Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 July 2011

Tudung Oh Tudung

Salam korangs,


Aku macham ketagehan sket lately nih. Ketageh nak ngupdate belog. Asal pandang pc je, laju je nak tekan new post. Pastu nye, ke sudah lah tak tau nak taip ape pun sebenarnya. Biasalah kan, aku.


Btw saje lah share. Semalam ade mekap kastemer kat Kedai Buloh, Trg. Mekap untuk majlis ber-tunang. Selesai mekap, aku singgah Ariani kejap kat bandar KT. Boleh tahan ramai jugak lah manusia time tu. Sebab Ariani buat sale yadayada la sangat tu kan. Aku sesaje je singgah kekonon nak tambah stok dan menghabeskan boreh. Telek punye telek konon nak tengok tudung yang less 88% tu kate nye, tapi tak jumpa pulak. Semua tag less 10%-20% je yang berlambak aku nampak. Orang cakap malu bertanya, lambat lah jumpa, so aku ringan kan mulut tanya SA Ariani kat situ. 


'Dik, yang less 88% tu tudung mane? Ke dah takde sale tu?'
'Yang tu tudung CT je kak. Yang lain sume less 10%-20% je kak. Kalau akak ade member's kad, tambah lagi diskaun ikut kaler kad akak tu.'


Makanya, terpedaya lah aku ingatkan sale 88% tu untuk tudung best-best. Tudung Ct bukan nye tak best tapi aku tak pakai kot. So tayah buang masa ber-sesak sesak dengan manusia yang ramai, aku pun blah. Dahla sesak ngan manusia, sesak jugak dengan motorsikal hadiah 3 ketul yang dorang show off kat tengah-tengah kedai tu. Lemas aku. So cakap kat asben, aku nak try D'Haja pulak. Sebab pattern nye pun lebih kurang jugak ngan pattern Pearl Haya. Modern+style+chicky. Nanti kalo aku dah beli, aku citer lagi. Ok? Dah, itu aje nak citer. Kejap lagik aku hupdate lagi ye. 



Car Boot Sale La Sangat Aku Nih.

Korangs syumer *khas untuk yg preggy je. Tapi tak preggy nak beli jugak pun takpe sebenarnye. Janji beli. Muahaha.


Ade beberapa helai maternity wear yang bakal di-let go-kan kat sini nanti. Condition adelah baru ye sila amik perhatian. Reason nak jual pasal aku nih bangsa beli pakaian mesti hak ni memang perkara wajib la silap pilih saiz sebab malas nak fitting, baju tak match dengan pants, kaler baju tak ngam dengan kaler spenda dan so many reason lagi lah yang malas aku nak citer. Bikin panas diri sendiri je. Walaupun mengandung nih bukan nye sekali sajork seumur hidup wah ayat macham tak serik je nak pegnen nampak tapi tak bermakna aku harus simpan je baju tu untuk dipakai di musim pegnen akan datang. Oh tidak. Dah memang barang tu memang tak muat nak masuk, takkan nak di paksa jugak kasik muat. Tak kose akak, haih! Aku memang dah nekad nak jual nih. Nanti hasil nye dapat lah jugak aku membeli pempes anak. Kan?

29 July 2011

Hai Hai!

Salam semua,


Ahaiii, hupdate di pagi-pagi hari camnih pukul 5.20 pagi tu terasa macham cool la sangat je kan? Gangguan takde, idea pun mencanak-canak datang. Sunyi tenteram je rasa. Erk, tapi berani tak nak pandang belakang hah? Gulppp!


Haha, bapak lame malas nak hupdate. Jenis aku no pict no entry. Wah gitewww. Bukan ape, idea tu otomatisme memang takkan datang kalo entry tak disertai pict. Nak caption ape pun tak reti. Ape pun tak reti aku nih. Kawen reti pulak. Haih! Lagi 2,3 hari dah pose kan? Banyak bebenor hutang aku kat korangs syumer. Nak buat tutorial lah, review la, hape lak. Last-last, nan hado. Terus terang sekarang aku pun dah cam pelik kenapa aku macham ade 10 jam je dalam sehari ek? Lagi 14 jam aku tu macham tak wujud je. Kejap sangat pejam celik pejam celik sehari-hari, sedar-sedar dah esok. Sedar sedar dah nak tido. Tak sempat nak buat ape-ape pun sehari-hari tu. Haih, perasaan yang same masa memula kawen dulu pun camnih, sedar-sedar bangun pagi dah boncet. Bila buatnye? Eh. Vodos! Haha.


Takpelah, aku pun dah tak tahu nak bahan ape lagi. Sebab takde gambar kan? Muahahaha. Esok aku ada last mekap job kat KT. Last job sebelum berehat-rehat menyambut Ramadhan Al- Mubarak. Insyallah. Tahun ni niat nak abes kan sebulan pose. Harap-harap bila berbadan dua camnih, semangat berpuasa tu akan jadik super dabel lebih kuat. Tamo tinggal-tinggal pose. Kan baby mama? Kita pose penuh tahun ni ek? Pastu baby pomis tau kuo 2 minggu after raye macham doc pesan tu ek? Mama nak pose penuh tahun ni walaupun padahal sebenarnya mama nak beraye dan melantak kueh raye ok. Buruk ke perangai mama nih? Agegegege!


Lepas mekap plan nak gi Ariani. Dengar citer Ariani buat less sampai 88%. Saje la tu nak licinkan payment job aku esok tu. Haduiii. Jumpa kat Ariani esok ek? Dah, baiiii.



lebau nye manusia nih!


yang bertunang nye orang sebelah ke yang dalam pewot tu?


okeh. sangat lah lebau. sekian.

19 July 2011

Maternity Shoot

Lame nye tak hupdate belog hathoooiiiii!


Tak tau la bizi sangap ke malas ke tak bernafsu ke hape aku nih, tapi seram pulak tengok belog sunyi dah macham rumah tinggal je nih. Dah, dah, meh kita hupdate supaya belog takde lah haunted sangat kalau orang tengok kan kan kan? 


Macham biasa, hupdate about pregnancy dulu lah. Alhamdulillah dah masuk 31 minggu 6 hari atau kepada yang malas nak kire, aku dah pun cecah 7 bulan 3 minggu. Lagi beberapa minggu je lagi dah EDD aku. Erk, sempat ke tak nak raya makan tapai+rendang+ketupat syumer nih? Nak tau perasaan aku sekarang? Macham-macham rasa pun ade. Nebes+esaited+blur+seram sejuk, pendek kata sume pakej la aku amik. So far, encik asben dah prepared beg kelengkapan sepital kat dalam kereta siap-siap since misi dah pesan memang kena prepare dah untuk possibility deliver tu. So, tunggu masa nak guna je la tu. Insyallah, doakan perjalanan baki-baki hari mengandung aku nih baik-baik je belaka ye korangs.


And bebaru ni aku sempat buat maternity shoot. Tapi apekan daye, walaupun dah masuk almost 8 bulan pun, my baby bumps tetap jugak cinonet camtuh. Kena tarik tegang-tegang baju kat part pewot, baru lah nampak boncet. So banyak pict yang aku terpaksa berusaha keras mengenglarge-kan keboncetan perot tu sebab nak bagi nampak jelas figure ke-buyomans aku. Sampai nak tergeliat pinggang aku pun ade tapi nak hasil yang santek punyer pasal, hantam saje lah labu. Itupun dah kira nasib baik OP tak mintak aku add on pillow kat dalam baju. Eh, bukan memang dah mintak ke? Ngehngehngeh! 



my 31 weeks 4 days pegnem!


OP suh kitorang gelak, kitorang pun gelak je lah. Patuh je kan?







hellloooo, anybody home????





baby kami. Nampak tak?
 ce teka ce teka gender dia. hehehe.


time nih encik asben cakap, 'tengok tengok, misi tulis chicken pox kat dalam nih' pastu gelak-gelak syaiton kat aku. Yela yela, nak wat camane, rekod chicken pox aku memang jelas dan nyata pun noted kat situ. 
Bukti aku pernah jadik leopard girl hape! Huh!



 Mane lagik syomel muke itik ke muka encik asben?



Nah. si boncet.


Agak-agak kalo anto kat majalah Pa Ma nih, boleh menang 1st prize tak? 
Ke nampak sangat bodek nye? Kehkehkeh.


this is best broooo!!!! 
tak tahu kenapa aku ter-paling syuker pict nih.  

Dan seperti biasa, aku upload bulat-bulat je syumer pict nih dengan saiz yang besar gedabak gajah mak aiii. So, sila lah rerajin kelik pict untuk enlarge. Kalo tak, terpaksa la korangs tengok pict aku yang half-half sajork tu. Kejap takde mata sebelah, kejap nampak pipi separuh. Hiiii, ngeri pulak aku nengok nye. Lepas tu kan, aku memang letak sikit-sikit je pun pict kat sini ceh banyak camnih pun still panggil sikit ke hathoiii? Nak tengok lagik, sila tengok kat pesbuk aku lah ye. Bukan ape, aku sayang kan korangs. Tanak la tengok korangs kena sawan tarik ke hape kalau di biarkan tengok sumer pict aku yang beriban tu. Mulia sungguh hati aku kan? Muahahah!

07 July 2011

30 Weeks Maternity Shoot


Alhamdulillah, dah pun 30 weeks pegnem. Still lagi sihat dah cerdas kot. Ahahaha. Evendo pewot adalah tak berapa nak bumps sangat, tapi feeling m2b yang bambam tu harus lah ade kans, hikhik. Semalam ada buat outdoor sket. Eceli shoot ni supposed to be official shoot sebab asben plan nak anto pict untuk contest kot tapi biasalah, bila gambografer adelah asben sendirik, make pict gedikness itu lebih banyak dari yang ber-pekerti kot. Kehkehkeh! Tapi tanak upload la pict yang gediks tu kat sini. Yang tu syumer nanti letak dalam pesbuk je la banyak-banyak. Sebab picta semua ber-saiz gajah, tapi sebab aku dah super esaited sangat nak upload, dan dan je edit sendirik buruk lak tu hasilnye. Rakus tak menyempat-nyempat. So korangs kalo rajin, sile kelik pict untuk enlarge ye. Pict sumer half-half je nampak kan. Malas nak resize dan edit balik. Tunggu nanti asben la buat kan yang lain.





edited by gambographer





eh eh. ter-upload jugop pict gediks!


yang ni pun edited by my gambografer
Dan ter-paling syuker pict nih! 
Tengs mucuk!

nota kaki: sengaja aku letak sikit je pun pict. Sian kat korangs berat nak load page nanti. lepas tu takot muntah siap. Haha. Sekian.

03 July 2011

Papa. Mama. Barang Baby.

Ohemji! Penat teramat nye semalam lepas sehari suntuk laki bini pusing kuor masuk kedai sopim barang baby. Last minit tak last minit sebab plan asal kitorang awal-awal tak menjadik, so baru semalam dapat keluar dan cari sumer barang baby neh. Syukur alhamdulillah settle. Taip enti nih semalam sebenarnya lepas dah nak terlena pun tapi tuptup perot buat hal. Haih, since dah masuk 7 bulan ++ neh, tiap kali perot buat hal memang sah-sah panik kejap aku jadiknye. Kepala ligat pikir, nak ke toilet ke ape sebenarnye nih. Bila hujung hujung tu dah rasa memulas sangat okeh fine, memang harus ke toilet la kot. Kihkihkih. So semalam dah dapat carik atleast 90% jugak lah barang baby. Gadjet-gadjet baby tu syumer, papa cakap will buy it sooner, sebab dalam tempoh pantang nih, macham tak perlu je lagi pun baby carrier, baby stroller, car seat tu syumer kan? Beli mane yang penting dah terdekat je dulu. Dalam banyak-banyak item yang beli, paling geram tengok mitten dan booties babies ni. Ya ampun comel tak hingat kan? Pastu sampai lupa terus nak beli stokin untuk diri sendiri untuk pakai time pantang nanti. Mama pinjam booties baby la ek? Huhuhu.



 Dan kemunculan buat julung-julung kali nya aku kat khalayak selepas seminggu bertapa kat dalam rumah. Muke berbintit tak bintit tak kisahlah. Janji dapat beli dan prepare barang baby cepat-cepat. Kan baby mama? 


Mee Mamak. Nyummeh!
Since masuk 3rd trimister nih, selera terhadap nasik dah hilang terus. Tak memasal pulak mee yang pernah di benci suatu ketika dulu dah jadik peberet menu plak. Tuhla tanda nya dunia nih berputar. 
Eh, ade kaitan ke?



En. papa yang sibuk meng-susun barang baby dalam bonet. Kesian, sape suruh bawak kete kecik mama je datang sopim?



29 minggu 4 hari pegnem. 
macham ni la... huhuhu.

Btw aku tengah pikir nak beli set berpantang mane yang best dan bagus. Lagik bagus kalo dapat hilangkan lelemak yang menempel time pegnem ni jauh-jauh. haha, Kan? Jeans aku dah melambai-lambai sudaa. Paling high rekemen, ramai cadangkan Nona Roguy. Tapi ada gak cakap yang Mustika Ratu pun best ek? Any idea? Cadangan pelis.....

02 July 2011

Bila Takde Keje.

Yelah, dah kata pun dapat MC seminggu kan, memang la tak keje. Tadi main-main kamera mebi sebab nak main yang lain tak boleh konon sebabb nak cek kenapa lah batery asik-asik exhausted manjang. Agaknye kamera pun tahu letih sebab dapat tuan yang memang totally guna sehabis-habisnye kamera nih kan. Snap itu snap ini sampai ratus puloh kali. Mane la hamba Allah tu tak jammed. Haih. Macham tadi jugak sambil-sambil godek kamera konon nye, sambil-sambil self captured. Tapi puas hati lah kan sebab hajat nak bagi korangs tengok muke sembam aku nih tercapai. Takdelah orang nak meng-keji aku asik tayang pict bajet cun je sokmo. Sekarang cuba keji gambar khas aku ni pulak. Sanggup?


Oh btw jugak buat kakak bunga kesayangan, tak sangka kita ade chemistry walaupun jauh giler camnih kan. Dan kepada kak Su kesayangan pula, anda bila lagi? Selalunye anda jeles. Thehehehe *terus gelak syaitonnnnn!



sile kelik untuk enlarge
Sekian.

01 July 2011

Rindu.

Well, entry nih mungkin berbentuk luahan ke ape aku tak tahu nak klasifikasikan. Tapi more to luahan kot. Takpe ke? Bace je lah kan. Hurm, lagi sebulan++ camtu la kot aku dan asben akan sambut orang baru dalam family. Opkos esaited yang amat kan? But tanak cakap pasal my baby ni lagi, tapi nak cakap pasal rindu giler dengan life laki bini. Hurm, since alahan teruk dulu memang aku dan asben dah totally stay kat rumah my parents je pun. A million tengs to ma and family sebab beriye-iye nak jaga aku time alahan teruk aritu. Dorang kesian kan asben aku yang tak terurus makan pakai since aku terjelepok je alahan till 5 month pegnen kalo tak silap. Lame kan? So sekarang dah hampir masuk bulan ke 8 pegnen aku rindu giler life duk rumah sendirik. Rindu nak uruskan asben dan masakkan untuk dia. Pheww. Momen yang ter-paling aku suke bila asben tengok aku bizi prepare lunch ke dinner ke, dia pun otomatik akan super duper same bizi masuk campur. Kejap-kejap dia akan masuk dapur. Kejap godek ikan dalam kuali, kejap tumbuk ape-ape yang aku tengah nak tumbuk kat dalam lesung, kejap bukak tutup peti mengalahkan dia yang nak masak. Walaupun interupt giler tapi aku suke dan rinduuuuuuuuu sangat syumer tu. Time weken atau malam, bila aku kemas rumah atau lipat baju, asben datang bersila sama-sama lipat baju and kadang-kadang lagi laju dia lipat daripada aku. But aku syuker syuker syuker sangat. Sekarang, memang ma dan asben dah tak berapa nak bagi aku balik stay kat rumah tu lagi. Dorang risau takut-takut aku sakit nak bersalin time asben keluar kerja ke ape, so better aku ade depan mata dorang je senang. Yeah, part tu memang aku tak berani nak cakap ape. Tanak la bangkang sebab dorang pikir untuk kebaikan aku jugak kan. Senang nak monitor aku dan takde la asben cuak sangat nak keluar tinggalkan aku sorang diri kat rumah malam-malam. Tapi, alahai, aku rindu yang amat nak balik rumah sewa at least sebelum Ramadhan sebab sah-sah Ramadhan aku dah kena stay dan prepare untuk bersalin kat rumah my parents. Rindu nak masak untuk asben. Plus, ni je lah lagi peluangyang tinggal untuk aku lepak berdua ngan asben sebelum nanti ada baby sendirik. Kan....




See, entri ni nampak macham takde motif. Tapi tuhla yang bermain jauh di sudut ati aku sekarang. Rindu....

Aku Panggil Ini Leopard Girl. Sesuai kan?


Gambar nih memang dah di 'large' kan siap-siap. Sila enlarge lagik kalau tak puas hati nak telek dan belek. Khas untuk tatapan korangs. Well, 7 hari dilanda cikenpox, ini lah hasilnye. Awesome bukan? haha. Still jugak syukur Alhamdulillah sebab bintit tak naik banyak sangat kat muka. Ade port lagi best untuk diserang kata dorang. Tu kat centre point tu - dahi+hidung+dagu, nanti lepas sapu foundation setebal kulit perot, Insyallah mampu diselindungi la kot. No worries kan Yna? Kat tepi-tepi anak rambut pun ade melata jugak lah tumbuh bintit nih tapi nanti dah sauk tudung, konpem ter-kaver baek punye. Kira takde masalah nak berdepan dengan masyarakat pun kalau muka camnih, banyak sangat kekdah penyelesaian nye. Nak  lagi ala-ala seleb omputis, kaver je dengan shades saiz paris Hilton tu. Kasik nampak mulut je ngam-ngam nanti. Kan? Yang timbul masalahnye nanti, camane nak berdepan dengan somi sendirik. Muka depan somi suci tanpa secalit kimia pun kan? Pejam dan bukak mata, memang dia lah orang pertama yang akan urut dada ke semput ke tanjat Boboy ke hape tengok muka bini. Somi memang la cakap takpe, tak kesah, redha, dan segalanya la ayat penyedap ati tu. Tapi malam-malam kalo somi tido mengereng hadap vontot je kat muka kita, ape tanda nye tu? Tanak mimpi ngeri kot malam-malam kalau hadap muka kite. haha. Takpe cuk, sebelum cuk berpaling tadah bagi vontot lepas ni, ayang bekerja keras hilangkan parut ni semua. Mungkin akan ke New York Skin Solution? Wahahaha!


Btw muke kat atas tu bukan semata-mata angkara 7 hari ber-cikenpox, TETAPI angkara 7 hari jugak tak menggunakan sebarang facial foam, scrub, krim muka dan segala yang lain selain daripada ubat bintit yang asben gigih asah kan malam-malam dan sapu kat muka aku. Ramai yang pesan jangan guna sebarang produk muka tu selagi cikenpox menyerang. Takut tindakbalas dia makin teruk oh! So, muka aku tanpa segala bendalah tu memang membuahkan hasil kulit kusam+bintit hitam+minyak+dan segala lagi lah. Malas nak cerita panjang. 


notakaki: pelik-pelik korangs ni kan. Boleh plak request aku tayang muke semasa ciken pox. Harap berpuas hati la dengan gambar diatas hendaknya. Hehe.