Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 July 2010

Sindrom Selepas Kawen. Ade Ek?

Kenapa bila kawen i dah macham rajin nak pikir menu hape nak masak setiap hari,
padahal dulu masa single, orang dah tolong bagi menu,dah tolong siang bahan-bahan,
tinggal i tolong masak-kan je,
itupun kemain liat. hikhik.


kenapa bila dah kawen i macham senang je sikit nak bangun pagi-pagi,
padahal dulu masa single dah kunci alarm bapak punye loud ringing, plus loudspeaker suara ma lagi, bunyi pintu bilik kena tendang lagi,
tapi i tetap jugak tak bangun-bangun. ish ish ish.


kenapa bila kawen i dah selalu senang nak tido awal malam-malam, (oit! jgn pikir itu ye)
lepas je isyak@makan malam terus ber-tukar mata Garfield,
padahal dulu masa single, sejak dari zaman high school lagi,
mata i takkan pejam selagi tak masuk sepertiga malam (aiseh ayat tanak kalah ko)


kenapa bila kawen i boleh je balik rumah terus lepas opis hour,
takde nak melencong kemana-mana window shopping la sangat ke hape,
padahal dulu selagi ma tak call tanya "tak hingat jalan balik ke ape ni?"
selagi tu i takkan balik rumah. kihkihkih.


kenapa bila kawen gusi i selalu sangat ber-darah, (oit! yang ni pun jgn pikir itu ye)
banyak-banyak pulak tu, macham darah cabut gigi banyak nya,
padahal dulu pun dah berdarah jugak tapi takde lah sebanyak sekarang,
(eh eh.yang ni ada kena mengena ngan kawen jugak ke eh?)


kenapa bila kawen, muka i dah tak se-ok macham dulu,
jerawat tak reti-reti nak berambus,
padahal i dah tabur racun tikus, racun rumpai cap Round-up lagi,
tapi tatap jugak 'mereka' ber-tenggek ranum kat situ. syilakak betul.


kenapa bila kawen, badan i men-kembang macham dah 2x ganda dari saiz asal afdlin syauki,
dagu pun dah mula beranak pinak sampai orang tengok dah tak tau mana satu dagu asal mana satu dagus klon (tambah 's' sebab plural)
padahal dulu masa single, malam-malam i macham tikus mondok tiap-tiap malam i selongkar carik megi,carik cokelat, carik cikedis bagai, konon teman perut i ber-tenet malam-malam,
dahla melantak nasik itu PASTI. sehari pun i tak miss.
maklumlah perut kampung katakan,
tapi takde pun mengalami masalah overweigh camnih.
sekarang nak snap pict pun dah malas. nampak macham adubah noor je dalam kamera.
isk!




Apepun, jangan pulak yang dah nak kawen tuh takut nak kawen. Tak semua yang dah kawen mengalami sindrom Tak OK i nih. Dan tak semua jugak dapat sindrom OK tu (^,-) Semua tu depends on diri dan fate memasing. Bak kata orang, untung badak tenggelam, untung tong dram timbul. macham tu la ye.




* kalau lepas ni ber-tambah lagi, i akan update.


nota kaki: sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari diri i yang hena ini sendirik. (ecececes ayat tanak kena claim tak tahu ber-syukur. ngee)

28 July 2010

Sekarang Dah 2 Bulan

Hari ni dah pun 2 bulan bergelar isteri@puan. Kadang-kadang tersasul nak letak cik lagi kat pangkal nama. Time nak isi borang pun laju je pergi tick kat ruangan single. eh eh eh.sungguh takde ke-sedaran diri nya ko si puan ynadona ni.

Tapi, bila balik je rumah terus i consider diri ini dah kawen. Sebab sekarang dah tinggal asing-asing - jauh daripada family dowh. sobsob. Dan segala kerja buat suri rumah yang kalau dulu i tengok ma buat tapi-i-takde-pulak-nak-tolong-selain-tolong-tengok tapi sekarang semua kerja tu - i la yang buat. Tapi bukan i buat sepenuhnya pun. Sebab i ada beliau yang suka tolong i. Bila i sibuk gosok baju kerja - beliau tolong masukkan pakaian kotor ke w/machine pastu mesin sekali daa. Bila i kat dapur masak - beliau tolong lipatkan kain. Bila i cuci pinggan - beliau tolong jemurkan baju kat ampaian. Dahla baju-baju kecik suor-suor katok semua comel je beliau susun kat hanger. Kalau I buat pun maybe tak se-particular itu okeh.

Pagi-pagi i bangun dulu yang nih memang i menang okeh pastu kejutkan beliau. Beliau yang akan bukak kan pintu, bukak kan pagar, panas kan enjin kereta i sementara i ber-mekap lama-lama ber-siap. Kemaskan katil kami (^,-) Pastu buangkan sampah lagi. Kadang-kadang beliau hantarkan i pergi kerja bila perangai mengada-ngada tanak naik kereta buruk yang selalu ke-abesan minyak tu datang. Tapi lepas tu kena datang balik tolong hantarkan henfon buruk i yang selalu je ter-tinggal kat mana-mana. Maklumla henpon buruk. Selalu je hilang dari pandangan. Eh eh ter-lari topik. Isk! - Semua tu beliau buat tanpa i paksa-paksa. Walaupun kadang-kadang ada la jugak i asyik ter-mintak tolong itu, mintak tolong ini, tapi yang pasti beliau memang tak pernah nak mengeluh. Macham takde urat mengeluh je kot. Magik kan? Dan kalau di-ikutkan senarai kerja kat atas tu, rasanya macham i je yang kena bayarkan wang hantaran kat beliau. Kalau nak bayar pun teragak-agak jugak la kot sebab i takut tak cukup nak balas dan bayar dengan segala wang yang i ada. nampak sangat i misekin di-sini. huhu.

Walaupun uolls cebik-cebik bibir nak cakap yang usia 2 bulan tu still lagi honeymoon mode, time ni kentut sembelit pun bau CK lagi, tapi i anggap this is beginning for our long love journeys. Setiap yang baik tu kan haruslah di mulakan dengan permulaan yang baik-baik. Insyallah, i harapkan setiap hari yang mendatang akan jadi hari yang makin baik daripada hari-hari semalam. Think +ve bebeyh!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dan sempena ulang bulan yang ke-dua kami ni jugak la, i sanggup maafkan beliau sekali lagi kalau-kalau kali ni dia lupa lagi sekali nak mintak sambal lada kuew teow sup yang i pesan untuk bukak pose petang nanti. Yang tu tengok malam ni lah kita settle camne. Agagaga!

nota kaki: walaupun i tahu ada yang loya-loya poisoning bace entry ni, yang tu lantak ko lah. yang pasti entry i nih ikhlas - dedicate kan khas untuk mucuk. Bukan entry kipas kipas punya. Percayalah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
minggu depan mucuk gaji kan? Hikhikhik!

13 July 2010

My Beautiful Wedding Part 3 - Majlis Sambut Menantu












Gambar di atas adalah segar dari ladang. En. mucuk pun belum sempat tengok lagik tapi i dah gatal-gatal gusi nak upload. Dah la i yang kena edit belum pun siap edit sepenuhnya. Kalau gambar nih nampak jelik, salahkan lah beliau. Sape suruh dia macham nak tanak edit je kan? Agaggaga!

12 July 2010

Kadang-kadang Janji Macham Ni

Malam ni akan ada update belog lagi.





Ye. Malam ni.






Itupun kalau *keadaan mengizinkan la.

Jangan hampa kalau tiada. Sebab kali ni i tak janji dengan apa yang i janji. Ok?

nota kaki: mode pindah rumah. pindah rumah. pindah rumah.
*shopping barang-barang rumah

08 July 2010

.dah tak sempat pikir tajuk.

Korang!!!!

Niat tadi memang la nak belog. Sebab tu tadi i lah orang yang paling tak sabar-sabar nak tunggu lunch hour. Semangat nak mem-belog tu tiba-tiba datang. Macham orang naik hantu. Meroyan-royan kata orang. Tapi itu tadi la. Sebelum i nampak karpet kartun yang empuk. *okeh sekarang boleh jotos kepala i secara ber-pasukan ye.

Dah lah. Takleh belog panjang-panjang hari nih. Nanti uolls cakap i suka beri kuliah di-hari khamis malam jemahat pulak. Padahal malam jemahat banyak benda lain lagi yang boleh di buat. sembahyanghajat+bacayassin+sembahyangsunatberjemaah dan pelbagai aktiviti ber-pasukan dan ber-jemaah. Bukan nak baca belog i je. kan? kan? kan?


*caption adalah seperti di-bawah.

nota kaki: tak pun search video arieldancuttari. orang cakap best. sape-sape ada? miahahaha (sorok tanduk pelan-pelan)

07 July 2010

Nyawa Di-Hujung Misai

Hari-hari pun i wajib jengah belog. Baca+terjah balik belog yang singgah kat sini. Tapi maaf lah. I tak sempat nak reply semua komen uolls kat chatbox. Bukan sengaja pun. 24 jam sehari yang Tuhan bagi nih dah macham singkat sangat je sekarang. Kejap-kejap dah malam. Kejap-kejap je dah malam. Isk!

sekurang-kurangnya ada la jugak gambar nak di-upload.

nota kaki: belog nih ibarat - hidup segan, mati tak mahu. belom cukup amal la katakan. Huhu.