Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 August 2011

Selamat Hari Raya Aidil Zafreil eh Aidil Fitri Lah.

Salam readers sumer,


mama sayang bb zafreil


papa sayang bb zafreil


'selamat hari raya semua antie antie dan readers keshayangan mama saye,' 
ikhlas daripada saya bb zafreil, mama dan papa!


*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



duit raye untuk saye ade tak antie antie syumer????

27 August 2011

Mana Titiknya.



Kalau lah aku mampu berterus terang....






nota kaki: postnatal depression tu dasat tak ek? 

24 August 2011

Ehem.

Tq for the wish sayang...
dis is sweetest wish dat i ever get from u.
ILY so muahhhh!

23 August 2011

Selain Mekap, Saya juga Menggunting.

Orang tua kan dah pesan, kita neh bila dalam pantang tak boleh ketip kuku, tak boleh ketip kuku anak, tak boleh potong rambut. Hah lebih kurang macham tu kekdah pantang larangnya. Kalo ko nak ketip jugak kuku tu *yelah risau jugak kalo-kalo kuku mak tercakar muka anak, kuku anak plak tercakar tetep mak - sape suh malas pakaikan mitten, kuku yang ko ketip tu simpan leklok dalam kertas ke bekas, nanti dah abis pantang tanam la kuku-kuku yang ko kumpul tu. Paham? Kalo ko gigih nak menyimpan je kuku tu sampai abis pantang 40 hari tu pun takpe. Takde sesape nak larang. Time ni je lah ko boleh feeling retis berkuku hantu pun. Tapi nak jugak aku tanye orang tua, dah kalo semua pun takle potong, bulus-bulus ketiak bagai tu takkan dibiarkan panjang melata camtu jugak? Bukan ape, risau jugak time anak menenen nanti di tariknye bulus ketiak mak ingat kan benang-benang baju yang terjuntai. Perit kot. Ngeh-ngeh.


Tapi kan, orang tua takde lak larang kalo kita potong/gunting rambut orang lain masa dalam pantang kan? Sebab ma aku relaks je pepagi hari dah kejutkan aku. Ingat kan nak suh nenen kan bapak anak ke apa, rupanya nak mintak aku alter kan sikit rambut dia. Panjang sangat sampai dah cecah leher katanya. Cecah leher tu panjang sangat ke ma eh? Propa ma neh. Cakap je la ma peminat style rambut kak Nita. Dah suruh pergi kedai gunting tanak. Memacam alasan keluar. Tak sempat lah, sikit je yang nak potong lah, bulan pose tak larat lah. Yelah yelah. Bukan kali pertama aku galas tanggungjawab nih. Dengan kederat 20 hari berpantang dan berbekal kan gunting sebilah eceh macham terer je guna gunting satu aku tengok kedai amoi gunting rambut guna sampai berbelas-belas jenis gunting sekali kot aku pun start la zup zap zup zap kan rambut ma. Rambut tepi belah kiri kanan kasi nipis sket, rambut belakang kasi pendek sket, ewah ma dah order macham kat kedai makan pulak. Tak sampai setengah jam, siap lah gaya rambut yang ma idam-idam kan. Ecececissh! Tu pun nasib baik aku tak termakan hasutans adik aku suruh aku sengetkan rambut ma. Tak bau syurga ko dik. Tapi tak tahu lah kot lepas ma tengok dalam bilik air ma menangis ke ape kehkehkeh. Alah, bukan sekali kot aku dilantik jadik tukang gunting ma. Nampak sangat ma memang berpuas hati dengan servis percuma aku tu. Nak cakap aku ni pandai gunting tu takde lah pandai sangat. Tapi berkat daya imaginasi aku yang meliar eh yang tinggi tu, dapat lah aku bayang kan balik camane tukang gunting rambut aku gunting rambut aku dulu-dulu. Sikat belah sini pastu zap. Tarik belah situ lepas tu zap. Senang je kot. Lepas ni aku nak try usha dalam utube kot-kot ada video tunjuk cemane cara nak gunting rambut dengan lebih pro. Kot nanti jimat adik beradik aku sume pakat tadah kepala kat aku. Boleh tonyoh-tonyoh kepala korangs kan? Muahahaha!


nota kaki: kalo ter-gunting senget sekalipun, cakap je la yang tu K-Pop style. Tak marah punyer. Muahaha!

22 August 2011

Pencinta Kad Raya

Tiap kali menjelang raya,
Aku pasti ingat satu perkara.
Kad Raya.
Tradisi raya yang memang tak aku lupa.


Tiap-tiap tahun, 
Akan ada agenda berbalas-balas kad raya,
Kemudian kad di kumpul dan di asing mengikut saiz dan priority *ehek
Bila tiba malam raya kad aku di gantung cantik - pun mengikut saiz dan priority *ehek
Kad besar dan kecik disusun mengikut ruang dinding yang sesuai,
Kad  raya daripada 'bekas-bekas' akan di susun ter-paling atas/jauh atau ter-paling ceruk,
Supaya 'yang semasa' datang takkan ter-belek dan terbace semasa menunggu air dihidang
Takmo tercetus perang besar di pagi raya. 


Okey itu cerita lama.
Sebelum aku bertukar status.


Setahun nan lepas,
Aku still curi-curi beli kad raya,
Curi-curi beli sebab risau ada yang mati sia-sia sebab gelakkan aku yang masih beli kad raya.
Walaupun hakikatnya beli kad raya tak berdosa
Tapi demi 'waterface',
Terpaksa aku selit-selit simpan dalam majalah yang asben tak bace,
Kad untuk asben, untuk ayah bonda, juga untuk teman-teman aku dah tulis siap sedia,
Selebihnya aku simpan kot-kot ada lagi teman taulan yang terlupa nak di layang kan.
Tinggal masa untuk beli setem dan masuk ke peti pos.


Tapi dek kesibukkan menjelang raya, 
Kad raya yang dikarang aku lenyap di sebalik persiapan raya,
Itupun mujur kad ayah bonda dan suami terchenta sempat di hantar,
Hantar pun by hand kot,
Yang asben aku layang bawah bantal je pun,
Tak kesah lah janji isi nya dibaca.


Dan kad selebihnya,
Masih lagi di celah-celah majalah yang asben tak bace,
Sehingga ke saat entry ni di tulis,
Kad itu masih disitu juga,
Teringin nya aku nak hantar kad-kad tu...

Sakit Kan?

Yeah,
I'm sick with it,
Lagi sakit bila kesakitan itu ditahan-tahan,
Berpura-pura sebab ada hati yang perlu ku tahan,
Ada jiwa yang perlu dikisah kan.

Aku sakit,
Luka semakin dalam,
Mungkin lama nanti akan jadi barah,
Tau tak sakit nya hidup dalam berpura?
Berpijak di bumi yang aku tak jejak,
Hakikatnya jasad aku terawang-awangan.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Sakit.
Sakit.

Ini ke harga yang aku perlu bayar,
Bila hidup terlalu wujud tekanan,
Bila perlu hidup dengan manusia-manusia yang di gelar 'orang'
Sampai bila bila pun aku akan tetap sakit.


nota kaki: lepas nafas panjang. sigh!

19 August 2011

Pantang vs Raya

Salam,

Pejam celik pejam celik tengok-tengok dah dekat nak raye eh? Pose pun dah dekat nak abis. Saf kat masjid pun dah makin sikit eh? kehkehkeh. Mengaku jela. Masing-masing terawih pun dah rongak-rongak. Kepala dah hingat kat bazaar jualan Raya je kot, teringat tang baju seluor yang tak grab lagik. Ntah ade ke tidak lagik saiz memasing kalo beli lelambat cenggini. Kan? *meng-taip entri nih time asben dan adek veradek sumer meriah nye mak ngah duk bersopim sakan kat Kuantan tanpa aku dan baby zafreil di sisi dorang ye. Dengan ucapan, ade ubi ade batas lepas pantang dendam akan terbalas. grrrr!

Hahahashim. Nasib aku lah jugak tahun ni beraya dalam bengkung berjamu bagai camtu. Kata pun dah dapat baby raya, cukup la tu kot. Takpelah, yang penting, anak dan mama pulih sihat gemilang cemerlang selepas pantang nanti. Insyallah, 11 Sepetember nanti aku dah boleh melaram raye same. Dah habis pantang. Boleh ziarah dan lawat sedara mara yang ade+makan kuih raye+rumah terbuka+melaram baju raya even official baju raye is nan hado. ah gasak lah! Cume kena elak makan yang sejuk-sejuk, yang tajam-tajam yang ais-ais kata ma. Baiklah. Demi beraya dengan baby zafreil. Syoknyeeee!!!


Btw aku nak share dengan korangs kot-kot ade yang still tertanya-tanya camane cara nye berpantang. Sama macham aku memula tempuh pengalaman berpantang nih jugak la. Kalo ade yang korang nak tambah, sangat lah dialu-alukan. Lagipun berpantang ni tak semua nya sama memasing. Depends on adat resam budaya sesetengah tempat jugak la kan. Apa-apa pun korang leh rujuk di sumber. Malas aku nak kopipes kat sini. Cekedaut....!



nota kaki: pstt, nak tanye. Time berpantang boleh bersiap melawa macham hari-hari kebiasaan tak? berlipstik+blusher+celak bagai tu semua pelik tak? sumpah aku curious nih nak tahu. Takdelah muka aku sepucat mayat je tiap kali bawak anak cek jaundis kat sepital. Komen pelis....

17 August 2011

Sebuah Kisah Kelasik Untuk Masa Depan

Salam,

Syukur alhamdulillah. Rasanya ramai je yang dah tahu aku dan asben telah pun selamat menerima cahaya mata pertama kitorang pada 3 Ogos 2011, jam 11.39 malam di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Ramai yang request mintak aku setori mori kat belog tentang journey kelahiran baby pertama kitorang since aku pun manjang hupdate status FB kot sepanjang kejadian. Kata pun internet di  hujung jari gitew. Tak sangka ramai betol yang follow dan hupdate kejadian tu. Ke aku je yang sibuk nak hupdate status meng-kalahkan retisss? Ah tak kisah la kak jehmah, janji berkat doa dan wish kengkawan jugak lah, segala nya telah pun di permudahkan. Alhamdulillah. Tengkiu sesangat korangs!

Nih update FB aku time tuh:


eh tak jadi g bazaar la.tetibe kuar air dengan banyak nye ni. tp tak sakit. dah nak deliver ke kalo camnih?haih risau neh...
pada 03hb Ogos pukul 6.36 ptg · Privasi ·  · Dislike · 


Kuat bebenow siren ambulans nih.nak tido pun takleh.huhu. [via Celcom SMS]



Alhamdulillah,telah selamat melahirkan seorang hero 11.39 pm td...welcome to the world anak mama n papa... [via Celcom SMS]



Dan ni antara komen yang aku dapat time tu:



Tahniah! Cool ah. Tak pernah jumpa orang update status satu-satu before nak deliver and tiba-tiba dah keluar dah sorang lagi khalifah Allah. Sempat lak tu update blog. Kagum tul ♥

Selamat jadi mommy! Semoga Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki Yna Dona sekeluarga.
pada 04hb Ogos pukul 2.54 pagi ·  · Dislike ·  · Lihat Persahabatan · Buang tanda

  • Anda suka ini

    • Yna Dona hehhe, alhamdulillah Allah permudahkan segalanye, tu yg sempat je menghupdate...esaited to share with..hehehe
      3 jam yang lalu · 


tahniah....sy update status dari tunggu nk buka pose...smpai la blik terawih tgk2 status dh bersalin..it was so surprised la...btw,congratulation again. :))
pada 04hb Ogos pukul 8.07 pagi ·  · Dislike ·  · Lihat Persahabatan

    • Yna Dona Tq yunk for ur pleasure.it was suprised aite.thanks god n also ur wish... [via Celcom SMS]
      pada 04hb Ogos pukul 8.36 pagi melalui Facebook Mudah Alih ·  ·  2 orang


congrate kak dona....pergh! mmg mantap....dr detik2 nk bersalin sampai baru deliver pn dh blh update.....huhu...congrate both of u again!
pada 04hb Ogos pukul 10.13 pagi ·  · Dislike ·  · Lihat Persahabatan

    • Yna Dona Haha.tenet di hujung jari la katekan...neway tengs yunk... [via Celcom SMS]
      pada 04hb Ogos pukul 10.14 pagi melalui Facebook Mudah Alih · 


So ceritanya bermula di sini. Sila bace dulu. Sempat je lagi aku hupdate setori tu sebab aku still takde rasa sakit ke ape selain keluar air ketuban yang mengalir tak renti-renti tu. 3 helai kain batik tak cukup. Time tu aku still nak kata yang keluar tu bukan ketuban. Abis tu? Dogil nak mati lagi tu. Asben ajak pergi sepital, aku berlengah-lengah sebab tak sakit so tanak nanti warded. Bosan ohh. Tapi lepas tahu ada tanda macham stain/lendir+darah sikit kat pad, aku cuak baru terhegeh-hegeh nak pergi sepital. Sempat bersalam-salam mintak ampun maaf dari asben dan ma abah sekali mintak halal mane yang ade. Sampai je sepital, doc ngan misi cakap takkan la dah nak beranak kot sebab baru je 33w 2d je lagi kalo ikutkan edd aku kat buku merah tu. Tengok muka aku pun still lagi tersengeh-sengeh. Tapi lepas doc check, bukaan jalan aku dah pun 6 cm. Mak aii, bior betik? Cepat-cepat doc settlekan aku untuk refer ke HSNZ memandangkan kandungan aku still prem *prematured. Doc sempat injek vontot aku untuk kuatkan paru-paru baby. Suntik tu sakit ohh. Kebas vontot aku nak bergerak. Lepas tu cepat-cepat dorang sorong aku masuk ambulans. Tak sempat nak babai asben tapi sempat bawak enpon je pasal nanti nak sms asben senang konon nye. Sekali dalam ambulans aku sibuk hupdate pesbuk. Kahkahkah. Time tu ade lah lebih kurang pukul 10.30 malam camtu la. Dalam ambulans, aku lepak je main pesbuk sambil terbungkam macham paus tersadai kat atas strecther giteww kekdahnye. 

Ngam-ngam pukul 11 malam, aku dengar bunyik macham meletop bunyik pop camtu datang dari kain aku. Yang pasti bukan kentot la weh. Dan dan tu jugak lah aku start kontraksi. Sakit tu datang 2,3 minit sekali dah. Mata aku pandang tak pandang je dah henset time tu sebab sakit macham nak putus pinggang yang selalu orang beranak dok cerita tu dah rasa dah. Asben lak masa tu sms cakap kat aku dia baru gerak dari rumah sebab lepas aku naik ambulans, asben balik rumah packing baju dia dulu. Asben pun tak expect aku dah nak ter-bersalin pun time tu.  Terpaksa lah aku tak cakap yang aku dah pun nak bersalin sebab risau jugak meng-kalau asben driff malam-malam camtu. Dahla jauh lebih kurang sejam camtu la kot.



muka aku bersiap nak ke sepital. huhuuu!

Misi tengok aku dah menggeliat kiri kanan tu tak putus-putus ajar aku doa dan hembus nafas. Misi baik sangat. Bagi aku pinjam tangan dia untuk aku genggam kuat-kuat camtu. Sobsss *terharu. Doc yang iring aku siap berpesan-pesan jangan bersalin dalam ambulans sebab dorang takde kelengkapan yang cukup untuk baby aku nanti. Dalam kepala aku pun duk ulang doa nabi Yunus dan ayat Qursi je dah masa tu. Tapi memang betol lah, sakit nak bersalin tu otomatik akan buat kita rasa nak kangkang kaki je masa tu. Kira nak meneran je la yang kita tahu. Nasib baik tak sampai berapa minit lepas kontraksi, aku sampai HSNZ dan dorang laju-laju tolak aku masuk labor room. Tapi alangkah dahsyatnye sebab labor room adelah full house, semua pun sibuk nak bersalin macham aku kehkehkeh sampaikan aku dah rasa macham kartun pun ade sebab kejap kena sorong masuk bilik, kejap pastu kena tarik keluar balik lepas tu kejap parking kan strecher aku kat tepi pintu, haih punyelah payah nak carik parking aku mengalahkan aku nih datang naik hammer ke apentah. Sekali, sebab aku macham dah tak tertahan-tahan sangat nak bersalin dan risau efek kat baby aku yang dah macham ade ade je kat muka pintu tu, doc decide bukak set kat tepi-tepi tu je terus dan check bukaan jalan aku. Alhamdulillah ngam-ngam bukaan aku dah 10cm patut lah dah tak tertahan tahan dari dalam ambulans lagi so doc+misi suruh aku start meneran. Dan syukur pada Allah, dalam tempoh 10-15 minit camtu, lahirlah putera pertama permata hati aku dan asben tepat-tepat pukul 11.39 malam. Walaupun nafas aku time meneran adelah sangat semput dan pendek dah macham nafas ustazah manisnya kurma itu pun ade dan arahan doc mintak aku meneran macham teran tahik sembelit memang aku tak dapat nak ikut sebab sepanjang hidup, aku  tak pernah sembelit. Lawas sangat la ketakan maka aku meneran dengan kadar yang aku tahu je. Dan ter-paling aku tak akan lupa, aku terpaksa bersalin tanpa sempat asben sampai temankan aku di sebelah. Pehpehpeh. Asben still dalam perjalanan lagi time aku bersalin tu. Dan baju+pampers baby pun takde time baby dah keluar sebab ade ngan asben je syumer. Tsk.


Aidil Zafreil b. Abu Zarrein 
aka Baby Zafreil @Areil
3 Ogos 2011
11.39 pm
1.9 kg



Apapun, selamat sudah kelahiran cahaya mata pertama aku dan asben, Aidil Zafreil Bin Abu Zarrein. 'Cahaya Kemenangan' mama dan papa. Syukur ke hadrat Ilahi.


nota kaki: 3 hari 3 malam aku karang entry nih. memang patut laa panjang berjelir. ngeh2.