Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

16 October 2010

Tips: Cara Nak Men-jaga Alat Solek Korang

Aku kan, memang dah patah ati sangat-sangat dengan bokbem syilaka aku nih. Dah 3 hari aku tak boleh bukak langsung pesbuk aku yela yela ape lagik kan? Menyirap darah pahlawan melayu lama aku nih. Haih. Takpelah, oleh kerana tak dapat pesbuk, ter-paksa lah aku berbalik ke pangkal jalan la - berbelog. Heh.


Eh korang, macham dah lama je aku tak share tips mekap-mekap dengan korang nih kan. Ye aku tahu bukan salah korang pun. Aku nih yang malas nak buat tutorial bagai. Malas nak amik gambar satu-satu. Leceh okeh. Huhuhu. Tapi takpe, malam nih aku rajin-rajin sket nak taip tips penjagaan alat solek. Yelah, tak semestinya tau nak conteng-conteng muka je kan. Bab bab nak menjaga alat solek kena tau jugak weh. Penting tu! 


1. Lepas pakai eyeliner dan lipliner (pensil), sila tutup balik pensil celak korang tu sebab eyeliner dan lipliner yang terdedah nih memang cepat berkulat. Tak caya cuba korang biarkan lipliner ngan eyeliner korang terbiar camtu je. Lama kelamaan mesti akan nampak macham ada warna pelik-pelik muncul kat hujung pensil celak korang tu. Euuuuuwww!!!!


2. Buang alat-alat solek korang yang dah bertukar kaler. Kalau time ko beli dulu kaler nya adalah hijau tup-tup ko bukak semalam tengok kalernya dah jadik orem, aku nasehatkan lebih baik korang campak kan je jauh-jauh mekap korang tu. Kalau tak kerana dah expired atau ber-kulat, mungkin ada orang yang cuba nak sabotaj kaler mekap kot tu. Takut tak? Ngeh!


3. Korang ada tabiat macham aku tak? Beli mascara banyak-banyak lepas tu kumpol sebab suka tengok ada banyak-banyak mascara dalam box mekap walhal nak habiskan sebatang mascara dengan kadar penggunaan hari-hari pun paling kurang 3 bulan okey 3 bulan tu bukan 3 hari lepas tu kan mascara nih ada sifat jahat which is once ko bukak, tak lama lepas tu mascara ko cepat je kering. Bila dah kering+berktul ketul, ape lagik, campak kan aje ke dalam tong sampah. Dah tak selamat nak digunakan sebab takut nanti akan terdedah kepada infection kat mata korang lak. Membazir je aku nih. Syaiton syaiton!


4. Jangan guna bedak debu/loose powder/mineral powder yang dah ber-ketul-ketul. Nampak sangat dah tua gila bedak debu korang tu. Elok-elok je dulu namanya bedak debu sekarang dah sampai jadik bedak ketul. Haha tak lawak pun!


5. Yang ni kalau ikut buku-buku  yang aku pernah baca, dorang cakap jangan guna kan set berus terlalalu lama. Tukar baru. Tapi paham-paham je lah kan, set berus nih bukan murah-murah wooo! Kalau beli kat body shop tu sebatang tu je dah pun enam ploh hengget kan? Takkan senang-senang je nak tukar beli baru je manjang set berus tu. So tips aku, rajin-rajin kan lah diri tu cuci set berus korang. Cara nak cucinya senang sajork. Basuh dengan menggunakan detergent khas untuk berus atau paling tidak guna je syampu baby. Tapi aku nak nasehatkan jangan rendam berus terlalu lama sebab nanti bulunya akan terjejas dan batangya akan mudah pecah pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. Huhu.


6.  Kalau korang guna span untuk apply kan foundation, pastikan span tu tak diguna kan terlalu lama. Span yang lembab memang senang nak kumpul kan bakteria so tak syok ah sebab nanti makin korang sapu foundation makin  banyak pulak jururawat jururawat yang tumbuh di muka ko. Naya weh! 


7. Lagi satu, jangan suka sangat camporkan span yang lembab tu ber-sama sama dengan peralatan mekap yang lain atau pun peralatan mekap orang lain. Paham tak dua ayat ber-beza di situ? Bila semua barang-barang tu ber-campur campur, ntah bakteria siapa lah lagi nanti yang berebut-rebut nak tumpang sekaki kat span-span mekap korang tu. 


8. 2 way cake memang senang diguna untuk menggantikan foundation bagi sape-sape yang nak cepat je dan rasa leceh nak sapu foundation kat muka. Basahkan je span kemudian sapukan bedak ke muka menggunakan span basah tu je. Tapi lepas tu ape orang buat dengan span tu lepas guna? Letak balik dalam bekas bedak lepas tu simpan dalam beg? haiiih..... menternak bakteria le jawab nya kalau camtu. Bau nya pun dah sah-sah lah hapak kan? Sebaik-baiknya keringkan span tu dulu baru letak balik ke dalam bekas bedak.


9. Kalau korang jenis yang ber-kongsi lip gloss ala-ala iklan kongsi lip balm tu, ape kata korang sapu dulu hujung lipgloss korang dengan tisu setiap kali selepas korang atau geng sampai mati korang tu guna kemudian barulah tutup balik bekas lip gloss korang tu. 


10. Dan paling penting selagi boleh, cuba elakkan ber-kongsi alat-alat solek terutamanya bagi mereka yang dah terang-terangan mengalamai masalah kulit muka dan sebagainya. Dan pastikan jugak alat solek serta peralatan mekap tu sentiasa bersih, kering, dicuci dan di simpan dengan baik bagi mengelakan sebarang jangkitan atau alah selepas penggunaanya.


nota kaki: aku ada banyak buku-buku mekap so apa yang aku baca aku cuba share kat sini.  jangan mandai - mandai nak tuduh aku pepandai buat tips sendiri sebab perasan aku otai mekap. aku lempang kang nak?

4 comments:

  1. muahahaha
    saya takut kena lempang
    so saya lari dulu ..
    mak andam garang..
    hehe

    ReplyDelete
  2. askum dear,
    first time read your blog...akak suka tgk adik punya make-up, adik guna brand aper?

    ReplyDelete
  3. lyaa: bukan garang sayang...nasehat....!!! agagaga!

    yanty: mekap sendiri ke mekap kastemer kak?

    ReplyDelete
  4. a ah..ske gak..brand pe? make up utk diri sndiri

    ReplyDelete