Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 August 2011

Selain Mekap, Saya juga Menggunting.

Orang tua kan dah pesan, kita neh bila dalam pantang tak boleh ketip kuku, tak boleh ketip kuku anak, tak boleh potong rambut. Hah lebih kurang macham tu kekdah pantang larangnya. Kalo ko nak ketip jugak kuku tu *yelah risau jugak kalo-kalo kuku mak tercakar muka anak, kuku anak plak tercakar tetep mak - sape suh malas pakaikan mitten, kuku yang ko ketip tu simpan leklok dalam kertas ke bekas, nanti dah abis pantang tanam la kuku-kuku yang ko kumpul tu. Paham? Kalo ko gigih nak menyimpan je kuku tu sampai abis pantang 40 hari tu pun takpe. Takde sesape nak larang. Time ni je lah ko boleh feeling retis berkuku hantu pun. Tapi nak jugak aku tanye orang tua, dah kalo semua pun takle potong, bulus-bulus ketiak bagai tu takkan dibiarkan panjang melata camtu jugak? Bukan ape, risau jugak time anak menenen nanti di tariknye bulus ketiak mak ingat kan benang-benang baju yang terjuntai. Perit kot. Ngeh-ngeh.


Tapi kan, orang tua takde lak larang kalo kita potong/gunting rambut orang lain masa dalam pantang kan? Sebab ma aku relaks je pepagi hari dah kejutkan aku. Ingat kan nak suh nenen kan bapak anak ke apa, rupanya nak mintak aku alter kan sikit rambut dia. Panjang sangat sampai dah cecah leher katanya. Cecah leher tu panjang sangat ke ma eh? Propa ma neh. Cakap je la ma peminat style rambut kak Nita. Dah suruh pergi kedai gunting tanak. Memacam alasan keluar. Tak sempat lah, sikit je yang nak potong lah, bulan pose tak larat lah. Yelah yelah. Bukan kali pertama aku galas tanggungjawab nih. Dengan kederat 20 hari berpantang dan berbekal kan gunting sebilah eceh macham terer je guna gunting satu aku tengok kedai amoi gunting rambut guna sampai berbelas-belas jenis gunting sekali kot aku pun start la zup zap zup zap kan rambut ma. Rambut tepi belah kiri kanan kasi nipis sket, rambut belakang kasi pendek sket, ewah ma dah order macham kat kedai makan pulak. Tak sampai setengah jam, siap lah gaya rambut yang ma idam-idam kan. Ecececissh! Tu pun nasib baik aku tak termakan hasutans adik aku suruh aku sengetkan rambut ma. Tak bau syurga ko dik. Tapi tak tahu lah kot lepas ma tengok dalam bilik air ma menangis ke ape kehkehkeh. Alah, bukan sekali kot aku dilantik jadik tukang gunting ma. Nampak sangat ma memang berpuas hati dengan servis percuma aku tu. Nak cakap aku ni pandai gunting tu takde lah pandai sangat. Tapi berkat daya imaginasi aku yang meliar eh yang tinggi tu, dapat lah aku bayang kan balik camane tukang gunting rambut aku gunting rambut aku dulu-dulu. Sikat belah sini pastu zap. Tarik belah situ lepas tu zap. Senang je kot. Lepas ni aku nak try usha dalam utube kot-kot ada video tunjuk cemane cara nak gunting rambut dengan lebih pro. Kot nanti jimat adik beradik aku sume pakat tadah kepala kat aku. Boleh tonyoh-tonyoh kepala korangs kan? Muahahaha!


nota kaki: kalo ter-gunting senget sekalipun, cakap je la yang tu K-Pop style. Tak marah punyer. Muahaha!

8 comments:

  1. hadoi
    bila stress
    tp baca blog sis ni
    bole hlg tau dok
    so. bg mengisi masa lapang pantang tu
    sila la hupdate hr3
    so,
    xde la sy stress
    :p

    ReplyDelete
  2. style k pop tu yang xmenahan..hehehe..dasatla yna ni,serba boleh..=)

    ReplyDelete
  3. lyaa: ececeyeyeye...kemain dah tahu request2 nih....hahaha, ade idea adela hupdate nye tu....dun wuriii...

    PN: bukan serba boleh pun yunk..serba buat..kekekekeeke

    ReplyDelete
  4. hahahaha..kemain lg. dulu time study, kwn soh sy gak potong.

    tp potong style rambut tembikai je..straight je..huhuahaua

    ReplyDelete
  5. caj: haha, pakai tudung gasaklah nak ptg camne, sape nak tgk..tp dah kawen xle dah.nanti asben mati sebab asik gelakkan rambut kita lak.hahaha camano tu?

    ReplyDelete
  6. Kenapa tak buat style senget K-Pop tu? Kelasss mak buat style rambut K-Pop. haha

    ReplyDelete
  7. eesya: hahaa, mengamuk abah nanti..mauahahah!

    ReplyDelete