Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

18 May 2011

Mari-Lah Kita Belajar Peribahasa Ini

Salam korang,

Macham lama je tak hupdate belog. Ade yang rindu tak? *hukhuk.
Sebenarnya kan, tetiba jer rajin nak hupdate arini pasal rasa nak share satu benda kat korang. Pernah dengar tak pepatah Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran? Tapi yang aku nak cerita takde pulak barang yang di kendong dan dikejar, tapi situasi nye tak lari jauh la, iaitu yang DI POS.... 

Bebaru ni aku ade lah ter-sopim online beberapa bijik barang mekap untuk topup mekap aku yang dah nak meng-abis tu. Maklum lah musim-musim mengawan cenggini, stok mekap takle putus. Merana aku nak buat kerja nanti. Dahla kastemer sekarang dah pandai request  mekap nak yang macham-macham okeh. Nak mata kalerfull la, nak pipi cam injek botox la, nak mekap efek 3D la. haha, gembira aku mendengar nya. So dengan ekonomi ter-semput-semput di tengah bulan ni, aku terpaksa la order online je dulu. Nak naik KL dan sopim Mac? Yang tu kena tunggu abis musim mengawan. Bawak duit seguni terus. Kehkehkeh.

Berbalik kepada cerita tadi, lepas je order dan bank in duit kat owner belogshop tu, aku pun tak sabo-sabo nak tunggu barang tu sampai rumah. Lepas dua hari tunggu, barang tak sampai-sampai lagi. Aik? Kepala aku time tu memang asik teringat-ingat je kat barang-barang yang aku order tu. Selalunye aku relaks je pun, takde pun mengada-ngada nak esaited sangat tunggu parcel nih. Tibe-tibe je aku kan? So hari ketiga, time tengah kerja, kepala still teringat kat barang-barang aku tu. So aku call rumah, tanya ade tak barang aku sampai dan ma aku jawab ade. Yes. Suke okeh. Time aku kirim Mac kat si Amy aritu takde lak aku esaited lelebih camnih. Ngehehehe.

Abis je kerje, masuk kereta, terus aku bitahu kat asben tak sabo nak balik rumah tengok barang yang sampai. Ter-sengih-sengih la aku sekor sekor kat dalam kereta. Haha. Sampai rumah, ape lagi, terus la aku bukak plastik barang tu. Punyerlah susah nak kopek plastik Pos Laju tu ya rabbi, macham nak bakor je terus. Dahla orang tengah esaited, plastik lak liat cam mamfos. Tapi gigih jugak dengan asben, sama-sama bukak baju plastik tu. Jeng-jeng!!! *efek saspen sketttt!!!!




Tu dia salah satu mekap yang aku order!
Sape-sape yang pernah guna produk MR nih mesti tahu betapa best nye bau Mekap MR nih. Termoncong-moncong hidung aku cium bau wangi time bukak plastik Pos tu. Hihi.


Dan bila bukak isi dalam.
eh?



eh eh?



tengok dekat sikit. nak nampak lagik, kelik gambo bagi besow punyer.

Maka bermula lah drama air mata gumbira ke-vavisan aku sebaik sahaja menatap mekap aku yang pecah berderai tu. Airmata aku time tu laju je turun cam waterfall sampai asben kena tepuk pengakap eh tepuk-tepuk bahu aku dan pujuk aku yang dah macham orang kena sampuk hantu kak limah pun ade gaya sedihnya. Ini jugak kali ketiga Pos Malaysia dah buat taik kat bebarang aku. Cerita selanjutnya? Aku malas nak setori lelebih. Nanti tak memasal lak naik mahkamah kes aku ni. Bukan ke ade lagi kes penting yang nak guna court kate? Blerghhhh!!!!


Dan, inilah yang dikata, Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran, Yang Di Pos Pecah Ber-derai deraiannnnn. Sobssssss....!!!!

4 comments:

  1. Ouchhhhhhhh!!!!

    Tapi boleh pakai lagi kot sisa2 dia?meh meh bagi akak meh! ;p

    ReplyDelete
  2. CPB: mahal tu....sisa pun kena simpan jugak okeh. sobs!!!

    amy: sadissssss sesangat.... rasa nak bunuh orang pun ade tengok hasil pos tu! benci!

    ReplyDelete
  3. org yg jual tu ada balut pallet tu dgn span tebal2? saya selalu shopping on9,selalunya depa balut tebal2 dgn span supaya tak pecah sbb paham2 lah kan pos malaysia nih..

    ReplyDelete