Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 December 2010

Setiap Tahun Pun Akan Jatuh Misekin Kalau Macham Nih Gaye-nye Kan?



Tau kan, aritu aku pergi KL sebab dah tiba masa nya sessi peng-habisan stok YES tapi ini bukan yes yang dalam iklan tv yang annoying nak mati tu. ala iklan yang pompuan eii mencapap nye muka dia penuh satu skrin tv - yang tengah nanges tup tup sengeh . eh merapek ke?  Okeh sambung balik. Juga menghabis-miskin kan juga duit dalam akaun yang telah di kumpul selama setahun okey you setahun bukan sebulan atau seminggu kumpul. Haihh, bila lah nak kaya nih. Kumpul setahun kemudian habiskan dalam masa sehari. Betollah kata kakak bunga ku ini. Bila lah nak kaya kalau duit dah la ada setempek je kemudian di-habiskan sehingga men-tinggalkan serdak semata-mata. Mode: mari tadah tempurung tepi jejantas.


Alang-alang dua alam dah sampai KL, terus mintak tunjuk ajar Kak Su untuk men-tunjuk arah tempat makan yang superb best sebab Kak Su memang stok otai makan kat KL sebut je tajuk makan-makanan nih Kak Su terus bagi nama kedai siap coordinate bagai tunggu nak garmin je carik. Tapi sempat pergi Wong Solo je Kak Su, yang lain-lain dah tak sempat nak pergi sebab kapla hotak dah nampak sale sale sale dalam pinggang mangkuk terus tak jumpa kedai makan lain dah. Mongok kan kita kaksu? hehe. Dahlah tak sempat jumpa Kak Su walhal kita nampak je Kak Su tengah lengang-lengang jenjalan nak masuk panggung sedangkan kita masa tu melambai-lambai dalam kereta yang jammed tepi pavi sebab semua teruja tengok couple comolot tepi jalan. Kak Su nampak tak kita Kak Su? ke Kak Su pun nampak kaple tu je?


ayam penyet Wong Solo hasil tunjuk jalan oleh Kak Su

Lepas dah penuh tembolok somi dan istri, mintak bantuan Tya lak untuk men-tunjuk arah tempat paling heaven untuk meng-habiskan kesemua wang simpanan dan ASB yang di-draw tanpa sempat pungut dividen akhir tahun. Tya memang best sebab tau kat mane tempat yang boleh beli macham-macham benda dengan harga rm100 sajork katanya. Tapi sebab kan banyak sangat sale depan mata, mata tiba-tiba terpusing jauh dari paksinya. Sedar-sedar asben pekik - Times Out. Tak sempat beli ape-ape pun. Ter-paksa gerak ke Low Yatt pula untuk sessi hunting new gajet asben walhal bila dah ade depan mata tiba-tiba dia cakap datang nak tengok je tanak beli lagik. Pulak! Haiihh, rugi masa shopping kita tau!


hye si pokok rendang!

 apesal muka bengis macham nak bunuh orang je nih.

hye suami. boleh berkenalan?


Sg.Wang dah, BB plaza dah, Lot 10 dah, Sogo dah, The Mall dah, Times Square dah, lepastu  baru sibuk nak ingat kat punca rezeki bila tengok duit dah tinggal  hujung-hujung dasar wallet. Tsk. Terus pecut ke Sunway Pyramid sebab dah janji dengan Amy mau shopping Mac sama-sama. Amy si peng-terer mekap dah tunggu sejak pukul 6 kat sane tapi biasalah waktu tu petang Jumaat kot semua pun peng-sibuk berebut atas jalan siap-siap nak pi club kata si Amy. Eh awal benor eh pergi club, pukul enam dah keluar. Bukan joget-joget start pukul 10 ke? kehkehkeh jahilnya aku. Jumpa Amy dah pukul 8.30 camtu la kot. Lepas dah habiskan saki baki duit di Mac, merempit dengan si Amy carik ketam tapi last-last redha sebab dua-dua dah lost jalan ke kedai ketam, maka malam tu isi tembolok dengan seafood-seafood selaiin ketam. Amy gigih dapat ikan masak setim terus setim tak pandang lauk lain. Dahla dari dungun sampai Kl aku carik ketam, tak dapat-dapat. Ketam sekarang kemain sombong dengan aku yerk. Carik asik tak dapat je. Jage la ko dan keturunan ko nanti. Grrr!!!!


Nasib baik jumpa ketam nih kat tanjung lumpur, Kuantan. Hye ketam. long time no see ya!


Dan yang ter-paling cinabeng sekali bila cermin kereta asben kena pecah masa kitorang singgah makan megi goreng pukul 3 pagi dan terus di-larikan speed lite dan lense kamera asben. Itupun kebetulan body dslr asben dah di-hantar servis kat Times Square dan laptop 2,2 ekor dah transit ke bilik hotel siap-siap. Kalau tak, semua kena tibai sekali time tu kot. Kesian asben, dah lah misken meng-sara aku kat KL, tiba-tiba harta kesayangan dia kena copek lak. Takpe suami, istri dan kengkawan belog doakan si pencopet tu mati tersembam atas tar pecah muka otak berderai putus telinga cepat-cepat. Itu baru sikit je doa tu. Kan?


Itu je lah kot. Tiba-tiba mata setim - nak tido kot. Aku memang masalah betol lah nak buat penutup karangan. Itupun nasib baik BM SPM aku dapat A1. BM je la kot. haha.




nota kaki: tengs semua yang sudi jadik garmin kita masa kat KL aritu *tetiba mode sopan gantikan 'aku' ngan 'kita' lak. Lepas nih kalau nak gi penang,PD,melaka, sabah,sarawak, ade sape-sape nak guide kan kita lagi tak?

5 comments:

  1. Sibet kan YES ni! langsap duit hakuuuu!

    ReplyDelete
  2. sibet kan cik puan bunga, datang Kl tak bgtau I. haha

    korang kumpul duet lg, nanti meh dtg deting ngan kaksu kt kl ok ok? kite makan tmpt sedap22222..

    ReplyDelete
  3. mode menghabiskan duit ye? hehe

    ReplyDelete
  4. ha,boi best ler dok shopping sakan hehehe

    ReplyDelete
  5. kakak bunga:sib baik year end tu terjadik sekali je setiap tahun kan.kalo x,hari2 boleh misekin camnih.

    kaksu:kaksu nak belanja?berehhhhhhh!!!!

    zoey:hahaha.aktiviti tahunan la katekan.

    c.nur: keh2..sket2 sajork.

    ReplyDelete