Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 November 2010

JOM PAKAT JOIN KELAS MEKAP!!!



Sebelom apa-apa cerita, meh aku nak update tentang kelas mekap nih. Kata suke main conteng-conteng muka kan? Sape-sape yang ber-minat, boleh sms aku okeh! Chill..!!!

25 November 2010

Lagi Pasal Mekap

Belog aku dah macham Astro. Bosan tengok. Aku plan nak buat contest face make-over. Hadiah-nye, mestilah bebarang mekap jugak kan. Takkan contest face make over, tetiba aku bagi hadiah kasut ke setokin ke. Tak pasal-pasal nanti orang simbah darah ayam ke belog aku nih. Ngeri aku okeh. Eh. Kalau aku buat, ada yang nak join ke?

24 November 2010

Teringin.

Belog dah semakin tak best. Kalau belog ni opis, dah lama rasa mahu gulung tikar dan kasi bungkus ini belog.


Dan korang jugak. 
























Sila letak jawatan daripada terus membaca belog nih. Cari kerja lain. Eh belog lain.




nota kaki: dah banyak delete entry sendirik. Betol-betol petanda mahu gulung tikar kah?

21 November 2010

Carta Paling Rendu. Oh!

Rindu itu kan macham cantik jugak. Subjektif. Dan macham sekarang, aku rindu banyak benda - bukan pada banyak orang. Eh ramai orang. 


- Makanan yang sedap-sedap : crab masak masam manis, creamy carbonara, double cheese burger, daging korban bakar cecah air asam, dan segala lauk pauk ber-lemak tepu pedas hot tu semua aku cravin'! erghhh!!!!


- Kastemer mekap : rindu nak mekap muka orang ramai-ramai - dah sampai tahap gian gigil-gigil kancing gigi gian aku nih! cuak sebab ter-paksa lepas pergi kastemer masa dalam pantang nih. duit pun pergi sekali. isk. giget peha asben kang!


- Dapur : Bukan rindu nak tido di-dapur ke hape. Tapi aku rindu nak ber-khidmat untuk asben di-dapur. Nak tambah lemak-lemak nye yang dah kurang. Takkan aku je yang nak ber-lemak kot.


- Kekotaks mekap aku : Pesal kekotaks? Sebab ada lima mekap box kat rumah aku dan aku dah mula rindu nak selenggara kekotak itu sambil main-main ngan mekap tu sume. Mesti dorang pun dah rindu aku. Dah seminggu lebih aku tak jumpa dorang. *sobsob.


- Eyelashes : Kerja aku dalam seminggu mesti nak punggah kotak yang aku simpan koleksi bulu-bulu mata pelesu tuh, susun-susun pastu sengih-sengih sorang diri. Asben tengok terus  geleng-geleng kepala. Dalam ati menyesal kot buat bini. Kihkihkih. 


- Angin luar rumah : Aku dah start rasa bau aku hapak+bacim dan tengik *tapi bukan aku cakap aku tak mandi sebab ter-lampau ter-perap ber-lama lama-an sangat kat dalam rumah ni. Paling koman kalau boleh ikut asben jalan-jalan-ronda-ronda-dalam-kereta-tepi-pantai-tengok-ombak pun dah kira cukup ber-syukur aku pada Ilahi. Tapi apekan daya, itu pun di-larang 
keras!


- Self-make-over: Yang nih lagi lah maha super duper aku rindu! Aku rindu sangat nak calit mekap mampan mampan walaupun hasel nanti tak chantek mane+pipi nak pinkish-pinkish kasi efek muka cukup darah mengalir+bibir yang nampak je macham pucat pasal nude kaler lipstik tapi takpe janji bukan pucat azali+ dan yang penting stok eyeliner pensil dah melambai-lambai mintak di-abiskan.  Baju yang konon-konon akan ketat sebab pegnen aritu dah mula panggil me-mintak aku pakai balik. Dan, aku rindu jugak nak camwhoring mati-matian - tanpa alasan. ahaha!


- Solat: yang ni aku letak bawah sekali bukan sebab berada di-level paling last aku rindu, tapi tanak anon anon yang start bace entry ni cebik-cebik dan juih-juih mulut kat belog aku. Aku dah rindu nak kembali tunaikan kewajipan aku sebagai hamba-Nya. Insyallah, dah tak lama lagi.


Rasanya dah cukup apa yang aku rindu. Tanak tamak sebab bila tamak nanti rugi. Lain-lain akan aku suarakan sendiri pada encik asben. 
banyak yang aku rindu ada dalam gambar nih.



nota kaki: aku tak rindu nak ber-tenet sebab tenet doploh pat jam depan aku. sume kat rumah mengalah demi aku.

20 November 2010

Dalam Kenangan Aku

Ramai yang ter-kejut dan ter-tanya bila bace 2 previous entry aku. Tak sempat lagi aku nak cerita tentang ini, Allah dah bagi aku cerita ini. Kesian bila aku timbulkan tanda tanya kepada kawan-kawan belog yang lain. Baiklah. Sekarang aku ber-cerita. 


4 Nov, Khamis.
Aku rasa kondisi badan aku lain macham. Bila mengadu, ramai syak aku pregnen. Dah 5 kali aku buat UPT sebelum tu, resultnya negatif. Sebab dah terlalu immune dapat result yang negatif, aku tak letak high expected untuk result kali ke 6 nih. But it was supprised bile aku nampak ada 2 line keluar kat UPT kit aku. Gulppp! Tanak bagitahu asben. Pregnen ke tak nih? Seperais!!!


6 Nov, Sabtu.
Terpaksa jugak citer kat asben, dan asben terus bawak pergi klinik untuk re-confirm kan result. Thank God. Allah dah makbul kan our hope. Doctor cakap aku pregnen 5 minggu base on my last period. Kecik je lagi kan? So aku ngan asben plan nak jumpa doctor keluarga next week (13 Nov) untuk scan/ultrasound my baby. Nak tahu exact week my baby, nak tahu my due date dan need some advise for first time pregnancy ni. Huuu, esaited sesangat kami somi istri. Since tahu, hari-hari aku ngan hubby dah start cakap-cakap ngan my baby. Pagi-pagi drive pergi kerja, tangan aku mesti letak kat tummy and say 'Gud Monim anak mama. jom ikut mama pergi kerja sayang'. Hati ber-bunga-bunga sangat nak jadi mama nih.


And asben pun macham tu. Tak pernah miss cakap-cakap ngan baby. Kalau dulu doa kami selepas solat, mintak di-kurniakan zuriat yang soleh dan solehah, tapi since dah tahu pregnen, asben dan aku always doa agar our baby nih sihat sempurna. Insyallah. Our hope. Anak mama dan papa akan jadi anak yang soleh dan solehah. ^_^


11 Nov, Khamis.
Sebelum tido, tiba-tiba aku bleeding. Keluar banyak darah cair tapi without any pain. Aku ngan asben pun dah macham pelik. What happen with my baby? Ada yang tak kena ke? Asben call ma, call kawan aku, and tanya kenapa, tapi dorang cakap maybe itu pendarahan biasa. Normally happened di awal kehamilan. Tanak pikir macham-macham, aku ngan asben tido je. Sebelom tido, aku cakap kat asben,' sian baby kita, dia kecik je lagik nih'. Masa tu memang aku cuak if jadik apa-apa kat my baby. Naluri ibu rite?


12 Nov, Jumaat.
Bangun jek pagi, terus aku check katil. Lega bila tengok takde darah keluar masa aku tido. Masa aku masuk toilet, ada keluar darah sikit-sikit tapi aku sedapkan hati, maybe balance darah semalam je tu. Asben dah larang aku pergi kelas, risau jadik apa-apa, tapi aku still sedapkan hati asben. Plus aku pun tak rasa sakit apa-apa. Cakap kat asben, kesian kat student kalau aku cancel kelas tiba-tiba. Lepas siap-siap, asben hantar aku pergi kelas  - kemaman.


8.30 pagi.
aku dah start kelas dan masa tu jugak aku rasa weird+macham ada yang tak kena je. Break pukul 10 aku check kat toilet dan Homaigod, aku bleeding lagik dan kali ni ada banyak ketul-ketul keluar sekali. Terus call asben dan bawak aku pergi hospital. Perut aku dah start ber-denyut-denyut then aku admitted kat wad kecemasan. After cek dan scan semua, doc cakap my baby dah takde. Doc kena hantar aku ke HSNZ Kuala Terengganu untuk buat D&C. Ya Allah, masa tu aku dah meraung-raung. Sedih+hiba+rasa lost sangat-sangat. Macham mimpi ngeri  pun ada. Asben, ma dan mak mertua, kakak ipar tak putus-putus tenangkan aku. 


Sampai ke KT, admitted kat sane 3 hari untuk proses D&C semua. Dan baru aku tahu baby aku dah 8 minggu usia nya. Dah 2 bulan rupanya anak mama dan papa. Airmata aku dah kering masa tu. Lepas discharged, sampai ke hari ni, aku stay berpantang kat rumah ma. Kawan-kawan, famili, tak putus-putus datang melawat dan support aku. Dan kat pesbuk pun ucapan takziah dan support tak putus-putus masuk. Tengs semua. Now aku dah makin sihat. Dan my emosi dah back to normal. Dah mampu senyum. Life must go on. 


dear my baby,
Tengs sayang bagi mama dan papa cakap-cakap ngan baby even just seminggu je pun. Mama dan papa yang lambat tahu baby ada kat dalam tu. Perasaan bila tahu anak mama ada kat dalam tak boleh nak di-gambarkan dan di-luahkan. Hanya Allah yang tahu hati mama dan papa time tu. Syukur dan hepi sangat. Tapi sekarang mama dan papa redha dengan kehilangan ni. Allah dah atur-kan yang ter-baik untuk kita hamba-Nya. Redha dengan Qada' dan Qadar nya. Ada lah yang ter-baik tu di-janjikan oleh-Nya. Wallahualam.


sampai sekarang still lagik ada kesan airmata tu kat tudung aku. dah basuh pun still susah nak hilang. sama macham susah nya aku nak lupa semua ni. 


nota kaki: kehilangan mengajar kita erti menghargai yang ada.

19 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha Jugak.

Berpantang arang berkerat rotan ke tidak, aku tetap jugak nak ber-mood pagi raya. Hidup ber-kain  batik, ber-setokin tebal, ber-muka pucat, buat tubuh+jiwa dan semangat aku ber-tambah lemau dan lembik. Depress aku tengok muka sendirik pucat dah macham zombie kampung pisang. Atau aku mungkin aku versi yang elok sikit kot.






muka pucat zombie aku masih ber-sisa.


Pepagi raya lagik, aku melaram SAMA-JE-MACHAM-ORANG-SIHAT-LAIN-SAMBUT-PAGI-RAYA. thehehe. Ma dan asben mampu angguk-angguk geleng-geleng kepala jek tengok aku dah ber-tukar wajah. Pipi dah pinkish-pinkish lekat blusher, mata bengkak sepet mepet cap nyonya tua tu aku dah sapu eyeliner hitam, pekat. Sekali tengok memang dah macham sehat walafiat bebenor aku pagi tu. Ma suruh aku pakai setokin pun aku derhaka tanak pakai. Cakap kat ma tak kool la pakai baju raya mantap-mantap sekali kat kaki pakai setokin tebal. Ngehehehe. Tapi aku derhaka tak lama la. Petang aku dah tukar pakai uniform di perenggan pertama tu balik. Ber-gaya melaram sakan cemane sekali pun, aku tetap kena jalan kepit-kepit kemut-kemut macham anak dara zaman 60-an. Orang lain ke-sana kemari beraya dengan lembu korban, aku kat dalam rumah ter-kebil-kebil pandang jalan. Takleh nak ikut main lembu. Orang lain melantak macham soploh taun tak jumpa makanan, menu aku tetap tak ber-ganjak. Nasik putih+ikan panggang+tumis sawi. Punah mood nak raya lama lama. 


nota kaki: semua orang kecoh pasal  pilem 'pecah punggung' 2 alam. sape-sape nak beli tiket filem tu mesti takut punyer. takut kena gelak.

Kesinambungan Hidup

Salam, 


Sedang men-tunggu mentua datang ziarah. Lepas nih belog akan di-hupdate lagi.


nota kaki: aku rindu belog macham aku rindu dunia luar jugak. 

10 November 2010

Nak Mimpi Lama Lagi

Baru seminggu aku ber-hibernasi dari belog, macham-macham kejadian rupanya yang dah jadik kat diri aku. Macham-macham kejutan jugak yang aku terima. Alhamdulillah segala-nya masih yang baik-baik lagi. Yang penting, semua nya mem-bahagia kan aku - asben. Tunggu aku betol-betol ter-jaga daripada mimpi indah ni.




nota kaki: aku dah mula rindu kan belog . Dan tiba-tiba je aku rasa mendatar gile bahasa. ahah!