Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 September 2010

Takot Takot Takot

Uishhhh ape rasanya kalo ko tengah syok-syok ber-pesbuk apelagi kan lepas tu tiba-tiba ada nombor asing call ko tapi bukan nombor makhluk asing atau ah seng si pen-jual ikan yang call lepas tu cakap macham nih, 'yna, esok jangan lupa ek datang mekap saya. event start pukul 2 tengahari camtu kot'. hah? cemane rasa nye? masin ke busuk? jantung ko jantung ko? ber-degup laju ke terhenti? sedangkan masa tu ko sebenarnya memang tak hengat langsung yang ko kena mekap kan kastemer esok!!!! Dahla esok ko ber-kerja sorang-sorang. Partner ko ber-cuti camane ko nak mengulor? lepas tu sebab takde orang nak bekap ko maka ter-paksa lah ko kerja sampai pukul 3 petang! gile tak gile event orang tu pukul 2 beb takkan pukul 3 baru ter-hegeh-hegeh nak balik kerja kot. Celah mana ko nak mekap kan kastemer weh? celah mane nye??? Cuba ko jawab.































































Aku pun tak tahu celah mane!!!!!










































Sebab aku sedang cemasssssssssssssssssss nih!!!!!!!! 
Memikirkan hari esok. tsk!

dahla tengah takot, tengok muka macham ni terus rasa nak tumbok!!!!

nota kaki: machamane aku boleh lupa ada kastemer esok nih? camane aku boleh ter-ambik job weekdays ni????  camane aku boleh tak cuti je esok ni???????????????????????????????? vodos vodos vodos!

28 September 2010

Huhuhohoh!!!! Pacik Menang Pawerut!

Eeehuewwww, malunya nak cerita. Even majlis ni bukan event besar pun tapi semangat aku nak  melaram tu memang tak dapet nak halang la. Genetik kot. Haha. alang-alang dah melaram, harapan nak menang tu memang ada la weh. Sape tanak kan? kan? kan? tapi sangat unexpected memang betol-betol menang. ^___^ malu kat kanak-kanak time naik pentas ambik hadiah. Ngeee...!


 gedik gedik gedik nihhhhh!!!!


from left: ex winner, current winner (haktuih) dan mebi becoming winner.


seperti biasa. kembarku!


anak-anak dara. ahak!


ada  tigabelas hadiah lain lagi aku dapat tau. ngeh! 



kenapa pakaian cantik? kenapa bukan guru cantik. pang!!!!





Kepada sape-sape yang ingat lagi entry nih, tahun ni bukan Kak Nor pun yang jadik juri. Ces! Memang cemas ahh aku tak tahu nak kena pergi rasuah sape. hahaha! 

24 September 2010

Gambar Raya : Episod 1

Aku nih kan, bila dah rajin, selang sehari ada je entry aku. Kekadang ikutkan hati nak je buat sampai dua tigaploh entry sekali tau tak eh melampau tak cakap camnih tapi bila aku dah malas, sebulan sekali pun dah macham ter-seksa batin aku nak pikir entry baru. heh! Hari ni alang-alang dah melepak je sebatang kera je kat rumah, aku meng-godek-godek gambar raya plus edit-edit letak frame watermark bagai, aku rasa aku dah sedia nak hidangkan hidangan ge-gambar raya nih kat korang semua. Korang dah sedia ke tak nak tengok???? 

kenalkan mentua ku ^__^

ini keluarga besar encik asben - yang sebenarnya still tak selengkapnya lagi. bayangkannnnnnn anak-anak sedara adik-adik ipar yang tunggu duit raya  tuuuu.misekin aku misekin aku!!!!


kumpol.gossip.gelak.melahap!!!

okeh melahap je la kerja aku. pastu anak-nak sedara dah pandang semacham je. 



uihhhh.harus lah ada gambar somi isteri kan. hikhik!


Aku tahu korang ter-seksa. Aku pun tanak ber-tanggungjawab kalau-kalau ada di-antara korang ter-muntah ke pingsan ke hape lepas tengok beratus-ratus gambar, so senang aku devide kan entry nih ke beberapa episod. Takdelah berat sangat verokvan korang bekerja nak loading page aku nih. Muahaha!

nota kaki: dah sehari suntuk ngadap laptop, nak muntah aku. nak pergi buat terapi lak. shopping time!!!!! yieha!

20 September 2010

Jangan Ikut Perangai Aku

Sape-sape boleh bagitau tak hari ni dah raya ke berapa? Aku ada misi penting nih. Apekah? Hahah!  Tiap-tiap tahun aku memang selalu je plan benda alah ni dan tiap-tiap tahun jugak aku asik missed! Cis! So tahun ni aku akan pastikan misi nih berjaya. Ces macham saspen jek bunyik kan? Muahahha. Sebenarnya, misi aku ialah, aku nak pastikan je, pada hari raya yang ke-30 nanti tu, ada lagi tak mana-mana radio yang still putarkan lagu raya kat radio DAN pada hari ke 31 tu ada lagi tak mana-mana radio yang ter-sesat silap putar lagik lagu raya. Kata puasa sebulan maka raya nya pun harus lah sebulan kannnn... tapi aku puasa tak sebulan tetap nak raya sebulan jugak okeh. So walaupun dah hari ke 30 pun mood raya aku masih berterbangan dowh. Stok jumpa budak-budak still nak salam bagi duit raya lagi okeh! So haruslah putar lagik lagu raya. Dan pada radio yang ter-lajak putar tu, nampak sangat ko bangsa pose start lewat sehari dari kita. Agaggaga!

Dan lagi satu aku nak tanya korang,

































Ada ke sape-sape kat sini nama ESAH hahhhhh?????





































Atau aku ada kena mengena pertalian darah dengan mana-mana ESAH hah???? Tsk. 

nota kaki: Suka-suka ati je encik gugel nih kan!

19 September 2010

Tak Suka Blah!

Ada 109 friend request yang still pending kat pesbuk aku selepas sebahagian nya telah di-rejected . Reject semua boleh tak? Aku macham tak peduli sangat dengan request-request ni. Gila ber-lagak tak stetmen aku. Bukan sebab sombong la wei tapi sebab aku tak kenal kau, kau, kau tu sape ha? Aku bukan stok artis-artis waima seleb-seleb yang hot. Kalau dulu boleh la. Aku main approved je semua yang add sebab masa tu berapa kerat sangat friend yang ada dalam FB aku tu. Bajet nak tambah ramai-ramai sampai full pastu buat account ke dua ke tiga ke berapa lagi hentah. bahah! Itu dulu la. Time tu aku stok jahil je lagi main-main pesbuk nih. Kalau tengok kawan pesbuk aku sekarang memang aku sendiri tak percaya dengan diri sendiri ye ke aku ada ramai camtu nok kawan kat dunia nih. Sekali aku godek, berapa kerat je yang betol-betol kawan aku di dunia realiti dan berapa kerat saja yang tak pernah kenal aku tapi say hi sejak aku approved dorang jadi friend aku. Okey jawab berapa orang saja yang ada say hi tu kat aku? Tak ramai sebab aku rasa lebih ramai stalker daripada yang niat nak jadi kawan. Add aku semata-mata nak intai ada apa di-sebalik privacy album pesbuk aku. Sekali nan ado pun kan? Bahah! Kan aku dah cakap, aku bukan stok gadis hot pun. Kan dah menyesal. Lepas tu mula lah aku ni di-anaktiri kan dalam akaun pesbuk korang. Terabai aku okeh. Tsk! So ber-mula saat ini, aku dah start delete mana yang aku rasa annoyed dan mana yang aku rasa macham tak wujud sebagai kawan pesbuk aku pun. Dan kepada mana-mana yang baru nak add jangan lak korang berubah fikiran lepas baca entry nih. Asalkan ko tinggalkan msg kat inbox aku cakap korang ni readers ke hatters belog ke atau pernah jumpa aku kat kedai tayar beskal sekalipun, insyallah aku akan approved. Baik tak aku baik tak aku?  Buwekkk!! Dan kepada yang dah ter-rejected, aku rejected kau bukan sebab ko takde ciri-ciri wajah chantek/ensem+hot+glemer pejadah semua tu TAPI aku rejected sebab ko tak ber-peranan sebagai kawan aku pun. 


nah. boleh add aku kat sini sekarang.

17 September 2010

Random Issue!

Balik je mekap, aku singgah rumah ma. Penat tapi syedap. Malas dowh nak balik rumah terus. Kat sini boleh layan-layan tenet, layan-layan adik, layan-layan kepsi - tak ajak encik asben hohoho! Tenet kat rumah aku services nye adalah macham SHIT! Ye sampai bila-bila memang aku takkan stop men-sumpah seranah verokvan belaan celcom yang asben aku adopted tu okeh. Dua hari nih aku surf internet dalam keadaan hina gila - stok kena tunggu berpeluh ketiak nipis dulu setiap kali nak publish atau nak tunggu loading page. kenapa ketiak nipis?sebab aku rasa ketiak aku selalu melecet tak tentu pasal. ngeh!. Dahlah masa itu emas. Ibarat membuang emas betol aku rasa sepanjang dua hari aku ber-intenet kat rumah aku tu. Huh. Aku singgah rumah ma memang semata-mata nak bukak emel dan bukak belog-belog yang mana aku tak beraya lagi. Emel aku totally ada 1716 emel yang belom di-baca dan aku memang rasa hazab gila setiap kali nak cari satu-satu emel dari kastemer. Shit susah. So kepada kastemer, aku memang selalu nyaris-nyaris boleh ter-miss date atau pun booking korang gara-gara masalah ini. Jadi bertukar lah kepada sms atau pun nak lagi efektif call saja aku. Senang. Sms pun sekeping baru berapa sen kalau ko pakai celcom - kata celcom call murah sms murah ceh tadi keji sekarang puji. Hidup ni tayah lah nak ber-kira sangat. Korang ni kan, jenis rela hantar emel kat pejabat (jimat kan)  lepas tu ko sanggup je tunggu sampai aku reply which is kalau sebulan aku tak bukak emel maka redha  je la korang-korang nih tunggu kan? Kan? Kesian-nya korang. 

nota kaki:  sudahnya niat aku yang asal nak buat entry lain sekali masuk zone potpet terus aku lost. Fompuan!

16 September 2010

Entry Panjang Ini Mungkin Enjoy Pabila Lihat Pada Gambar-nya.

Maka setelah ter-hasilnya 2 entry kat bawah tu, tepat-tepat pukul 6.20 am baru la mata aku nih mula terkulai layu di tasek madu. Baik punya landing kat sofa ngadap leptop je, malas nak tukar-tukar tempat nanti mata aku merajuk tanak tido balik tak ke naya aku sekali lagi. Di-sebab kan aku di-isytiharkan 'cuti panjang' minggu ni, jadi takde la korang senang-senang nak cop aku tido ber-selimutkan selimut kulit vinatang H1N1 tu ye. Tak tak tak. Cukup 2 jam tido, aku gegas-gegas bangun masuk dapur. Niat nak masak nasik lemak aku tangguhkan sebab kata somi istri ada job sampai ke malam, sape nak makan kalau aku masak beriye nanti? Makan nasik kenduri sudey. Keputusannya, aku buat ommelete telur+goreng sosej+roti gardenia+baked bean je untuk sarapan dan alhamdulillah, kenyang jugak tembolok laki bini nih. Burppppp!!!! ^___^


Pukul 11 lebih aku dan somi dah keluar rumah. Janji dengan customer pukul 12 tepat-tepat memang berus dah kat muka kastemer la kiranya nih. Ecececis!!! Selesai mekap semua dalam pukul 1.30 macham tu la , aku lepak minum tunggu encik asben datang kutip aku lepas tu terus gerak rumah kastemer ke-dua. Yang ni kami somi istri buat job secara ber-duet la konon-nya. haicehh!!! Selesai mekap dalam pukul 4.30 macham tu la  lepas tu terus gerak pergi masejid ikut encik asben dah menyetat nak men-tembak kastemer dia. Pergi tompang berbayar kereta Kak Ona encik somi, nak tanak aku memang kena stay sampai ke sudah event. Sampai masejid, aku bukak enjin bukak ekon terus tido. Tak kuasa nak men-tunggu sampai abis. Sedar tak sedar encik asben ketuk kereta, ingat kan dah selesai, sekali gerak pergi pantai untuk outdoor photoshoot. Hampeh. Aku bukan ape, jenis yang kalau ber-tudung lebih 2, 3 jam, mula tangan sibuk nak menggaru kepala. Ntah penyakit gatal sumpahan mana wujud kat kepala haku nih memang tak boleh tengok aku ber-tudung lama-lama. Sanggul tak sanggul, bonggol unta tak bonggol unta semua  aku dah tak hirau asal boleh garu-garu kepala aku. Kitorang sampai rumah pun dah maghrib terus melantak mihun yang tuan rumah tapau kan.


Dan masa encik asben sibuk men-tembak kastemer beliau kat pantai, aku pun sibuk men-tembak encik asben dari jauh - yakni aku hanya di dalam kereta berat vontot malas nak ikut keluar. Sekali aku ter-tembak dengan yang ni sekali. Terjah...!!!



ape kah perasan penanten ketika pose ini? agagaga!


menonong je 3 orang nih pilih port. bukan pork okeh. ngeh!


dan ini.


ini.


dan ini juga.

inferens awal aku?:


Mungkin si kakak sedang mem-pujuk adek lelaki menangis. Mungkin jugak si ibu sedang menenen anak nya ( gila tua bangka bebenor menenen lagi anaknya). Korang pulak rasa? Bersangka baik lah. Hikhik!


nota kaki: aku tahu korang semua dah perasan. Mulai entry nih, aku dah upgrade kerajinan jari jemari aku untuk mula men-taip kata ganti nama aku bagi menggantikan kata ganti nama yang dulu - yakni i. Ye mari ucap tahniah kepada jari aku kerana sudah mula rajin men-taip. (*,*) Droolingggg!!!

Entry Kedua : Belom Entry Raya

4:36 am

Gosh! Belom boleh tido lagi wei. Mata i masih lagi gagah perkasa chap super pawer berjuang tanak pejam pejam lagi. Apekehal nye mata i nih? Esok kan kita ada kastemer dari pagi lagik. Jangan la memain macham ni. Buat nya time mekap sok tiba-tiba ko ngantuk camane? Sape yang nak tanggung jawab kalau tetengah i mekap tu tetiba ko ter-tido, sape pulak yang nak sambung saki baki mekap itu nye nanti? Naya kita esok tau. Isk!


nota kaki: giler pen-tipu benci tengok iklan nih. nak sangat cakap produk mampu cerahkan kulit. edit gila-gila kat muka model. tak pasal-pasal hidung lisa surihani yang mancong tu nampak  penyek. brightness edited punye pasal. fake fak!

Belom Entry Raya

Orang lain i tengok semua dah pakat hupdate citer dan gambar raya. Meriah+sadis+pilu+hangin. Macham-macham kan. Dan i? Takde nye nak hupdate lagi pasal raya raya nih dahla haku langsung boleh lupa nak wish raya kat korang kat sini lol. Gambar beraya pun semua dok dalam lappy somi. Malas bebenor i nak godek-godek transfer kat lappy i. So keputusan-nya takde gambar raya maka takde setori raya. Nanti orang cakap macham bancuh teh takde gula, tak sedap okeh. Melainkan ko cirit baru ko sebok nak carik teh keras nih kan. Hoho. Somi i dah lama ter-bongkang tido kat sofa sensorang tapi i sejak bangun pagi tadi kemain lagik cergas dan cerdas ceit ceit ceit tang mana cerdasnya tu. Iye nok. Bangun je dari tido tadi i rasa macham segar satu macham. Siap sangap eh eh sanggup keluar redah hujan beli barang-barang dapur, main masak-masak kat dapur sengsorang, jemur baju lipat baju pendek kata semua benda i nak buat hari ni. Belom lagi masuk part i ter-congok depan lappy lagi sambil gantung-gantung baju kerja somi kat lemari. Dahla lepas maghrib tadi i keluar mekap kan kastemer dengan ber-semangat persona sukati je i ganti  persona sebab somi i pakai persona je tak pakai waja maklumlah sebulan tak pegang berus katakan, memang tahap sangap nak menconteng arang ke muka kastemer tu dah sampai tahap hape pun tak boleh nak cerita lagi dah. Selalu bila i ada nak mekap kan kastemer malam-malam, i memang main belasah je pakai comot compang camping mana-mana pun. Kata malam, sape nak nampak i kan? Tapi tadi i beriye jugak lah i mekap muka sendiri. Dan se-sambil belit tudung se-sambil tu jugak i served kan makanan untuk encik somi yang baru balik kerja. Malam ni dah ber-poloh poloh belog i dah pergi beraya. Tak penat langsung. Rajin i nih kan? kan? kan? Panggg!!! Rasa macham superwoman pun ada hari nih. Time taip entry nih dalam kepala i dah plan nak taip entry baru sambil hotak ligat pikir nak mekap camane kat dua orang kastemer i esok. Cerdas tak i cerdas i tak? Petuiiihhhh!

dulu i selalu guna bedak padat pixy - bedak nih gelemer di kalangan MUA tapi sekarang i dah tukar pakai miyami balik. pasal ape? yang tu tunggu kalau-kalau korang  tanya baru i setori. 

 dah nak siap dah. pict ni i cilok dari pesbuk OP kastemer i. gila pantas cepat je dia hupdate FB.

nota kaki: i rasa sebelom i keluar mekap esok, i memang kena mekap mata panda i dulu tebal-tebal kot. heh!

08 September 2010

Ohoi! Akhirnya Dah Dapat Letak Gambar Banyak.

Dan yes!!! selepas ber-susah payah i menggodek belog nak ubah setting posting image - sebab i memang kedengki gila kat asben yang ewah-ewah-senang-lenang-awak-tak -payah-buat-dosa -sumpah-seranah-celcom-pun-tapi-tetap-dapat-upload-pict-dengan-pantas dan paling penting dapat post banyak-banyak sekaligus. Dan usaha i tu memang ter-nyata sia sia saja. Ye sia-sia dan bukan-nya berjaya. Blerghhh! Sampai ke sudah i tak jumpa dan tak tahu machamana nak buat. Nasib baik i ter-jenis bukan manusia yang malu bertanya sebab i tanak tersesat jalan walaupun i tau pepatah 'malu bertanya sesat jalan - balik ke pangkal jalan' tu lame dan dah tak praktikal sejak-sejak abdul garmin gps tu wujud. puffhhhh! tengs anis (dan bukan nama fompuan okey) . Janji akan di-kota. Tunggu ku di-pintu sorga eh eh di pintu kepsi. Okey dahla, dahla. takkan-sebab-nak-tayang-banyak-gambar-engkau-sanggup-nak-buat-ulas-banyak-banyak-kat-sini-kot-kata-belog-engkau-kan! bahahah!

gambar paling baru mungkin jadi gambar ter-paling benci di tengok. 
abaikan yang tua dan fokus pada yang muda dan segar dari ladang di-riba dan nah, kenalkan si mucuk icha septriasa nih - anak asuh my mom yang baru.
gebu dan gebu dan gebu bukan?

kalau tak kerana nak tayang si icha gebu i takkan bagi sape-sape tengok gambar nih sebab tanak di salah erti hidung tak mancung anak mata pula yang warna kelabu. gambar lama tapi benci tengok serupa macham gambar baru di-atas pun. haihhh!

dah lama tak letak gambar beliau dan istri-nya. eh ke memang selalu je ada?

ohhhh. pernah tengok lelaki gedik tak? kenalkan. ^_____^

pecah kan rahsia wall rumah i kaler kuning haih kaler kuning redha je la walau pun kaler nih not listed dalam life i akan tinggal di dalam rumah ber-dinding kuning.

ntahla tak tahu mata sendiri dah pandang mana masa nih.

hye. saya tuan belog. (-_+)

nota kaki: tak sehat tapi rajin nak update. 

04 September 2010

Mesti Ada yang Tak Kena Dengan I Nih. Ke tak?

Dahla. I memang dah givap pun nak hupdate belog yang satu lagi tuh. Makan la ko celcom duit harem banyak-banyak. Bulan-bulan memang tak kompromi langsung tak beragak nak barred line verokkkvan kastemer. Lewat seminit je bayar sah-sah kasik potong je la ko tau. Tapi service mak aii macham taik cirit budak! wadafak betol!

Okeh dah dah. Back to perangai suci lagi ter-puji ko ye Yna. ohokohok! kalau tak kerana marah, i rasa lepas raya kot baru menyusul entry baru. Biasalah dher. Kata puasa. Masa ter-luang kan tu elok dihabiskan dengan mengaji tapi ko mem-buta kan Yna? I tahu soploh Ramdhan terakhir ni semua orang berebut-rebut nak buat ibadat kan? I tahu korang mesti mengaji, tamatkan balance juzuk al-quran, ber-sedekah, ber-solat tarawih cukup 20 rakat yang sebelom ni buat lapan je lepastu witir pun korang skip kan? kan? Lagi nak berjaga sepanjang malam sebab nak sama-sama mencari malam lailatul qadar bukan macham ko Yna ber-jaga sebab nak hupdate belog. Subhanallah. Indahnya Ramadhan bila setiap kebaik-kan yang kita lakukan di-janjikan dengan pahala yang ber-ganda- ganda kan. Tapi ada jugak yang berebut-rebut nak marathon shopping sebab gaji pun baru masuk soploh terakhir ramadhan jadi nak tanak memang korang baru dapat shopping time nih je la kan. eh ke tak? dushh!!!

Baiklah baiklah. I lah tu. Nak kata ber-shopping sakan tu tak sangatlah kot. Marathon tu ada la sikit-sikit. Sesape yang bace status FB i maybe dah tahu la kot. Pukul 2 pagi semalam i dengan asben gerak ke Kuantan. Idea tu tiba-tiba je datang dari asben. Nyaris-nyaris jugak plan nak terus ke KL. I suka okeh. Lepas ber-siap mana yang patut kitorang gerak. Mula-mula asben suggest nak overnite je kat TC lepas tu mulalah i dan asben imagine tiba-tiba-datang-pakcik-pakcik-garang-ber-kopiah-pegawai-pejabat-agama-yang-akan-ketuk-pintu-kereta-suluh-muka-kami-dan-mintak-ic-kami-tapi-lepas-kami-tunjuk-lesen-nikah-terus-pakcik-pakcik-yang-garang-tadi-buat-muka-comel-sambil-mintak-maap-sebab-silap-sasaran. boleh tak? tapi Allah tu maha kaya. Niat prank tu ter-kubur sebab kitorang singgah sahur kat cherating pastu terus decided check in je kat mana-mana chalet kat situ nanti senang nak mandi nak solat baru lah boleh nak shopping dengan penuh semangat dan keberkatan kan? kan? eh shopping ada berkat jugak ke?

Lepas dah turun naik dua tiga bijik mall, lepas ber-buka puasa ala kadar sebab takut tak sempat nak sambung shopping lagi, lepas dah melepak hampir dua jam kat dalam Ariani, hasilnya i hanya beli kasut untuk raya dan sehelai tudung je. kasut dan tudung je korang! Walaupun i yang beriya sangat nak datang Ariani Kuantan lepas frust dengan Ariani terengganu yang dah sold out semua tudung yang i nak. Walaupun i yang ber-sungguh-sungguh ajak asben pergi Parkson sebab nak beli Guess handbag yang i dah lama aimed - yang orang lain pun dah ber-sepah sepah pakai i baru sibuk nak beli, tapi at last bila sampai kat Parkson, i lupa nak beli apa. bahah! I pun macham redha gila bila balik tanpa beli yang i hajati dan hanya tumpang rasa seronok bila tengok barang encik asben shopping lebih penuh daripada barang i. Tak macham taun-taun sebelum. Baju raya tempah dah ada 3 4 pasang pun i tetap jugak beli 2,3 helai baju yang ready made. Tudung wajib berhelai-helai nak match dengan setiap pasang baju raya. Henbeg lagi, Kasut lagi. Mekap lagi. Tu tak termasuk beli jeans baru lagi. Kalah budak-budak. syaiton, syaiton! Tapi i memang dah agak akan jadik macham ni pun. Sebab i dah pernah post status kat FB yang tahun ni i macham blur giler nak beli apa nak buat ape preparation sambut raya pestime ber-gelar istri. Jangan harap datang rumah i nanti nak tengok ada gantung-gantung ketupat hiasan+kad raya+lampu liplap bagai dan what so ever lagi. Sofa baru, meja baru, LCD baru, lagilah takde. Gila i. Nak kata dah insap macham tak je. Nak kata takde semangat nak beraya, dua hari puasa lagi i dah start pasang CD lagu raya dalam kereta. Agaknya nilah yang pelik tapi benar yang orang selalu cakap tu kot. kan? kan? ^____^


nota kaki: tunggu sesape datang lempang i baru i sedar rupanya i dah jadik se-orang istri. tsk!

nota tertinggal: i lupa nak cakap yang Stage ada buat sale gila-gila. 50% less untuk semua barang. guna members card pun baru dapat 25% diskaun je nok. tapi yang peliknya, i tak gila nak borong mekap tu semua macham biasa. beli blusher dan mascara sebatang je jadi la.

Bila Marah Wujud Entry Nih!

Argggggghhhhhhhh!!!!!

i taip entry nih dengan perasaan marahhhh yang amat. tau tak tau tak sambil i pun gigit-gigit tepi meja komputer.geram. sakit nye ati i! Dah dekat tiga empat kali, takpun mungkin lebih kot i cuba nak upload gambar kastemer mekap kat belog i tuh tapi tak pernah nak ber-jaya. pasal? pasal i kan guna verokkkkkkk! hish! kenapaa di-saat i nak guna untuk sesuatu yang ber-pekdah lagi ber-pahala takde la pulak berokkkkk nih nak ber-fungsi. Sekeping dua je gambo yang i nak upload tu verokkk oiii takkan sampai semalaman nak kena tunggu kot. i dah resize se-abis cinonet ntah-ntah nanti kalo soploh kali enlarge pun belom tentu korang nampak pejadah nye ntah yang i upload kat belog tu. benci benci benci. i rasa kalau ada budak baling mercun dalam rumah i pun belom tentu meng-hasilkan amarah yang serupa dengan nih! snfffff!!!

nota kaki: boleh kira berapa kali i eja verokkk kemudian darab 20 sama dengan berapa kali i kat sini mencarut same. kurang pahala pose i tau tak. verokkk-nye!!!!