macham ade darah beku ke ape yang misi panggil 'caput' bunyinya kaeput camtu la. Benda tu tak bahaya sebab dalam sebulan dah back to normal dah cuma tak best nya jaundis bb akan lambat hilang selagi ade benda alah tu. Hadoi la!




senyum je dia. nampak?

3 comments:

  1. ala baby zafriel pandai eh buli mama die hehe

    ReplyDelete
  2. anak kita sama umur/tarikh lahir la :)

    ReplyDelete
  3. anak kita sama tarikh lahir/ umur la :)

    ReplyDelete