Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 October 2010

Lupa Bawak Otak

Time aku balik exam, aku singgah satu kedai. Kawasan kedai tu memang sesak gila. Jalan pun memang one way je - muat-muat satu lorong kereta je lalu. Nak jalan kaki pun ber-himpit himpit. Kebetulan time aku pergi tu memang parking depan kedai semua penuh. Tapi sebab tahap kerajinan aku menebal, aku sanggup parking belakang kedai - which is kena menapak jugak la tapi kan aku dah cakap aku rajin sket time tu so aiman tak kesah. Masa aku menapak kat lorong sebelah kedai, aku perasan ada 2 buah jentolak eh eh tak, dua buah kereta parking dekat lorong tu. Kalau tak silap aku - yang tak pernah stadi buku undang-undang jalan raya nih, lorong tu adalah lorong laluan kenderaan. Ada signboard no parking kat situ. Tapi sebab malas nak banyak pikir, aku jalan terus je. Biasa ah manusia. Bukan semua suka ikut rules kan. Kadang-kadang termasuk aku jugak. 

Time balik, aku lalu lorong tu balik dan aku perasaan kat cermin depan kereta-kereta tadi dah ada notis. Notis tu tulis macham nih, 'TOLONG PERGI AMBIK  BALIK LESEN KERETA. KAT SINI LALUAN KENDERAAN, BUKAN TEMPAT PARKING KERETA!' BODOH!'. oke bodoh tu aku suka suki tambah. ahah! Tapi yang lain-lain memang betol-betol la weh.Siap tulis dengan marker pen kaler merah. Besar plak tuh. Senang je nak baca. Nak je aku snap gambar nak masuk belog  tapi takut pulak nanti kebetolan si owner kereta datang pastu tuduh-tuduh, caruts-caruts, mak-maki aku lak ingat kerja aku. Dahla kat belog pun dah selalu kena maki-makian. ohokohok ^__^

Kalau aku laa yang jadik owner kenderaan tu, memang aku sanggup balik rumah naik bas je kot. Tengah-tengah malam nanti baru datang pick up balik kereta masing-masing. Malu siot! Tu pun kalau kenderaan tu still wujud kat situ lagik la. Agagaga! Ape pun, aku salute kat si pen-tulis notis tu sebab memang dah siap ber-sedia dengan paper A4 nye, dengan marker pen nya. Sekurang-kurang nya dia dah luah kan suara road user yang lain sekali. Memang dah immune sangat sebab hari-hari ber-hadapan dengan situasi nih kot. Yelah, dah sampai tahap men-susah-kan kehidupan orang lain, sape tak panassss kan. Elok-elok je orang masuk selekoh, tengok-tengok ter-congok kereta ko kat situ menghalang laluan. Nak reverse, kereta lain dah banyak membontot. Wadafak betol kan. Haih, nasib baik ko dapat notis je. Harap-harap lain kali ko dapat saman pulak. Tak pun simbah cat. Erk, kejam sangat tak? 

30 October 2010

ke.nota.an

Minggu nih kan minggu exam. Aku macham biasa lah. Steady je lagi siap boleh meng-hupdate belog. Nanti dalam exam hall sok sibuk ahh meng-gelabah. Macham nak lempang diri sendiri jek. Haih! Pes day aku nak pergi exam, pagi-pagi lagik aku dah ter-serempak sesuatu kat tepi pintu rumah. Hoh?


 ape kah? key chain monyet kah? huhu.


oh. nota dari encik asben rupanya. ^__^


tengs encik asben. wish exam kali ni takde paper sangkut. tak sabar nak habis kan whole sem. nak tawen. eh eh dah tawen la. lupa kah? haha main-main je. aku dah tak sabo nak abis-kan stadi aku. penat oh. aku nak konsentret pada benda lain pulak. Banyak yang aku nak kena pikir nak kena buat. Nak fokus 100 persen. Selagi stadi nih tak abis, terganggu konsentrasi aku nokk!!! 

nota kaki: time exam week, mood nak meg-hupdate belog memang ter-baek kan. mencanak-canak napsu nak membelog. haha, aku la tu.

29 October 2010

Tips: Cara Nak Pakai Bulu Mata Palsu

Trend pakai bulu mata pelesu bukan lah pelik lagi dowh. Pergi event pakai eyelash, pergi party buih pakai eyelash, pergi kenduri tawen pun pakai eyelash. Sikit-sikit nak pakai eyelash. Kemain je kan. Mujur pergi kubur je tak tergamak lagik nak pakai eyelash ^__^ Kuat bebenor pengaruh Rozita Che Wan nih. Untuk orang ber-mata kecik+sepet+bulu mata sikit+pendek macham kepunyaan aku nih memang lagi ter-sangat adore bila tengok orang lain pakai eyelash santek je. Sekarang student pun terer pakai eyelash. Untuk yang tak tahu cara betul pakai eyelash, meh sini aku kongsi tips. Tu pun kalau ada yang nak ikut la. Belog aku kan tak ber-guna. Tetttttttt!



sediakan bahan-bahan nye: a pair of bulu mata pelesu - tak kisah lebat ke panjang ke tebal ke sukati korang. gunting kecik, pengetip bulu mata, gam bulu mata pelesu, dan juga eyeliner - tak kesah liquid ke pensil ke korang punya suka lahhh!!!


kemudian pastikan ada mata untuk di-aplikasikan tips nih - tak kesah lah muka basi macham nih pun. janji ada. heh.



memula sekali ukur panjang bulu mata pelesu tu kat kelopak mata korang - bukan kelopak mata orang lain. pastikan panjang bulu mata tu ngam-ngam dengan kelopak mata korang kemudian gunting mengikut panjang yang di-ukur. jangan panjang sangat atau pendek sangat. kang melebih-lebih pulak bulu tuh kat situ. bak kata aku, ukur eyelash di-mata sendirik.


kemudian kepit bulu mata ori korang tu bagi melentik sikit. tujuan nye senang nanti nak merapatkan keintiman eh eh nak rapatkan bulu mata ori dan pelesu kamu. ehe!


sapu gam ke pangkal bulu mata pelesu tu. kalau boleh lebih kan sedikit kat hujung kiri dan kanan bulu mata tu sebab part tu lah paling kritikal tiap kali pakai. asik nak ter-cabut je kalau silap kekdahnya. biar gam separa kering  baru tampal ke mata. *tunggu kering dalam kiraan beberapa saat je ye


 gambar mata ter-beliak nih men-tunjukkan bahawa bulu mata pelesu di lekat kan ke mata. kemaskan hujung bulu mata tu supaya melekat elok. kedudukan bulu mata tu biar centre je kat mata. jangan meleweh ke tepi sangat atau ke batang hidung sangat. Payah nak berkeli-kelip kang. Lagi satu, pastikan pejam mata masa nak letak bulu mata tu. Dan lekat kan bulu mata betol-betol rapat ke pangkal bulu mata ori korang. Kalau tak nanti bulu nampak terapung. eh apekah? hahaha.

 bulu mata dah siap di-pasang dengan betul dan kemas. ececece!. pasang lagi sebelah pulak ye.


lepas dah kering gam dan dah santek kedudukan bulu mata tu, sila draw eyeliner ke pangkal jalan eh eh ke pangkal bulu mata. tujuan nya, nak tutup kesan gam bulu mata yang ter-sememeh serta kesenget bengetan bulu mata pelesu yang telah di-lekat kan tadi tu. terer macham mana letak pun korang mesti kena draw jugak supaya tak nampak kesan pangkal bulu mata pelesu tu kat situ. ke degil jugak tanak draw? 


kemudian sapu mascara ke bulu mata. tujuan nya nak bagi bulu mata pelesu dan ori tu rapat dan nampak macham serumpun je. ecececes serumpun! 


eh eh?

hoh?

la, dah selesai rupanya. ready untuk di-gayakan hehehe. 


tips dalam tips: bulu mata boleh di recycle guna. caranya, cuci kesan gam yang lekat di bulu mata tu bersih-bersih menggunakan minyak baby. kemudian lap dengan tisu sampai kering dan simpan. lain kali nak guna, boleh pakai balik. tapi paling banyak pun, boleh pakai 3 kali guna je hayat bulu mata pelesu nih. ingatttttttt!

25 October 2010

Oh. Ada Surat Daripada En.Khairil *sex label. sori.

Macham biasa, aku memang jenis malas nak bukak dan baca emel. Nak mem-balas lagi lah malas. Asben aku pun tahu tu. Bagi aku, sangat malang-lah bagi sesape yang pernah emel dan pernah juga men-tunggu balasan daripada aku. Tak lupa jugak lecturer part time stadi aku - yang tak jemu-jemu hantar emel reminder suruh aku siapkan home test yang dia bagi sejak awal sem. Nak tambah carry mark katanya. Dan semalam baru aku bace padahal exam dah khamis nih. Isk. Malang bagi pihak aku nanti. Tapi kadang-kadang aku bukak emel. Kot-kot ada lah subject emel yang ber-jaya menggoda ati aku nak bukak baca dan balas. Haha. Macham tadi, aku jumpa emel dari En. Khairil di celahan emel-emel yang berlambak aku tak delete tak bukak tak baca. muahahaha.






arahan: sila kelik untuk tumbesaran gambargajah!




En. Khairil emel aku. Perkara rahsia katanya. So aku bukak ber-hati hati. Takut terlepas ke pengetahuan orang lain katekan. Berdebar aku nak baca.



En, Khairil bagi aku link nih. Aku dah macham, hah??? Tapi takpe. Pikir positif. Kot-kot url yang En. Khairil bagi nih memang sesaje guna url gempak vava vom kot. Nak attract pengunjung katekan. Pikir positif ye Yna. So aku kelik link tu.



tiba-tiba kuar ini



yang ni pun keluar jugak




Ni la emel yang aku dapat. Dah la aku bukak emel nih kat tempat kerja. Agak-agak nya apa kata manusia-manusia sejagat di sekeliling aku kalau dorang ter-tengok nih? Tak nye di-kata aku nih tengah mengalami sindrom lemah tenaga? Tak cukup lagi ke buku-buku 'kekdah' yang aku dapat hadiah time kawen dulu tu sampai nak kena mintak jasa baik En. Khairil pulak? Eh ada ke aku mintak yang nih ek? *garu-garu tudung.









Isk. Kecik ati aku kat En. Khairil nih.





























Main belasah je hantar nih. 



































Dahla aku tak kenal pun sape En. Khairil nih.  Korang kenal ke? Tsk!

nota kaki: sebab tu aku malas bukak emel.

24 October 2010

Randomly Typing

Well, lupakan ke-hangatan tadi. Ujan-ujan malam macham ni tido lagi sedap *nak-nak lepas tawen. ehem ehem.


Aku baru lepas tengok Taubat Nasuha. Yang tengok mungkin tau. Malas nak explain macham buku teks. Bahah! Yang best, kali nih aku tengok drama ni ber-sama sama the director. Blerghhh! Tak caye ke? Asben aku ler nok. Dia cakap dia macham dah tau jek the whole story drama Taubat Nasuha. Sebab pernah ada article/ or else yang dia dah pernah baca sejibik sejibik sama macham kronologi drama tadi - kat pesbuk. Sampai tahap boleh fast forwadkan dialog sorang-sorang dalam drama tuh. Pergh, dasat otak asben aku part mengingat nih. Kasik pinjam otak masuk exam khamis ni ek cuk??? thehehe!


Okelah. Pukul 11.30 malam perut aku tiba-tiba lapar. Sampai taun depan konpem tak kurus lagik aku nih. Jom kuar makan. Haih!!!!


nota kaki: entry nih entry merapu. So di-nasehatkan jangan baca. Tak ber-kembang minda korang. Heh!

Untuk Si Anoy Sila Bace Ini Juga

Oit Oit, wakakakkaka heyhey!!! (kena gelak dulu puas apa-apa pun)


For those yang kenal aku yeah u konow me rite. Tak perlu lah aku nak cerita yang aku ni baik ati ke peramah ke rambut belah tepi ke hendal beskal tinggi semua *contoh je bukan betol-betol, tu dah macham nak men-tunjuk tunjuk kebaikan ke hape. Tapi bila sebab aku buat macham-macham entry telus+hot+panas kat dalam nih, tiba-tiba ada orang nak melenting terus claim aku macham-macham. Drop komen hangit lepas tu takot nak tinggal link sendirik tu pasai apa? takot aku dan orang yang bace komen ko tu pergi serang belog ko balik ke? isk pesal nak serang? ko buat salah ke? hahaha lawak la. Aku tulis yang benar belaka tentang aku bukan tentang ko pun kan? Takkan aku yang misekin nih nak kena cerita aku nih kaya kot. Takkan aku yang laser jet nih kekdahnya nak kena tulis aku ni bermulut kasturi kot semata-mata nak puas kan napsu membaca ko? aku tahu bukan semua suke belog aku. sebab belog aku kasar, belog aku ni panassss. Tak suke belah. Tu je ayat aku. Lagipun, belog aku nih bukan buku teks ye adik adik. Ayat nak skima, bahasa nak sopan, cerita pun nak yang ter-puji jek dalam nih. Alahai yunk, silap channel la ko pilih nih. Perlukan bimbingan tak? Kalau perlu, aku tolong tunjukkan belog mana yang pretend with ayat nak chomel nak baik-baik je, cerita nak va va vomm kemain, muka asik nak cun je, lepas tu bila ko baca tentu ko akan cakap blogger tu penyayang, baik ati. Yang tu mungkin sesuai untuk manusia berjiwa murni macham ko. Kesian kat ko. Ayat ko 'ingat kan belog best sangat'. Kenapa? ada orang prank ko cakap belog aku best ke? Muahahhahah. Tak dapat la nokkk!!!


















perlu ke letak ip address orang-orangness nih kat sini? 






















nota kaki: entry nih mungkin mengundang si anoy dan  si anoy lagik sama macham entry lepas. aku berjaya buat orang rasa aku annoyed giler. aku suke nyah! 

21 October 2010

Hai Malam Jemahat.

Wehhh, mane pergi semua orang ek? Belog semua tak ber-hupdate.  Oppps, lupa. Malam nih malam jemahat katekan. Patut la semua belog ngan pesbuk sunyik sepi macham takde penghuni je. Nasib baik ada aku yang peng-rajin gila ni nak meng-hupdate belog memalam jemahat camnih kan? Ahaha!

Takde ahh. Sesaja aku je nak meroyan je kejap kat sini. Mata tak ngantok. Lepas-lepas ni la ekk baru aku buat entry bebetol. Minggu nih penat meroyan aku. Ke hulur ke hilir je manjang kekdah nya. Hadeiiii....!

nota kaki: aku sedang cemas untuk esok sebenarnya nih. tetiba muncul entry nih. 

16 October 2010

Tips: Cara Nak Men-jaga Alat Solek Korang

Aku kan, memang dah patah ati sangat-sangat dengan bokbem syilaka aku nih. Dah 3 hari aku tak boleh bukak langsung pesbuk aku yela yela ape lagik kan? Menyirap darah pahlawan melayu lama aku nih. Haih. Takpelah, oleh kerana tak dapat pesbuk, ter-paksa lah aku berbalik ke pangkal jalan la - berbelog. Heh.


Eh korang, macham dah lama je aku tak share tips mekap-mekap dengan korang nih kan. Ye aku tahu bukan salah korang pun. Aku nih yang malas nak buat tutorial bagai. Malas nak amik gambar satu-satu. Leceh okeh. Huhuhu. Tapi takpe, malam nih aku rajin-rajin sket nak taip tips penjagaan alat solek. Yelah, tak semestinya tau nak conteng-conteng muka je kan. Bab bab nak menjaga alat solek kena tau jugak weh. Penting tu! 


1. Lepas pakai eyeliner dan lipliner (pensil), sila tutup balik pensil celak korang tu sebab eyeliner dan lipliner yang terdedah nih memang cepat berkulat. Tak caya cuba korang biarkan lipliner ngan eyeliner korang terbiar camtu je. Lama kelamaan mesti akan nampak macham ada warna pelik-pelik muncul kat hujung pensil celak korang tu. Euuuuuwww!!!!


2. Buang alat-alat solek korang yang dah bertukar kaler. Kalau time ko beli dulu kaler nya adalah hijau tup-tup ko bukak semalam tengok kalernya dah jadik orem, aku nasehatkan lebih baik korang campak kan je jauh-jauh mekap korang tu. Kalau tak kerana dah expired atau ber-kulat, mungkin ada orang yang cuba nak sabotaj kaler mekap kot tu. Takut tak? Ngeh!


3. Korang ada tabiat macham aku tak? Beli mascara banyak-banyak lepas tu kumpol sebab suka tengok ada banyak-banyak mascara dalam box mekap walhal nak habiskan sebatang mascara dengan kadar penggunaan hari-hari pun paling kurang 3 bulan okey 3 bulan tu bukan 3 hari lepas tu kan mascara nih ada sifat jahat which is once ko bukak, tak lama lepas tu mascara ko cepat je kering. Bila dah kering+berktul ketul, ape lagik, campak kan aje ke dalam tong sampah. Dah tak selamat nak digunakan sebab takut nanti akan terdedah kepada infection kat mata korang lak. Membazir je aku nih. Syaiton syaiton!


4. Jangan guna bedak debu/loose powder/mineral powder yang dah ber-ketul-ketul. Nampak sangat dah tua gila bedak debu korang tu. Elok-elok je dulu namanya bedak debu sekarang dah sampai jadik bedak ketul. Haha tak lawak pun!


5. Yang ni kalau ikut buku-buku  yang aku pernah baca, dorang cakap jangan guna kan set berus terlalalu lama. Tukar baru. Tapi paham-paham je lah kan, set berus nih bukan murah-murah wooo! Kalau beli kat body shop tu sebatang tu je dah pun enam ploh hengget kan? Takkan senang-senang je nak tukar beli baru je manjang set berus tu. So tips aku, rajin-rajin kan lah diri tu cuci set berus korang. Cara nak cucinya senang sajork. Basuh dengan menggunakan detergent khas untuk berus atau paling tidak guna je syampu baby. Tapi aku nak nasehatkan jangan rendam berus terlalu lama sebab nanti bulunya akan terjejas dan batangya akan mudah pecah pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. Huhu.


6.  Kalau korang guna span untuk apply kan foundation, pastikan span tu tak diguna kan terlalu lama. Span yang lembab memang senang nak kumpul kan bakteria so tak syok ah sebab nanti makin korang sapu foundation makin  banyak pulak jururawat jururawat yang tumbuh di muka ko. Naya weh! 


7. Lagi satu, jangan suka sangat camporkan span yang lembab tu ber-sama sama dengan peralatan mekap yang lain atau pun peralatan mekap orang lain. Paham tak dua ayat ber-beza di situ? Bila semua barang-barang tu ber-campur campur, ntah bakteria siapa lah lagi nanti yang berebut-rebut nak tumpang sekaki kat span-span mekap korang tu. 


8. 2 way cake memang senang diguna untuk menggantikan foundation bagi sape-sape yang nak cepat je dan rasa leceh nak sapu foundation kat muka. Basahkan je span kemudian sapukan bedak ke muka menggunakan span basah tu je. Tapi lepas tu ape orang buat dengan span tu lepas guna? Letak balik dalam bekas bedak lepas tu simpan dalam beg? haiiih..... menternak bakteria le jawab nya kalau camtu. Bau nya pun dah sah-sah lah hapak kan? Sebaik-baiknya keringkan span tu dulu baru letak balik ke dalam bekas bedak.


9. Kalau korang jenis yang ber-kongsi lip gloss ala-ala iklan kongsi lip balm tu, ape kata korang sapu dulu hujung lipgloss korang dengan tisu setiap kali selepas korang atau geng sampai mati korang tu guna kemudian barulah tutup balik bekas lip gloss korang tu. 


10. Dan paling penting selagi boleh, cuba elakkan ber-kongsi alat-alat solek terutamanya bagi mereka yang dah terang-terangan mengalamai masalah kulit muka dan sebagainya. Dan pastikan jugak alat solek serta peralatan mekap tu sentiasa bersih, kering, dicuci dan di simpan dengan baik bagi mengelakan sebarang jangkitan atau alah selepas penggunaanya.


nota kaki: aku ada banyak buku-buku mekap so apa yang aku baca aku cuba share kat sini.  jangan mandai - mandai nak tuduh aku pepandai buat tips sendiri sebab perasan aku otai mekap. aku lempang kang nak?

13 October 2010

Gambar Raya : Episod 2

Salam semua,

Syawal dah seminggu abis. Tiba-tiba baru malam ni aku teringat nak sambung balik entry raya aku - Episod 2. Kira aci je la ek? 


 kekasih halal ku.




kesian suami dapat istri gedik.

ye.aku.gedik.lagi.


sumpah memang ada manusia telah ter-kentut time ni. eiiii siot jek!

 semua pun gedik dalam pict ni. aku suke. haha!

 acik. along. alang.

achik.angah.along. gile gelak besar adek beradek!


somi istri pun gelak besaq!

weh suka  pict nih!

ma, ma. kenapa buat gaya berlagak sangat nih? haihh! nasib baik ma comel. 


tapi bila bersama menantu, muka ma jauh lebih gembira dari gambar di-atas kan? ada diskriminasi jantina kah? tsk!


 lengkap 6 beradik+ma abah+seorang menantu.  insyallah taun depan tambah ahli baru. ehiehueww!!!
(abaikan yang pura-pura herot kat depan tu. setiap gambar pun ateh ber-lagak cacat. rasa nak sepak dengan besen boleh tak!)

kesayangan aku dunia dan akhirat. insyallah.

12 October 2010

All About Mekap Lagi!

Tak mau dah shempuu yang lain *goyang-goyang jari tunjuk kau.takle blah aku! huahuhua!!!!! intro aku pun dah macham lahanat je kan. Mati tak mood korang semua nak bace keseluruhan entry nih? Takpe takpe. Kali ni aku tanak beban kan kepala hotak korang dengan karangan berjela mela. Aku bagi gambar, korang tengok. Aku bagi lagi gambar, korang tengok. Aku pun bagi gambar lagi, korang tengok. Haa camtu je lah kitaran entry kali nih kot. Agak-agak masih membeban kan kepala hotak korang tak? Beban takkkk???? Payah sangat ke nak jawab?


Seminggu nih kan, aku meng-senyapkan diri kerana sibuk meng-restockan balik bebarang mekap aku serta misi meng-upsize kan lagi beg mekap aku yang dah pecah+merekah+terbelah+berderai tuu! Aku pun tak tahu pejadah nya mak andam macham aku nih. 3 tahun aku jadik mak andam maka dah 3 kotak beg mekap jugak lah menjadik mangsa kerakusan aku. Mane tak nya, makin besar beg mekap aku beli, makin banyak lagi mekap yang aku beli+tambah+sumbat. Ko agak-agak perut orang je ke pecah kalo dah terlampau overload sangat isi perut tu? Beg mekap aku pun macham tu jugak nok!!!! 


bersama ex mekap box aku yang ke-dua. mantan pun boleh jugak di-panggil kan?
(gambar di-ulang tayang. fokus pada mekap box sahaja)

Nah sekarang aku dah beli yang nih sebagai galang gantinya. Yang ni jauh lebih besar+tinggi+gagah dan pastinya juga jauh lebih berat!!! sejak jadik mak andam, lengan aku dah bertumbuh muscle-muscle yang kekar gara-gara gara-gara ke hulu ke hilir mengusung menatang barang mekap aku nih. dah gaya lengan ahli angkat berat je aku tengok. so aku rasa dah tiba masanya aku aku pilih yang beroda camnih. senang kerja aku dan keturunan aku. ces!


kesukaan aku. ketungguan aku. eh korang paham tak aku cakap? hihi
(cuba teka barang ape yang aku tak beli yang takde kat dalam nih?)

 kenalkan teman-teman aku yang baru sampai. dari kiri; bebulus lebat mantap vouge kegemaran aku dan kastemer, foundation super duper hot selling, naturactor (yang kastemer order), blusher pallete with 10 awesome kaler - siap shimmering bagai. aku suka owh!  dan detergent untuk men-suci kan ke-semua span dan berus berus aku yang comot momok tuh. asik-asik basuh guna syempu baby je, nak jugak sekali sekali dorang rasa pakai syempu khas untuk dorang nih. baik ati aku nih kan?

seperti biasa, memang aku amik masa ber-hari hari sebelum men-terai pallete-pallete aku yang sampai. konon sayang sangat nak sentuh takut dah tak chantek la rosak la kemek la - sekali aku sentuh, aku gomol sampai lunyai terus. muahahaha! 



dan kenalkan batch kedua mekap aku yang baru sampai. dari kiri; bebulus lebat mantap vouge kegemaran aku dan kastemer (yang nih tak sama dengan yang tadi. dan setiap kotak berlainan jenis bulus nye ye. elf concealer, elf eyedust, pencatas bulus.
belakang dari kiri; gam bebulus, krayolan kaler orem dan ijau, serta eyeshadow pallete yang chomel sangat!!!!



Ini je lah kot entry aku. 

06 October 2010

Aku Dah Sound Kali Ke-Dua Nih!

Tiap-tiap hari aku tengok follower aku berubah-ubah. Kejap kejap makin banyak. Kejap-kejap makin kurang. Kadang-kadang statik je. haha. Tak kisah lah mana-mana pun, aku buat belog nih bukan nak kumpul follower. Kalau ada yang dah ter-follow aku tuh, memang aku sangat-sangat lah hargai. Terima kasih korang. Rasa macham nak pergi mekap kan korang sorang sorang je. Free lak tuh. Bahah! Tapi kalau yang jenis hari nih follow, esok blah. Lepas tu datang follow balik kemudian blah balik, aku nak tanya lah, pejadahnye ko buat macham tu syetannnn???? Tak letih ke ko? Haduiii, penat ohh jumpa manusia macham ni. Orang yang sama lak tuh. Aku hingat kan BSKL je yang ada turun naik macham tuh, tak sangka follower aku pun sama. Isk, berdendam aku camnih!


merah nih tanda aku marah. ergghhh!!!!


nota kaki: jangan sampai aku private kan balik belog aku nih. 

04 October 2010

Demo Loni Tok Srupo Mulo!

Yeah mesti ramai je dah agak akan ada entry nih kan. U know me. Mane boleh tak buat entry  kalau dah ada banyak gambar untuk di tayang  cehcehceh macham ada nak tengok. Ada gambar adalah entry. Takde gambar, sah-sah aku malas nak buat entry. Ngeh!


Baiklah baiklah. Seperti biasa, cerita ini yang seciput tapi be-serta kan gambar-gambar yang bersepah ye. Tak dapat  aku nak ber-entry panjang-panjang sangat sebab trauma karang esei SPM belom pulih sepenuhnya. cit!


 tempat menginap dan mengendap kami - Riddel hotel yang comel tapi mungkin jugak sangat kedekut nak mamps sebab tak mampu nak sediakan ubat gigi. weh mahal sangat ke ubat gigi dalam travel tiub tu? huh! 



 hotel nak jimat ruang je, tibi pun gantung-gantung. nasib baik katil pun tak gantung. kalo tak men-susah kan aku somi istri je. uhuk!

 entiti di belakang adalah pelajar AF yang ter-singkir untuk konsert prelude lagi. muahaha!




 1
 2
 3
4
 ke-empat empat gambar adalah bersama encik asben. tapi berapa keping je yang nampak jelas+sempurna+bersedia muka encik asben? motipnya, muka istri lebih penting di sini! hohohoh!

 muka sendiri kan lebih penting. ngeh!

orghe buto gi derak kelate nih. muahahha!


kemain je aku memilih baju. end up aku tak beli sebab tak tahu samada tuan kedai wujud ke tak sebenarnya. tengok-tengok. ada korang nampak sesape dalam kedai tu selain aku tak? curik baru tahu. heh!


 =p

otw balik ter-jumpa nih. kedai paling berterus terang aku pernah jumpa kot.

 jakun jakun jakunzi! pestime sampai kat patung berhala nih muka aku ketat tak hingat sebab tengok takde sape-sape dah kat situ selain aku+somi+dan seorang pakcik sami pakai sari orem. huh cuak!
mana-mana pergi pun menatang alah nih jugak laa yang aku borong. hikhik! 

Kitorang pergi tak lama pun. Sehari semalam je kat sana pun tapi semua tempat aku ngan encik asben redah okeh. Rantau Panjang, Pengakalan Kubur, Bazar Buluh Kubu, Pintu Geng, KB Mall, Billion, Parkson, pendek kata semua tempat yang kengkawan suggest kat Pesbuk tu aku pergi. Cuma Tak Bai je kitorang tak sempat pergi. Muahahha!