Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 July 2010

Sekarang Dah 2 Bulan

Hari ni dah pun 2 bulan bergelar isteri@puan. Kadang-kadang tersasul nak letak cik lagi kat pangkal nama. Time nak isi borang pun laju je pergi tick kat ruangan single. eh eh eh.sungguh takde ke-sedaran diri nya ko si puan ynadona ni.

Tapi, bila balik je rumah terus i consider diri ini dah kawen. Sebab sekarang dah tinggal asing-asing - jauh daripada family dowh. sobsob. Dan segala kerja buat suri rumah yang kalau dulu i tengok ma buat tapi-i-takde-pulak-nak-tolong-selain-tolong-tengok tapi sekarang semua kerja tu - i la yang buat. Tapi bukan i buat sepenuhnya pun. Sebab i ada beliau yang suka tolong i. Bila i sibuk gosok baju kerja - beliau tolong masukkan pakaian kotor ke w/machine pastu mesin sekali daa. Bila i kat dapur masak - beliau tolong lipatkan kain. Bila i cuci pinggan - beliau tolong jemurkan baju kat ampaian. Dahla baju-baju kecik suor-suor katok semua comel je beliau susun kat hanger. Kalau I buat pun maybe tak se-particular itu okeh.

Pagi-pagi i bangun dulu yang nih memang i menang okeh pastu kejutkan beliau. Beliau yang akan bukak kan pintu, bukak kan pagar, panas kan enjin kereta i sementara i ber-mekap lama-lama ber-siap. Kemaskan katil kami (^,-) Pastu buangkan sampah lagi. Kadang-kadang beliau hantarkan i pergi kerja bila perangai mengada-ngada tanak naik kereta buruk yang selalu ke-abesan minyak tu datang. Tapi lepas tu kena datang balik tolong hantarkan henfon buruk i yang selalu je ter-tinggal kat mana-mana. Maklumla henpon buruk. Selalu je hilang dari pandangan. Eh eh ter-lari topik. Isk! - Semua tu beliau buat tanpa i paksa-paksa. Walaupun kadang-kadang ada la jugak i asyik ter-mintak tolong itu, mintak tolong ini, tapi yang pasti beliau memang tak pernah nak mengeluh. Macham takde urat mengeluh je kot. Magik kan? Dan kalau di-ikutkan senarai kerja kat atas tu, rasanya macham i je yang kena bayarkan wang hantaran kat beliau. Kalau nak bayar pun teragak-agak jugak la kot sebab i takut tak cukup nak balas dan bayar dengan segala wang yang i ada. nampak sangat i misekin di-sini. huhu.

Walaupun uolls cebik-cebik bibir nak cakap yang usia 2 bulan tu still lagi honeymoon mode, time ni kentut sembelit pun bau CK lagi, tapi i anggap this is beginning for our long love journeys. Setiap yang baik tu kan haruslah di mulakan dengan permulaan yang baik-baik. Insyallah, i harapkan setiap hari yang mendatang akan jadi hari yang makin baik daripada hari-hari semalam. Think +ve bebeyh!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dan sempena ulang bulan yang ke-dua kami ni jugak la, i sanggup maafkan beliau sekali lagi kalau-kalau kali ni dia lupa lagi sekali nak mintak sambal lada kuew teow sup yang i pesan untuk bukak pose petang nanti. Yang tu tengok malam ni lah kita settle camne. Agagaga!

nota kaki: walaupun i tahu ada yang loya-loya poisoning bace entry ni, yang tu lantak ko lah. yang pasti entry i nih ikhlas - dedicate kan khas untuk mucuk. Bukan entry kipas kipas punya. Percayalah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
minggu depan mucuk gaji kan? Hikhikhik!

5 comments:

  1. huuuuuuuuuuuuu.......nok nitik aimata baca..huu love u sayang..harap kita kekal bahagia saling menyayangi sampai ke syurga InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. saya x loya pun baca blog ni...

    ReplyDelete
  3. kakak chantekk! smoge kekal selamanye! :))

    ReplyDelete
  4. ouh marriage bliss!! best nyaaaa :DDD

    ReplyDelete