Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

22 August 2011

Pencinta Kad Raya

Tiap kali menjelang raya,
Aku pasti ingat satu perkara.
Kad Raya.
Tradisi raya yang memang tak aku lupa.


Tiap-tiap tahun, 
Akan ada agenda berbalas-balas kad raya,
Kemudian kad di kumpul dan di asing mengikut saiz dan priority *ehek
Bila tiba malam raya kad aku di gantung cantik - pun mengikut saiz dan priority *ehek
Kad besar dan kecik disusun mengikut ruang dinding yang sesuai,
Kad  raya daripada 'bekas-bekas' akan di susun ter-paling atas/jauh atau ter-paling ceruk,
Supaya 'yang semasa' datang takkan ter-belek dan terbace semasa menunggu air dihidang
Takmo tercetus perang besar di pagi raya. 


Okey itu cerita lama.
Sebelum aku bertukar status.


Setahun nan lepas,
Aku still curi-curi beli kad raya,
Curi-curi beli sebab risau ada yang mati sia-sia sebab gelakkan aku yang masih beli kad raya.
Walaupun hakikatnya beli kad raya tak berdosa
Tapi demi 'waterface',
Terpaksa aku selit-selit simpan dalam majalah yang asben tak bace,
Kad untuk asben, untuk ayah bonda, juga untuk teman-teman aku dah tulis siap sedia,
Selebihnya aku simpan kot-kot ada lagi teman taulan yang terlupa nak di layang kan.
Tinggal masa untuk beli setem dan masuk ke peti pos.


Tapi dek kesibukkan menjelang raya, 
Kad raya yang dikarang aku lenyap di sebalik persiapan raya,
Itupun mujur kad ayah bonda dan suami terchenta sempat di hantar,
Hantar pun by hand kot,
Yang asben aku layang bawah bantal je pun,
Tak kesah lah janji isi nya dibaca.


Dan kad selebihnya,
Masih lagi di celah-celah majalah yang asben tak bace,
Sehingga ke saat entry ni di tulis,
Kad itu masih disitu juga,
Teringin nya aku nak hantar kad-kad tu...

4 comments:

  1. Dulu suka bertanding siapa dapat paling banyak kad raya. Sekarang ni wish raya thru facebook je. Tak syokkk

    ReplyDelete
  2. tau xpe..nak gantung pun celah mane kot.hehee

    ReplyDelete
  3. sy tiap2 tahun bg org kad raya.tp org bg sms je.lansung sy xbls.huhu. so tahun ni xnk bg dah..majuk hahaha

    ReplyDelete
  4. tahun ni caj cuba anta sms pulak.kot2 nanti ada yg balas guna kad raya.mane tahu...hehe

    ReplyDelete