Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 August 2010

Tips: Petua Cantik Menjelang Raya

Dah lama i tak share tips. Dulu, kemain ko Yna rajin buat tips siap berilustrasi. Tapi sekarang? Nan ado okeh. Muahaha. Sementara men-tunggu encik asben pulang ke pangkal jalan eh eh ke rumah, i terasa nak bagi tips yang sesuai sangat nak share dekat-dekat nak raya ni. Kata nak lawa di-pagi raya giteww!

Licinkan Kulit Muka
- Ambik kunyit hidup, 1/2 asam jawa dan sedikit bedak sejuk. Campur semua bahan, kemudian korang sapukan ke muka setiap hari sebelum tido malam. Amalkan setiap hari untuk kesan yang cepat.

ataupun,

- bancuh air asam jawa bersama sedikit tepung ubi dan air kemudian kacau sehingga menjadi pekat - kalau cair tak jadik. Sapu rata ke muka yang dah bersih kemudian lepas 15 minit, cuci muka korang. So amacam, ada rasa licin kan?

Hilangkan parut dan cela di kulit.
- Yang ni mesti ramai yang dah pernah dengar dan cuba. Takpe, takpe. I nak bagitau jugak. Ambik kulit kayu manis dan tumbuk sampai lumat. Campur sikit air, kemudian bancuh dengan bedak sejuk hingga sebati. Macham biasa, sapu ke tempat yang berparut dan amalkan sekerap mungkin. Lagi satu, selain parut, petua ni juga dapat hilangkan jerawat dan bintik-bintik hitam di muka.

Rawat kulit ber-kedut.
- Yang ni senang sangat. Panaskan seterika then iron kat tempat yang berkenaan tu sampai licin. eh eh silap. Pang!!! Okeh tak. Sebenarnya macham ni. Parut lobak merah yang dah di-bersihkan kemudian campur kan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur kebetulan memang semua barang ni ada kat dapur mak dekat-dekat nak raya ni kan? Ohok. Biar kan sebati dan sapu di kulit setiap hari.

Merahkan bibir yang hitam.
- Apa susah, sapu lipstik maybelline je kat bibir mesti cover baik punyer. Camtu ke? Tak okeh. Yang tu untuk temporary cover boleh lah. Kata nak chantek di luar dan di dalam rumah bagi asben tengok soon takde lah tuduh zaman lampau ko dulu ko sa-orang smoker yang tegar yang sekarang baru insap kot. Haih! So ape kata korang cari daun sirih 3 helai, kemudian perah sampai keluar air. Sapu di-bibir setiap malam. Cuba okeh.

Rambut gugur.
- Ye i tahu korang nak jawab Yun Nam Hair care pen-selesaian nya kan? Mahal nok. Isk. I kan misekin so i amal dengan merendam kacang hijau semalaman, tapis dan guna kan airnya untuk sapu ke kulit kepala sambil picit-picit perlahan. Kelebihan petua ni jika di-amalkan selalu, rambut akan menjadi lebat dan hitam macham rambut Ayu Raudhah.

meng-Awet muda lol.
- Amalkan setiap kali bangun tido, urut muka dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi, di-iringi selawat ke atas nabi tiga kali. Amal setiap hari tak kira pompuan ke lelaki. Insyaallah korang akan kelihatan awet muda dan ber-awek muda. hihihi.

So setakat ni i bagi yang simple macham nih je dulu. Bagi banyak-banyak kang takut tak ter-buat nye korang nih. Ada lebih kurang dua minggu lagi menjelang raya so kalau nak try, boleh mula dari sekarang. Challo beteyh!


nota kaki: nak pergi mandi pagi - pukul 1.47 pm. Ngee!!!

19 August 2010

Macham Rancangan Jejak Kasihan Pun Boleh

Sejak zaman layan prenster sampai sekarang dah jadi seorang pesbuk addicted yang kritikal, i memang tak pernah lupa nak jejak balik kawan-kawan lama i yang memang dah lebih soploh tahu lost contact. Ke 13 tahun ek? Kawan-kawan yang tulus dan telus sangat bagi i - selain geng ronggeng yang i ada sekarang nih. I nak tahu sangat pekabo la dorang semua nih kan. Sehat ke, dah kawen ke, makan dah ke belom, dan banyakkkkkkkkkkkkkkkkk giler momen yang nak i kongsi balik dengan korang semua. Dah la aku kawen pun tak dapat nak jemput korang semua tau tak! Isk.

Ayu,
Last sekali kita kontek masa ko call rumah aku - kalo tak silap dalam 8,9 tahun lepas. Perghh, long time ago. Time tu memasing sekolah lagik. Masa tu ko dah start kecek Bachok eh eh eh Kelate kot. Zaman tu bukan zaman henset meset pun lagi dan ko pulak call aku guna pablik fon. Dah sah-sah takde no telepon yang ko nak bagi. Lepas tu ko janji nak call aku lagi tapi sampai ke sudah ko dah tak call. Aku rindu gila kat ko la. Walaupun masa darjah enam ko pendek je dari aku tapi takpe. Sebab muka ko comel - lepas jumpa ko balik aku delete fakta nih. Zaman sekolah ko cengeng kan tapi aku suka kawan dengan ko sebab ko cengeng yang best. Susah nak describe - nanti yang ni aku delete jugak. Dan paling aku tak lupa masa kita pergi kelas tambahan darjah enam, ko puji aku cakap cutting badan aku cantik macham model (muntah) Aku ingat itu sampai bila-bila ko tahu. Sebab tu aku teringin sangat nak jumpa ko. Aku nak buktikan kat ko sekarang - badan cutting model aku yang ko cakap tu dah tinggal memori daun kelapa. Kenapa la mulut ko tak masin. Isk. Tapi takpe. Janji dapat jumpa ko balik aku dah rasa syukur. Dan aku dapat delete semua fakta di-atas cepat-cepat.

Aishah,
Kita kawan since kita darjah dua sampai darjah enam kot. Ke tak? Lama gile ko jadi kawan baik aku masa tu. Yela zaman kekanak ribena camtu kalo dapat stick dengan sorang je kawan baik tu memang sangat ajaib la. Ingat lagi tak, kita sama-sama minat kat cikgu sains kita, Cikgu Huzairi *huu malu malu. Aku ingat lagi betapa benci gila aku kat ko masa ko nangis dalam kelas lepas tu cikgu Huzairi pegang tangan ko dan pimpin ko keluar kelas sebab nak pujuk ko. Aku dendam ko masa tu tau. Lepas je masuk sekolah menengah, kita dah separate. Ko masuk Sekolah Agama Syeikh Abd Malik, aku masuk sekolah yang tak berapa nak syeikh. hikhikhik. Lepas tu terus kita lost contact. Dengar-dengar cerita ko dah kawen la, belajar kat mesir la, dah jadi ustazah la. Kalo tak silap aku dua tahun lepas kezen ko - yang payah jugak aku jumpa, ada bagi no henset ko. Dan sempat jugak aku ber-tanya khabar ko. Baru aku tahu ko jadik guru sementara kat sekolah menegah ko tu. Ko pun tak kawen pun lagi masa tu. Tapi, tengah-tengah syok kita ber-sms, ko diam macham dah habis kredit nak reply. Sampai ke hari ni ko diam dan no ko pun dah takde sebab aku lupa nak save. Sedih. Sebab aku plan nak ajak ko jumpa bila ko balik dungun. Huuu..=(

Ayuni,
Kita kawan masa dah darjah lima+enam kan? Memula aku macham tak hadap sangat nak kawan ngan ko sebab aku bajet ko anak load mesti ko nih annoying plus aku benci budak pompuan cakap Key El. Tapi rupanya bila dah kenal baru aku tahu ko cakap takde la Key El mane cuma ko nak balance kan loghat kelantan ko ke loghat terengganu tu kot. Kekdahnya. Kesian ko tak pasal-pasal aku benci. haha. Aku macham tak hingat sangat momen apa yang pernah kita ada. Yang aku tahu, ko aku dan Nisa memang rapat masa darjah enam. Dan masa ko nak pindah kelantan ikut mak bapak ko, aku nangis gila-gila sebab aku dah mula suka kawan dengan ko. Eh ko dah gemuk ke tak sekarang?

Ain,
Ko pun macham Aishah, kawan paling lama yang aku stick. Kita kawan since darjah satu sampai darjah enam. Ko baik. Mak ko pun baik. Aku selalu ulang-alik rumah ko setiap hari (sekampung je) sebab nak pinjam stori book yang ber-lambak kat rumah ko. Tak tahu la ko menyampah ke tak. Janji aku dapat lepak kat tangga rumah ko dan baca buku cerita tu sampai tamat. Kita mengaji sama-sama dan tok guru mengaji sayang ko lebih. Aku tak. Biasalah tu. Tok wan tu bias kot. Heh. Ko jenis yang soft spoken. Ko datang rumah aku, aku langsung tak sedar. Tengok-tengok ko dah ter-cegat depan pagar. Ko cakap dah beri salam - tapi dalam hati. Hadoooooiii. Bila masuk menengah, ko dapat Sekolah Tun Fatimah. Aku lak sekolah diam-diam kat kampung je. Sob3x. Ko pun dah pindah balik Chalok kalau tak silap. Setahun pertama ko rajin gila hantar surat kat aku. Tapi ntah camane tiba-tiba kita masing-masing diam. Aku tahu ko pindah Kemaman tapi aku tak tahu alamat rumah ko. Nak google pun tak dapet nok.

Noor Idayu Samani, Nor Aishah Ismail, Nurul Ayuni Mohammad, Nur Ain Abd Rashid, korang dengar sini ye. Aku rindu giler kat korang. Dari zaman sekolah menengah yang duk layan forum ngan chatting je lagi ke zaman friend frinder sampai la sekarang aku dah nak beranak pinak dah *ces pentipu banyak aku tak renti-renti lagi duk cari korang. Siap google garmin bagai dah. Tapi asik-asik tak jumpa je. Macham muyskil pulak aku. Takkan korang nih langsung tak layan sume laman so-sial nih kot cewah bahasa ko. Tak pun cuba korang bagitahu aku la hape ke nama gelemer sangat yang korang guna sampai aku langsung tak leh nak jejak korang wei? Jangan la buat aku macham ni korang. Aku rindu korang sangat-sangat. Rindu tau tak. Benci!


nota kaki: ingat sampai bila-bila memori skkd, tahun 1997. harap-harap korang jumpa la belog aku nih. Erkk, ada ke orang nak baca belog nih????

14 August 2010

Hupdated- Kisah Se-Orang Istri Yang Failed!

Ini entry laju-laju taip tergesa gesa kalau ada typo malam nanti i hupdate balik sebab i nih dah tunggu mat rempit datang bonceng i bawak balik umah ma untuk bukak pose petang nanti sebab hincik asben sibuk ber-kerje. kata-nya lah kan.

Yang sebenarnya dari pukul satu tengahari tadi lagi dah i dah ter-congok depan leppi ni - semangat i bangun tido terus nak hupdate belog. T.E.T.A.P.I memandangkan khidmat bakti yang diberikan oleh verok belaan celcom ini amat-lah men-cabar kesabaran serta mampu meng-kuruskan pahala pose i yang baru dua hari ni
hik2 maka tepat-tepat pukul lima petang baru boleh i nak ke udara ecececes ayat tak boleh blah! So, sebab intro dah panjang sangat terus dah lupa nak hupate ape sebenarnaya. huwahuwahuwa!

Owh dah hingat dah hingat
so taip cepat-cepat nanti lupa balik ko Yna. Meh sini i nak stori.

Jemahat lepas kan, telah ber-laku satu kejadian. Di-mana kejadian tu dah ter-jadik tengah malam bebenor antara si asben dan si istri beliau. Apekah??? machamni, time tu si istri ralit benor tengok tibi. Si asben lak kat sofa. Tepat-tepat jam doblas, tv tiga kan mesti nak kena setop jugak bagi laluan kat Nightline tuh. Sebab umah sewa dorang tuh ada tv1,2,3, dan 9 je nok eh eh eh perlu ke bitau jugak?. Kalau tak, harus si istri tu sambung kusyuk kat channel astro ke hape lak. Tepat-tepat nightline, encik asben pun tanya istri-nya. Lebih kurang macham ni la kot dialog dorang.

asben: ayang, dah pukul berapa?
istri: dah kol 12 lebih kot.
mata istri tengok tibi je lagik
asben: oooww. hurm, boleh la b nak start kecik hati ni kan?
terus sembam muka sendirik atas sofa (bapak chomel perangai asben dia nih)

Dan time time tu jugak la si istri dah macham ter-kena renjatan letrik nok. Rupa-rupanya besday si asben nya tu dah pun beberapa minit berlalu. Ya ampun. Machamana boleh lupa nih??? Pestime jadik istri dah failed part nih. Padahal genap-genap sebulan yang lepas encik asben beriya-iya je seleberet besday si istri!

to be continue hupdate malam nanti. mat rempit dah blow minyak depan umah dari tadik tu. chow bedah.

1200 a.m. okeh kita sambung balik stori petang tadik.

Lepastu kan, si istri tu dah macham dah ter-kena renjatan letrik. Menggelabah jugak la. Mane tak nya. Kalo jadik orang yang paling last hingat atau wish, maybe boleh di-maap kan lagik. Ini tidak. Siap dah abes sehari suntuk besday si asben, si bini langsung tak hingat hape-hape. Macham mintak di belasah ber-jemaah je kan dapat istri camnih. haih.


kepada encik asben, entri nih di-dedi cool kan eh eh di-dedicated kan khas untuk asben oleh si istri, dengan ucapan istri mintak maap sesangat. Istri gagal menjadik seorang istri yang mampu hingat besday asben buat pertama kali setelah ber-gelar somi+istri nih. Apetah lagi nak celebrate suprise party cam dorang sume tu memang jauh sekali la - sebab istri betol-betol tak hingat hari tu besday asben. Bukan nya jenis sengaja bebuat lupa lepas tu baru nak suprise kan macham yang dorang selalu buat tu. tak tak tak. Istri memang betul-betul lupa. Maklumlah, awal-awal pagi lagi istri dah keluar pergi mekap kan customer. Balik jek rumah, hari dah pun nak malam. Istri memang dah flat sangat time tu. Otak dah weng dah tak leh nak recall atau nak hingat apa-apa agenda lain lagi dah. Huuu, memang istri rasa ber-salah gila.

Tapi kan, istri rasa pelik jugak. Rasa macham memang dah di-takdirkan akan lupa pun ada. Sebab, malam besday asben tu, istri kemain je ber-pesbuk. Time tuh kat pesbuk asben dah ber-sepah sepah masuk wishes dari kengkawan asben tapi istri tak ter-gerak langsung nak bukak tengok wall asben. Kalau tak mesti istri dah ingat. Isk! Pagi tu pulak, pepagi lagik dah bunyi sms masuk untuk asben. Sms hadiah panggilan percuma selama seminggu yang dari celcom tu la. Time asben bukak sms tu, istri dah siap rebut-rebut henset nak tengok sms ape. Sekali istri tengok sms dari celcom terus istri tak baca kandungan sms tu. Walhal kalau istri bukak je sms tu, mesti istri tahu hari tu besday asben kan? Isk! Lepas je kejadian tu, istri dah set kan alarm siap-siap untuk besday asben tahun depan. Takut ter-miss lagik sekali. Huu, insap katanya.

Dan lagi satu,












Istri memang tak prepare ape-ape pun hadiah untuk asben. Sebab dah nama pun lupa besday kan, harus lah dengan present sekalik lupa nak cari. So istri ganti tahun depan je la jugak ek? ^____^



nota kaki: sebagaimana yang di-ceritakan oleh si istri dan asben-nya. moral of the setori, cepat pergi set alarm besday asben korang sekalik. kang tak pasal-pasal sejarah mungkin berulang.

10 August 2010

Hanimun??? Pheeewit!

Bulan madu kitorang kat Cameron Highland ye kawan-kawan. *malu3x
070610-090710 yakni almost 2 bulan yang lepas daa...

Dah dah. Cerita banyak pun tak guna (padahal ko yang dah tak hingat hape nak cerita kan Yna?) Lets pic do the talking bebeyh! Yibba yibba handre!

otw ke CH. time nih ujan berintik-rintik, ombak bergelora.emak bagi sposen,eh eh...


suka sangat bila ada view yang santek-santek macham ni sepanjang perjalanan. pasangan bawak kete 30km/j kat highway pun tak jadik nak lempang. hikhik.

. Herritage Hotel.
bertolak pukul 10 pagi, sampai ke hotel pukul 7.20 petang. dasat tak perjalanan kami? agagaga!

nu nu nu...! ladang teh kat belakang nu. dulu i datang CH time i kecik-kecik je lagi. time tu pokok teh pun tak besar lagik. sekarang dah besar-besar pun sume pokok teh tu. hotakau!


isk. hover ko nyah!

ehem-ehem. baju rm20 sepasang beli kat pasar malam CH tapi sebab mucuk pandai nego dapat la rm19 sepasang. cepat cakap beliau pandai.

florist tu cakap dried flower ni boleh tahan sampai 5 tahun tapi i letak dalam pasu rumah tak sampai 5 minggu dah gugur tinggal tangkai bunga sajork. Mungkin i ter-beli bunga yang dah masuk tahun ke-lima usia. kot! *bahah!

roses ni plak florist tu cakap jangan rendam dalam pasu+air sebab nanti bunga cepat layu dan kering dan watsoever so kena letak dalam pasu je tapi belom sempat lagi nak cari pasu, dan-dan bunga nih layu nak mamfos! ceit!

ini bee. eh b. eh bucuk. thehehe!

time nih dah sampai kuantan. continue bulan madu kat sana 1 nite. ececece padahal cakap je la transit umah BIL pasal 2,2 dah exshauted!

dan juga stay kuantan sebab nak jumpa nengok tu tu tu tu.hai buahati lama i . (pang!!!)

nota kaki: selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua my kesayangan (dah macham ayat buku teks dowh) ('',)

07 August 2010

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Kata orang, langit tak selalunya cerah. Di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Kalau hari ini kita bersedih melihat nasib seorang anak kehilangan ibu dan bapa nya, isteri kehilangan suami, ibu bapa kehilangan anak-anak, entah esok lusa kita pula akan menerima nasib yang sama. Allah telah menetapkan perjalanan hidup kita. Entah esok entah lusa akan tiba saat kita di-duga. Benar. Allah itu tidak akan sesekali menduga sekiranya kita tidak mampu untuk menghadapinya. Namun se-berat mana mata kita memandang, berat lagi bahu insan yang memikul beban. Sempena Ramadhan yang bakal tiba tidak berapa hari lagi, sama-samalah kita beramal untuk meringankan beban salah seorang teman kita ini. Moga sedikit sebanyak doa dan sumbangan kita mampu meringankan penderitaan dan memberikan sinar demi nasib anak-anaknya.

Wallahualam.

Perasaan Sedap Dan Hazab Datang Sekali

Melantak derian ber-sungguh-sungguh secara berjemaah dengan en.suami ter-cayang memang syiok!!! Makan yang setiap kali di-layan macham puteri - cuma tunggu derian masuk ke mulut je pastu siap ada orang nak amik-kan biji dan buang kan tapi i kan baik hati takde nak biar si asben layan i sampai camtu sekali la. Lepas seulas, sebiji dan seterusnya ber-biji-biji i melantak, last-last bila perut dan besar bagak macham dah nak meletup dua saat dari sekarang, masa tu baru-lah i terasa - errkkkkkkkkkkkk, alhamdulillah! dah kenyang sendawa yang ber-aroma durian itu pasti. mak aii!

Tapi kan, beberapa jam selepas kejadian itu, pasti i akan tanggung padahnya dengan hazab sekali. Kepala rasa ber-pusing macham ko baring bawah kipas siling speed no lima dan ko pandang kipas tu tak berkelip-kelip. Ok macham tu ye rasanya. Lepas tu lagi kan, i bersin tak henti-henti sampai i tak sempat langsung lihat dunia maklumlah setiap kali bersin mata musti kena pejam ataupun memang otomatik pejam kan sebab fakta cakap kalau kita bukak mata ketika bersin mata boleh ter-cabut keluar ayark!!! Lepas tu lagi kan, part paling keji ialah bila ada lelehan-lelehan cair asyik nak mengalir laju dari lobang hidung ni. Yang nih memang tak dapat nak elak even tengah tido pun benda alah tu macham nak jugak mengalir deras. Seksanya Allah saja yang tahu bila ko ada geng resdung yang maha kejam super duper extravaganza kroniknya. Mana lah i nak tahu yang segala kuman resdung tu tak suka i makan derian. Dahlah i makan seafood pun dorang tak suka. Mencik!

Sekarang, badan i dah lembik-lembik lesu macham ikan kembung yang kena rendam dalam air panas sehari suntuk. eh pernah ke buat camtu? Nak telan ubat banyak-banyak sekarang pun kena pikir banyak kali dah sebab dulu time single in case i kojol ke hape kesan overdose ubat, mungkin tak melibatkan sesape. Tapi sekarang kalo i kojol ke koma ke hape lepas overdose, ada ke sape-sape yang nak jaga-kan laki i tuh.Ade ke? Ade ke? jangan jawab ada! isk!

nota kaki: dah lama sangat hold nak update tips cari foundation yang bagus. kali ni pun. Hurmm...=(